Walaupun sudah beberapa kali datang kerumah Pak Shawal, namun hari rabu itu saya di telefon oleh beliau cukup lama. Berkali-kali beliau mengatakan dalam telefon itu “Sekondakhati bukanlah generasi pertama yang datang ke Tanah Melayu”. Menurut pengusaha berjaya keturunan Rao Koto Rajo asal Tapah itu, “jauh sebelum Sekondakhati, telah ramai orang Rao yang berhijrah ke Tanah Melayu”. Pengaruh orang Rao menurutnya telah sampai ke nogori sembilan. Orang Mandahiling yang ada di Perak menurutnya semua menggunakan bahasa Rao, pengaruh bahasa Rao juga terdapat dalam bahasa Kelantan dan sebagainya.
Menurut beliau, suku yang mempengaruhi adalah suku yang kuat dan kukuh, sehingga orang lain terpengaruh dan ingin menjadi bagian darinya. Sejarah mencatatkan bagaimana Barat dan Eropah menjadi ke Árab-araban dan mengikut style Arab di zaman keemasan Islam dahulu dan sekarang dunia menjadi ke Barat-baratan yang mengikut gaya Barat kerana saat ini adalah zaman keagungan Barat yang mengalahkan dunia lain. Pak Shawal melanjutkan, “cubo dongar ge lagu nogori sombilen, apo kono eh jang”...
Sebagai seorang akademisi yang terikat dan berpegang teguh pada prinsip dan data-data ilmiah, saya tidak mahu menerima kenyataan itu begitu sahaja tanpa soal selidik terlebih dahulu. Hari sabtu saya pergi ke Mydin masjid India membeli dan memborong semua koleksi CD Ally Noor & Mastura. Saya langsung “jatuh cinta” mendengar lagu-lagu itu. Di samping kelakar, cerita dalam lagu hampir sama dengan kisah saya. Seolah lagu-lagu itu menceritakan nasib saya yang ditinggal kahwin oleh seorang kekasih setelah empat tahun lebih kami berkawan baik. Seperti cerita itu, saya juga telah jumpa dan mendapatkan persetujuan orang tuanya. Tetapi taqdir menentukan lain yang membuat saya ridha dan tawakal menerima takdir dari-Nya dan menjadi “bujang lapuk” hingga ke hari ini.
Mendengar lagu-lagu negeri Sembilan yang dinyanyikan oleh Ally Noor & Mastura memang menyeronokkan. Tetapi tanpa disedari ada sesuatu yang lain dalam lagu yang terkenal dan menggelitik dengan lagu apo kono eh jang itu. Pernah tak kita menyedari bahawa di dalam lagu-lagu itu terdapat banyak sekali unsur-unsur bahasa Rao. Penulis pernah belajar di Tapanuli selama tujuh tahun dan belajar di Minangkabau selama empat tahun. Bahasa yang dilagukan oleh kedua artis nogori sembilan itu bukanlah bahasa Minang murni, dan bukan pula bahasa Mandahiling, tetapi terdapat unsur-unsur bahasa Rao yang banyak di dalamnya.
Pertanyaan selanjutnya adalah kenapa bahasa Nogori Sembilan dipengaruhi oleh bahasa Rao? Pernahkah orang Rao maju dan `berkuasa` di Negeri Sembilan? Siapakah dan tahun berapa generasi pertama asal Rao datang ke Negeri Sembilan dan masih adakah keluarga Rao yang menetap di Nogori Sembilan saat ini?. Mungkinkah kerana Raja Nogori Sembilan saat ini adalah keturunan Minang Bukit Tinggi, membuat orang Rao menghilangkan identitinya sebagai orang Rao? (sebuah pertanyaan yang pastinya tidak akan mampu dijawab oleh artikel yang singkat ini)
Di Nogori Sembilan terdapat kuburan Tuanku Tambusai yang berasal dari Riau yang bersempadan dan berjiran dengan Rao. Tuanku Tambusai yang juga sebagai pahlawan nasional Indonesia ini, dulunya pernah belajar agama dan berjuang di Rao. Tuanku Tembusai melarikan diri ketanah Melayu kerana tidak mahu tunduk dengan kehendak penjajah Belanda yang sudah menaklukkan Rao ketika itu (Wan Mohd. Shaghir Abdullah) Kemungkinan Tuanku Tembusai membawa pengikut orang-orang Rao datang ke Tanah Melayu juga adalah sesuatu yang masuk akal. Ini kerana sejarah mengenal perjuangan tiga serangkai iaitu; Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Tembusai dan Tuanku Rao yang sezaman dan memiliki ikatan yang rapat.
Buyuang adalah panggilan sayang kepada anak lelaki. Jang adalah singkatan ujang yang berasal dari kalimat bujang yang bermakna hansem (gagah) adalah panggilan manja dan sanjungan kepada anak lelaki di Rao. Di sini penulis hanya akan menuliskan sebahagian kecil kadungan bahasa Rao yang terdapat dalam nyanyian Nogori Sembilan Ally Noor & Mastura tersebut, iaitu;
Bahasa Rao/Lagu | Bahasa Minang | Bahasa Rao/lagu | Bahasa Minang |
Mano | Ma | Porang | Parang |
Poi | Pai | Baden | Badan |
Kobou | Kabau | Tompek | Tampek |
Gulei | Gulai | Koreh | Kareh |
Sobolango | Sabalango | Kobun | Kabun |
Monuang | Manuang | Tobang | Tabang |
Ompuak | Untuak | Tolontang | Talantang |
Sonang | Sanang | Tontu | Tontu |
Do | Nyo | Pojom | Pajam |
Domom | Damam | Omak | Amak |
Copek | Capek | Tompek | Tampek |
Morano | Marano | Poniang | Paniang |
Baden | Badan | Jowobnyo | Jawabnyo |
Ongah | Uda | Solemo | Salemo |
Podiah | Padiah | Tompah | Tampah |
Jangen | Jan | Bolakang | Balakang |
Ondak | Nyio | Monggigik | Manggigik |
Togah | Tagah | Monangih | Manangih |
Sonang | Sanang | Monyobuik | Manyabuik |
Konang | Kanang | Jowobnyo | Jawabnyo |
Omak | Amak | Disobuik | Disabuik |
Ontahlah | Antahlah | Apo layi | A layi |
Mujuar | Untuang | Bobuih | Babuih |
Obang | Azan | Konyang | Kanyang |
Menurut Pak Shawal, orang Rao telah datang ke Tanah Melayu bermula dari abad ke enam belas lagi. Namun seperti biasa, belum ada data-data tertulis yang mengatakan demikian. Ini juga kerana budaya tulis baca belum terkenal ketika itu. Tetapi orang yang datang selepasnya akan menjadikan orang yang pertama kali hijrah itu sebagai tepatan tempat singgah.
Penghijrahan orang Rao ke tanah Melayu jauh sebelum adanya negara Indonesia yang hanya berdiri pada 17 Ogos 1945 dan jauh sebelum adanya kerajaan Malaysia yang hanya berdiri semenjak 31 Ogos 1957. Di waktu itu Nusantara tidak dibatasi oleh sempadan dan batasan, bahkan penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain dalam wilayah Nusantara biasanya di alu-alukan dan disambut bagaikan menyambut sang pahlawan. Ini kerana setiap negeri ketika itu memerlukan orang ramai untuk membuka tapak-tapak pertanian yang baru untuk menukar hutan belantara menjadi perkebunan. Morodah segala macam bahaya untuk mencari sumber kehidupan. Ini juga kerana yang hijrah dan yang menerima penghijrahan itu memiliki identiti yang sama. Kesamaan dari segi bentuk tubuh, warna kulit, budaya, bahasa, agama dan berbagai-bagai kesamaan lainnya membuat mereka merasa bersaudara antara satu dengan lainnya. Belum ada mengenal sistem pasport, visa dan fiskal ketika itu.
Seperti yang diceritakan oleh Pak Shawal, Selayang umpamanya dibuka oleh orang Selayang Rao, Pudu Raya pula diambil dari nama orang Rao yang bergelar pudu dan ibunya yang bernama Raya. Pudu adalah bahasa Rao yang bererti idiot. Adalah menjadi kebiasaan orang Rao untuk membuat panggilan yang rendah sebagai gurauan kepada rakan-rakannya. Saya juga pernah mendapat alamat email tungkik = air telinga dari keturunan Rao di sini. Mungkin kebiasaan ini jugalah yang membuat orang Rao menjadi low profile sampai saat ini. Apa yang saya temui, keturunan Rao memiliki otak yang cerdas dan ramai yang berjaya serta hebat-hebat belaka, tetapi tetap sahaja rendah diri (low profile). Bab ini mungkin perlu diskusi pakar lanjut lagi tentunya.
Tulisan ini jauh dari apa yang dikatakan sempurna. Diharapkan selepas ini akan ada anak-anak keturunan Rao dan mereka yang peduli, membuat kajian tentang “Pengaruh Bahasa Rao Dalam Bahasa Nogori Sembilan” melalui latihan ilmiyah, thesis atau disertasi lainnya diberbagai universiti.
Wallahu a`lam, Kuala Lumpur, 21/02/09,
Afriadi Sanusi
PhD cand. Islamic Political Science, University of Malaya
RazakRao
BalasPadamSdr Afriadi ,
Boleh saudara anggarkan berapakah anggaran perbelanjaan untuk melengkapkan pengkajian mengenai latar belakang etnik Rao dan membukukan maklumat tersebut ?
Berapakan anggaran masa yang di perlu ?
Wassalam
Saat ini saya menjadi ahli dalam pengkajian Ulama Nusantara yang dibiayai oleh UM sebanyak RM 120.000,00. masa 2 tahun. Thesis PhD saya pula membicarakan tentang halal food di Nusantara. Kerana Kajian tentang Rao sifatnya mengumpulkan bahan2 yg terpisah mungkin biaya dan masanya lebih murah dan pendek lagi.
BalasPadamSemalam pelajar UKM mewancarai saya tentang Rao dan memang Rao adalah sesuatu yg unik utk dikaji
RazakRao
BalasPadamSdr Afriadi,
Sejarah Rao sememangnya unik cuma masih banyak misterinya seperti batu bosurek di prasasti Padang Nunang dan tapak istano Koto Rao...
Dari sudut pemerintahan kawasannya juga agak unik ( oleh raja & Dato' ) cuma penabalan Yang Dipertuan Padang Nunang masih menjadi isu yang tergantung . Adakah isu ini pada pandangan sdr akan mencacatkan sistem hiraki pentadbiran di Rao dan perlukah lantikan ini di segerakan ?
Batu bosurek tu ada di Kubu sutan juga, menurut ahli sejarah itu peninggalan sriwijaya. Soekarno telah melupuskan sistem beraja di Indonesia, jadi secara politik ada halangan. Yang pasti Rao telah "diminangkan" walaupun bukan orang minang krn tidak memiliki suku minang seperti jambak, piliang dsbnya. Rao`s memiliki identiti tersendiri dan itulah yg perlu dikaji dan diungkap
BalasPadamRazakRao
BalasPadamSedar akan keadaan nie.. Ada orang Rao yang juga mendakwa keturunan Minang , kemudian berpendirian Rao dibawah takluk Minangkabau .
Agak keliru rasa sebab kami Rao Gopeng tak pernah beranggapan begitu .. Apa komen sdr mengenai isu waris Rao / Minang ?
Assalamu`alaikum
BalasPadamTerima kasih atas pertanyaan.
1. Orang rao itu seumpama orang Bandung, Jakarta, dan betawi yang berada dalam kawasan Pulau Jawa tetapi tidak sebagai orang jawa kerana mereka orang Sunda yg memiliki identiti tersendiri
2. Secara regional Rao berada didaerah Sumatera Barat dan Sumatera Barat dibangsakan kepada Minang, walaupun tidak semuanya orang minang
3. Orang Rao bukan orang minang sebab orang minang memiliki suku piliang, tanjung, jambak dan sebagainya sementara rao tidak memiliki suku
4. Orang Rao bukan Mandahiling kerana mereka memiliki marga seperti siregar, Nasution, Harahap dan sebagainya sementara orang Rao tidak bermarga
5. Raja rao tidak tunduk kepada raja pagaruyung ia tersendiri, tetapi "diminangkan" karena berada dikawasan minang.
6. Rao memiliki identiti tersendiri dan itulah yang perlu dikaji dan dibangkitkan agar `penipuan sejarah` tidak berlaku selamanya
7. Orang Rao seperti orang Aceh, Riau yg tidak punya marga/suku tetapi memiliki identiti tersendiri
Terima kasih
Wassalam
RazakRao
BalasPadamHarap semua maklumat dan fakta-fakta ini dapat di bukukan untuk panduan generasi masa depan ..
salam saudara afriadi,kenapa tak nak buat master tentang orang rawa di jabatan sejarah,universiti malaya.topik ini baru selama ini cuma ada tesis mengenai dialek melayu rawa sahaja oleh saudara harun mat piah..
BalasPadamAssalamu`alaikum
BalasPadamMaaf lambat balas.
Saya sudah master bidang politik Islam Grad bulan Ogos 2008 di UM. Saat ini saya tengah menyiapkan Disertasi PhD. saya bidang halal food di Asia Tenggara.
Kerana faktor kos, secara perlahan saya juga tengah mencuba membuat thesis tentang sejarah Rao untuk melanjutkan kertas kerja saya tentang Diaspora Rao di Semenanjung Malaysia pada seminar Rao nantinya. Kalau sudah siap (ini untuk strategi penjimatan kos) insya Allah saya akan ajukan ke UM atau ke UPSI kerana disana telah ada Dato` Rosli yang tengah mengkaji tentang Rao di Negeri Sembilan.
Terima Kasih atas cabaran dan harapan yang diberikan
Wassalam
Maaf Jika saya menyanggah pendapat saudara. Apakah saudara pernah pergi ke Kabupaten Pasaman , Kecamatan Rao ?? Saya terkejut dengan statement anda mengenai bahwa Orang Rao bukan orang Minangkabau ?? Sejak bila orang Rao tidak mengaku sebagai orang Minangkabaj ??? Bahkan perlu anda tahu bahwa Kecamatan Rao di dominasi oleh Suku Chaniago keturunan Datuk Perpatih Nan Sebatang. Saya orang Minangkabau yg boleh di katakan masih pure merasa bingung dengan Orang Rao di Malaysia yg merasa bahwa mereka bukan bagian dari etnis Minangkabau. Perlu di ketahui bahwa orang rao yg melakuka migrasi ke semenanjung malaysia merupakan bekas kader-kader tentara paderi yg kalah berperang dengan Belanda yg terdiri dari Tuanku Tambusai asal Rokan Hulu , Tuanku Rao asal Pasaman Sumatera Barat. Dan lagi mengenai bahasa yg telah anda jabarkan di atas sungguh dapat di ketahui bahwa anda tidak tahu menahu sama sekali mengenai Adat Minangkabau. Dialek Payakumbuh , Silungkang , Kuantan , Tanah Datar memiliki logat yg seperti itu. Kmai oeang Minangkabau menyebutnya sebagai Bahasa Minangkabau Darek. Sedangkan yg anda sebut sebagai bahasa minang itu kita sebut sebagai bahasa Minangkabau logat Pesisir / Agam. Terima kasih
BalasPadamDi Sumatra Barat terdapat minima 7 dialek besar tetapi yang dominan adalah dialek Padang/Agam oleh kerana pengaruh geographi. Selain itu terdapat dialek Minangkabau Kampar,Kuantan Singingi Dan Rokan di Propinsi Riau Dan dialek Bungo Dan Tebo di Propinsi Jambi serta dialek BatuBaro di Propinsi Sumatra Utara. Seperti bahasa lain seperti Inggeris keadaan seperti ini juga berlaku. Kita harap dialek kecil Rao-Mapat Tunggul ini tidak menjadi dialek 'katak bawah tempurung'.(buyungtapah@gmail.com)
PadamTerdapat kesalahan berkaitan dengan baso minang yg admin katakan. Untuk makluman admin baso minang terdiri daripada 2 kumpulan bahasa iaitu baso pasisia dan baso darek.
BalasPadamBaso pasisia awalan kata menggunakan a spt pai, gadang, lamang,kanyang, bareh.
Baso Darek pulo awalan kata menggunakan o spt poi, godang, lomang, konyang, bogheh.
Baso nogori boghasa daghi baso minang darek samo jo dongan bahaso rao sobab tu banyak o pado awalan kato.
Jadi tak adil la kok admin koba baso minang tu hanyo spt yg dikoba an iaitu awalan kata a sahaja.
Ini statement yang lucu : Diharapkan selepas ini akan ada anak-anak keturunan Rao dan mereka yang peduli, membuat kajian tentang “Pengaruh Bahasa Rao Dalam Bahasa Nogori Sembilan”.
BalasPadamIni untuk apa? Baso Nogoghi Sembilan itu ya Baso Minang logat Payakumbuh/Batusangkar. Yang dipakai hampir merata di negeri-negeri Dataran Tinggi Minangkabau serta rantau timur. Dari Rao, Payakumbuh, Batusangkar, Kampar, Kuantan, Sawahlunto-Silungkang, Batubara, hingga menyeberang Semanjung Malaya. Rao-pun bukan suatu etnis, namun sebuah nagari yang dulunya memiliki kerajaan yang berkerabat dengan Pagaruyung. Dan orang Rao-pun banyak yang datang dari bagian-bagian lain Pasaman (i.e : Talu, Bonjol, Lubuk Sikaping), bahkan dari nagari-nagari Agam serta Limapuluh Kota. Jadi orang Rao tu ya Orang Minangkabau. Bukan orang lain, ughang awak juo.
Kami tidak tahu apa motif Anda memecah belah Rao dan Minangkabau, sedangkan kami di Sumatra tak pernah memisah-misahkannya.
Tabik. Afan
Pads amnya says bersependapat dengan Komen anda.Yang says hairan adalah dimana pendapat pakar bahasa/kebudayaan tentang tajuk ini untuk mengelakkan perbincangan ini berakhir seperti orang meredah hutan tebal tanpa menggunakan GPS.
BalasPadamBahasa rao mcm berbicara bahasa payakumbh,seiras,rao tidak dapat dipisahkn dari minangkabau,mcm lidah dan bibir.
BalasPadam