Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Selasa, 6 Januari 2009

Tanah Rao Indah Yang Kukunjungi



Kelihatan salah sebuah kebun sayur di Rao-
Ibu bapa masih mengamalkan teknologi tradisional di sektor pertanian namun anak-anak kecil mereka sudah moden, apabila besar nanti akan keluar merantau di tempat orang. " Merantau dan berdagang" adalah rukun hidup orang-orang Rao yang masih tebal dalam sanubari mereka; dan bangsa inilah yang telah banyak berjasa meneroka dan membangunkan lokasi perantauan seperti di Tanah Melayu (Malaysia) sebelum merdeka - Jari Basurek


Aku sering mendengar nama Rawa atau Rao di Sumatera Barat
atau orang-orang Rao yang tinggal di sekitar Tanjong Malim, Kalumpang, Gopeng, Selama, Taiping dan sebagainya
tetapi pada 22 hingga 27 November 2008
aku mengikuti rombongan orang-orang Rao dari Ipoh, Perak
dan tempat-tempat lain di Malaysia berkunjung ke Tanah Rao di Kabupaten Pasaman, Sumatera Barat
dan melihat sendiri kawasan tanah asal-usul kampong orang-orang Rao
di sana hanya tinggal sekitar 60,000 orang Rao
yang lainnya sudah bertebaran ke seluruh Nusantara
mencari rezeki di tanah seberang khususnya Malaysia
atau Tanah Melayu ketika itu
penjajahan Belanda yang kejam dan ganas
seperti lsrael masa kini
menyebabkan mereka berhijrah ke Tanah Melayu
dan mengikut Sutan Sekondak Hati
yang membuka petempatan orang Rawa di Tanah Melayu.


Kunjungan aku ke Tanah Rao
mengenalkan aku keindahan alam bumi Sumatera Barat
dengan sawah padinya yang terbentang luas
masih menggunakan tenaga kerbau dan tangan manusia
padi ditanam di sekitar lereng bukit dan tanah pamah
keindahan alam yang jarang kulihat
dengan gunung berapi yang masih ada di sana sini
alam yang masih segar dan tidak tercemar
serta kesegaran udaranya
sewaktu-waktu aku mengunjungi bumi Rao
dan melihat keadaan hidup penduduknya yang sederhana
aku diberitahu juga di bumi Rao masih ada ulama
yang mengajar ilmu tasawuf dan suluk
untuk membersihkan diri daripada godaan duniawi
sesungguhnya Tanah Rao ,
dan tempat-tempat lain di Sumatera Barat seumpama Bukit Tinggi,Padang,
dan sebagainya mengajarku
di sana ada orang yang lebih susah daripada kehidupan kita di sini
aku semakin faham mengapa ramai orang di sana
datang menyeberang Selat Melaka
mencari kerja dan penghidupan di sini
sesungguhnya aku dan kita rakyat Malaysia
wajar bersyukur dengan kelapangan hidup yang dimiliki kini
sekiranya tidak bersyukur kepada Allah
wajarlah pelbagai musibah melanda umat manusia
untuk menyedarkan manusia
betapa apa yang wujud kini bukan milik kita
semuanya adalah milik Allah
dan kita semua kembali kepadanya bila tiba masanya.


Dr.Talib Samat

Tanjung Malim,Perak
5 Januari 2009.


PUISI KLASIK RAO


Gulai lomak masakan Rao
tumbuk lado senggom godang
kok awak raso penganan kito
indakkan lupo jalan nan datang

Tak tuntuong galamai jaguang
tagunda gunda ku cambung gunda
dek apo buyung tomonuang
moliek cambung indo borisi

Topouk amai-amai
belalang kupu-kupu
botopouk buyung pandei
diupah air susu

Air susu lomak manih
bak santen kelapo mudo
si upiek jangan monangih
diupah tandek kudo



Balada Sekondak Hati (Senikata Lagu)

Sekondak Hati, melinteh tibo dari seborang
membawo hati, dongen tangisan, berbalut luko
Sekondak Hati, jiwonyo gigih lalu merantau
meninggal kampuung, sanak saudaro jauh di mato
Sekondak Hati, membuko tanah, karangen baru
merodah donai, menyuluh arah jalen berliku
merantau laei, mencubo nasib, di tompek lain
dongen harapen, anak cucunyo, hidup bahgio

Kami yang ado, tak melupoken pengorbanenmu
Sekondak Hati, jasomu totop aken dikonang
Sekondak Hati, membuko tanah, karangen baru
merodah donai, menyuluh arah jalen berliku
duhai anakku, ingetlah dikau asal usulmu
mengalir darah di tubuh iko, Sekondak Hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao