Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Ahad, 22 Februari 2009

Mesyuarat Seminar Melayu Rao




Jam 10.00 pg Sabtu 21 Februari 2009 di Fakulti Bahasa, UPSI, Tanjong Malim berlangsung Mesyuarat Seminar Melayu Rao yang dipengerusikan Dato' Mohamed Hamzah, Naib Presiden JARO. Seminar ini akan diadakan di UPSI pada minggu ke empat bulan Julai 2009 dengan pembentangan 6 buah kertas kerja. Seminar ini anjuran JARO dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], UPSI, Yayasan Perak, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Dato' Abdul Wahab Majid (Timbalan Presiden 2 JARO), Prof. Emiratus Dr Abdullah Hassan (Institut Peradaban Melayu, UPSI), Hj Zabidin Ismail (Presiden Karyawan Pk), Prof Dr HM Bukhari Lubis (Tim. Presiden Karyawan Pk), Pn Ailin Ton Dato' Ishak (Director of Business Development of SEGi University Collage), Dr Talib Samat (Fakulti Bahasa UPSI) , Hazlan Shaffii Adli (CEO Paramount Event Sdn Bhd) dan AJK JARO iaitu Dr Dzulkhaini Hj Hussein, Hj. Harith Zainal Abidin, Hj Mazlan Othman dan Tahirruddin Ahmad (Setiausaha Agung).
Antara keputusan penting yang dicapai ialah Ucaptama akan dilakukan oleh Y.A.Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta pada sebelah petang dijalankan mesyuarat agung dengan diikuti majlis salam perkenalan di kalangan peserta seminar dan ahli-ahli JARO dari seluruh negara termasuk tetamu undangan dari Rao, Sumatera Barat.
Beberapa tajuk buku mengenai etnik Rao akan diterbitkan sempena seminar tersebut di samping mengantologikan ke semua kertas kerja serta kertas sisipan.

11 ulasan:

  1. salam. boleh tahu nama-nama pembentang kertas kerja dan tentatif acara tersebut. Tkasih

    BalasPadam
  2. menyokong penuh akan seminar tersebut diadakan...
    Dengan harapan kita akan dapat lebih pengetahuan akan asal usul keturunan rao...........cuma jangan ada yang akan politikkan pulak persatuan ini sudahlah..............

    BalasPadam
  3. Antaranya Prof Emiretus Dr Abdullah Hassan, Prof Dr HM Bukhari Lubis, Datuk dr Rosli Saludin, Dr Talib Samat, Intelektual dari Rao, Sumatera.

    Pagi- 4 pembentangan 4 kertas
    Petang 2 pembentangan 2 kertas
    -mesyuarat agung
    -salam perkenalan
    -bersurai

    wassalam

    BalasPadam
  4. Dalam Pertemuan sebelum ini di UPSI saya dicadangkan menulis kertas kerja, Apakah cancel? Kalau cancel tak mengapa sebab saya belum tulis lagi. Tkasih

    BalasPadam
  5. Kertas sdr bertajuk Diaspora Rao Malaysia dicantumkan dengan kertas Prof HM Buhari Lubis - Penghijrahan etnik Rao ke Tanah Melayu. Kedua-dua kertas itu dicantumkan kerana mesyuarat berpendapat kedua-dua tajuk itu saling berkaitan. Apatah lagi untuk menjimatkan masa. Kedua-dua kertas itu akan dibukukan dan diedarkan semasa seminar.

    tkasih.

    BalasPadam
  6. Bila tarikh sebenar seminar ? Bolehlah kami kosongkan tarikh tersebut dan dapat hadir.

    BalasPadam
  7. 18 atau 25 Julai 2009 mana-mana tarikh yang dipersetujui Pengucap Utama

    BalasPadam
  8. RazakRao
    Boleh tahu siapakah jemputan dari seberang yang akan dijemput hadir ?
    1. Adakah saudara Abd Rahim Qahhar dari Medan , seorang bekas wartawan dan penulis bebas akan dijemput sama ?
    2. Adakah sesiapa dari Rao yang aktif menyambung silaturahim seperti saudara Haen Taib Ridun , juga mungkin akan tersenarai di dalam 'list' tetamu undangan ?
    Cuma ingin mengulangi peringatan saudara Anak Rao Kg. Kubu yang diatas , supaya niat murni seluruh waris Rao di Malaysia tidak dipolitikkan ...Kita memerlukan seluruh pakar- pakar salasilah untuk hadir keSeminar tersebut.
    Wassalam

    BalasPadam
  9. Semua dijemput hadir kerana perbelanjaan pengangkutan dan penginapan tanggung sendiri. InsyaAllah kita tidak pernah terpikir nak politikkan JARO...yang penting ialah semua yang mengaku berketurunan RAO dipersilakan menjadi ahli JARO supaya organisasi kita kukuh dan teguh.

    BalasPadam
  10. Saudara,

    Saya telah promotekan blog saudara ini di RAWA facebook. Diminta semua dapat juga join RAWA Facebook & friendster kita.Agar samo samo dapek kito mengekalkan susur galur dan asal usul kito ini..

    :-)

    RAWA GROUP FACEBOOK
    http://www.facebook.com/groups.php?id=827789768&gv=12#/group.php?gid=27576188509

    FRIENDSTER RAWA
    http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=806194

    BalasPadam
  11. RazakRao

    thanks !

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao