Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Ahad, 1 Februari 2009

MENCARI KETURUNAN MANGARAJA SUTAN LAUT

Ahad, 2009 Februari 01

Assalamu'alaikum,
Baru sahaja sebentar tadi saya melawat blog bapak di http://terombarawa.blogspot.com.
Arwah datuk saya ada memberikan catitan 'family-tree' keturunan kami dari Rao di mana dia adalah cicit kepada seseorang yang bergelar Mangaraja Sutan Laut Tapi (tercatat dia dari Kahaiti atau Tanah Datar Putih) yang mempunyai 3 orang anak: Siti Fatimah (dikatakan menetap di Kerling), Tuanku Umar (Panglima Imam Perang Rao), Tuanku Ibrahim (Panglima Imam Perang Harimau Meratak)...Adakah Bapak mengenali nama-nama ini? Saya adalah piut kepada Tuanku Ibrahim. Dia dan adik-beradiknya terlibat bersama-sama Tuanku Tambusai berjuang di dalam Perang Padri. Dia menjadi buruan Belanda dan telah tercedera parah di Air Bangis, tetapi para pengikutnya telah membawanya lari ke Tanah Melayu dan membuat helah agar Belanda menganggapnya sudah mati. Ini adalah kerana Belanda meletakkan harga yang tinggi ke atas kepala mereka ini samada hidup atau mati.
Tuanku Ibrahim dimakamkan di Kampung Gebok, Negeri Sembilan. Anaknya pula Hj. Jalaluddin dibawa ke Perak dan kemudiannya bersama-sama dengan Tuan Syeikh Muhammad Noor dan pengikut-pengikut Naqsyabandiah telah membuka Kampung Sg. Cincin, Gombak.
Apakah Bapak mempunyai sumber-sumber yang mengenali siapakah Mangaraja Sutan Laut Tapi ini? Saya juga berharap agar dapat bertemu dengan keturunan dari galur Siti Fatimah itu.
Terima Kasih.

-Helwa Asyiqin
Helwa Asyiqin Juffri" helwa.asyiqin@gmail.com
Sdr. Helwa Asyiqin Juffri

Nota:
Surat ini dikirim kepada sdr Subari Ahmad menerusi blog terombarawa (Raub Pahang) dan kami panjangkan di blog ini dengan harapan jika sekiranya ada pengunjung yang berkait dengan salasilah Mangaraja Sutan Laut boleh terus berhubung dengan sdr Helwa Asyiqin Juffri di emel seperti di atas supaya jalinan Rao itu dapat disambung kembali - Jari Basurek

1 ulasan:

  1. salam buat semua ..... saya dilahirkan diKg.Gebok,Negeri Sembilan. Boleh dikatakan keseluruhan penduduknya adalah keturunan datok/moyang saya... siapa kami... sedikit sebanyak sejarah masih saya cari.. email saya myshahrudin@yahoo.com (facebook). kini menetap diBera, Pahang. Pernah ke Riau Dec 09.

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao