Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Isnin, 22 Disember 2008

Mesyuarat Agung Penubuhan JARO




Pada 21 Disember 2008 mulai jam 9.00 pagi, Dewan Sri Tanjung, UPSI Tanjong Malim penuh sesak dengan kehadiran Melayu Rao seluruh Malaysia kerana mesyuarat agung JARO kali pertama yang dirasmikan oleh tokoh Rao, YB Senator Tan Seri Muhammad Muhd. Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Keahlian JARO hanyalah 85 orang sahaja walhal yang ramai hadir adalah bertaraf pemerhati. Walau bagaimanapun, selepas mesyuarat agung hampir 200 orang berpusu-pusu mendaftar menajdi anggota JARO. Keahlian hanya sejenis sahaja: Ahli Seumur Hidup - pendaftaran RM5 dan yuran RM50.

100 ribu

Dianggarakan masyarakat Rao di Malaysia berjumlah 100 ribu manakala di Sumatera Barat sendiri hanya tinggal 60 ribu sahaja. Difahamkan Negeri Kelantan mempunyai 10 ribu Melayu Rao namun begitu kebanyakan mereka tidak lagi fasih bertutur loghat Rao (bukan loghat Minang).

Dominasi lokasi Melayu Rao

Dominasi lokasi masyarakat Rao ialah di Perak seperti Gopeng, Selama, Temoh, Tapah, Slim River, Tanjong Malim, Sungai Sumun, Teluk Intan dan Ipoh. Negeri-negeri yang masih memiliki masyarakat Melayu Rao selain Kelantan ialah Johor (Kota Tinggi), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Mantin), Selangor (Semenyih, Beranang, Kalumpang, Batang Kali, Gombak ), Kedah (Selama), Pahang (Raub, Kuala Lipis), dan Pulau Pinang.

Mesyuarat tersebut telah memilih YBhg Dato' Seri Hj Mohammed Khalil bin Hj Hussein (Kuala Lumpur) sebagai Yang DiPertua, YBhg Dato' Zainal Abidin bin Moordin (Selangor) dan YBhg Dato' Hj Abd Wahab Majid (Pahang) selaku Timbalan Yang DiPertua manakala YBhg Dato' Hj Abd Wahab Majid (Pahang), Puan Ailin Ton binti Dato' Isahak (Kelantan) dan Hj Fuaddin hj Kamarudin sebagai Naib Yang DiPertua. Mesyuarat juga meluluskan beberapa program tahun 2009 iaitu:

  • Seminar Melayu Rao
  • Motivasi Pelajar (Sistem Anak Angkat berkampung dengan keluarga Rao)
  • Balik Ke Rao (dari masa ke semasa)
  • Ibadah Korban di Rao, Sumatera Barat, Indonesia
  • Penulisan Buku berkaitan Melayu Rao kerjasama dengan UPSI dan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk)
Sesiapa yang ingin menjadi ahli (terbatas kepada Melayu Rao sebelah ibu atau bapa atau ninik / uci ataupun persemendaan) boleh menghubungi Setiausaha JARO, Encik Tahirruddin Ahmad di No. 6C Ruang Niaga DBI, Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh atau telefon: 05-5480405 atau 0165200550 atau faks: 05-5480462 atau e-mel: chttsb@yahoo.com

7 ulasan:

  1. PROGRAM TAHUN 2009 termasuk Seminar Melayu Rao, Lawatan Balik Kampong April, Sembelihan korban di Rao,Malam Budaya Melayu Rao di Malaysia, Penerbitan Buku buku Warisan, Tokoh2 Rao Malaysia, Buku Masakan Rao, Buku Kesenian / Kebudayaan Rao, Bengkel Motivasi Pelajar, Majlis Hari Rayo.

    Tahirruddin Ahmad

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    Syabas diucapkan kpd semua ajk JARO yang baru dilantik. Program yang dirangka utk tahun ini dan seterusnya adalah sesuatu yang sangat saya nanti2kan, kerana selepas program pelancaran Portal JARO di Raub pada tahun 2006 dulu tiada apa2 program lanjutan selepas itu......Saya sangat musykil andainya JARO terbengkalai ditengah jalan apatah lagi idea cetusan JARO ini di mulai oleh Allahyarham bapa saudara saya YM. Tengku Mustapha Tengku Seti serta beberapa orang lagi kenamaan dari keluarga rao di Perak dan Kuala lumpur....

    Mudah-mudahan segala usaha murni Ayahnda2 dan Saudara2 semuanya di JARO akan diberkati oleh ALLAH swt hendaknya.

    Iklas dari,
    Anak rao dari RAUB, PAHANG.

    BalasPadam
  3. Anak Rao dari Pahang,
    Kami pohon orang Rao di Raub atau di Pahang amnya mendaftar menjadi ahli supaya sama sama kita hidupkan kembali warisan, kesenian,kebudayaan dan semangat Rao yang agak menghilang sedikit demi sedikit.
    Kita ada Persatuan yang berdaftar maka kita sokong dengan memberi pandangan ,ide dan bersatu serta merapatkan silaturahim kekeluargaan. Jangan kita berpecah disaat kita memerlukan penyatuan.

    BalasPadam
  4. Salam En. Tahiruddin,
    Saya sangat2 bersetuju supaya warisan Rao ini hidupkan kembali melalui persatuan yang telah ditubuhkan. InsyaAllah perkara ini akan diwar-warkan kepada ahli keluarga saya di Raub dan dimana juga mereka berada. InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. Salam ...En Tahiruddin...

    Saya dari Kota Bharu Kelantan ( Tak sangka di Kelantan ramai orang Rawa?...)....mempunyai darah Rawa..berasal dari Perak...Generasi ke 4 dari Rawa dan masih mempunyai hubungan keluarga di Rao, Sumatra Barat.....berbangga dengan penubuhan JARO ini semoga boleh merapatkan silaturrahim...Insya'Allah

    BalasPadam
  6. salam kou!

    indo ku tau tang ttg pertubuhan ini. ngapo tak disobut pado org ramei? aku dolu peronah menganjurkan keluargo rao (9 generasi) di Bandar Country Resort Rawang. dapek aku 9 generasi. kami ramai2 dari kg gunung mesah hilir/tapah/sg itek/tg malim/kalumpang/kampar. ado aku simpen salasilah kami. maso kami membuek tu, aku lantik Almarhum Tan Sri Dato' Hj Anuar Zainal Dato' Abidin mjadi pengerusi. almarhum meningga tahon lopeh! AL-FATHEHAAH! tau kou bapak almarhum (Dato' Zainal Abidin - peronah menjadi pengetua MPSI? rao jugak tang!)
    ramei lagi dalam list aku. contact lah utk mengecek-ngecek.

    terima kasih aku pado Abdul Karim Nast Alias - duo pupu aku di ipoh yg mengirim alamek blog ini. salam

    Hazlan Shaffii Adil Bidin
    hazlanshaffii@gmail.com
    +.6.019.230.7.055

    BalasPadam
  7. kalau tak silap saya, emak dan adik saya pernah pergi perjumpaan keluarga yang terbesar..keturunan belah emak.saya tak pasti kat Rawang atau tg Malim. Yg saya tahu, mak ada sebut pasal orang yg dipanggil Abang Enal (Zainal) yg dah dpt gelaran datuk.Mak pula keturunan Haji Ismail Precet (taukeh kedai Gopeng-zaman dulu)

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao