Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. |
sila layari blog speaker perak untuk mendapatkan maklumat terkini isu perak
BalasPadam'Suara Perak'
speakforperak.blogspot.com
RazakRao
BalasPadamPak Jari
Di izinkan atau tidak kalau di 'paste' brosur seminar di blog untuk perhatian ramai .. atau hanya dibolehkan rujuk di blog sekondakhati?
Sdr RazakRao brosur itu boleh di'paste"kan serta diedarkan kepada sesiapa sahaja yang sudi menerimanya. Pihak penganjur berharap kehadiran peserta harus memenuhi auditorium UPSI kerana ini merupakan program julung kali diadakan yang berkaitan dengan etnik Rao. Seharus setiap urang Rao harus menyokong usaha ini demi menggambarkan kesatuan dan ukhwah kita yang melepasi batasan status, darjat dan seumpamanya. kita semuanya adalah satu rumpun keluarga yang besar. tkasih atas perhatian itu.
BalasPadam