" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 )t.

Teman-teman Sekondakhati

Khamis, 2009 November 19

TOKOH ANAK KALUMPANG – ALMARHUM DATUK HJ. BUYONG (Ar-Rawi)

Almarhum Datuk Rj. Buyong bin Abdullah JSM dilahirkan di Kg. Gumut Kalumpang pada 6/10/1920. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kalumpang pada zamannya iaitu sebelum pemerintahan Jepun di Malaya.

Beliau melanjutkan pelajarannya di Batu Road School, Kuala Lumpur, kemudian ke Sekolah Maxwell dan akhir sekali di Victoria Institution. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Technical College Kuala Lumpur, di samping itu beliau bekerja di Jabatan Telekom sebagai Juruteknik. Pada 1949, beliau menerima biasiswa “ Queen’s Scholarship” untuk mengambil kursus kejuruteraan di Telecommunication College London. Beliau kembali ke Malaysia setelah menyempurnakan pelajarannya selama 3 tahun 8 bulan iaitu pada 1954.

Beliau bertugas di Jabatan Telekom Kuala Lumpur sebagai Assistant Controller. Beliau pernah berkhidmat di Bukit Mertajam, Seremban, Kuantan dan Ipoh. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Controller Telekom dan Pengarah Telekom. Sebelum bersara, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Telekom Malaysia dan antaranya telah melancarkan Stesen Satelit Telekom di Kuantan, Pahang untuk memudahkan perhubungan telefon Malaysia ke peringkat antarabangsa. Beliau merupakan anak Melayu pertama dilantik memegang jawatan tersebut. Sewaktu beliau menjadi Pengarah Perancangan Jabatan Telekom, beliau telah dianugerahkan bintang Johan Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Beliau bersara sebagai Ketua Pengarah Telekom pada 1976.

Setelah bersara, beliau dianugerahkan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah dengan gelaran Datuk Mangku Bumi Selangor yang membawa makna Datuk Diraja Selangor. Beliau kembali ke Rahmatullah pada 10 Ogos 1987. Datuk Diraja Hj. Buyong adalah salah seorang cucu Panglima Kanan yang membuka Kalumpang. Beliau merupakan anak pertama Kalumpang yang menjadi Jurutera dan merupakan salah seorang penaung Persatuan Anak Kalumpang. Jasa beliau semasa hayatnya sentiasa menjadi kenangan kepada penduduk Kalumpang, kerana ramai anak Kalumpang diambil bekerja di Jabatan Telekom Malaysia. Beliau merupakan seorang yang peramah, mudah mesra dan sentiasa bertegur sapa terutamanya dengan orang Kalumpang. Beliau juga seorang yang jujur, lemah lembut tutur bahasanya dan sangat dihormati oleh sesiapa sahaja. Datuk Diraja Hj Buyong juga merupakan anak Melayu pertama berjaya sebagai Electrical Engineer pada zaman sebelum merdeka. Beliau juga anak Kalumpang yang pertama menjadi jurutera. Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Dzulkifli Buyong (dengan isteri pertamanya Saadiah bte Mohd Amin- berpisah) dan tiga orang anak lagi iaitu Ezani Hamzah, Ahmad Zaini dan Aida Fitri (dengan isteri keduanya Datin Hjh Rahmah bte Hamzah).


Sumbangan:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

Jari Basurek: Indo ado gambar ko?


TEKS PENUH..

Sabtu, 2009 November 14

Berjalan-jalan di "Sungai Sempit"




Dua tiga minggu lalu, sesudah membentangkan kertas kerja bertajuk Biografi dan Pemikiran Ramli Daud dalam seminar "Sasterawan Felda Ke-2" di UPSI anjuran Fakulti Bahasa dan Sastera serta Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] dalam perjalanan pulang ke Ipoh saya melintasi pekan kecil Slim River. Saya lalui jalan persekutuan ini dengan tepu kenangan lalu kerana laluan itu jarang benar saya gunakan setelah Perak direntangi Lebuh Raya Utara Selatan.
Slim River pekan patriotik. Sebuah pekan kecil terletak kira-kira 90km dari Bandar Raya Ipoh. Di sini ada Rao dan pastinya ada Mandailing. Ada juga Kampar, Batu Bara malah Natar pun ada. Pekan kelahiran Gemulah Dato' Ahmad Boestamam-Pejuang Kemerdekaan Negara dan Sasterawan ini kelihatan "bernyawa" dengan patriotisme! Lihat di jantung pekan ini ada sebatang jalan bernama Jalan Ahmad Boestamam. Dewannya bernama Dewan Tan Sri Ghazali Jawi (mantan Menteri Pusat / Menteri Besar Perak) malahan sekolah menengahnya pula bernama Sek.Men. Keb. Dato Dr Zulkifli Muhammad (Tokoh Politik).
Hebat sungguh Slim River namun kenapa pula namamu masih berbau penjajah? "Slim River "atau Sungai Sempit? Kenapa tidak dinamakan sahaja Pekan Sungai Slim ( Slim sudah diwartakan sebagai nama khas). Yang DiPertua Majlis Daerahnya dahulunya kenalan saya tetapi kini sudah berpindah.
TEKS PENUH..

Jumaat, 2009 Oktober 09

Jamuan Mesra Aidilfitri JARO di Gopeng, Perak





Tanggal 9 Oktober 2009, Kelompok Rao, Gopeng telah mengadakan Majlis Jamuan Mesra Aidilfitri JARO kelompok Gopeng yang dihadari lebih seratus orang. Turut hadir ialah Pn Hjh Zurinah Yusof Rawa dari Pulau Pinang. Setiausaha JARO sdr Tahirudin Ahmad turut mengumumkan kutipan derma Gempa Padang yang dikendalikan oleh JARO. Buat permulaan JARO telah menyumbangkan seribu ringgit melalui tabung yang dikelolakan oleh akhbar Sinar Harian. JARO juga berharap dapat mengumpul derma lagi termasuk melalui blog ini. Kepada sesiapa yang ingin menderma bolehlah bank-in ke akaun JARO 5581-7210-2797 (Maybank). Sila sms ke nombor tel; 0165200550 Tahirudin Ahmad sekiranya anda ingin resit rasmi.

TEKS PENUH..

Selasa, 2009 Oktober 06

Gempa Padang: Ingatan dari Al-Quran


30 September 2009 berlaku gempa di Padang pada jam 17.16, gempa susulan jam 17.58, dan esoknya, 1 Oktober 2009 gempa di Jambi jam 8.52. Cuba teliti surah Al-Quran! demikian bunyi pesanan ringkas (SMS) yang beredar sekarang. Siapapun yang membuka Al-Quran akan merasa kecil di hadapan Allah s.w.t. Perhatikan ayat-ayat Allah s.w.t tersebut:

17.16 (QS. Al Israa; ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa; ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal; 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah s.w.t di atas yang menunjukkan tepat pada waktu kejadian tiga gempa di Sumatera Barat; berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik untuk direnungi.

sumber: era muslim

TEKS PENUH..

Isnin, 2009 Oktober 05

Lubang besar di Padang

Sesudah gempa bumi dahsyat berlaku di Padang, Sumatera usai, kelihatan sebuah lubang besar tercipta di bandar itu. Apakah makna kejadian ini? Sama-samalah kita tafsirkan sendiri!





TEKS PENUH..

Jumaat, 2009 Oktober 02

Cerita dari Padang

Sejurus sebelum gempa bumi dahsyat berlaku di Padang, Kota Madya itu redup, hening seolah-olah diselubungi kesayuan, demikian menurut seorang mangsa kejadian kebetulan pelajar Malaysia yang pulang semalam. Sebenarnya setiap kejadian itu ada hikmahnya, kepada-Nya kita berserah!








TEKS PENUH..

Khamis, 2009 Oktober 01

Gambar pilu di Padang, Sumatera Barat

Kami mengucapkan takziah kepada warga Sumatera Barat semoga anda tabah menghadapi ujian Allah s.w.t yang amat pedih itu. Kami di Malaysia sentiasa mengikuti perkembangan malapetaka yang menimpa Padang, Sumatera Barat dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar saudara-saudara beroleh keselamatan, tabah dan redha atas ketentuan-Nya. Harap keluarga di Rao beroleh selamat jua. -Jari Basurek





TEKS PENUH..