Tahirrudin dan Ir Azani @Pak Buyung dengan pelajar UKM
Di depan Galeri Mior: dari kiri- Sdr Zabidin, Pak Buyung, Mior dan Tahir
Pada 13-15 Februari 2009 Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) telah dikunjungi seramai lima orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang datang dari pelbagai bidang pengajian pengkhususan tetapi menjurus mengkaji etnik Melayu Rao sebagai sub-tesis bagi mendalami sosio-budaya masyarakat tempatan sebagai ilmu bantu bagi memahami budaya setempat semasa bertugas di sesuatu lokasi nanti. Pada peringkat awal mereka mendapat maklumat mengenai etnik Rao melalui blog sekondakhati dan kemudian diluluskan pensyarah mereka kerana ada sesuatu yang menarik mengenai orang Rao.
Setiausaha Agung JARO, sdr Tahirruddin Ahmad dan Ketua Biro Penyelidikan sdr Zabidin Hj Ismail telah membantu pelajar-pelajar tersebut melawat ke Galeri Mior di Kg Tersusun Batu Enam, Tambun, Ipoh bagi meneliti dan merakam foto beberapa khazanah peninggalan orang Rao terdahulu seperti sejadah, peralatan tekatan mempelai, almari serta cior yang berusia sekitar 60-80 tahun.
Ir Azali Abdullah @ Pak Buyung serta sdr Mior telah menerangkan serba sedikit perihal khazanah dan etnik Rao yang pertama kali dikenali oleh pelajar berkenaan. Mereka juga dijamu masakan asli Rao seperti gulai lomak nangko, masak asam ikan talapia dan kerabu pucuk pakih bersama perut di rumah sdr Tahirruddin. Dalam rangka kajian itu, mereka juga dibawa ke perkampungan tulen yang diduduki masyarakat Rao yang masih lagi mengamalkan sistem kekeluargaan, loghat serta adat etnik Rao di Sg. Itek, Jahang, Gunung Mesah di Gopeng, Perak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan