Anda akan diberi keistimewaan jika sekiranya menjadi ahli Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) seperti penyertaan percuma bagi Seminar Melayu Rao Malaysia anjuran bersama JARO dan UPSI dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada 25 Julai 2009 di Auditorium Besar, UPSI Tanjong Malim. Seminar yang diadakan pertama kali dalam sejarah tamadun masyarakat Rao di negara ini juga akan mempamerkan kerja tangan, gambar-gambar sejarah, lawatan, artifak, bahan-bahan identitas Rao, buku-buku serta makanan. YABhg Tun (Dr) Hj Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menyampaikan ucaptama sebelum pembentangan 6 kertas kerja utama. Kesemua kertas kerja ini beserta 5 lagi yang tidak dibentangkan dalam seminar tersebut akan dibukukan sebagai sebuah naskhah prosiding yang boleh dibeli semasa seminar berlangsung. Inilah satu-satunya dokumen penting bertulis dan berwibawa yang perlu disimpan senagai kajian atau rujukan anak cucu Rao. Pastikan tidak melepaskan peluang ini. Anda...Rao semesti hadir ke seminar tersebut. Ayuh kita jayakan bersama!
klik BORANG KEAHLIAN
klik BERITA PENUBUHAN JARO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan