Kunjungan keluarga Rao Kg Daching, Mantin, Negeri Sembilan ke Gopeng, Perak pada Sabtu 5 Februari 2011 akan menjadi "mercu tanda" hubungan silaturrahim masyarakat berketurunan Rao (Rawa) di negara ini. Gopeng merupakan lokasi masyarakat Rao terbesar di Semananjong selain Raub, Pahang. Kunjungan ini diketuai oleh tokoh Rao tersohor, Dato' Baharuddin Omar @ Anjang Aki dengan 60 orang anggota rombongan menjadi tetamu istimewa masyarakat Rao Gopeng, Timoh, Tapah, Ipoh dan Batu Gajah.
Mereka akan menyambut tetamu Kg Daching di Masjid Al Rahman Kg. Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak bermula jam 9.00 pagi yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, tokoh Rao kelahiran Gopeng yang pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Sempena kunjungan ini tetamu serta masyarakat Rao tempatan akan dijamu dengan juadah Rao seperti Asam Daging, Ikan Koli Rondang Bercabai, bubur Anak Lobah, Kelamai dan sebagainya. Selain itu borang keahlian Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) serta penjualan buku Sekondakhati, Rao Di Sana-Sini dan Puisi Rao Nusantara di samping produk IKS buah tangan usahawan Rao tempatan akan diadakan sepanjang majlis berlangsung.
Selepas solat zuhur tetamu akan dibawa ke tebing Sungai Kampar di Kg Jahang untuk sesi taklimat sejarah penerokaan Kg Jahang oleh orang Rao kira-kira seabad yang lampau. Keunikan Gua Tempurung juga akan dikunjungi seandainya masa mengizinkan.
Kepada urang Rao di seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan program kekeluargaan tersebut bagi mengeratkan silaturrahim dan ukhwah dalam kalangan masyarakat Rao. JARO mengucapkan terima kasih sekiranya anda sudi singgah ke majlis ini.