Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Isnin, 22 Ogos 2011

Gelamai Rao juadah Aidilfitri




Making Gelamai

Gelamai is glutinous rice cooked (grilled) with brown sugar in bamboo Stick. The taste almost similar to Malay dodol

One of the most famous Rao’s (Rawa) food in Gopeng is Gelamai. It is sweet and looked like ‘lemang’ but different color and taste. The main ingredients are glutinous rice, red sugar, and coconut milk.

Firstly, soak glutinous rice in a water about three hours. Then, filter it until it dry. Next, we have to blend the glutinous rice. Secondly, cooked a coconut milk about two hours. Then, we cooled it before we mix with red sugar and pounded glutinous rice. This mixture has to mix in a special pot with made of clay. We leave the mixture about three days . In second and third day, we have to put some fried coconut (kerisik).

After three days, pour the mixture into bamboo and grilled it like ‘lemang’.

Gelamai has served during special occasion like Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji. One the unique about this food is we can keep it about a week. Now, this food is rarely found because not many new generation know how to make this food.


Ahad, 14 Ogos 2011

Sejarah asal usul daerah Bandar Baharu, Kedah

Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah daerah kecil dari 11 daerah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Daerah ini terlertak di Selatan Negeri Kedah bersempadan dengan Perak Utara (Daerah Kerian) dan Seberang Perai Selatan (Daerah Jawi). Sungai Kerian menjadi pemisah atau sempadan di antara Utara Perak dan Selatan Kedah. Keluasan Daerah Bandar Baharu adalah 27,126.12 hektar.

Sebelum merdeka, Sungai Kerian menjadi jalan perhubungan di kalangan penduduk di situ. Penempatan penduduk adalah di pinggir sungai. Manakala selepas merdeka perkembangan infrastruktur seperti jalan raya telah dibina. Penempatan penduduk mula berubah. Mereka mula membina rumah-rumah di persekitaran jalan dan terbentuklah kampung-kampung yang mudah dihubungi melalui jalan darat.

Menurut sumber lisan, Daerah Bandar Baharu dahulunya dikenali sebagai Pengkalan Haji Ali. Haji Ali merupakan Orang Rao dan seorang yang kaya. Beliau tinggal di Kampung Permatang Pasir. Setiap kali ingin keluar ke pekan, beliau akan mengupah seorang Cina untuk membawanya dengan menaiki lanca ke tebing Sungai Kerian. Kemudian beliau akan mendayung sampan menuju ke destinasi yang diingininya. Pada masa itu juga terdapat kemudahan kereta kuda yang digunakan untuk pengangkutan jarak jauh.

Dahulunya, Bandar Baharu tidak mempunyai Pegawai Daerah. Ia ditadbir oleh seorang penghulu. Penghulu yang pertama ialah Penghulu Ahmad yang bertugas di kawasan Bagan Samak. Semasa beliau mentadbir kawasan tersebut, beliau telah mati ditembak oleh orang yang tidak dikenali dan tidak tahu apa tujuan sebenarnya. Selepas peristiwa tersebut, Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid merancang untuk datang ke

Pengkalan Haji Ali. Tetapi, baginda tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu dan mengarahkan Tengku Sulong menggantikan tempatnya. Gelaran Sultan masa itu ialah Yang Amat Mulia Tuan. Selepas kedatangan Tengku Sulong, baginda telah mengubah Pengkalan Haji Ali kepada Jajahan Bandar Baharu.


Nota: Sesiapa yang mengetahui maklumat tentang Pengkalan Haji Ali atau riwayat hidup Hj Ali, silalah emelkan ke tokohrao@gmail.com untuk dokumentasi dan rujukan. Sebarang sumbangan anda diucapkan ribuan terima kasih - Jari Basurek

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao