Berjalan-jalan di Pulau Temasik, terpegun juga kerana kebersihan, kemas, aman dan damai. Apa lagi yang kita mahu jikalau semuanya ada di situ. Saksikanlah perjalanan dari Esplenade ke Arab Street dan menjejaki Kg Gelam -pusaka Melayu yang kian tersisih. Pencakar langit di sana-sini melenyapkan Beduk, Geylang Serai dan menenggelamkan suara Melayu. Sukar mencari Rao di sini namun sejarah mencatatkan minoriti orang seberang; Sumatera yang membuka Kg. Gelam kependudukan kaum Melayu di Kota Singa ini. Orang Sumatera itu siapa? Rao kah atau Minangkabau, namun yang pasti Minangkabau kerana kita berpegang pada teori- di mana ada orang Rao di situ ada Mandiling kerana di sini Mandiling tiada sebaliknya Bawean (Boyan) adalah! Hari itu, 16 Mei 2009 ku seru Sang Nila Utama menanyakan Parameswara; kenapakah Kota Singa ini menjadi begitu!
Kenalilah Nasab
Followers
.
Jumaat, 22 Mei 2009
Selasa, 19 Mei 2009
Berjalan-jalan di Pulau Batam
Berjalan-jalan di pulau Batam Indonesia terpandanglah sebatang jalan di Nagoya Hill bernama Jalan Imam Bonjol maka teringatlah Peto Syarif di Sumatera Barat - pahlawan Indonesia yang berjuang menentang penjajah Belanda. Peto Syarif atau lebih dikenali dengan gelaran Tuanku Imam Bonjol dan arwah berjuang bersama Tuanku Tembusai dan Tuanku Rao dalam Perang Paderi (1821-1838). Batam selain mengangkat martabat Imam Bonjol tetapi juga mengagungkan pahlawan Melayu Melaka, misalnya Hang Nadim untuk lapangan terbang antarabangsanya, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Kesemua nama-nama besar itu diabadikan pada jalan -jalan di Pulau Batam.
Pada 15 Mei 2009 itu hati menjadi sayu dan pilu apabila mengenangkan keagungan Kerajaan Melayu Riau lenyap ditelan zaman, namun membiarkan Batam disunting oleh orang lain, samalah Pulau Batu Putih yang terletak di kepulauan perca itu.
Khamis, 14 Mei 2009
Benarkah Pahlawan Mat Kilau berketurunan Rao?
Mat Kilau
Ada kajian mengatakan bahawa Pahlawan Melayu Mat Kilau di Pahang itu berketurunan etnik Rao. Apakah ini benar? Jika anda mempunyai bukti silalah kirimkan komen yang bernas untuk kepentingan bersama. Oleh hal yang demikian, daripada catatan PAPA menerusi blog Alam Melayu kita paparkan sejarah hidup allahyarham untuk tatapan semua.
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
Ahad, 10 Mei 2009
Rekabentuk rumah tradisional Rao
- *Kg. Batu Masjid, Temoh, Perak
Kemahiran bertukang melahirkan rekabentuk tersendiri. Demikian orang Rao dahulu kala yang mahir bertukang kayu mampu mencipta rekabentuk rumah tradisional Rao yang masih lagi kukuh dan utuh tersergam di sesetengah kampung Melayu Rao walaupun kelihatan usang.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah dolu-dolu
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. |
Buku Sekondakhati
Rao Di Sana-Sini
Rakan Sekondakhati
-
-
TERKINI: KEUNIKAN DAN KEPAKARAN MELAYU dlm SBDJ - PENERBIT: Kayacipta, 2016 ISBN : 978971109595 HALAMAN: 223 HARGA: RM34 (promosi) POS Laju: RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/ Saraw...8 tahun yang lalu
-
-
ilmu - Yang perlu dipelajari itu adalah TUHAN, bukan agama. Kerna ILMU KETUHANAN itu awalan beragama. Tanpa ilmu yang awal ini nescaya menjadi si beragama tanpa ber...9 tahun yang lalu
-
-
-
PANGLIMA AWANG @ ENRIQUE MELAKA PENAKLUK DUNIA - oleh Djazlam Zainal pada pada 20hb Januari 2012 pukul 9.05 ptg Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau ...12 tahun yang lalu
-
Perak yakin Unesco senarai Lembah Lenggong tapak warisan - January 24, 2012 IPOH - Kerajaan Perak yakin Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebuday...12 tahun yang lalu
-
Raja Perempuan Muzwin mangkat - BumiPerak, Friday, October 7, 2011 *Ipoh 7 Oktober 2011* Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-3...12 tahun yang lalu
-
Lumiglow - *PERHATIAN PARA PESAKIT & WANITA* : Jika anda mempunyai sebarang masalah kecantikan atau kesihatan, maka anda bakal meneroka penyelesaian alternatif yang *...13 tahun yang lalu
-
-
RIWAYAT KETURUNAN IMAM HJ. ABDULLAH FAKEH BIN RAJA SALEH – KETURUNANNYA MENJADI PEMIMPIN DAN TOKOH NEGARA. - Allahyarham Hj. Abdullah Fakeh bin Raja Saleh berasal dari Djambi Sumatera adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang. Beliau adalah salah seoran...13 tahun yang lalu
-
Berjalan-jalan di Pesta Buku - Pada 25 Mac 2010 saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC saya beli buku sendiri dengan mendapat potongan 30% drp harga asal RM35. Penerbit Universiti Mala...13 tahun yang lalu
-