LAKARAN wajah Tokoh Penglipur Lara Negara, Pawang Ana yang menuturkan lima hikayat iaitu Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda, pertama kali dipertontonkan dipertontonkan kepada masyarakat selama dua minggu bermula 25 Oktober lalu.
Kenalilah Nasab
Followers
.
Selasa, 2 November 2010
Pameran Pawang Ana dan Karyanya
LAKARAN wajah Tokoh Penglipur Lara Negara, Pawang Ana yang menuturkan lima hikayat iaitu Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda, pertama kali dipertontonkan dipertontonkan kepada masyarakat selama dua minggu bermula 25 Oktober lalu.
Jumaat, 29 Oktober 2010
Pawang Ana tokoh penglipur lara?
SIAPA Pawang Ana? Satu kajian mengenai ketokohan penglipur lara, Allahyarham Pawang Ana perlu dijalankan bagi memastikan generasi muda mengenali tokoh tersohor di Perak.
Ia bertujuan mengenang kembali Pawang Ana yang suatu masa dulu juga dikenali sebagai seorang dukun dan pendekar.
Generasi muda masa kini sudah tentu tidak mengetahui kebolehan penutur cerita rakyat yang dulu dituturkan dari mulut ke mulut.
Menurut catatan bekas Pegawai Inggeris di Tanah Melayu, R.O. Winstedt, Pawang Ana telah menuturkan lima cerita penglipur lara yang menjadi karya agung di negara ini.
Antara karya itu ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Kelima-lima cerita Pawang Ana itu telah menjadi karya agung telah dibukukan oleh Winstedt.
Menurut Hj Zabidin Hj Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dalam kertas kerjanya bertajuk "Biografi dan Sumbangan Pawang Ana dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional", Pawang Ana berasal dari Rao, Sumatera Barat. Dia berhijrah ke Kampung Pulai, Gopeng Perak dan menetap di Temoh sekitar tahun 1850-an.
Pawang Ana pernah menamakan Kampung Batu Masjid, Temoh setelah kawasan itu dibuka oleh Lebai Tenggam pada 1895.
Justeru, bagi mengenang kembali Pawang Ana, Karyawan Pk, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Yayasan Perak dan Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) telah mengadakan Seminar Pawang Ana di Auditorium JKKN di Ipoh baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika menutup seminar itu meminta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat kajian mengenai Pawang Ana bagi memastikan generasi muda mengetahui tokoh-tokoh sejarah sastera lisan dan sastera rakyat yang berjuang dalam pelbagai bidang yang menjadi aset warisan negeri.
Beliau berkata, kerajaan memberi sokongan jika ada pihak yang sanggup meneruskan kajian termasuk kajian terhadap ketokohan pawang dan kepahlawanan Pawang Ana.
"Banyak maklumat mengenai Pawang Ana diperoleh dari manuskrip yang tersimpan di London setelah penjajah menjajah negara ini.
"Pawang Ana terkenal sebagai penglipur lara yang menuturkan karya-karya agung sebagai sastera rakyat tinggi mutunya dan hidup sepanjang zaman," katanya.
Zainol Fadzi berkata, itu bertepatan dengan langkah kerajaan negeri yang bercadang membina sebuah Muzium Budaya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar raya seni.
Sementara itu, satu pameran bertajuk 'Pawang Ana dan Karyanya' turut dipamerkan di ruang legar Perbadanan Perpustakaan Awam di Ipoh sebagai bahan penting dalam membuktikan ketokohan Pawang Ana sebagai anak Perak yang berjasa.
Pameran tersebut juga mempamerkan biografi ringkas dan lakaran ilustrasi wajah Pawang Ana oleh R.O Winstedt yang diterbitkan dalam Malayan Memories pada tahun 1916 di London.
Lakaran wajah Pawang Ana (foto) pernah ditemui oleh mantan Karyawan Tamu Universiti Malaya (UM), Mohd. Zamberi Abdul Malek ketika membuat penyelidikan mengenai R.O Winstedt di London.
Pengarah JKKN Perak, Abdul Mutalib Abdul Rahman berkata, seminar itu merupakan usaha untuk mengetengahkan ketokohan Pawang Ana yang terkenal di Perak.
"Kita sedia membantu memastikan usaha memartabatkan tokoh-tokoh seni dikenali oleh generasi akan datang," katanya.
Sabtu, 23 Oktober 2010
Kisah dolu-dolu
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. |
Buku Sekondakhati

Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.
Rao Di Sana-Sini

Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523
Antologi Puisi Rao Nusantara

Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.
Rakan Sekondakhati
-
Wacana Pemikiran Politik Dr Burhanuddin Al-Helmi - Para peminat pemikiran politik, politikus dan penulis adalah dijemput hadir tanpa undangan protokal dan terbuka. Wacana ini akan mengupas beberapa buah...9 tahun yang lalu
-
Selepas tiga dekad, Tamar Jalis terus popular - By Anis Remli on March 17, 2015 Personaliti [image: "Saya amat bersyukur dan terharu dengan sambutan daripada peminat juga pembaca setia SBDJ, tak sang...9 tahun yang lalu
-
-
ilmu - Yang perlu dipelajari itu adalah TUHAN, bukan agama. Kerna ILMU KETUHANAN itu awalan beragama. Tanpa ilmu yang awal ini nescaya menjadi si beragama tanpa ber...11 tahun yang lalu
-
-
-
PANGLIMA AWANG @ ENRIQUE MELAKA PENAKLUK DUNIA - oleh Djazlam Zainal pada pada 20hb Januari 2012 pukul 9.05 ptg Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau ...13 tahun yang lalu
-
Perak yakin Unesco senarai Lembah Lenggong tapak warisan - January 24, 2012 IPOH - Kerajaan Perak yakin Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebuday...13 tahun yang lalu
-
Raja Perempuan Muzwin mangkat - BumiPerak, Friday, October 7, 2011 *Ipoh 7 Oktober 2011* Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-3...13 tahun yang lalu
-
Lumiglow - *PERHATIAN PARA PESAKIT & WANITA* : Jika anda mempunyai sebarang masalah kecantikan atau kesihatan, maka anda bakal meneroka penyelesaian alternatif yang *...14 tahun yang lalu
-
-
RIWAYAT KETURUNAN IMAM HJ. ABDULLAH FAKEH BIN RAJA SALEH – KETURUNANNYA MENJADI PEMIMPIN DAN TOKOH NEGARA. - Allahyarham Hj. Abdullah Fakeh bin Raja Saleh berasal dari Djambi Sumatera adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang. Beliau adalah salah seoran...14 tahun yang lalu
-
Berjalan-jalan di Pesta Buku - Pada 25 Mac 2010 saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC saya beli buku sendiri dengan mendapat potongan 30% drp harga asal RM35. Penerbit Universiti Mala...15 tahun yang lalu
-