Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Jumaat, 10 Julai 2009

Kunjungan ke Rao




diLembah Rao Sg Asyik mengalir lesu



Sesuatu yang menarik di Rao ialah pemandangan cantik tanah lembah yang dipagari banjaran Barisan serta kelihatan air sungai mengalir lesu menghala ke hilir. Sungai itu membelahi petak-petak sawah yang tersusun indah di jantung Lembah Rao. Dahulu lembah ini dikatakan pernah menghasilkan emas yang banyak sehingga menggamit bangsa India ke situ.



Dalam pada itu, berbicara dengan warganya cukup memberangsangkan, banyak ilmu yang dikutip walaupun seketika cuma; .

Sedik medik orang Rao

olon poie lah sampai

pesan berturuti

olon berkilek dah berbayang

petaroh bunyikan

Falsafah Rao yang dilontarkan oleh Buya Nor Effendi ketika berkunjung ke rumahnya bersebelahan pasentran di Kg Sungai Ronyah, Tanah Dingin sungguh sukar dimengertikan dan agak manipulatif sifatnya.


Buya Nor Effendi



Reski Hassan, anak muda yang ditemui di sebuah gerai makan Kg. Choroting adalah hasil talian internet Ipoh-Rao berjaya menjalinkan silaturrahim yang terhubung melalui blog sekondakhati. Anak muda ini bercita-cita tinggi – sedang melanjutkan pelajaran bahasa Inggeris peringkat ijazah pertama setelah memiliki diploma komputer.


Penulis bersama Reski Hasan


Malam 24 Mei 2009 saya sempat berbual dengannya mengenai perihal masyarakat Rao di Pasaman. Meninjau panda
ngan dan melontar kritikan, kemudian besoknya, sebelum berangkat pulang Reski menghadiahkan buku Hamka; Fakta dan Khayal Tuanku Rao.


Sejarah suatu bidang yang kuminati.


Di Rao, Pak Syamsuruddin banyak membantu saya menjejaki denai sejarah yang mewarnai pahit getir Rao zaman silam. Pak Syamsuruddin dikenali melalui Pak Kua (Edi Erman) – KUA ialah Kantor Urusan Agama. Pak Kua ini pernah datang ke Perak ketika penubuhan Persatuan Jalinan

Rao Malaysia (JARO) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim pada 21 Disember 2008. Beliau juga merupakan Yang Dipertua Yayasan Anak Rao Pasaman (YARO) dan banyak membantu mengenali kampung-kampung di Rao.


Saya tidak pulang dengan rombongan JARO sebaliknya berdua dengan isteri, Rashidah Rashid – mudah dan selesa menjelajah kampung-kampung – kalau tidakdengan Pak Kua, dengan Pak Syamsuruddin pun jadi. Banyaklah kampung yang kami jelajahi termasuk Koto Rajo, Padang Nunang, Langsat Kodok, Lubuk Layang, Muaro Tolang dan Padang Matinggi.

Cukup duo malom kocik di Rao. Isuk aku datang laei!

Berkunjung ke rumah Uci Tupin di Koto Rajo


1 ulasan:

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao