Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Isnin, 29 Disember 2008

Selama, Perak dibuka oleh Orang Rao


Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22.1.1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Rao Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kg. Sg. Bayor. Kampung ini didiami oleh orang - orang Melayu keturunan Pattani.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kg. Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kg. Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerah Kg. Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama.

Sejarah Penubuhan Majlis Daerah Selama

  • Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi.
  • Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang.
  • Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.

  • Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance.
  • Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance.
  • Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan.
  • Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.
  • Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.
  • Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.
  • Pada tahun 1965, berlaku kucar-kacir dalam pentadbiran Majlis-Majlis Tempatan dan juga pembatalan pilihanraya Kerajaan Tempatan.
  • Berikutan dari pembatalan pilihanraya itu, Kerajaan Tempatan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Kerajaan Negeri dan Pengerusinya dilantik oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan persetujuan oleh Kerajaan Negeri.
  • Pada akhir 1960-an, Lembaga Bandaran Selama dan semua Majlis-Majlis Tempatan dalam Daerah Selama dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan bagi Selama dan cawangan.
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan pada dasarnya sebuah badan yang berotonomi kewangan dan dibantu oleh Kerajaan Negeri melalui Geran Pelancaran dan Geran Tahunan.
  • Kebanyakan kakitangan di dalam LPKT( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan), dipinjam dari Kerajaan Negeri khusus dalam hal pentadbiran dan dibantu oleh ARO (Pegawai Urusan Cina) untuk kebajikan orang Cina dan AMIR (Pegawai Urusan Orang Melayu) untuk kebajikan orang Melayu.
  • Ekoran siasatan oleh Athi Nahappan, satu dasar penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan telah diambil.
  • Pada 1hb. Disember, 1979, Majlis Daerah Selama telah ditubuhkan dengan pencantuman Penguasa-Penguasa Tempatan seperti :
    i) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Selama.
    ii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Sungai Terap.
    iii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Sungai Bayor.
    iv) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Bagan Baru.
    v) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Redang Panjang.
    vi) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Kampung Masjid.
    vii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Rantau Panjang.
    viii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Kubu Gajah.
  • Tarikh 24hb. April, 1980 Majlis Daerah Selama telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Perak P.U.P.K 14 dan keluasan yang diwartakan dianggarkan 764.73 kilometer persegi bagi kawasan Majlis Daerah Selama - dipetik drp http://www.mdselama.gov.my/portal/selama/about/background/

    26 ulasan:

    1. Assalamu'alaikum Wr,Wb

      Terima kasih kerana link dengan bloh saya, rupanya kita ni satu rumpun, pada keselutuhan artikalni adalah baik, saya yakin saudara juga ada berkait dengan keluarga di lubuk katak, gunung mesah Tk Intan, KK Temoh dan sekitarnya

      BalasPadam
    2. Salam PakKaramu, adalah juga sedaro di sinun.

      BalasPadam
    3. salam..saya orang Selama..cucu cicit haji karim tu masih mendiami kampung sir chulan di hadapan sekolah kebangsaan sri selama...makcik tun yg paling lama di sana..keturunan ke berapa hamba pun tak tau.kubur haji karim masih dalam kawasan masjid lama di kampung tersebut..kalau dari selama,kedah..di sebelah kanan..dari taiping kena menghala ke kedah dikiri...saya membesar di kampung itu lah..

      BalasPadam
      Balasan
      1. salam . boleh saya tahu mana dapatnya nama jalan sir chulan ? ini adalah untuk menambah info mengenai pelancongan di selama . Saya bekerja di Majlis Daerah Selama . Terima Kasih . Mohon bantu saya mencari info ini .

        Padam
      2. Oh iya..bapa saya adalah cicit Karim at rawi.berasal Dari gopeng.keluarganya Di gopeng adalah Dari isteri pertama iaitu poti sonik.karim membeli rumah imam perang untuk anaknya Hussein Kanchil.mereka ditinggal hidup sendiri Dan menunggu orang suruhan Karim Akan menghantar duit

        Padam
      3. Apa kabar, saya dari Singapura Dan arwah nenek saya yang dilahirkan Di Telok Anson pada tahun 1928, adalah cicit kepada Abdul Karim Bin Raja Aman Shah, berketurunan Rao Sumatera juga.
        Saya teringin mengenal dengan keturunan yang lain kerna saya juga me punya sebuah informasi dengan moyang kami ini Dan Di mana kebanyakkan keturunanya juga berada Di Singapura. Selamat Ramadhan.

        Padam
    4. Assalamualikum terimakasih atas artikel sdr. hampir sama dengan simpanan saya.cuma ygs dr tak
      ada taks emua rombongan haji karim berpindah ke sir chulan. atau kg gudang. salah seorang pengikut haji karim meminta kebenaran untuk membuka kampong di tg medan atau kampong medah.iaitu moyang-moyang saya. iaitu ayahada kepada haji jaafar. saya adalah cucu cicit haji jaafar.semua sekali anak-naak hj jaafar tinggal di kampong iaitu hj yunnus ( atok saya )haji wahid,hajiwahab,haji rahman,hajah embon,hajah tupin dan hajah bedah. nantis aya cari balik seluruh salahsilah .saya akan hantar ke pada saudara.selamat berkenalan.kita serumpun.

      BalasPadam
    5. RazakRao
      Salam persaudaraan buat semua Rao Selama . Syabas! kerana mengambil langkah menjejaki asal keturunan . Dalam satu artikel di http://www.perak.gov.my/sultan/bahasa/yusuf.htm ada menyatakan seorang tokoh terkenal di Selama yang lebih dikenali sebagai Che Karim Selama dan beliau telah dilantik ahli 'State Council' pada 1877 . Dikatakan Che Karim Selama lah yang membuka Selama dan kemudiannya memajukan aktiviti perlombongan bijih timah disana .. mungkinkah Che Karim Selama dan Encik Abdul Karim di dalam artikel diatas adalah individu yang sama ?

      BalasPadam
    6. RazakRao
      Masih bolehkan didapati gambar tokoh pembuka penempatan Selama nie ? Bolehkah dipaparkan di blog untuk tatapan generasi kini ? Terlalu ingin rasanya untuk menatap ..

      BalasPadam
      Balasan
      1. bapa saya adalah susur galur isteri yg pertama pada che karim.Bapa saya pun dah meninggal.keturunannya ditinggalkan di Gopeng.Selain selama,keturunannya ada di gopeng

        Padam
    7. Saya rasa abg saya ketua polis kulim masiha da simpanan-simpanan foto lama. walaupun ada setengah dah kabur.tetapi kertas dahulu tahan lama. saya akan cuba dapatkan bila saya pulang ke selama dan ke rumah dia di kulim.tapi mungkin hanya dapat scan je.sebab abg saya ni kedekut siki.dia sayang sangat teramsuk semua salah silah

      BalasPadam
    8. RazakRao
      Memang wajar menjaga dan memelihara khazanah lama nie.. siapa tahu Che Karim Selama ini adalah tokoh besar dari Rao yang selama ini dicari-cari . boleh sdr sahkan , adakah Encik Abd Karim nie datang dari Rao ke Tanah Melayu menaiki kapal melalui Perak atau Pulau Pinang ?

      BalasPadam
    9. Adakah Rafidah Aziz mempunyai pertalian langsung ( keturunan ) dengan Encik Abd Karim ?

      BalasPadam
    10. rumah dia dah runtuh ditelan paya depan gereja selama

      BalasPadam
    11. saya bangga menjadi orang rao.. huhh.. kalu baleh saya nak tau dengan lebih lanjut pasal org rao..

      BalasPadam
    12. nak tau lobih lanjut sejarah selamo sembang2 la dongan urang lamo kg medan ko, paklong rahim ko, sadonyo nyo tau. Yg ko tau makcik tun (Zaitun bin Ahmad) tu memang orang petani Sg Bayur kahwin ngen arwah Pak Karim waris kuat Hj Abdul Karim yg bukak selamo. aku pun bukan tau sanget. Jamilkucing, Tanpa nama, kito urang rao selamo ko semuonyo sedaro..kut mano bersurih pun kono.

      BalasPadam
    13. saya cucu kepada pak tam salim (megat salim bin megat saad dari sungai dendang) dan saya dapat maklumat bahawa nenek saya orang rawa Puan binti lebai pie(itu je info dari mak saya) dan mak saya ada mengatakan orang yang buka selama(haji karim(keramat tok karim) ada pertalian darah dengan nenek saya.saya berminat untuk tahu salasilah orang rawa dari A sampai Z di selama perak. itu serba sedikit dari info yang saya dapat.

      BalasPadam
    14. saya saiful mizan cucu dari dato hasan bin mahdi, kata kakek saya di malaysia banyak saudaranya, tapi sayang beliau dah meninggal, kata bapak saya "atuk saya cerita " kalau sri rafizah aziz tu sepupunya dia ". makanya saya nak cari silsilah datuk saya sampai kemana,, munkin ada yang tahu nama anak datuk abdul karim siapa aja..? mohon bantuan nya...salam dari bengkalis Riau

      BalasPadam
    15. Assalamualaikum. Saya baru nak menjejaki salasilah. Adakah sesiapa yg tahu salasilah Tok Tupin @ opah Tupin di Gunung Mesah, Gopeng?

      BalasPadam
      Balasan
      1. hello jumpa tak?saya tengah buat kajian tentang orang rao ni

        Padam
    16. Makcik Tun, Zaitun bin Ahmad ni masih ada diSelama?

      BalasPadam
    17. Sebenarnya isteri pertama Karim no ialah poti sonik sebelum berkahwun dengan kerabat kedah.susur galur yg pertama Ada Di gopeng mendiami rumah imam perang sebelum ini.

      BalasPadam
    18. Apa kabar, saya dari Singapura Dan arwah nenek saya yang dilahirkan Di Telok Anson pada tahun 1928, adalah cicit kepada Abdul Karim Bin Raja Aman Shah, berketurunan Rao Sumatera juga.
      Saya teringin mengenal dengan keturunan yang lain kerna saya juga mempunyai sebuah informasi dengan moyang kami ini Dan Di mana kebanyakkan keturunannya juga berada Di Singapura. Selamat Ramadhan. Dan Arwah nenek saya pernah menasihati supaya melawat makam Che Karim Di Selama, Perak.
      Ibu kepada arwah nenek saya adalah kakak kepada Ibunya Rafidah Aziz.
      Saya sangat bergembira sejarah Che Karim Dan ada juga keturunannya tertera Di sini.
      Salam Ramadhan...

      BalasPadam

    Kisah dolu-dolu

    Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

    Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

    Author : Zabidin Haji Ismail
    ISBN : 978-983-100-439-5
    Year Publish : 2010
    Page Number : 160
    Category : General


    Price: 30.00

    add to cart

    Content

    Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
    Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

    Buku Sekondakhati

    Buku Sekondakhati
    Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

    Rao Di Sana-Sini

    Rao Di Sana-Sini
    Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

    Antologi Puisi Rao Nusantara

    Antologi Puisi Rao Nusantara
    Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

    Boleh juga bayar di sini

    Rakan Sekondakhati

    Lensa Rao