Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Isnin, 16 Februari 2009

Bahasa Rao Ibu Bahasa Melayu?



Malam itu aku menghantarkan beberapa foto copy buku tentang sejarah Rao yang dipesan pak zul. Baru sahaja aku melangkahkan kaki dirumah DR zul, beliau terus menanyakan sebuah pertanyaan yang amat berat untuk dijawab. Kata beliau, mungkin tak ibu bahasa melayu berasal dari bahasa Rao? Dalam hati aku bergumam, ondeik… borek sungguah portanyaen pak zul tu… kok iyo pun bagi lah air minum bagei dolu…Lama aku mencari rumah dr zul malam itu, sebab alamat yang tertera dalam business card tidak sama dengan alamat yang beliau tulis dengan pen disitu. Sebenarnya rumah beliau dekat sahaja dengan UM tempat aku belajar PhD sekarang ini. Disamping kerana sifat orang Rao yang selalu morondah yang merasa tidak layak membicarakan itu, Bidang aku juga adalah politik Islam antarabangsa, bukan linguistic.

Menurut dr zul dengan mengambil contoh bahasa cina, bahawa identiti bahasa yang tua itu ialah bahasa yang disingkat-singkatkan. Sedangkan bahasa Rao pula, banyak yang berasal dari singkatan sebagai contoh dari bahasa Rao, menjadi bahasa melayu yang belum sempurna dan akhirnya disempurnakan;


Bahasa Rao

Menjadi (BM)

Maksud

Kuak

Ku agak

Mungkin

Indokundak

Tak ku hendak

Taknaklah

Indokupodah

Tak ku faedah

Tak ada faedahnya

Caroolah

Ikut cara dialah

Suka hati dialah

Klien

Kalian

You all

Topapo

Ntah apa-apa

Nape ni…

Poi

Pergi


Kunyonyonyak ge

Ku henyak-henyakan

Ku belasah


Tetapi memang, sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa melayu tertua berasal dari Riau yang terdapat dalam archive gurindam dua belas karya Raja Ali Haji (http://www.rajaalihaji.com/id/). Beliau adalah seorang raja, pahlawan, sasterawan dan seorang ulama. (http://id.wikipedia.org/) Beliau berasal dari Riau yang bersempadan dengan Rao yang tidak dipisahkan oleh lautan ataupun sungai dan juga kosa kata antara Riau dengan Rao pula memiliki persamaan. Masalah seterusnya adalah; apakah bahasa Rao berasal dari bahasa Riau atau bahasa Riau berasal dari bahasa Rao?. Dibeberapa daerah seperti rokan dan sebaginya memang terdapat persamaan yang ketara antara bahasa Rao dan bahasa Riau. Seperti yang kita ketahui bahawa kerajaan Riau Lingga pernah sampai ke Johor suatu ketika dahulu (http://melayuonline.com/)

Saat ini saudara kita di Rao Datuk Amran sedang mencari bukti-bukti ilmiyah untuk mengatakan bahawa bangsa Rao adalah bangsa yang tua. Ini berikutan penemuan beliau terhadap kuil-kuil zaman purba dahulu dekat tanjung air. Tempat itu dahulu disebut proyek. Aku sudah besar juga ketika tanjung air yang terdapat sungai besar bernama batang sumpur itu dijadikan sebagai pusat perdagangan yang menghubungkan antara satu kampong dengan kampong lainnya dengan menggunakan sampan atau kapal mesin. Menurut hipotesis beliau, dahulu Rao adalah sebuah Bandar besar tempat pusat peribadatan agama pribumi yang didatangi oleh manusia dari berbagai pelosok ketika itu. Kalau penemuan ini dapat dibuktikan lagi menurut beliau orang Minangkabaulah yang berasal dari Rao bukan orang Rao berasal dari minang.

Sementara andaian yang mengatakan bahawa orang Rao berasal dari mandailing adalah bertolak belakang dengan bukti-bukti sejarah sama sekali. Kata-kata mandailing sendiri menurut orang tua-tua yang aku tanya adalah berasal dari mande hilang yang bererti ibuku hilang yang diceritakan tentang mitos seorang anak yang menncari ibunya hilang. Cerita ini dianggap logik dan masuk akal disaat kita menemukan sebuah kampung dekat Kota Nopan Tapanuli yang bernama mandahiling dan setelah ditelusuri menurut Haji Chan silsilah orang kampung mandailing itu berasal dari daerah Sumatera Barat sekarang ini.

Dan menurut sejarah yang cuba aku ungkit lagi orang mandailing atau tapanuli didatangkan ke Rao sekitar tahun 60an atas kebijakan pemerintah Indonesia. Pemerintah melihat Rao adalah sebuah tanah yang subur yang perlu dikembangkan untuk tujuan pertanian, sementara masyarakat Rao ketika itu tidak mampu mengelolanya kerana jumlah mereka yang sedikit kerana ramai yang keluar. Untuk menutupi kekurangan itu, maka didatangkanlah masyarakat dari daerah lain. Kesimpulan ini juga diperkuat dengan terdapatnya perbedaan kultur, budaya, dan bahasa antara masyarakat Rao dengan Mandailing. Sampai sekarang perbezaan itu masih wujud dan susah disatukan. Akan tetapi mereka memiliki persamaan iaitu sama-sama beragama Islam. Menurut kajian lagi, dahulu mereka di Islamkan oleh Tuanku Rao. Sampai sekarang orang Mandailing dan Batak mengaji masih menggunakan bahasa Rao seperti;


Bahasa Rao

Maksud

Alih di ateh a→a

Alif baris di atas = a

Alih dibawah→i

Alif baris di bawah=i

Alih didopen →u

Alif baris di hadapan =u


Aku teringat dengan cerita cikgu disekolah dahulu katanya “diceritakan dalam batu bertulis tentang sebuah negeri yang dikelilingi oleh bukit-bukitan” dan kata beliau kemungkinan negeri yang diceritakan itu adalah Rao. Rao pula bukan wilayah yang digambarkan oleh pemerintahan RI dalam sebuah kecamatan saat ini, tetapi meliputi daerah yang dikelilingi oleh bukit-bukitan tersebut. Dan kalau cerita ini dapat dibuktikan tentu sahaja yang dimaksudkan Rao dahulu meliputi Rao, Panti, Tapus, Muara Sipongi, selayang, Bangkok, dan sebagainya itu.

Kalau cerita itu benar, lalu ke mana perginya masyarakat Rao yang dikatakan dulu ramai itu? Kemungkinan yang pertama ialah; suatu ketika dahulu Rao pernah diserang oleh suatu penyakit bawaan nyamuk yang membunuh ramai orang Rao. Kemungkinan kedua yang banyak kita ketahui dalam buku-buku sejarah adalah ditaklukkannya Rao oleh Belanda yang membuat masyarakatnya lari keluar. Saat ini sahaja masyarakat Rao yang berada di luar lebih ramai dari yang berada di Rao sendiri. Dan memang sepengetahuan aku, ada beberapa kampung tua sudah ditinggalkan dan tidak berpenghuni lagi.

Mengkaji sejarah memang terkadang membosankan kerana susahnya mencari bahan dan berbagai hambatan lainnya. Tetapi mengkaji sejarah juga menyeronokkan kerana kita bagaikan hidup berjuta-juta tahun lamanya. Semakin lama semakin menarik wacana yang coba aku kembangkan disini. Akan tetapi tentunya semua ini memerlukan kerjasama orang-orang yang peduli dengan asal usulnya. Aku hanyalah seorang pelajar yang memiliki berbagai keterbatasan kemampuan, waktu dan dana (kos) tentunya.

Kalau diteruskan diskusi kami dengan dr zul malam tu, mungkin sampai pagi tak habis-habis. Kerana malam sudah larut, akupun minta diri. Tanpa aku minta dr zul memberikan RM200 kepada aku. Katanya untuk biaya foto copy dan duit minyak mencari bahan ke berbagai university di Malaysia. akupun tak boleh cakap banyak kecuali hanya mengucapkan Alhamdulillah dan terima kasih.


Wallahu a`lam

Afriadi Sanusi (Anak jati Rao).

PhD cand. Islamic Political Science, University of Malaya

HP. 0122955829/ Email; adirao76@gmail.com

http://adi-rawi.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah,
    happynya jumpa blog ini
    jumpo yo ughang kito ya
    sedako sini..
    sekondakku,nak yo kito jumpe sekelian ado sini
    hehe..
    might be le buek gathering
    Syabas sedharo ku..toghuihkan usoho..
    Sila masuk ke dalam Facebook dan Friendster..ado dh ku buekkan group RAWA kito..:-)

    -Anak Jati RAWA
    Membesar dongan adat dan budayo RAWA
    :-)

    BalasPadam
  2. Akhirnyo pencarian aku berakhir...aku mencari dikalangan anak2 rao akhirnyo aku kotomu. Mengikuit cerito urang2 tuo kampung aku di Kampung Kubu Tanjung Malim, unyang kami Raja Mustafa yang berporang sedaro di Pahang, lari mengikuit sungai yang akhir nyo sampai di sungai Bernam dan berkubu di Tanjung Malim. Disitulah yang nama kampung Kubu timbul.

    Aku sekarang menotap di Alor Setar Kodah..barang siapa anak2 Rao yang di Kodah dan Perlis hubungilah aku bilo2 pun..bolih lah kito mengeratkan silaturahim.....

    Nama aku Azhar 012-3293467

    BalasPadam
  3. Salam Kenal.
    Pertemuan yang membangkitkan emosi karena berjumpa kembali dengan sejarah yang hampir dilupakan, cacatan yang hampir pupus, kebanggan yang hampir hilang. Nenek moyang kita.... Betapa bangga dan terharunya mereka, kalau nenek moyang kita mengetahui apo yang kito lakukan sekarang ini. Mengingat dengan keadaan dahulu, mereka (nenek moyang kita) mungkin tidak akan pernah menyangka anak cucu mereka akan dapat berkenalan seperti sekarang ini lagi. Betapa perit dan sakitnya perjuangan nenek moyang kita dahulu, tanpa perjuangan mereka kita tidak akan seperti sekarang ini. Mari kita jalin kembali persahabatan nenek moyang kita yang sudah lama terputus ini, semoga mereka tenang di alamnya. Amiin!

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao