Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa seorang usahawan gelamai @kelamai- sejenis penganan Rao iaitu sdr Sulaiman bin Hj Shaharudin, 53 tahun meninggal dunia di Hospital Kampar, Perak jam 10.00 malam tadi (29 Julai 2009) dan dipercayai serangan jantung. Arwah adalah pengusaha gelamai Rao semenjak 20 tahun lampau dan kali terakhir berjual penganan itu semasa Seminar Melayu Rao Malaysia di UPSI, 25 Julai yang lalu. Gelamai arwah dikenali sebagai Kelamai Bujang.
Jualan semasa seminar tersebut cukup laris kerana sebahagian besar peserta membeli gelamai Allahyarham. Saya difahamkan sekitar 350 batang gelamai berjaya dijual pada hari tersebut.
Kepada ahli-ahli JARO, rakan taulan dan sahabat-handai yang berkesempatan menziarahi jenazah arwah bolehlah ke Kg Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak kerana upacara pengebumian akan dilangsungkan sebelum solat zuhur pada 30 Julai 2009. al-Fatihah.
Jualan semasa seminar tersebut cukup laris kerana sebahagian besar peserta membeli gelamai Allahyarham. Saya difahamkan sekitar 350 batang gelamai berjaya dijual pada hari tersebut.
Kepada ahli-ahli JARO, rakan taulan dan sahabat-handai yang berkesempatan menziarahi jenazah arwah bolehlah ke Kg Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak kerana upacara pengebumian akan dilangsungkan sebelum solat zuhur pada 30 Julai 2009. al-Fatihah.
Al fatihah dan takziah buat keluarga sdr sulaiman.
BalasPadamsalam bapak...
BalasPadamucapan takziah dan al-fatihah utk allahyarham & keluarga.
sejak kenal suami (sblmnya boyfriend le) barulah sya kenal gelamai ni.klu tak mmg tak kenal.ayah mertua mmg akan buat gelamai ni tiap kali raya.tp sy kurang gemar.setakat makan gitu2 saje...
Innalillahi wainnailaihi rojiuun....
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt. Takziah buat kaum keluarga...
Innaa lillah wa innaa ilaihi roji`un
BalasPadamSemoga arwahnya diterima disisi Allah SWT. dan semoga kepergiannya tidak membuat gelamai hilang dari masyarakat Rao. Amiin
RazakRao
BalasPadamSama-sama kita hadiahkan Alfatihah buat alahyarham dan roh2 muslimin & muslimat ..
Innaa lillah wa innaa ilaihi roji`un
BalasPadamSemoga arwahnya diterima disisi Allah SWT. dan semoga kepergiannya tidak membuat gelamai hilang dari masyarakat Rao. Amiin
Innalillahiwainnailaihirajiun...
BalasPadamsaya tak dapat balik menziarah arwah sebab ada mesy d Taiping. kebetulan mak saya (Mariah Pian) ada di rumah (d Manjung). Mak terkilan juga tak dpt ziarah. tak ada rezeki.
arwah pak bujang memang banyak berjasa kepada keluarga saya. Rumah mak di gunung mesah hilir memang dia yang menyiapkannya. dulu dia tukang rumah bersama Pak Ali Dotak (Abdul)
Semoga roh arwah ditempah bersama ahli ayurga. Amin.
Innalillahhiwainnailahirojiun...Semoga roh nya ditempatkan bersama para solihin...amin..
BalasPadamMoyang saya asal Rao namanya Hj Abdul Rahman @Lani.Merantau ke Makkah berbelas tahun disana akhirnya balik ke Tanah Melayu.....mencari mamaknya ...jumpa di Sungkai...namanya Tamin..akhirnya dinikahkan dengan anak mamaknya nama Halimah....Adik Tamin nama Hj Omar ...salah seorang "pioneer" Gunung Mesah Hilir diawal 1800 an...saya sedang mencari "root" sebelah Gopeng @Gunung Mesah Hilir...Yang masih dalam ingatan saya ialah arwah Uci Pungge....Semoga Allah menemukan saya keluarga yang lama terpisah...
Innalillahhiwainnailahirojiun
BalasPadampasal kelamai tu, tiap-taip tahun(wajib) omak kat kg pulai buat kelamai.2-3 gantang.dan pastinya sentiasa tak cukup.sebab pasti ada yang merayu nak beli.sedara mara lagi.last-last anak sendiri dapat bukannya sebatang dua tapi sekadar sericih dua je.jadilah..buat lepas kempunan..
Al Fatihah....
BalasPadamUntuk pengetahuan semua, Sulaiman Shaharudin ni adalah abg sulong saya...Dalam keluarga,kami panggil dia "Yang", diluar dia lebih dikenali sebagai "Bujang"...
BalasPadamSedih sangat bila dia "pergi"...sebab pergi dengan mengejut....sedangkan dia sihat je, cuma 7 minggu lepas, arwah jadi sedih sebab salah sorang anak kesayangan arwah telah meninggal dunia (wanie)..arwah sangat rapat dengan wanie, sebab wanie nie "anak istimewa", arwah tak pernah jauh dengan wanie, mengambil durian ke ulu geruntum pun dibawanya, jadi bila wanie telah "pergi" arwah betul2 sedih....rupa2nya tuhan lebih sygkan mereka ber2....
arwah meninggalkan seorg balu dan 6 org anak yang masih belajar...bila tgk anak2 arwah, teringt pada arwah...yang paling sedih mak dan abah, asyik terkenangkan arwah....
Diharapkan semua dapat sedekahkan Al Fatihah kepada mereka berdua (Arwah Bujang dan Arwah Wanie), semoga mereka ditempatkan bersama ahli syurga....Amin.....
Salam takziah utk keluarga Allahyarham Yang.....moga roh abg ipar maklang ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertakwa....alfatihah....
BalasPadamSalam
BalasPadamNie ada sikit info untuk "Benzainal"... Menurut abah, cucu cicit Hj. Omar masih ada lagi di gunung mesah hilir....
Salam Gma...
BalasPadamTerima kasih atas info anda...Insya Allah saya cuba mendapatkannya...Kami di Sungkai memang mengharapkan hubungan ukhwah silaturrahim antara keluarga kami dapat disambung semula..Arwah Uci Pungge lah orang yg selalu berulang alik Gopeng - Sungkai sewaktu hayatnya...selepas arwah meninggal kami solah olah telah terputus langsung hubungan dengan keluarga di Gopeng @Gunung Mesah Hilir....
Salam Benzainal
BalasPadamsame-same.... sebenarnya, Hj omar tu kita orang punya moyang...
Waalaikumussalam Gma...
BalasPadamInsyaAllah jika ada kesempatan saya akan singgah di Gopeng@ Gunung Mesah Hilir..Saya tidak menetap di Perak...Saya di Kota Bharu, Kelantan...Ibu saya Hjh Zainun Ibrahim,masih ada di Kg Guntung Sungkai...Kalau ada kesempatan jemputlah ke Sungkai..Anak cucu cicit Tamin abang Hj Omar sudah ada 7 generasi..Terima kasih Gma atas info anda.
Salam takziah utk keluarga Allahyarham sdr Bujang.Baru tahu cerita ni! semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertaqwa. Amin! Kepada isteri & anak2, dia cuma pergi dulu sikit dari kita, kita pulak akan menyertai beliau bila2 masa saja. Banyak kan bersabar dan sentiasa doakan agar roh beliau dirahmati! Sdr Bujang merupaken kawen dikampung dan disekolah dolu. Kami sebayo! Masih teringet dizamen kanak2 kami dolu. Terakhir terjumpo beliau ditopi jalen di Gng Panjang menjual kelamei pada tahun 2005. Maso to hampir tak konal beliau, maklumlah dah lamo indo berjumpo..alfatihah.
BalasPadamDrp, kawen lamonyo diPetronas Carigali, Turkmenistan-March 24th.