
Sebanyak tiga buah buku mengenai Rao akan turut dijual pada masa seminar. Buku-buku tersebut ialah Rao di sana sini (Kumpulan 11 kertas kerja yang dibentang dan sisipan), Sekondakhati dan Puisi Rao Nusantara. Turut dijual ialah sticker sekondakhati.
Difahamkan beberapa buah bas akan datang memberikan sokongan moral kepada penganjur kerana ini adalah seminar kali pertama dalam sejarah perkembangan etnik Melayu di Malaysia. Rao Pahang, Pasir Mas, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa tempat di Perak akan datang ke seminar tersebut. Jangan lepaskan peluang bertemu sanak saudara.
SEMINAR INI TERBUKA KEPADA SEMUA
Tun (Dr) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid akan menyampaikan ucap utama dan kemudiannya memukul kerantung dan diikuti dengan tayangan montaj sebagai gimik pelancaran. Turut menyerikan auditorium UPSI ialah pameran dan jualan khazanah Rao sperti artifak, makanan (gelamai), foto-foto lawatan/aktiviti JARO dan tokoh-tokoh Rao. Seminar akan tamat pada 4.30 ptg dan diteruskan dengan Mesyuarat Agung JARO kali ke-2 yang hanya membentang dan meluluskan Penyata J/Kuasa/Kegiatan dan kewangan- tiada sebarang pemilihan J/kuasa.
Pada hari tersebut pendaftaran baru keahlian JARO juga dibuka kepada pengunjung. Keahlian JARO ditawarkan kepada mereka yang berketurunan Rao atau bukan Rao tetapi bersemenda dengan etnik tersebut.
wah sekondak ada sticker la...nsb jauh ni,klu dkt teringin jgk nk gi dngr....
BalasPadammcm mana nak register utk seminar tu?? berminat sgt nak pergi..
BalasPadamLady Libra sila tel. urus setia En. Tahirruddin Ahmad 0165200550
BalasPadamJB...
BalasPadamSaya tinggal di Kota Bharu, Kelantan....Kata ada rombongan bas dari Pasir Mas ...teringin juga turut serta bersama..Nak contact siapa..?
sila hubungi En.Tahiruddin Ahmad 0165200550
BalasPadamwakden ni ughang minang...tapi bukan Rao
BalasPadam