Sebelum merdeka, Sungai Kerian menjadi jalan perhubungan di kalangan penduduk di situ. Penempatan penduduk adalah di pinggir sungai. Manakala selepas merdeka perkembangan infrastruktur seperti jalan raya telah dibina. Penempatan penduduk mula berubah. Mereka mula membina rumah-rumah di persekitaran jalan dan terbentuklah kampung-kampung yang mudah dihubungi melalui jalan darat. Menurut sumber lisan, Daerah Bandar Baharu dahulunya dikenali sebagai Pengkalan Haji Ali. Haji Ali merupakan Orang Rao dan seorang yang kaya. Beliau tinggal di Kampung Permatang Pasir. Setiap kali ingin keluar ke pekan, beliau akan mengupah seorang Cina untuk membawanya dengan menaiki lanca ke tebing Sungai Kerian. Kemudian beliau akan mendayung sampan menuju ke destinasi yang diingininya. Pada masa itu juga terdapat kemudahan kereta kuda yang digunakan untuk pengangkutan jarak jauh. Dahulunya, Bandar Baharu tidak mempunyai Pegawai Daerah. Ia ditadbir oleh seorang penghulu. Penghulu yang pertama ialah Penghulu Ahmad yang bertugas di kawasan Bagan Samak. Semasa beliau mentadbir kawasan tersebut, beliau telah mati ditembak oleh orang yang tidak dikenali dan tidak tahu apa tujuan sebenarnya. Selepas peristiwa tersebut, Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid merancang untuk datang ke Pengkalan Haji Ali. Tetapi, baginda tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu dan
Nota: Sesiapa yang mengetahui maklumat tentang Pengkalan Haji Ali atau riwayat hidup Hj Ali, silalah emelkan ke tokohrao@gmail.com untuk dokumentasi dan rujukan. Sebarang sumbangan anda diucapkan ribuan terima kasih - Jari Basurek
Wacana Pemikiran Politik Dr Burhanuddin Al-Helmi
-
Para peminat pemikiran politik, politikus dan penulis adalah dijemput hadir
tanpa undangan protokal dan terbuka. Wacana ini akan mengupas beberapa
buah...
9 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan