Peralatan mempelai Rao; kerongsang, pacak, pending dll
Tali Kelambu dan Pengikat langsir
Kipas Pengantin dan Kepala Bantal
Usia Cior ini 60-80 tahun (nilai: RM6,000.00) dan Balut Tepak Sirih
Kepala Cior
Foto: Jari Basurek
Koleksi: Galeri Mior
4772 RPT Batu 6, Tambun 31150 Ulu Kinta, Perak
(Mior Helmi Meor Hashim - 013-5211772)
Etnik Rao mempunyai pelbagai corak tekatan busana mempelai. Di kalangan mempelai Rao dahulu kala mereka akan memakai pakaian pengantin itu walaupun mereka tidak memiliki sebaliknya dipinjam dari sanak saudara. Hakikatnya busana mempelai ini tidak ada di pasaran tetapi hanya terdapat di kalangan yang berada. Pakej busana mempelai ini bukan hanya terbatas pada pakaian pengantin tetapi melebar ke perkakasan tempat beradu seperti kelambu, cadar, lelangit bilik, bantal dan sebagainya. Masyarakat Rao memuja keindahan dan corak bunga dipaparkan meluas dengan latar berwarna-warni. Lazimnya kain limar digunakan untuk pemidang dan di atasnya dijahit corak berasaskan benang emas. Seperti cior (alas meja) atau lapik duduk pengantin menggunakan tiga lapis kain limar yang dijahit pada anyaman mengkuang bersaiz kecil. Tekatan dijahit ditengah-tengah cior.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan