Seminar Melayu Rao berakhir dengan jayanya. Kehadiran masyarakat Rao dari seluruh negara luar biasa sekali. Penganjur (Persatuan Jalinan Rao Malaysia atau JARO) sebelum ini menjangkakan sejumlah 500 orang sahaja yang hadir sebaliknya di luar dugaan kehadiran menjangkau 1000 orang. Walaupun sebahagian besar yang hadir terdiri daripada golongan veteran tetapi kesanggupan mereka hadir ke UPSI ini dari jauh sejauh Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang amat mengharukan JARO. Malahan peserta dari luar negara pun ramainya yang hadir termasuk dari Bandung, Padang, Rao Pasaman, Sumatera Barat dan Singapura. Peserta paling ramai dari negeri Perak dan Selangor.
Selain Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid selaku pengucap utama (menunggu sehingga petang setelah tamat seminar), Dato' Prof Dr Aminah Ayob (Naib Canselor UPSI), Tan Sri Prof Ameritus Dr Ismail Hussin (Ketua Satu GAPENA), Djamil Tukimin (Sasterawan Singapura), Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (Institut Peradaban Melayu UPSI), Dato' Seri Mohd Khalil Hj Hussein (YDP JARO), Dato' Hj Zainal Abidin Hj Nordin (Tim.YDP JARO), Bapak Edi Emran (YDP Yayasan Anak Rao Indonesia atau YARO), Dato' Seri Aziz Shamsudin dan ramai lagi orang kenamaan negara dan negeri Perak yang turut hadir memberikan suntikan semangat kepada kejayaan penganjuran seminar yang julung kali diadakan di negara kita.
Apa yang menariknya JARO bersama Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] berjaya membukukan ke semua 11 kertas kerja dalam sebuah buku kulit tebal dan nipis berjudul Rao Di Sana Sini yang bakal menjadi rujukan bila mana mengkaji masyarakat Rao di samping dua buah lagi iaitu Sekondakhati berserta pelekat kereta dan Puisi Rao Nusantara.
Rumusan seminar sebanyak 16 perkara telah disampaikan oleh Dato' Mohamad bin Hamzah selaku Pengerusi J/Kuasa Pelaksanaan seminar tepat jam 3.30 ptg.
Seminar ini berjaya mencapai sasaran serta mewujudkan ukhwah Islamiah dan penyatuan Melayu tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

seronoknya kalau dapat join sekali majlis ilmiah mcm nih
BalasPadammemang seronok dan byk info yang saya dapat.. terima kasih..
BalasPadam