Kenalilah Nasab
Followers
.
Selasa, 6 Ogos 2013
Isnin, 12 November 2012
SEMINAR MEMPERKASAKAN SEMULA TOKOH-TOKOH RAO DARI RAUB, PAHANG
Seminar ini juga diadakan di bawah Siri Syarahan Pak Sako anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah yang mulai ditubuhkan pada 15 Ogos 2011. Sebanyak sebelas kertas kerja akan dibentangkan oleh para pengkaji dan sarjana berketurunan Rao dan bukan Rao.
Kertas kerja yang dibentangkan termasuklah “Keadaan Sosioekonomi, Pendidikan dan Agama Kaum Rao di Daerah Raub, Pahang Darul Makmur”(Nisbar Bin Mohamad Nasib,JARO), “Biografi Tun Ghazali Shafie dan Sumbangannya Kepada Negara Malaysia”(Prof.Madya Dr.Talib Samat,UPSI),
“Penghijrahan dan Hubungan Orang Rao Perak ke Pahang”(Zabidin Hj lsmail,JARO), “Hubungan Sosio- Budaya Orang Rawa Pahang dan Negeri Sembilan”(Prof.Madya Datuk Paduka Dr.Mohd.Rosli Saludin,UPSI), “Kupasan Buku Sejarah Kedatangan dan Biografi Tokoh-tokoh Rawa Yang Terkenal di Malaysia Karya Talib Samat”(Mohd.Nazri Zainuddin, UPSI), “Kupasan Buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia Karya Zabidin Hj lsmail”(Dr.Haji Abdul Ghani Abu,UPSI), “Kupasan dan Ulasan Buku Bingkisan Sejarah Raub: Rao dan Pagarruyung :Pertaliannya Dengan Raub dan Pahang Karya Zaffuan Haji Manap” (Mohd.Fazil bin Ajak,UPSI), “Lagu-lagu Dikir Pahlawan Mat Kilau”(Datuk Aripin Said), “Raja Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih: Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di Raub Abad ke-17”(Subari Ahmad Jaafar Ar-Rawi ), “Kesenian dan Masakan Orang Rao” (Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi) dan “Pelbagai Kisah Kepahlawanan Mat Kilau”(Prof.Madya Dr.Azhar Wahid, UPSI).
Sempena seminar ini juga diadakan pelancaran buku Biografi Tokoh Rao karya Zabidin Hj lsmail dan Sejarah Kedatangan dan Biografi Tokoh-tokoh Rawa Yang Terkenal di Malaysia karya Talib Samat. persembahan Tarian Berjojak oleh kumpulan kebudayaan pilihan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, persembahan lagu tema Rao iaitu “Sekondak Hati”.
Acara istimewa selepas seminar ialah lawatan ke lombong emas Raub Australian Mining Gold di Bukit Koyan,Raub, Pahang. Majlis ini dijangka dirasmikan oleh Exco Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang Darul Makmur. Majlis ilmu ini terbuka kepada umum. Keterangan lanjut bolehlah menghubungi urusetia seminar Prof.Madya Dr.Talib Samat(UPSI) di talian 012-2269740 atau Zabidin Hj lsmail (JARO) di talian 012-5070513.
Ahad, 14 Oktober 2012
JARO komited bantu masyarakat Melayu Rao
Peserta bersama Ahmad Sarji (duduk, tengah) selepas seminar berakhir di Kompleks Media Karangkaraf- 13.10.2012
SHAH ALAM – Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) giat berusaha bagi membantu masyarakat Melayu Rao agar dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi di negara ini. Timbalan Yang Dipertua JARO, Datuk Zainal Abidin Noordin berkata, seminar kali kedua diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf itu khusus membincangkan keadaan sektor ekonomi, pendidikan dan agama yang unggul bagi kaum tersebut.
“Penubuhan jawatankuasa pemantau akan dilaksanakan bagi meneliti cadangan yang diutarakan sepanjang seminar dijalankan. “Oleh itu, penglibatan golongan muda kaum Rawa turut diperlukan bagi membantu mengetengahkan isu yang terlibat kepada agensi kerajaan untuk dinilai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, sebanyak lima negeri tumpuan iaitu Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang menjadi fokus seminar bagi mengkaji dasar ekonomi kaum di kawasan tersebut.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid turut hadir merasmikan seminar tersebut. Ahmad Sarji berkata, ramai orang Rao telah mencapai kemajuan dari segi sosioekonomi dan pendidikan di negara ini. “Saya mencadangkan supaya Jaro menjalankan penyelidikan mengenai tiap-tiap tokoh keturunan Rao yang telah memberi sumbangan besar terhadap negara. “Sebuah buku mengandungi pencapaian kerjaya, rahsia-rahsia mereka dari segi falsafah hidup, usaha inovatif serta pencapaian mereka di peringkat nasional dan antarabangsa perlu diterbitkan”, katanya.
Menurutnya, Yayasan Orang Rao perlu diwujudkan bagi membantu masyarakat tersebut dalam sektor pelaburan dan pendidikan. “Penyertaan dalam bidang pelaburan terbukti mampu mengubah kedudukan ekonomi orang Melayu. “Diharap pelaksanaan yayasan ini sedikit sebanyak dapat membantu kaum tersebut,” ujarnya.
Jumaat, 5 Oktober 2012
Jumaat, 15 Julai 2011
Council mulls over decision to rename Jln Caldwell
Friday July 15, 2011
Council secretary Datuk Abdul Rahman Md Ariff said some suggestions had been made to change the road name but it was still at the initial stage.
He said the council received an application from Persatuan Karyawan Perak to make the changes earlier this week.
Waiting: The council will consider renaming Jalan Caldwell to Jalan Pawang Ana after receiving an application from the Persatuan Karyawan Perak.
The association had wanted to commemorate Pawang Ana, a well-known author in the state during the 1850s, with a road name.
Abdul Rahman said changing any road name was not a simple task.
“It needs a lot of considerations and discussions.
“There is a need to consider the impact it has on the people, especially residents who are living along the road,” Abdul Rahman said after a working visit to Kampung Sungai Tapah, Gugusan Manjoi here in Ipoh on Wednesday.
”We will also need to get feedbacks from the public and consider other aspects,” he said.
The association had also made a similar application to the Kuala Kangsar Municipal Council to rename Riverfront Kuala Kangsar to Tebing Lam Sayong.
The reason given was that Kuala Kangsar was famous for its “labu sayong” (ceramics), which also holds historical values to the district. Starmetro 15.7.2011
Sabtu, 2 April 2011
Sesi Pengambaran Adat Berjojak di Gopeng

Isnin, 12 April 2010
Perjumpaan silaturrahim JARO di Pulau Pinang

Rabu, 29 Julai 2009
Usahawan Gelamai JARO meninggal dunia

Jualan semasa seminar tersebut cukup laris kerana sebahagian besar peserta membeli gelamai Allahyarham. Saya difahamkan sekitar 350 batang gelamai berjaya dijual pada hari tersebut.
Kepada ahli-ahli JARO, rakan taulan dan sahabat-handai yang berkesempatan menziarahi jenazah arwah bolehlah ke Kg Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak kerana upacara pengebumian akan dilangsungkan sebelum solat zuhur pada 30 Julai 2009. al-Fatihah.
Rabu, 22 Julai 2009
Seminar Rao semakin hampir, buku-buku sudah siap dicetak, dapatkannya di UPSI pada 25.7.09



Buku-buku di atas akan dijual dengan harga
istimewa kepada semua peserta seminar. Selepas
itu harganya kembali asal dan besar kemungkinan
tidak dijual di pasaran terbuka. Sesiapa yang
membeli buku Puisi Rao Nusantara dan Sekondakhati
sekaligus akan dihadiahkan car sticker sekondakhati
yang cantik lagi menawan hati.
Datang! Jangan tak datang...kita jumpa di UPSI.
Jumaat, 12 Jun 2009
Ahad, 22 Februari 2009
Mesyuarat Seminar Melayu Rao




Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Dato' Abdul Wahab Majid (Timbalan Presiden 2 JARO), Prof. Emiratus Dr Abdullah Hassan (Institut Peradaban Melayu, UPSI), Hj Zabidin Ismail (Presiden Karyawan Pk), Prof Dr HM Bukhari Lubis (Tim. Presiden Karyawan Pk), Pn Ailin Ton Dato' Ishak (Director of Business Development of SEGi University Collage), Dr Talib Samat (Fakulti Bahasa UPSI) , Hazlan Shaffii Adli (CEO Paramount Event Sdn Bhd) dan AJK JARO iaitu Dr Dzulkhaini Hj Hussein, Hj. Harith Zainal Abidin, Hj Mazlan Othman dan Tahirruddin Ahmad (Setiausaha Agung).
Antara keputusan penting yang dicapai ialah Ucaptama akan dilakukan oleh Y.A.Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta pada sebelah petang dijalankan mesyuarat agung dengan diikuti majlis salam perkenalan di kalangan peserta seminar dan ahli-ahli JARO dari seluruh negara termasuk tetamu undangan dari Rao, Sumatera Barat.
Beberapa tajuk buku mengenai etnik Rao akan diterbitkan sempena seminar tersebut di samping mengantologikan ke semua kertas kerja serta kertas sisipan.
Sabtu, 14 Februari 2009
Etnik Melayu Rao dalam kajian UKM
Tahirrudin dan Ir Azani @Pak Buyung dengan pelajar UKM
Pada 13-15 Februari 2009 Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) telah dikunjungi seramai lima orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang datang dari pelbagai bidang pengajian pengkhususan tetapi menjurus mengkaji etnik Melayu Rao sebagai sub-tesis bagi mendalami sosio-budaya masyarakat tempatan sebagai ilmu bantu bagi memahami budaya setempat semasa bertugas di sesuatu lokasi nanti. Pada peringkat awal mereka mendapat maklumat mengenai etnik Rao melalui blog sekondakhati dan kemudian diluluskan pensyarah mereka kerana ada sesuatu yang menarik mengenai orang Rao.
Setiausaha Agung JARO, sdr Tahirruddin Ahmad dan Ketua Biro Penyelidikan sdr Zabidin Hj Ismail telah membantu pelajar-pelajar tersebut melawat ke Galeri Mior di Kg Tersusun Batu Enam, Tambun, Ipoh bagi meneliti dan merakam foto beberapa khazanah peninggalan orang Rao terdahulu seperti sejadah, peralatan tekatan mempelai, almari serta cior yang berusia sekitar 60-80 tahun.
Ir Azali Abdullah @ Pak Buyung serta sdr Mior telah menerangkan serba sedikit perihal khazanah dan etnik Rao yang pertama kali dikenali oleh pelajar berkenaan. Mereka juga dijamu masakan asli Rao seperti gulai lomak nangko, masak asam ikan talapia dan kerabu pucuk pakih bersama perut di rumah sdr Tahirruddin. Dalam rangka kajian itu, mereka juga dibawa ke perkampungan tulen yang diduduki masyarakat Rao yang masih lagi mengamalkan sistem kekeluargaan, loghat serta adat etnik Rao di Sg. Itek, Jahang, Gunung Mesah di Gopeng, Perak.
Khamis, 1 Januari 2009
Petikan Berita dari Padang, Sumatera Barat

Dukungan moral dari yang dipertuan besar guna mewujudkan kerjasama kota kembar itu, tiada lain dilatarbelakangi ikatan emosional antara masyarakat kedua daerah yang notabenenya sama-sama Minangkabau. (o)
Isnin, 29 Disember 2008
Tunku Muhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar yang baru
Selasa, 23 Disember 2008
Teromba Keturunan Rao SeTanah Melayu

Arisel Ba atau nama sebenarnya Subari bin Ahmad dilahir pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah dari Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Kelulusan tertinggi beliau adalah dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003. Mula menulis secara serius tahun 1976 dimana puisi pertamanya Gua Bama tersiar di majalah Dewan Sastera, April 1977. Selain puisi, Arisel menulis cerpen, novelet, drama pentas, berita dan rencana. Karya Arisel telah terbit di akhbar, majalah dan antologi puisi/cerpen bersama. Telah terbit novelet pertamanya DENDAM MALAM GERHANA (1982). Antologi Sajak AKSARA ‘XXX’ terbit tahun 2004 adalah buku puisi pertama beliau setelah menulis sajak lebih 30 tahun. Kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan setelah berkhidmat selama 35 tahun.
Kisah dolu-dolu
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. |
Buku Sekondakhati

Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.
Rao Di Sana-Sini

Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523
Antologi Puisi Rao Nusantara

Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.
Rakan Sekondakhati
-
Wacana Pemikiran Politik Dr Burhanuddin Al-Helmi - Para peminat pemikiran politik, politikus dan penulis adalah dijemput hadir tanpa undangan protokal dan terbuka. Wacana ini akan mengupas beberapa buah...9 tahun yang lalu
-
Selepas tiga dekad, Tamar Jalis terus popular - By Anis Remli on March 17, 2015 Personaliti [image: "Saya amat bersyukur dan terharu dengan sambutan daripada peminat juga pembaca setia SBDJ, tak sang...9 tahun yang lalu
-
-
ilmu - Yang perlu dipelajari itu adalah TUHAN, bukan agama. Kerna ILMU KETUHANAN itu awalan beragama. Tanpa ilmu yang awal ini nescaya menjadi si beragama tanpa ber...11 tahun yang lalu
-
-
-
PANGLIMA AWANG @ ENRIQUE MELAKA PENAKLUK DUNIA - oleh Djazlam Zainal pada pada 20hb Januari 2012 pukul 9.05 ptg Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau ...13 tahun yang lalu
-
Perak yakin Unesco senarai Lembah Lenggong tapak warisan - January 24, 2012 IPOH - Kerajaan Perak yakin Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebuday...13 tahun yang lalu
-
Raja Perempuan Muzwin mangkat - BumiPerak, Friday, October 7, 2011 *Ipoh 7 Oktober 2011* Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-3...13 tahun yang lalu
-
Lumiglow - *PERHATIAN PARA PESAKIT & WANITA* : Jika anda mempunyai sebarang masalah kecantikan atau kesihatan, maka anda bakal meneroka penyelesaian alternatif yang *...14 tahun yang lalu
-
-
RIWAYAT KETURUNAN IMAM HJ. ABDULLAH FAKEH BIN RAJA SALEH – KETURUNANNYA MENJADI PEMIMPIN DAN TOKOH NEGARA. - Allahyarham Hj. Abdullah Fakeh bin Raja Saleh berasal dari Djambi Sumatera adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang. Beliau adalah salah seoran...14 tahun yang lalu
-
Berjalan-jalan di Pesta Buku - Pada 25 Mac 2010 saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC saya beli buku sendiri dengan mendapat potongan 30% drp harga asal RM35. Penerbit Universiti Mala...15 tahun yang lalu
-