Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Khamis, 6 Ogos 2009

Menduga lautan dalam - kesan Seminar Melayu Rao

Satu daripada matlamat Seminar Melayu Rao Malaysia (SMRM) yang telah berlangsung pada 25 Julai 2009 di UPSI, Tanjong Malim, Perak ialah untuk menemukan titik kebenaran terhadap apa jua persoalan mengenai etnik Rao sebaliknya tidak pula kami inginkan cetus polimek yang berpanjangan dan penuh emosi. Namun demikian atas pertimbangan akal dan kepentingan sejarah, kami rasa terpanggil merakamkan semula "perbincangan blog" tersebut untuk tatapan dan rujukan semua.

Bicara 1
drp Wan Maria





Seminar Melayu Rao di UPSI..
Assalamu'alaikum Pak Subari,

Saya Wan Maria anakanda Tengku Mariam cucu Tengku Seti ( anak saudara kepada Dato Tengku Mustapha mantan Speaker DUN Pahang suatu ketika dulu ) Kita belum lagi bertemu atau bersua tapi saya pernah menalipon Pak Subari melalui anak saudara saya Ridzwan yang duduk di Kuantan beberapa bulan dulu.

Saya telah mengikuti seminar melayu Rao diUPSI pada 25hb Julai tersebut, membaca blog Pak Tam Subari di Terombarawa dan membaca komen2 Razak Nasir @ Razakrao dlm blognya di Multiply......

Saya anak kampung Durian Sebatang dari titisan Tengku Khairul Alam ( Tengku Muda Padang Nunang yang berhijrah ke Raub dari Sri Menanti dan beliau datang dari Padang Nunang, Mapattunggul RAO....) sejarah ini tak boleh dipertikaikan oleh siapa2 dari orang rawa diluar sana sebab silsilah ninik moyang kome dipelihara dgn rapi dan nama mereka pun tak pernah diubah2 macam separuh2 orang yg berhijrah dulu...

Saya berdiri sebagai seorang yang terbuka untuk menerima pendapat2 dari sesiapa tetapi biarlah ianya ada fakta dan bukti2 yang jelas. Sejarah di Rao ada berbagai macam versi yang saya tak pertikaikan pun sebab kedatangan apa jua suku bangsa dari daerah lain atau dari benua mana sekalipun adalah perkara biasa dalam mana sejarah tamadun manusia... Kalu rao dari suku Champa, atau Lubu atau Leco kemudiannya dari Hindia atau dari Minang dan berlaku pertembungan budaya dan adat serta perkahwinan berlaku dimana2 dibumi ini hatta di Tanah Melayu pun sama keadaannya... tetapi saya sangat sedih dengan tanggapan segelintir orang rawa spt Razak yang tidak mahu langsung menerima apa2 cerita yang berkaitan dengan Pagaruyung....

Perlu ditegaskan sejarah asal sebenar yang ada dalam teromba besar yang di simpan di Istana Pagaruyung, anak2 Raja di Rao memang dijemput dari Pagaruyung...sejak dari Anangga Warman putra Adityawarman menjadi Raja Rao yg pertama...kemudian tiada yang berhak, kemudian dijemput lagi kali ke2 dari Pagaruyung menjadi YDP Padang Nunang bergelar Yang Dipertuan Bagindo Soripado. Kemudian dari keturunan ini tiada pula yang layak menjadi raja dan dijemput pulak kali ke3 ke Pagaruyung pada masa itu serentak dengan penghantaran Raja Melewar ke Sri Menanti, dijemput seorang Raja yang bergelar Yamtuan Nan Sati dan dari keturunan inilah sehingga sekarang menjadi YDP di Padang Nunang Rao......

Saya betul2 tak faham dengan fakta yang hendak disampaikan oleh Dt Amran Datuk Jorajo dlm kertas kerjanya "Asal Usul Orang Rao: DiTinjau Dari Peninggalan Kebudayaannya"... Pada pendahuluan kertas kerjanya ada menyebut bahawa Tuan Barido dan Tuan Kayo adalah dua orang yang asal membuka dan meneroka daerah Pasaman ini dan mereka berasal dari BALAI JANGGO di Pagaruyung....maka disebutlah mengenai nagari Lubuk Sikaping, kemudian mengenai sistem adat yang diambil dari laras Koto Piliang dan laras dari Bodi Caniago..... disebut juga asal usul daerah Rao dari Warih Nan Dijawek dari sumber Limo Puluh Koto, dari Limo Puloh Kaum yang berangkat dari Pariangan Padang Panjang dan sebagainya.......ini semuanya datang dari daerah minangkabau Pak Subari !!

Kami pulak nampak ada usaha2 tertentu samada dari orang perseorangan atau kelompok di Rao yang cuba menongkah arus perjalanan sejarah di rao ini dan cuba untuk menolak sistem adat atau mungkin Tambo Adat dan Tambo Alam Minangkabau.... Tambo2 ini sememanglah menjadi rujukan penting kalau nak mengkaji sejarah awal di ranah minang. Rao adalah sebahagian dari daerah di Minangkabau atau istilah pentadbirannya terletak dibawah Negeri Sumatera Barat. Perlu lihat semua yang bersangkutan dan kita tak boleh nak berdebat perkara2 yang dah jelas dan terang2an.....

Segala kemusykilan dan pertentangan pendapat dari seminar ini telah dibincang oleh saya dan keluarga kami (keturunan Tengku Samad) dengan panjang lebar dengan Prof. Dr. Puti Reno Raudha dan suaminya Pak Wisran Hadi. Mereka selepas seminar itu dijemput pulang kekampung kita di Durian Sebatang, Dong....Kak Raudah bukan asing kepada kami Pak Subari! dan harap begitu juga kepada semua yang ada kaitan darah dgn anak2 Raja Pagaruyung......

Walaupun terguris dengan sindiran tajam Dt Amran Datuk Jorajo, Apriadi Sanusi atau Razak sekalipun dalam seminar itu, Kak Raudah mengambil jalan "open minded"....walaupun orang mencemuh mengenai adat dan institusi Pagaruyung dia masih mampu tersenyum sinis! kerana beliau "letih" berbicara dengan orang yang tak faham asal muasal sesuatu kisah dan sejarah yang panjang........

Makanya keputusan kami yang juga keputusan dari TUAN GADIH PAGARUYUNG, Kak Raudah akan membawa perkara perselisihan pendapat ini ke tengah. Maka biarlah Datuk2 Adat di ranah Minang yang akan memanggil semua datuk2 adat di Rao untuk bersemuka dan berbincang mencari penyelesaiannya.

Begitulah Pak Subari pendapat saya mengenai perkara2 yg timbul hasil dari seminar tersebut...Banyak kajian yg perlu diteliti, apatah lagi menjemput Apriadi Sanusi seolah2 seperti melepaskan batuk ditangga! anak muda yang baru dalam tahun pertama Phd nya dalam bidang agama Syariah diminta menjelaskan perkara mengenai sejarah dan diaspora masyarakat Rao.... dia buat perbandingan bahasa rao dgn bahasa minang pun tak betul.....ada ker bahasa pasar dan bahasa harian minang dijadikan perbandingan bahawa itulah bahasa resmi minang !... Pak Subari,... saya malu betul pada Pak Wisran Hadi,seorang Sastrawan Negara Indonesia yang pakar didalam soal sosial budaya dan kesenian di Sumatera Barat datang mendengar penerangan dari Apriadi ini....beliau hanya mampu menggelengkan kepala....geram betul dia nak bangun ke microfon memberi pendapat...tapi biasalah....MC kata times up! ^_^

Sehingga dapat kita bersua kembali....
Salam takzim dari saya.



Bicara 2

Sekadar Menjawab:
Sdri Wan Maria

Prinsip saya mudah saja - Semasa empayar Sriwijaya, Pagar Ruyung adalah sebuah Kerajaan di bawah naungannya. Selepas Sriwijaya runtuh, Kerajaan Pagar Ruyung bangkit menjadi Kerajaan Pagar Ruyung yang besar dan luar pengaruh dan jajahan takluknya. Apabila Belanda menjajah Sumatera, Kerajaan Pagar Ruyung telah hilang daulat, pengaruh dan kuasanya dan hanya tinggal sejarahnya saja. Saya berpendapat: Selepas penjajahan Belanda, Orang Pagar Ruyung telah membawa haluan mereka sendiri, dan Orang Rao juga telah membawa haluannya sendiri. Untuk mengubati luka dan maruah keturunan, banyak mitos dalam penafsiran yang pelbagai telah kita dengar, tapi apa yang penting, seseorang itu baik berdarah raja atau berdarah hamba, jika punca keturunannya berpunca dari daerah Rao-Mapattunggul, dia adalah aslinya Orang Rao, jika seseorang itu percik keturunannya berpunca dari daerah Pagar Ruyung, Tanah Data, Orang itu tetap aslinya Pagar Ruyung. Apabila mereka merantau ke Tanah Melayu, darah keturunan Rao telah bercampur dengan keturunan lain yang sedia ada di Tanah Melayu waktu itu termasuk khabarnya ada yang berkahwin dengan Orang Asli dan Orang Bunian. Fakta sejarah mengikut versi siapa penulisnya, itu sebab penulisan sejarah yang ditulis oleh Orientalis Barat lebih diperakui. Walaubagaimanapun, semua kisah silam itu tetap menjadi misteri dan tugas kita mencari dan membongkarnya dengan akal yang waras, ilmu yang ikhlas disamping mendapat hidayah dari Allah. Allah Wualam.

Dari Subari @ Ismail bin Lebai Ahmad bin Jaafar bin Ibrahim bin Idris.
Saya diberitahu bahawa Idris ini telah membuka Surau untuk Bersuluk di Sungai Ruyung, Gali, disambung oleh anaknya Ibrahim dan berakhir dengan Jaafar sebelum Surau untuk bersuluk itu berpindah ke Surau Jeram Pangkin, Dong seperti yang ada pada hari ini.


Bicara 3

Rao vs Pagaruyung

Nampaknya perdebatan tentang Rao vs Pagaruyung akan semakin rancak dan menambahkan lagi khazanah budaya dan ilmu pengetahuan. Setiap perdebatan ilmiyah yang sesuai dengan prinsip-prinsip kaedah ilmu dalam konsep sains social adalah sah-sah sahaja tentunya. Tentu sahaja, dalam perdebatan itu kepentingan ilmiyah dalam rangka mencari kebenaran tidak boleh dikalahkan oleh kepentingan-kepentingan individu atau kelompok lainya yang hanya akan menghilang objektifiti kita dalam berilmu. Agar perdebatan itu nilainya tidak seperti percakapan dikedai kopi, maka tentu sahaja setiap diskusi harus disertakan dengan dalil dan bukti-bukti yang autentik. Data-data dan bukti itu nantinya akan didiskusikan seperti dalam seminar dan sebagainya. Saya mengharapkan semoga perdebatan ini akan berlanjutan sampai kita menemukan khazanah ilmu yang banyak dan akan menemukan kebenaran ilmu yang relative kebenarannya tentunya.

Pertama saya ucapkan ribuan terima kasih pada Puan Wan Maria yang telah sudi menjadi pembanding dalam diskusi ini. Kalau semua orang setuju tentunya diskusi akan mati, ibarat masakan yang kurang bumbu, ianya kurang sedap. Kata P. Ramle “sedangkan lidah lagi tergigit, apalah lagi suami isteri.” Kata Jan van der Putten “hanya al-Qur`an yang original dan mutlak kebenarannya”[1].

Tidak ada yang benar 100% dan tidak ada yang salah 100%, itulah kesimpulan dalam setiap seminar yang sering saya ikuti. Saya mengatakan sebuah buku berwarna putih kerana saya sedang membacanya dan orang lain mengatakan warna hijau kerana dia sedang melihat warna kulit buku. Sudut pandang yang berbeza akan melahirkan kesimpulan yang berbeza, itulah ilmu.

Puti Reno, walaupun dia orang sains Prof. bidang pertanian dan makalahnya tidak memiliki footnote, beliau ada benarnya. Ini karena beliau berbicara tentang sejarah semenjak abad ke 13 (Nama Minang dan kerajaan Pagaruyung berdiri sekitar 1347). Semenjak berlakunya perang Paderi (1816-1833) memang terdapat hubungan yang tidak signifikan dan terkesan dipaksakan antara rao dengan Minangkabau seperti dalam penyatuan distrik dll. Rao sangat penting bagi Belanda... (panjang ceritanya) Bagaimana mungkin beliau akan memahami Rao yang sebenarnya sebab setahu saya Puti Reno tidak pernah datang ke Rao, Mungkin di Unand Ramai mahasiswa beliau dari Rao, tapi di Padang mereka tidak berbahasa Rao lagi. Menurut 3 orang Doktor UPSI (1 Profesor) makalah yang terdapat dalam buku Rao Disana Sini itu adalah cukup ilmiyah dan bukan berdasakan mimpi, angan-angan atau rekaan. Ianya adalah tulisan yang memenuhi standart ilmiyah.

Dari hati ke hati saya ingin mengajak orang-orang Rao berbicara kito samo kito, tanpa menyertakan orang luar Rao terlebih dahulu. Orang Rao telah berkecai, menjadi korban penganiayaan sejarah; ramai terkorban, ramai yang terpaksa meninggalkan kampong halamannya oleh sebab peristiwa Perang Paderi, Perang saudara kerana diadu domba oleh Belanda, PRRI, Komunis dan sebagainya.

Matlamat penubuhan JARO adalah; untuk menyatukan kembali tali ukhwah, persaudaraan, hubungan darah yang telah lama terpisah oleh kekejaman sejarah itu. Menjaga identity bahasa, adat dan budaya Rao yang tidak bertentangan dengan Islam. Melahirkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh yang hebat seperti Tun Ahmad Sarji dan sebagainya. Memupuk rasa kekitaan yang akan melahirkan hubungan tolong menolong didalam kebajikan.

Letak Perbezaan

Kerajaan Pagaruyung adalah sebuah kerajaan yang pernah berdiri, meliputi provinsi Sumatra Barat sekarang dan daerah-daerah di sekitarnya. Nama kerajaan ini berasal dari ibukotanya, yang berada di nagari Pagaruyung. Kerajaan ini didirikan oleh Adityawarman pada tahun 1347M. Pagaruyung menjadi Kesultanan Islam sekitar tahun 1600-anM. Kerajaan ini runtuh pada masa Perang Padri. Nama Minangkabau berasal dari dua kata, minang (menang) dan kabau (kerbau). Nama itu berasal dari sebuah legenda. Konon pada abad ke-13, kerajaan Singasari melakukan ekspedisi ke Minangkabau. Untuk mencegah pertempuran, masyarakat lokal mengusulkan untuk mengadu kerbau Minang dengan kerbau Jawa dstnya…

Menurut pendapat yang mengatakan bahawa orang Rao adalah suku kaum tersendiri dan bukan berasal atau dibawah kekuasaan minangkabau ataupun Batak, mengambil dalil dari bukti-bukti sejarah seperti batu bersurat, candi, bahasa, adat budaya, sejarah dan sebagainya. Bukti-bukti sejarah itu keberadaanya jauh telah wujud sebelum adanya kerajaan Pagaruyung dan Minangkabau itu sendiri

Terakhir saya mengajak kita semua mari kita mengkaji, menyelidik, dan berdiskusi dengan pikiran terbuka dalam rangka mencari kebenaran dengan tetap menjaga matlamat asal penubuhan JARO iaitu menjalin ukhuwah dalam rangka melahirkan generasi Rao yang lebih berkualiti. Firman Allah SWT.;

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum kaum itu berjuang keras untuk mengubah nasibnya sendiri” (Surah ar-Raad ayat 11)

Kuala Lumpur 3 Ogos 2009

Afriadi Sanusi



[1] Beliau adalah seorang pakar dunia melayu pensyarah di National University Singapore. Wawaancara di Singapore 15 Julai 2009



Bicara 4

RAZAKRAO MENJAWAB KEKELIRUAN WAN MARIA & " KERABAT pagarruyung "

Assalamualaikum Pak Subari dan semua pembaca ,
Pertamanya kita ingin memohon maaf dan meminta izin untuk memberi maklum balas kepada kenyataan Pak Subari kepada Wan Maria , demi ketelusan sejarah Nusantara mengikut apa yang telah tertulis dalam sejarah . Pak Subari ada mengulas kepada Wan Maria .. " Semasa empayar Sriwijaya , pagarruyung adalah sebuah kerajaan di bawah naungannya . Selepas Sriwijaya runtuh , kerajaan pagarruyung bangkit menjadi kerajaan pagarruyung yang besar dan luas pengaruh dan jajahan takluknya " .. mengikut catatannya sebenarnya Pak Subari , semasa kegemilangan kerajaan Sriwijawa sehinggalah kejatuhannya pada abad ke 11 , kerajaan pagarruyung belum pun wujud lagi dan menurut sumber yang dipercayai , lebih kurang 300 tahun selepas kejatuhan Sriwijaya , barulah kerajaan pagarruyung diasaskan oleh Adityawarman yang datang dari Majapahit pada 1340 an ( masehi ) .
Jangka masa 300 tahun ini adalah jauh dari mencukupi untuk kerajaan - kerajaan di bawah naungan Sriwijaya dahulu membina semula kerajaan sehingga menjadi sebuah kerajaan yang kuat walaupun pada masa yang sama terpaksa membayar ufti kepada kerajaan Rajendra Chola ( dari India ) dari abad 11 hingga 13 , kerajaan Singhasari dan akhirnya kerajaan Majapahit dan kerajaan Rao adalah salah sebuah dari kerajaan itu , kemudiannya mengasas pula kerajaan Rokan dan Riau pada abad ke 14 ( ketika di bawah kerajaan Majapahit ) . Ada juga yang berpendapat yang nama Riau itu adalah diambil dari nama Rao , bersempena dengan pengaruh kerajaan Rao keatas Rokan dan Riau suatu masa dahulu .
Jesteru itu , setelah kerajaan - kerajaan Melayu di Sumatera ini menjadi kuat semula selepas 300 tahun barulah tertubuhnya kerajaan pagarruyung .. itu pun kerajaan pagarruyung didirikan di atas sebab Adityawarman membawa hati @ merajuk kerana gagal mewarisi tahta kerajaan Majapahit maupun kerajaan DharmasRaya ... Oleh itu adalah mustahil untuk mengatakan kerajaan pagarruyung mempunyai kerajaan yang mempunyai jajahan yang besar !...
Bagaimana pun , satu hakikat yang perlu diterima ialah penguasaan Majapahit keatas wilayah Sumatera pada ketika itu telah memberi keuntungan kepada Adityawarman di atas hal itu , beliau dengan mudah mendapat persetujuan Pembesar-Pembesar Adat untuk mengurniakan sebidang tanah di Batu Sangkar untuk membina kerajaan pagarruyung itu . Hormat / taat yang sebenar kerajaan - kerajaan lain ini , bukan lah kepada Adityawarman atau pun kerajaan pagarruyung yang baru itu , tetapi kepada kerajaan Majapahit sebagai penguasa wilayah Sumatera . Kerana ini jugalah menurut sejarah , kelemahan kerajaan pagarruyung sering kali dikaitkan dengan zaman selepas ketiadaan Adityawarman & adalah sezaman dengan kejatuhan kerajaan Majapahit pada abad ke 15 . Setelah Majapahit lemah pada abad ke 15 maka sekali lagi kerajaan- kerajaan di Sumatera ini melepaskan diri dari pengaruh Majapahit , ( bukan melepaskan diri dari kerajaan pagarruyung ) dan sekali lagi menjadi kerajaan - kerajaan yang merdeka dan secara sukarela kemudiannya bernaung pula di bawah kerajaan Melayu Melaka ketika kegemilangannya .. Jadi mengikut garis masa ini , bilakah masanya kerajaan - kerajaan di Sumatera itu sempat menjadi jajahan kerajaan pagarruyung ? ... Perlu ditekankan lagi disini bahawa kerajaan - kerajaan lain termasuk kerajaan Rao telah pun wujud beberapa abad sebelum berdirinya pagarruyung itu .
Inilah kebenarannya Pak Subari ... kerajaan pagaruyung itu sebenarnya tidak pernah pun menjadi kerajaan yang besar . Namanya pun sudah cukup untuk menjelaskan samaada ianya besar atau pun tidak ... pagarruyung !!... kuasa politik Raja pagarruyung itu sejak dulu hanyalah di dalam kawasan pagar istana nya yang di perbuat dari batang ruyung . Inilah ketetapan Pembesar-Pembesar Adat ketika itu dimana di luar kawasan istana pagarruyung , Pembesar-Pembesar Adat lah ( Dato' , Tongku/Tengku , Sutan dan Raja ) yang kekal berkuasa keatas kawasan autonomi masing-masing sebagai mana sebelum terbentuknya kerajaan pagarruyung . Memang benar Raja pagarruyung itu Raja yang berdaulat tetapi daulat seorang Raja tidak semesti menentu kan keluasan empayarnya .. tambahan pula Pembesar - Pembesar Adat yang ada pada ketika itu ramai dikatakan mempunyai daulat masing - masing .
Seterusnya , kita amat menghargai kenyataan tegas Pak Subari kepada Wan Maria akan status sebenar kerajaan pagarruyung yang ianya telah " Hanya tinggal sejarah " dimasa kini ....kita yakin , ini adalah kata akar utama yang perlu difahami oleh seluruh kaum Rao khusus nya dan seluruh dunia amnya , memandangkan seluruh isi penduduk di Sumatera Barat ( Minang dan Rao ) telah pun lama menerima kenyataan ini , begitu juga orang Rao di Malaysia . Hanya beberapa kawasan sahaja yang telah cuba di pengaruhi oleh golongan tertentu untuk menaikkan kembali imej pagarruyung menerusi siri-siri lawatan tahunan & salah satu kawasan tersebut adalah di Raub , Pahang .
Bagaimana pun Pak Subari , kita telah sempat menemubual dan menanyakan pendapat generasi lama ( umur sekitar 65 - 70 ) di Kg. Ulu Gali , bersebelahan Kg Pintu Padang , Raub mengenai penglibatan pagarruyung dikawasan itu dan mereka secara tegas menyata
" Raja-Raja Rao tetap asal dari Rao dan bukan dari pagarruyung ... yang pagarruyung datang siko , itu usaha memandai-mandai golongan muda di Raub untuk mengaitkan Raja-Raja Rao dengan pagarruyung ... Raja-Raja Rao bukan dari pagarruyung !... "
begitulah tegas beliau berkali-kali , yang juga mengaku anak saudara kepada alahyarham Imam Ishak . Walaupun menurut Pak Subari , teromba itu masih belum siap , sudah jelas yang pada asalnya Raja-Raja Rao bukan dari pagarruyung ....


Kepada Wan Maria Ismail , anda sepatutnya bukan hanya bercakap sahaja mengenai " ada fakta dan bukti2 yang jelas " ..tunjukkan bukti2 tersebut :
1. Buktikan yang pandangan RazakRao mengenai status dan keberadaan pagarruyung itu adalah " tanggapan segelintir orang Rawa " .. Rumusan dari Seminar Melayu Rao yang dikeluarkan oleh JARO telah membuktikan anda tersilap ! .. kerana pandangan itu adalah pandangan majoriti orang Rawa di seluruh Nusantara ini ...
2. Buktikan kesahihan jawatan yang anda dakwa sebagai Tengku Muda Padang Nunang memandangkan rujukan di Rao sendiri ( perlu diingat bahawa apa2 berkenaan jawatan di Rao perlu di rujuk di Rao sendiri kerana ianya melibatkan adat istiadat Rao ) telah meragui akan kewujudan jawatan ini dan ini juga diakui oleh Basa Nan 4 di Lubuok Layang .
3. Buktikan apa yang anda katakan , Teromba Besar yang asli yang anda katakan di simpan di Istana Pagarruyung . Sila tunjukkan segera untuk membuktikan yang anda tidak bercakap kosong tentang " fakta dan bukti2 yang jelas " mengenai " anak2 Raja di Rao memang dijemput dari pagarruyung ".
4. Buktikan yang Tambo Alam Minangkabau itu dan Tambo2 yang lainnya adalah rujukan penting sejarah sebagaimana yang anda katakan !.. Ahli sejarah manakah yang mengesah kan kesahihan Tambo Alam Minangkabau yang tiada mempunyai garis masa / tahun ini ? Walaupun ada usaha baru contohnya oleh Drs Mid Jamal untuk cuba meletakkan tarikh-tarikh kedalam Tambo serta memasukkan nama Daputa Hyang ( tokoh dalam kisah kerajaan Sriwijaya ) kedalam Tambo , ini hanya membuktikan tempelan demi tempelan alat solek sedang dikenakan keatas Tambo Alam Minangkabau ini supaya cantik dan menarik bagi pengkaji sejarah . Tetapi hakikatnya Wan Maria ... yang palsu tetap palsu !.
5. Buktikan yang anda faham dan layak bercakap mengenai sejarah .. tidak ada kelulusan tidak mengapa Wan Maria .. kelulusan akademik bukan segalanya tetapi kefahaman itu lebih utama ( pengetahuan itu boleh diperolehi melalui pembacaan - pembacaan tetapi kefahaman itu anugerah istimewa dari Allah ! ) ...Anda sepertinya tidak memahami perbezaan dan perkaitan di antara sejarah sebelum penjajahan Belanda ( pagarruyung ) dan selepasnya ( lenyapnya pagarruyung ) , Tambo Alam Minangkabau , Daerah Minangkabau ( sempadan hanya wujud selepas kemerdekaan ) dan istilah pentadbiran terletak di bawah Negeri Sumatera Barat ( ada dua iaitu sistem pentadbiran kerajaan @ sistem lembaga adat ? ) . Segalanya menjadi ' cha cha marba ' bila anda membuat kenyataan . Tahukah Wan Maria , yang ada hal2 Sistem Adat yang diselesaikan di peringkat Lembaga Pembesar Adat kerana tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan ? .. banyak juga yang anda tahu Wan Maria tetapi sebenarnya satu pun tidak anda faham !
6. Buktikan yang anda jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran Wan Maria . Adakah di dalam menyebarkan dan menggali kebenaran , faktor kebendaan begitu penting ? Adakah untuk menyatakan kebenaran itu memerlukan kajian selama bertahun-tahun ? adakah kebenaran yang diperolehi 2-3 bulan lalu mesti disingkirkan hanya disebabkan ianya tidak selari dengan fakta-fakta dari mereka yang telah mengkajinya sejak 10 tahun yang lalu ? .. Anda juga mempersoalkan " tahun pertama Phd " Sdr Afriadi Sanusi ...seolah - olah kebendaan itu satu -satunya hal yang penting bagi anda dan seolah-olah ilmu , ilham serta hidayah dari Allah itu hanya turun atas dasar tamatnya Dr. , Prof , Master dan Phd . Jika begitu bagaimanakah dengan kita semua ini yang tidak punya kelulusan dalam bidang sejarah ! mahu ditutup mulut semuanya ? ... Dan apakah pula pandangan peribadi anda terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw yang tidak punya apa-apa kelulusan akademik .... !
7. Buktikan anda keturunan Rao / Rawa ..( anda boleh menafikannya sekiranya itu pilihan anda ) Wan Maria telah mengulas dan mengaitkan nama RazakRao , Amran Dato' Jorajo dan Afriadi dengan tindakan sindiran terhadap Prof. Dr Puti Reno Raudha secara individu ..tetapi dalam masa yang sama tidak mengulas dan menyatakan pendirian anda berkenaan tindakan Prof. Dr. Puti Reno Raudha yang menghiris perasaan RAMAI urang Rao / Rawa bilamana beliau mendakwa Rao itu bukannya apa-apa pun tetapi hanya sekadar nama tempat ! .. Sikap awak ini tidak menjelas jati diri awak sebagai orang Rao / Rawa , cuma mengaku saja Rao / Rawa.. ( siapakah diri anda sebenar nya .. ? ) ... Anda secara jelas cuma kisah dan risaukan keluarga pagarruyung anda sahaja ... orang Rao / Rawa bukan keluarga awak ke Wan Maria ?
Sekian dan salam hormat dari saya buat Pak Subari ....

RazakRao

Bicara 5

Jawaban Arisel Ba:

Berpunca dari " Semasa empayar Sriwijaya , pagarruyung adalah sebuah kerajaan di bawah naungannya . Selepas Sriwijaya runtuh , kerajaan pagarruyung bangkit menjadi kerajaan pagarruyung yang besar dan luas pengaruh dan jajahan takluknya "
Sila baca Utusan Malaysia, 4.2.2008, saya petik : Muzium empat tingkat ini terletak di bawah kelolaan Jabatan Muzium mula dibina pada tahun 2005 dan menyimpan artifak antaranya replika keris dari Pagar Ruyung, Sumatera yang dipercayai berusia hampir 1,300 tahun, sejarah Kesultanan Melayu serta Adat Perpatih.( Muzium Adat Negeri Sembilan).
Nama Kerajaan Pagar Ruyung sewaktu Sri Wijaya ialah “Kerajaan Dharmacraya”
Cukup jawaban saya setakat itu dulu.


Bicara 6

JAWABAN DARI WAN MARIA
Pak Subari,

Terima kasih menjawab email saya tempohari. Begitulah ringkasannya dari suatu sejarah yang panjang dan saya mengikutinya dari segala sudut dan dari jiwa yang iklas untuk mengetahuinya. Tapi apa yang saya kesal komen Sdr Razak Nasir agak kesat terhadap keluarga yang datang dari keturunan Raja2 Pagaruyung...Adakah ini serangan peribadi darinya atau komen yang berasas kepada fakta dan sejarah yang benar atau adakah iyanya suatu fitnah supaya semua orang percaya? Saya mendapat tahu Datuk2 pembesar diRao ini ada berkelompok2 dan terdapat persilangan pendapat mengenai sejarah diRao....

Entahlah Pak Subari,..saya tak mahu masuk campur urusan mereka diseberang sana...cuma saya berdoa apa jua perselisihan pendapat tidak menjadi penyebab kepada orang2 rawa di Malaysia bertaki2 sesama sendiri....Saya kira Seminar Melayu Rao tempohari itu tujuannya untuk menyatu padukan dan menjalin ukhuwah yang lebih rapat antara saudara2 rawa diMalaysia dan diseberang. Jangan pulak jadi sebaliknya, makin bermusuh2an dan tak sehaluan....wallahualam

Nota: Surau Aki Ngah Keman(Aki Lokman) di Lepar pulak macamana yer? Mak saya cerita surau ni juga tempat bersuluk suatu masa dahulu.....

Bicara 7

Jawaban Arisel Ba:
Sdri Wan Maria.

Bagi saya RazakRao tu masih takfaham makna teromba @ salasilah yang sedang diusahakan oleh JARO Raub dari markasnya Surau Ehyaul Qulub, Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang. Biarkan dia terjun dengan tanggapannya sendiri berbekalkan ilmu sejarah yang dia ada. Tugas saya untuk meneruskan Wasiat YM Tengku Mustapha untuk jaga dan pelihara salasiah yang diasaskan oleh Imam Ishak, itu saja. Teromba yang Imam Ishak buat tu masih belum lengkap dan belum menyeluruh, jadi kita sama-sama cari. Tolonglah...

Mengenai Surau di Lepar tu, ianya satu fahaman dengan surau di Sungai Ruyung, apabila pengasasnya meninggal dunia, pengikutnya bersatu di surau Jeram Bangkin, Dong.

Bicara 8
Drp blog Razak Rao





Kita ingin melakukan ' Post Mortem ' yang tersendiri bagi satu pembentangan kertas kerja Seminar Melayu Rao yang telah diadakan di Tanjong Malim , Perak pada 25 hb Julai 2009 .
Suasana Auditorium UPSI telah menjadi panas pada penghujung seminar bila mana salah seorang pembentang yang dijemput dari Universiti Andalas , Padang , Sumatera Barat iaitu Prof. Puti Reno Raudha telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan majoriti peserta-peserta seminar dengan mendakwa yang adat-adat warisan Rao adalah semata-mata tertakluk kepada adat dari Pagarruyung dan Minangkabau dengan hujah yang lemah iaitu Rao lahir dari Minangkabau dan dibawah takluk Pagarruyung .
Di akhir ucapan, beliau juga mengeluarkan kenyataan yang etnik Rao , sebenarnya tidak wujud kerana nama Rao adalah nama lokasi semata - mata ... Kenyataan begini sememang menimbulkan rasa kurang senang kerana ianya seperti cuba untuk membunuh jati diri etnik Rao itu sendiri ..
Salah seorang pembentang kertas kerja iaitu Bapak Amran Dato' Jorajo telah terlebih dahulu memberikan hujah kukuh mengenai Rao/Rawa itu satu suku Bangsa kerana berpandukan kepada falsafah .. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA . Sesuatu kelompok yang dinamakan bangsa itu mempunyai BAHASA yang kuat dan diterima pakai oleh ramai kaum .. itulah hujahnya . Memandangkan bahasa yang diguna pakai oleh etnik Rao/Rawa sama dengan Riau , Jambi dan Negeri Sembilan , maka bahasa itu semestinya dimiliki oleh sesuatu BANGSA ...
Sehubungan dengan itu , kita telah berdialog dengan Bapak Subari @ Arisel BA dari Raub pada 27hb Julai 2009 untuk menentukan kedudukan Rawa/Rao ini dan hubung kaitnya dengan Pagarruyung dan adakah Rao ini dibawah jajahan Pagarruyung ...
Bapak Subari @ Arisel BA kita pilih untuk sessi dialog kerana beliau urang Rao dari Raub dan sebahagian besar sedara Rao/Rawa Raub masih mempercayai mitos bahawa Raja2 Pagarruyung lah yang menjadi penguasa kepada Raja2 Rao dan memberi makna Rao itu di bawah jajahan takluk Pagarruyung ..
Silalah berkunjung ke ' Link ' dibawah untuk mengikuti persoalan yang kita timbulkan semasa dialog dan jawapan yang disampaikan oleh Bapak Subari . Sila klik ' link ' dan pergi ke ruangan " Bilo Mano Rao Bersembang "
http://terombarawa.blogspot.com/
Hal @ isu di sini rumit sedikit ...Minang , ' pagarruyung ' , acheh , Riau / Rao , Jambi , Palembang & Bengkulu adalah dari akar yang sama iaitu suku bangsa Lubu atau ras Mongolite ( rupa sedikit cina ) . Asal dari timur tengah dan berhijrah ke timur dan membuka penempatan di Monggolia , Himalaya , Northern India , Burma , Siam , China dan Kemboja . Kemudiannya bangsa ini mula menyeberangi lautan membuka Jepun , Philipine , Borneo , Sulawesi & Sumatera sekitar 200 masehi dan 600 masehi .
Suku bangsa di Sumatera asalnya satu iaitu di bawah kerajaan Sriwijaya .. tetapi kaum ini telah berpecah menjadi lebih cerdik berbanding yang lain ..dan kemudian menjadi opportunis sekitar 1600 masehi ... mereka itulah ' kerabat Pagarruyung ' . Bila Belanda masuk sebagai pedagang , mereka bersama Belanda sebagai rakan kongsi mencari keuntungan .. pada hal masyarakat yg lain ketika tu memandang serong kepada pendatang Belanda .. maklumlah mereka Kristian ! kita dah Islam ..
Bila Belanda menunjuk tembelang sebenarnya ingin menjajah .. kerabat pagarrung ini juga yg menjadi talibarut penjajah sehingga diera Perang Padri ketika majoriti kaum disana bangkit menentang Belanda , kerabat Pagarruyung yg berkepentingan tidak berpihak kepada perjuangan Tuanku Rao , Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai .. mereka bersekongkol dengan Belanda kerana punya kepentingan .
Sehinggalah tentera Paderi tewas , Raja Alam Pagarruyung terakhir bernama Bagagar Shah telah dilantik sebagai wakil Belanda bergelar Regent Tanah Datar . Asalnya sebelum Belanda menjajah, tuan .. Pagarruyung tidak ada kuasa politik .. itulah makanya ketika kerajaan Pagarruyung mula didirikan 1347 masehi , Pembesar2 Adat ( bekas Sriwijaya ) yg dah lama memerintah sebagai kawasan autonomi memberi nama kerajaan tu ' Pagarruyung ' . Menandakan had kuasa .. yang kerabat itu tidak ada kuasa di luar pagar istananya .. yang ketika itu dibuat dari batang ruyung ..
Hanya selepas Belanda berkuasa barulah berbagai anugerah diberi kepada keluarga Pagarruyung .. pastilah sebagai hadiah kepada ' Pengkhianatan ' mereka terhadap perjuangan murni di tanah Sumatera.
Sehingga sekarang mereka masih menuntut kononnya berhak dan berkuasa terhadap daerah2 yang tertentu .. Kami yang dari keturunan menentang Belanda ..nenek moyang kami mengorbankan darah dan airmata berjuang bersama Tuanku Rao , Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai tentulah dengan sekeras-kerasnya menolak tuntutan mereka .. nenek moyang dulu sampai diburu Belanda , hingga melarikan diri ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870 an .
Kesimpulannya di sini , isunya bukannya sama ada Pagarruyung dan Rao tu sama ke tidak ..kerana kita semua dari roots yg sama iaitu Mongolite .. yg berkulit gelap digelar roots Negroite .. Cuma tidak dapat terima keangkuhan kerabat Pagarruyung ini menuntut yang bukan hak mereka dan tindakan mereka yang mendakwa sekian wilayah ..termasuk daerah Rao di bawah jajahan mereka .. mana ada jalan .. betul tak ?

Catatan yang berupa Prasasti , catatan dari pedagang , dan artifak sejarah .. tetapi orang Indonesia ini hidupnya susah dan tidak ada masa mengkaji asal sejarah . Pada mereka , cari duit untuk mengisi perut sendiri dan keluarga lebih utama ... Kerabat Pagarruyung lantas memainkan jarum mereka dengan mencipta cerita khayalan seperti Tambo Alam Minangkabau yang jelas di dalamnya tiada satu pun tarikh atau garis masa .. tetapi itulah yang didondang sayangkan oleh kuncu2 kerabat pagarruyung ini untuk melenakan kaum di sana .. akibatnya , sejarah sahih yang sebenarnya seperti keberadaan kerajaan Sriwijaya , kerajaan Melayu Lama DharmasRaya & kerajaan yg lainnya terperap begitu saja ... yang diagung-agungkan oleh kerabat pagaruyung itu tetap Tambo Alam Minangkabaunya .
Semuanya itu hanya bertujuan untuk menutup kesalahan mereka & melekakan kita semua !

Ada banyak versi, salah satunya cerita Raja Songek Baung dan Putri Sangkar Bulan .. Sebenarnya cerita sumpahan ini hanya kepada keturunan Raja Rao sahaja . Bukan Raja Pagarruyung ..

Darah Rao tu masih asli .. maknanya sebelah bonda & ayahanda pun masih asli Rao . Darjat darah tu bercampur .. ada ulama ..ada pembesar ...ada panglima ..dan ada raja . Pangkat tu tak penting sangat dan tak perlu dikejar . Kalau warisan tu dah hak kita ..nescaya ia akan datang mencari bila tiba masanya .
Yang terpenting menegakkan kebenaran demi kesejahteraan bersama ... pembesar adat dan Raja di tanah Rao masih aktif. Walaupun mungkin yg sebenar-benar berhak ke atas tahta mungkin ada di Malaysia tetapi mereka yg di sini tak berhasrat menuntut tetapi menghalalkan apa yg terambil ..cuma warisan2 yg ghaib tetap berjalan mencari waris yg hak di sini .. Itulah ada juga kes-kes kerabat Pagarruyung nak masuk campur atas hal-hal di kawasan Rao seperti perlantikan Raja ..lantas mengeruhkan suasana atas alasan Rao di bawah takluk mereka !

Dialek memang dah ada ... yang buat kalah dan penat berbincang tu , bila yg berpihak pada kerabat pagarruyung nak berpegang kuat juga pada Tambo Alam Minangkabau mereka .. kita baca pun pening kepala, satu tahun @ garismasa pun tak ada !

Kalau jumpa fakta yg membuktikan kita tersilap ... tolong tegur ya !

masa seminar hari tu Pak .. memang dah angkat tangan nak bertanya lagi .. mc x nampak . Angkat 2 belah tangan lagi .. dia bagi orang lain dulu bertanya.. pas tu dia kata " masa tidak mengizinkan " . so , banyak hal yg tak jelas dan perlu perbincangan tapi tak dapat dibincang .. salah satu yg utamanya hal inilah Pak ... isu Rao VS Pagarruyung ! ... 2 malam kita tak lena tidur dibuatnya !

Alhamdulillah ... setelah meluahkan apa yg tak terluah masa di seminar .. melalui ruangan ini , barulah rasa lega sangat .. thanks pada teman semua kerana mendengar !

Kurang pasti tuan ... cuma ada mendengar kisah , setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis .. Sultan Mahmud Shah telah berundur beberapa kali sehingga ke Riau . Putera Mahkotanya yang masih kecil telah dibawa / diselamatkan ke pedalaman Rokan sehingga ke salah sebuah daerah Rao bernama Tanjung Sialang ketika itu . Sementara Sultan Mahmud Shah kembali menyusun tenteranya untuk menyerang Melaka , Putera mahkota bernama tengku Alaudin Shah itu telah dijaga dan dibesarkan di Tanjung Sialang , Rao sekitar 1515 - 1530 an , dilatih dengan segala persiapan untuk Putera mahkota tersebut menggantikan tempat ayahandanya kelak . Beliau telah didik oleh seorang Raja Rao bernama Yam Tuan Sakti . Bersempena dengan kehadiran Putera Mahkota ke daerah itu , akhirnya tempat itu ditukar namanya kepada Koto Rajo ( Kota Raja dalam bahasa baku ) . Sehingga kini daerah itu kekal dinamakan Nagari Koto Rajo .
Setelah dewasa baginda pun membuat percubaan menyerang Melaka tetapi gagal dan akhirnya baginda menawan Siak lalu menjadi Raja di Siak .. Bagindalah juga kemudiannya yang mengasaskan kerajaan Johor Riau .
Mengenai Raja yang di jemput ke Perak tu bernama tengku Muzaffar Shah , tidak kita pula tahu samaada di jemput dari Pagarruyung atau tidak .. perlu diselidiki lagi , tuan .

Tengku Muzaffar Shah adalah juga anakanda kepada Sultan Mahmud , tetapi tiada maklumat beliau ke Pagarruyung kerana mengikut geografi lama kawasan Riau .. secara logiknya pengembara akan berjalan kaki menyusuri sungai & sungai utama di Riau adalah sg. Rokan . Sekiranya pengembara menghulu sg Rokan sehingga ke punca aliran sungai tersebut maka akan sampailah ke kawasan tinggi Rao atau pun Rao Mapat tunggul .. Sekiranya pengembara tersebut mahu meneruskan lagi perjalanan ke Pagarruyung di batu sangkar , maka perlu berjalan lagi mendaki dan menuruni bukit & gunung ( Bukit Tinggi ) dan perjalanan ini sahaja mengambil masa 6 jam perjalanan dengan memandu kereta ( pada 90 km/jam ) ..
Kesimpulannya ... Kita tidak fikir tuan , waris2 Raja sama ada tengku Alaudin Shah atau tengku Muzaffar Shah boleh sampai ke Pagarruyung kerana lokasinya yang boleh dikatakan mustahil dicapai pada masa dahulu ( abad ke 16 ) . Rao sudah pun mempunyai kerajaan sendiri pada masa itu dan yang menarik mengenai lokasi Rao ini ialah Rao merupakan punca air sungai Rokan yang mengairi tanah Riau dan punca sebahagian sungai Kampar . Jadi untuk waris2 Sultan Mahmud Shah ini sampai ke Rao melalui sungai Rokan memang logik tetapi untuk mereka sampai ke Pagarruyung pada zaman itu adalah sangat tidak logik dan mustahil ! ..
Masaalah utama di sini ialah kerabat Pagarruyung telah memutar belitkan sejarah untuk mencari populariti .. maaf kerana bercakap benar ! . Walaupun Raja yang datang ke Negeri Sembilan dahulu ...Raja Melewar adalah sebenarnya waris dari Raja Rao , mereka tetap mendakwa yang itu dari Pagaruyung ... mereka mempengaruhi pemikiran ramai dengan melabelkan semua raja berdaulat dari daerah Sumatera Barat adalah dari Pagarruyung pada hal dakwaan itu palsu ! Apatah lagi rakyat di Tanah Melayu pada masa itu begitu taksub dengan populariti mereka . ( kerabat pagarruyung ini pada sudut pemikiran kita adalah dari golongan yang bijak dan opportunis .. pandai menggunakan peluang yg ada untuk keuntungan diri sendiri )

Harap teman-teman tidak melepaskan peluang untuk pergi ke link di atas dan membaca dialog dengan Arisel BA ( seorang penulis ) dan beliau sebagai orang lama juga ada mendedahkan siapa sebenarnya pagarruyung itu . Sila klik juga ' mesej lama ' kerana dialognya agak panjang .

Sememangnya banyak hal-hal sebenar yg terhijab .. insiden yg berlaku di UPSI pada 25hb Julai 2009 sebenarnya banyak hikmahnya . Dari situlah tergerak di hati kita untuk menerobos fakta-fakta yang dipalsukan oleh puak-puak yg berkepentingan .. mungkin kita semua boleh bersama usaha memecahkan blok yg sebegini .

Begini lah sdr Khaz ... pandangan peribadi kita je nih ... Apa-apa yang dakwaan mengatakan Raja dari Pagarruyung diRajakan di Perak .. meragukan dan boleh dipertikai . Mungkinkah Megat Terawis itulah anak raja Bugis yang dimaksudkan datang dari Sumatera dan dibawa ke Perak ?

Kesultanan Johor tu diasaskan oleh waris dari Sultan Mahmud , Sultan Melaka yang terakhir ..yang juga bersalasilah dari Raja Sriwijaya yg terakhir iaitu Parameswara .. yang juga kerabat kepada Raja di kerajaan Rao sekitar 1390 an ..jadi yang mengasaskan kesultanan Melayu Johor Riau itu bukannya dari Pagarruyung tetapi dari Sriwijaya dan pernah dibesarkan di Rao ... Pagarruyung itu jauh dari Rao dan besar kawasannya seperti sebuah kampung saja .. cuma cerita diperbesar-besarkan ..
Tak timbul soal merampas kuasa , dah ketentuan Allah .. contohnya Portugis menjajah Melaka , Sultan Mahmud lebih menyalahkan dirinya sendiri atas kejatuhan Melaka .. mungkin berpunca di atas kezalimannya ketika memerintah ... Jadi Kalau Kesultanan Melayu Johor Riau hilang kekuasaannya kepada Bugis , kenalah cermin muka sendiri dulu .. mungkin ada dosa yang dah dilakukan sehinggakan bala tiba !...

Mohon pencerahan Tembo ini ada tak kena mengena dengan keturunan Rao dan Kurinci.

223. Tembo bertulisan Melayu pada kertas

Tembo dusun Tanjung Tanah, Kerinci.

Bahwa inilah usul kita tatkala masa dahulu kemudian dari pada Rasulullah, anak Ratu sunan jawa mataram sembilan beradik, seorang bergelar Sultan ratu. Raja Paid. Sorang bernama Sultan Maraja Said, seorang bergelar Sultan Maraja Inang, seorang bergelar Sultan Maraja Salih, seorang bergelar Sultan Maraja Batu, seorang bergelar Sultan Maraja Bata, seorang bergelar Sultan maraja Bansu, seorang bergelar Sultan Karda Basi, seorang bergelar Sikh Abd. rahman.
Tatkala masa dahulu berparang dengan Teko Piaman berebut gedang. Kata Raja Tiko Piaman hamba dahulu turun di Pagaruyung. Kata Ratu Maharaja Paid hamba dahulu turun di pagaruyung, maka jadi parang, akan kalah Jawamataram, maka keluarlah ninik sembilan beradik itu maka larilah musuh semuanya, tinggallah rampasan yang banya’, adapun riyal dapatnya sebuah gedung lima hasta bujur sangkar dan meriam satu pupus penuh sebuah, itulah lagi arta itu tinggal di Jawa mataram, kemudian dari itu maka pikirlah nibik yang sembilan beradik itu hendak menjalang Pagarujung, maka berhentilah di bukit Saguntang2 kerna hendak melihat musuh kalau lagi akan datang, kamadian dari pada itu maka berjalan pula maka berhenti pula di Kato Raja, kamadian dari pada itu maka jadi kerjaanlah Sultan Maraji Said di Jambi, maka berjalanlah orang yang tujuh beradik itu, maka tinggal Sultan Maraja Said di Jambi itu, maka dimudikkanlah air Batang Hari maka lepaslah ke Pagaruyung. Kamadian dari pada itu maka berbaliklah di Pagarujung maka lepaslah ke Paliyang Padang Panjang lamahlah di situ, maka lepaslah ke Tebo Bungo, maka lepaslah pula ke hulu air diki maka dihilirlah pula air diki maka tibolah di muara air diki, bersuwo (bertemu)lah dengan air gedang maka dikembangkanlah tabir maka digelarkanlah batang air itu Batang Songai Tabir, maka pikir orang yang tujuh beradik itu, maka dimudikkanlah air Sungai Tabir itu maka tinggallah Sultan Maraja Batu itu, maka berjalan orang yang enam beradik itu maka sampailah ke Talun tinggi maka berdusunlah di situ maka tinggallah Sultan Maraja Besar di situ, maka berjalanlah orang yang lima beradik itu maka sampai ke hulu air itu tiada bulih lagi tempat mandi, karena air itu sudah kecil, maka pikirlah orang yang lima beradik itu maka disuruh tiong yang-g pandai berkata, maka terbanglah mencari jalan, maka kembali tiong itu maka berkata tiong hai Tuan? jikalau kita mudikkan juga air ini tibo pula kita di Pagaruyung, jikalau kita kirikan air ini, ada renah yang lebar, maka berjalan pulalah orang yang lima bersuwo (bertemu) pula dengan sungai gedang, maka berhenti pula di situ maka turun pula hujan gedang maka gedang air itu maka digelar sungai itu sungai gedang, maka kami berjalan pula dari situ bertemu pula dengan batu gedang maka berhenti pula di situ maka terus pula panas maka dikembangkan pula payung, maka digelarkan pula Batu Bapayung, maka berjalan pula kami dari situ bertemu pula kami dengan sungai bertumbuk tiga baik rupanya maka berdusunlah di situ karena banyak emas rupanya seperti kepinding lapar rupanya emas lekat dinapan rupanya maka digelarkan dusun ulu Kalinding lama pula dari situ maka berjalan Sultan Maraja Inang, maka bertemu hulu air Hiang, maka dihilirkan air itu, adapun anaknya Sultan Maja inang itu Petinggi emas Indar Jati yang membawa Tiong Pandai berkata Adapun Sultan Maraja Salih dua beradik dengan Temenggung Kertapati, berjalan maka bertemu pula air Kinci maka dihilir pula air itu. Kemudian dari itu maka berjalan pula Sultan Marajo Bangsu, Sultan Karda Besi, Siah Abd. Rahman. Adapun anaknya Sultan Marajo Bangsu Kertam Batu, Adapun anaknya Sultan Karadan (Karanda) Besi namanya Naai, anaknya poyang ruwanti. Adapun Sikh Abd. Rahman Tunggah raja nama anaknya, maka berjalanlah pula ketiko itu. Adapun Sultan Marajo Bangsu turunlah ke bukit kudeng, dari bukit Padang maka berdusunlah pula Kayuaro tungkat. Adapun Sultan Keranda Besi dengan Sikh Abd. Rahman maka turunlah ke batu gedang, dari situ maka bertemu dengan air Tanjung maka dihilirkanlah air itu maka berdusunlah pula dusun Tanjung, lamalah pula dari situ maka berjalan pula orang dua beradik itu maka berdusunlah pula sungai napan, lamalah pula dari situ maka berjalan pula Sultan Keranda Besi, maka Sich Abd. Rahman tinggallah di situ. Sultan Keranda Besi bersuwalah (bertemu)lah dengan tanah bertanjung maka melihatlah ilir mudik maka tampaklah danau dengan rendah, maka digelarlah dusun Tanjung Tanah.
Adapun isterinya dayang ruwanti, anak beliyaw seorang begelar Naai, seorang bergelar Raja Masail, seorang bergelar Raja Temenggung, Raja Masail dengan Raja Temenggung tinggallah ke dusun Talang Batu Besar. Adapun Naai mengadakan sejambi, Sajambi mengadakan Dayang emas. Dayang emas mengadakan Kembang genap, Kembang genap mengadakan sediwi. Sediwi mengadakan kembang dua, Kembang dua mengadakan Seman gl. Depati Mangku Bumi mengtar alam

Disalin dari asal mulanya dari tambo kami.
Disalin oleh Haji Saibi gl. Depati Mangku Bumi mengtar alam.
Tambahan Bab. G. (Mendapo Seleman)
Pusaka yang tidak bertulisan, disimpan oleh Depati Talam, dusun Tanjung Tanah:
beberapa helai kain lama.
1 tongkat.
Salam, mohon pencerahan.

144. Beberapa helai kertas bertulisan Melayu
Beberapa helai kertas disambung-sambung jadi gulungan panjang, bertulisan Melayu. Sebagian kecil kelihatan pada gambar No. 62. Bunyinya menurut salinan guru Abdulhamid daripada surat asli:
(Dan tatkala usul dan masa dan tatkala masa jeman dahulu, A/dam/pun belum ada selutan pun belum ada) raja yang tiga silo (pun belum ada) maka pa’lum lima jurid (?) ditakdirkan Allah ta’ala ‘aras dan kursi/ surga dan neraka bumi dan langit bulan dan matahari dan batu beramu dan bumi itu baru seujo ceper dan langit itu baru seujo dulang tatkala bumi bersintak turun tatkala langit bersintak naik, ibutpun belum bernama ibut2 baru beribut ke selatan, umputpun belum bernama umput, baru bernama umput rantai, belum ada ikut yang garang, baru berikut dayu-dayu, belum ada rumput yang panjang, baru berumput daun kayu, itupun bernama ibut, tanah besar teridiri dahulu, negeri yang tiga dilebihkan Allah, pertama Mekah kedua Madinah, dan ketiga Baitulmukaddas. Dan kelebihan Mekah baitullah pintu ka’abah belum terbuka. Jatuh tukung menjadi petir, jatuh pasak menjadi kilat, maka boleh sami’ ‘mendengar, basir melihat, kalim berkata, bulan dan bintang dijadi keterangan, maka terbuka pintu ka’bah, maka berjalan ke padang ‘Arafah, maka memandang kudara, terbanglah burung ber-kawan2, maka berkata Adam: baiklah aku seperti burung terbang ber-kawan2. Maka Adampun sembahyang dua raka’at, maka dengan takdir Allah ta’ala keluarlah Siti Awal daripada kiri Adam. Maka beroleh pusaka Siti Awal satu bagi dan beroleh pusaka Adam dua bagi. Maka berjawab ijab dengan kabul, maka dengan takdir Allah beranak tiga kali beranak, anak yang pertama-tama dua orang, itulah kaum sekalian manusia, anak yang kedua sembilan orang, itulah kaum sekalian kafir, anak yang ketiga itulah Sultan Usul namanya. Kemudian daripada itu kala: (2:28) Inni ja’ilun fi l’ardi khalifatan dan lagi:
Maka Adam pun berkata kepada Jibrail: Siapa suami Sultan Usul? Maka Jibrail pun turun ke hadarat Allah ta’ala di dalam surga mendapatkan Mendari Bunsu, sedang menyungkit menarawang kain suri sutera. Maka Jibrail pun berbalik ke atas dunia, maka Mendari pun ditemukan Allah dengan Sultan Usul, maka berjawab ijab dengan kabul di awal udara. Maka ditakdirkan Allah ta’ala Mendari Bunsu mendapat anak tiga orang, pertama-tama Sultan Meraja Alif dan kedua Sultan Meraja Dipang dan ketiga Sultan Raja Dirajo khalifatullah. Dan Sultan Meraja Alif balik ke Bandar Ruhum, sungainya itam batu puding, pancuran mas negeri Mekah. Dan Sultan Meraja Dipang balik ke Bendar Cina, batu putih telaganya perak, burungnya seekor di awang udara adanya. Dan Sultan Rajo Dirajo khalifatullah kasetero pemuncak ‘alam, pegangnya batu kacang sungai beremas, barentek digamut berentak dinapang, di situlah makoto terlebih sati. Kemudian daripada itu ditakdirkan Allah ta’ala, maka adalah suatu Poti di Batu Sangkar, maka berjawab ijab dengan kabul, kemudian maka dapat anak delapan orang. Kemudian maka ditegak balai bunta besendi gading, panjang tujuh, sengkanya enam, berasuk gading selalu, bersendi segading tunggal, bertiang teras jelatang, batabuh batang pulut2, begendang begendang batang cino guri, begetang jangat tuma, sekertum balai berleret, bajirung balai malintang, tujuh pingkat selapan penjuru, betanduk guwang gading suasa, balapik tilung badada tilung, lapik tilung pandan beguris, dibawa alang kuari, payung mengapit kanan dan kiri, payung tekembang adat di belakang, maka ditengkek balai anjung malintang tinggi. Maka memandang ke laut ujo, tampatlah ular seketi muno, maka meminto Sultan Rajo Dirajo, maka adalah pusako yang tigo: pertama cunek serangin lalu, kedua cunek serangin gila dan ketiga cunek sembilan giring, ulunya kuning sumbing seratus. Kemudian maka terompak seketi muno, ekornya jadi bukit se-guntang2, pedunya Serampeh Sungai Tenang, dadonya itu jadi tanah tadi atas, kepalanya Gunung berapi, pusatnya ‘alam Sungai Pagu, punggungnya ‘alam Minangkabau, tangan kanan ke Inderapura, tangan kida ke Enah Giring. Sudah menetak Seketi muno maka hilang sembilan girirng, maka dikadukan di Rajo yang tigo selo, maka tahu daripada pedang sudah hilang, maka kedengaranlah suara di awang-awang, maka tedenda seguling batang, sekuning lembia, selesung pasuk, selengan baju panjang, seruas telang di rimba. Maka diadakan beras hitam, beras putih, dasun babawang, kulit manis, pinang batanduk, sirih badagang, tebu becap manis babuli, tuak dengan babuluh, nasi baambung, gulai babakung, kelapa betali, ketutu tiga gayo, ketitir panjang ranto,puyuh panjang dengung, ayam simabr ekor, maka diperadapkan sembah kepada Jibrail, maka terdiri cunek sembilan giring, sudah menetak seketi muno jadi sumbing seratus sembilan puluh. Maka tumbuhla kayu antara Mekah dan Madinah berurat ada seurat babatang ada sebatang, badahan ada sedahan, badaun ada sehelai, uratnya cemeh yang dua belas, batunya menjadi undang2 yang dua lapan, dahannya jadi teliti, daunnya jadi isyarat, babunga ada setangkai, babuah ada sebiji, ber-gilang2 rupanya, jatuh buah menimpa bangka, maka adalah Datuk Rangkang Pamuncak Alam, maka didaki gunung berapi, melingo ilir, memandang mudik………..tampaklah bayang luak selapan dibaruh batu berliyir di situlah bayo putih daguk. Maka memandang ke Pariang Padang Panjang, tampaklah seorang suatu rajo, duduk di balai buntak besendi gading, maka di ruang imbo yang dalam, maka terompak Pariang Padang Panjang. Maka tetepat di balai Buntang besendi gading, maka ditangkap kerbau jantan sebanua. Maka dipotong kerbau itu, dipasah idak bajangkat, disait idaknya genap. Maka ditambah dengan kambing irang kenantan tanduk, dado putih punggung kuning. Tatkala itu cupak babatih gantang babelah, yang segantang kurang dua lima puluh tahil. Datuk Rangkang Pamuncak Alam masakan duduk di setera pamuncak alam di bawah payung sekaki, karang setia yang semangkuk, jikalau tidur berbungkus cina, jikakau makan betabang-tabang, minum air bejamu-jamu. Maka berkatalah Sultan Seri Kali, segala tuan yang gedang2, segala tuan yang kayo2, jikalau bulih permintaan saya, perjalanan Datuk Rangkang jangan dilarang, supaya bumi kita ini senang. Datuk Berpayung putih membawa ukur bailok, membawa pantak dengan tiga buah, berjalan tidak ngida dan tidak nganan, orang sujud pada Allah dan sujud pada Rasul. Maka Rajo yang delapan itu masing2 mencari tempat. Pertama nah giring malimpah Kuatan lalu ke pangkalan, itulah mula2 menjadi Rajo Nahgiring yang bernama Sultan Jumadil Iman, anak Yang dipertuan di Pagaruyung juga, kedua balik ke luak Agam Tanah Datar, melimpah ke luak Lima puluh, itulah mula2 menjadi raja di luak Agam Tanah Datar, yang bernama Sultan Seri Kali anak Yang dipertuankan di Pagaruyung juga. Ketiga balik ke Bandar Aceh Bandar Aceh melimpah ke Batu Bara, Itulah mula2 menjadi raja, itulah yang bernama Seri Pangkat. Yang keempat ke Sungai Pagu melimpah ke Pasisir balik Bukit, lalu ke Benda Sepuluh, itulah mula2 menjadi raja di Sungai Pagu, Sultan Besar Bergumbak Putih. Yang kelima ke Inderapura pegangnya Bandar Sepuluh bandar yang besar, maka buluh masuk kuala Padang, sejak dipisah piso anyut, sejak dirau bertongkat arang, sejak dinibung belantak intan, sejak seketak air itang, sejak sekilang air Bangis, sejak di Tiku Pariaman mudik sejak di guo kelam kemarin, itulah yang mula menjadi Inderapura yang bernama Sultan Muhammad Syah. Yang keenam balik Bantan Muko-muko ke Jawa, lalu ke Mentarang, itulah mula2 menjadi raja negeri Bantan Muko2 yang bernama Sultan Mukai Batu. ketujuh balik ke negeri Palembang, lalu ke Bugis dan lalu ke Mentawai, itulah mula menjadi raja negeri Palembang yang bernama Sultan Inda Rahim. Yang keselapan balik ke negeri Jambi, melimpah ke Batang Arri, lalu kerenah Kerinci, itulah yang mula2 menjadi rajo negeri Jambi yang bernama Sultan Baginda Tuan. Kemudian daripada itu kayu lah berlareh dan sungai lah babatang dan tanah lah begabung Sultan Besar memegang tanah Jambi dan sembilan lareh alam Jambi dan sembilan lareh alam Palembang dan tujuh puncak alam Jambi dan tujuh puncak alam Palembang. Di dalam puncak yang tujuh, menusun ke puncak yang dua: Puncak yang pertama Batang Ari, puncak yang kedua ‘Alam Kerinci, itulah puncak Jambi. Kemudian maka dicacak negeri di tanah pilih, maka begelar tanah pilih. Maka begelar tanah pilih sembuang kenantan cuci dan segetan pucuk seribu, dan ceno guri pucuk seribu dan sebatang talang merindu, maka dientak tamilang dilarikkan tanah bato, direntak kepalo negeri dapat bedil setundo musuh di tengah negeri, dapat gung setimban Jambi, dan dapat bedil segetar mas, direntak kor negeri dapat bedil sekupi kala, baru baparit dua mambo, maka adalah Pangeran Temenggung kebul di bukit, maka adalah Ratu yang berdua, adalah Sutan yang berempat, adalah Jenang yang tiga puluh. Tatkala Pangeran kubul di bukit naik Alam Kerinci membawa tali empat belas tukal, membawa kain pan-jang selapan hendak mengukur gabung tanah. Di dilir jak tetepat pulau Tiung, di mudik gading terentak dapat tanah empat belas gabung. Di mudik batang Selangun tetepat ba:ai kecil Muara Masume dan tujuh batu bagalo cimbung, kesiknya………….air salunya segajah mandi. Maka di mudik Batang Merangin tetepat salam muku, salam muku tetepat rajo, tanah nah kayu batanam, lubuk gaung batating sirih. Maka jadilah rajo yang tiga selo: Pertama Dipati Setio Rajo, kedua Dipati Tio Nyato, yang ketiga Dipati Tiung ti. Kemudian maka begelar Setio Rajo duduk di Batu Hampar, bersandar di tiang aras memegangkan tiang sendi bumi. Maka bergelar Dipati Tiung Nyato, menyatokan kato rajo. Dan maka begelar Dipati Tiung Meti, mematikan kata rajo. Kemudian maka ditempuh penguatan Lubuk Sam, didaki bukit kemuro, diteke jenjang yang tiga, maka didaki bukit kemuju dan naik Serampas Sungai Temang, menyacak rajo di Sungai Tenang dan bergelar Dipati Gento Nyalo dan Rio Peniti. Maka bergelar Dipati Gento Nyalo, menyalokan kato rajo. Maka bergelar Rio Peniti, meniti kato rajo. Maka diturun bukit kemujur, maka tetepat pondok yang tiga buah negeri di dilir pondok bekedai, di mudik bapondok panjang, di tengah bapondok tinggi. Kemudian maka melayang di Sungai Banang batang Penetai, maka didaki bukit sembilan tanggo, pematang panjang setimbun parut, maka tetepat di dusun Tanjung muara Sake, maka ditempuh batu Pelarah, maka didaki bukit badengung, maka tetepat tanah Sanggaran Agung, itulah ujung tanah khalifah. Dan tatkala raja naik dan jenang naik, mencacak rajo di ulu sungai, maka jailah raja yang empat selo, pertama Dipati Mendaro Langkat dan kedua Dipati Rincung Talang dan ketiga Dipati Rincung Telang dan ketiga Dipati Bian Sari dan keempat Dipati Batu Hampar. Dan tiga di baruh, empat di atas. Maka jadilah dipati empat delapan helai kain, sungai bagian tungun. Kemudian daripada itu diilir kerbau yang tiga ekor, maka mudiklah beras yang sembilan ratus ke tanah nah anto Salamuku. Maka dipotong kerbau yang tiga ekor, darah dikaco, dagingnya dimakan, atinya jadi karang setio, dan sedalam bumi setinggi langit, da’ lapuk daripada hujan, da ‘lekan daripada panas, maka dikaco karang setio, di bawah payung sekaki dak boleh kecut, dan karang setio yang semangkok tak boleh terlimbat di atas sendi kerajaan yang sebuah, dak boleh tergilit. Maka jatuh adat dengan pusaka, maka negeri pagar adat, tapian bapagar baso, adat kawi kitab Allah. Lazim syara’ tegantung di-awang2 kitabullah membubung naik langit berebat jangan dipanjat, besawa jangan ditempuh. Siapa memacak boleh utang, siapa menempuh bulih baris. Dan tanduk kijang becipang tujuh betulak mudik, keluk kati kegumbak mas betulak ilir, tumbak belang di Sanggaran Agung, Talang Genting ke Tebing Tinggi, undang2 tanah Seleman, piagam di tanah Hiang, celak berjalan Penawar Tinggi. Maka dengkek balai panjang selapan tingkat dan panjang sembilan perbayo tergantung tinggi………………..di bawah au tempat mandi di Lubuk Batu.

Cuma sangat terkilankan kepada 2 perkara Jimmy :
1. Prof Dr. yg didatangkan dari University Andalas ..benar2 kita harapkan dapat membentangkan satu pandangan yg adil dan profesional.. namun perasaan hampa menggigit hati ! . Pandangan serta teorinya tiada asas kajian akademik sesuai dengan tarafnya ..cuma luahan emosi dan pandangan peribadi , berdasar kan kepada Tambo Alam Minangkabau sahaja .
2. Masa untuk membincangkan isu semasa sesi soal jawab tidak diberi oleh pengerusi majlis .. menunjukkan satu kelemahan dalam perancangan seminar yang amat ketara .

Sehinggakan di belakang pentas , Pengerusi Seminar menempelak AJK yg bertanggung jawab .... mengenai jemputan Dr Prof Puti Reno Raudha .. Siapa yg bertanggung jawab menjemputnya ? tanyanyo...

Sememang sedari lama dahulu hingga bila-bila pun perbezaan pandangan / pendapat menjadi elemen kepada pengukuhan ukhuwah kalau dilihat dari sudut positif . Yang paling penting ..tahu batas dan hak sendiri dan saudara yang lain .... inilah kekurangan yg amat ketara dapat dilihat dari sikap sedara yang menggelarkan diri mereka ' Kerabat Pagarruyung ' .. sering nak melanggar hak orang lain . Disebabkan itu lah terjadinya dialog dengan Pak Arisel BA di link : http://teromborawa.blogspot.com/

Ala ... AJK bahagian pemilihan pembentang kertas kerja ! ... Sebenarnya bukan salah dia pun . Masaalah besarnya sebab isu yg dibangkitkan oleh pembentang2 kertas kerja tak diberi masa yg cukup untuk di bahaskan . Tu yg ramai tak puas hati.. termasuk la yg menulis nie .

Jimmy!... kalau lah benar boleh diusahakan dengan berdasarkan fakta sejarah , tentulah individu yg paling berkebolehan & layak utk mengusahakannya itu ialah Prof Dr. Puti Raudha sendiri bukan ? kerana beliau adalah pembentang kertas kerja dan orang terpelajar ! ... tetapi kenapa dia tidak guna kan peluang keemasan itu untuk menyelesai dan membentang kan nya berdasarkan fakta sejarah ?... sebaliknya merumuskan sesuatu berdasar kan Tambo ... adakah Tambo Alam Minangkabau itu boleh dikira fakta sejarah ?
Itulah sebabnya ramai yg mempertikaikan professionalisme dan keikhlasan beliau dalam membentangkan kertas kerjanya ... Mungkin beliau fikir kita semua di Malaysia yg tak da pangkat Prof. & Dr ... kurang cerdik dan boleh di perbodoh-bodohkan ...
Pembentangan oleh pembentang kertas kerja pertama iaitu Bapak Amran Dato' Jorajo adalah jauh lebih berfakta dan berilmiah berbanding Prof Dr Puti Raudha ... walaupun asas yang dikemukakan Bapak Amran Dato' Jorajo lebih mengaitkan kepada sejarah tua Sriwijaya ..tetapi segala bukti2 dan fakta2 di pertontonkan kepada peserta pada hari itu .... berbanding pembentangan oleh Prof Dr Puti Raudha , kalau dari sudut fakta dan ilmiah ...sangat menyedihkan . Nasib baik puak yg di dalam dewan jenis penuh berakhlak ..kalau tidak , dah kena lontar dengan botol2 air mineral Prof Dr Puti tu....
Kita rasa Jimmy .... pandangan ratusan ribu individu pun tak dapat memutuskan hal sekiranya kedua2 belah pihak tidak berjejak dibumi yg nyata .. sebelah pihak nak berpandukan fakta ! ...tapi sebelah lagi nak berpandukan tambo ... dah tu , seorang cakap bahasa ayam & seorang lagi bahasa itik ... camana nak putus kan atau selesaikan . Prof Dr Puti Raudha pada hari tu , tidak berdasarkan fakta yg murni tetapi nak berdasarkan cerita dongengan dari tambo ... camana nak close discussion ? .. Keikhlasan paling utama ... kiranya tiada keikhlasan dan penuh dengan kepentingan individu ... susah nak berbincang ...
Fakta2 ilmiah itulah yg dapat menentukan batas dan sempadan ...dan sekiranya semua mengikut aturan batas dan sempadan tu dan tak melanggar hak yg lain ..InsyaAllah semuanya akan baik .

Bang Razak : ) setahu saya "Tambo Alam Pagaruyung" juga salah satu peninggalan sejarah turun-temurun. Tersimpan sejak sekian lama, rasa tak salah kita rujukkan dan perbandingan. Maka saya bilang pendapat seorang-dua pakar tak boleh kita simpulkan sebagai jawaban. Seminar2 yang seumpama inilah jalan menuju sesuatu penyelesaian. Mungkin dimasa depan harus diadakan lagi dengan menjemput ahli2 sejarah, pakar2 budaya, ketua2 adat dari kedua-dua negara. Nah...dibincangkan lagi.

Bang Razak, saya fikir tiada niat Prof. Puti Reno itu cuba untuk membunuh jati diri sesuatu etnis. Komentar dan fakta2 beliau mungkin mengikut fahaman beliau sendiri.

Sedikit demi sedikit apa saya fahami semangat nasionalis, semangat jati diri sesuatu etnis sangat menebal dan itu sangat bagus ^_^

Pastinya kita berasa tak senang apabila bangsa kita dibilang tidak wujud, dikuasai dan ditakluki. Saya juga pasti tak senang jika tanah tumpah darah saya (Negeri Sembilan) dikatakan pernah dikuasai dan ditakluki sesuatu daerah. Walaupun sudah terbukti Negeri Sembilan dan Minangkabau tak bisa dipisahkan.

Entry saya tentang JARO mendapat sambutan yg sangat menggalakkan dari orang Rao terutama dari generasi mudanya. Kebanyakkan mereka tak begitu mengetahui apa itu RAO. Mungkin hanya mendengar emak, ayah, atuk dan nenek menyebut-nyebut...."kita ini orang rawa". Hanya sekadar itulaha yang mereka tahu "saya orang rawa".Apa sebenarnya Rao, asalnya, budayanya, adat-resamnya serta bahasanya mereka tak tahu sama-sekali.

Bagi saya semua inilah yang lebih penting, agar iyanya tidak terus hilang dimakan zaman. Soal dan permasalahan siapa menakluki siapa, zaman ini sepertinya sudah tidak relevan.

Ya itu hanya pendapat saya, maaf jika ada yg tak berkenan.
Jelas penerangan kita tadi .. Tak salah TAP dijadikan rujukan & perbandingan ..yg salah Prof Dr Puti telah membuat kesimpulan yg total dari TAP tanpa membandingkan dengan fakta2 yg ada seperti peninggalan sejarah & prasasti .... bukankah itu kesimpulan yg tidak adil ?

Tak kisah lah nak mengaitkan Rao dan Minangkabau ..itu tidak salah . Yg salahnya kerabat pagaruyunglah yg beriya iya nak meletakkan Raja Rao dibawah takluk mereka .. sepatutnya Jimmy bertanya kepada mereka dengan lebih lanjut kenapa mereka bersikap begitu sedangkan Jimmy percaya yg permasaalahan siapa menakluki siapa sudah tidak relevan ?... cuba tanyakan kepada mereka ..kenapa sampai sekarang mereka masih beriya-iya nak mengishtiharkan Rantau Rao di bawah jajahan mereka ?

Ini lah kebiasaannya jimmy ... bila ada yang naik angin , mereka dilihat sebagai tidak rasional ... sedangkan individu yang menghina lantas menjadi punca orang naik angin ... apa pula komen Jimmy ?..
Rao tu satu label saja ..Minang pun satu label ..kita tak kisah kalau nak dilabelkan apa saja cuma , sikap menjajah yg mereka warisi dari penjajah ( kolonial doktrin ) masih menebal dalam jiwa ' golongan ' itu . Kalau negri sembilan di labelkan sebagai minang , tidaklah jadi masaalah tetapi kalau sampai dilabel negeri sembilan di bawah jajahan pagarruyung macamana ? ... berapa percent orang negri sembilan yg boleh menerimanya ... tentu ada yg marah ...begitulah juga perasaan orang Rao !...

Itulah makanya tuan..kita ziarah ke daerah Rao untuk menyiasat hal sebenarnya dan menemubual individu tertentu . Soal nya sekarang , di Rao itu Pembesar2 adatnya masih aktif dan mereka masih berpegang kepada undang2 adat ..perkara ini perkara sensitif tetapi mungkin kita d Malaysia nie melihatnya sebagai perkara yg remeh temeh ..tetapi kita dah sampai d sana dan menyelami sebahagian permasaalahan mereka ...

Di Rao ada isu yg besar berkaitan adat istiadat yg belum selesai hingga ke hari ini ..iaitu satu jawatan penting dalam lembaga adat telah diganggu perlantikannya oleh institusi dari luar sehingga menjejaskan keharmonian didaerah itu ... sehingga masyarakat jadi resah dan berpecah belah . Ini disebabkan campur tangan dari Daulat Raja Pagarruyung ( Taufik ) yang melanggar adat setempat di Rao dengan menggunakan kononnya kuasa vetonya untuk membuat lantikan tersebut . Ini telah membuatkan majoriti Raja dan pembesar marah kerana tindakan institusi luar mengganggu adat istiadat di Rao mengakibatkan lantikan secara formal dan mengangkat sembah tidak berlaku .. begitulah ringkasan hal yg sedang terjadi disana . kepada sdr Jimmy.. kalau hal berkaitan " siapa dijajah siapa sudah tidak releven " ..kenapakah hal ini harus dan masih terjadi ?..

Sdr Jimmy .. kalau Prof Dr Puti mengeluarkan komentar sebegitu sebagai seorang peserta seminar ... pasti tiada siapa yg akan ambil hati atau terguris ... tetapi disebabkan beliau seorang yg dijemput atas kapasiti yg dipercayai dapat memberikan pandangan secara rasional dan adil , maka itulah beliau di kritik keras .... Sebagai Professor dan Dr , beliau harus 100 % bertanggungjawab mengenai kesalahan etika yg di tonjolkan . Tidak salah memberi komentar mengikut kefahaman sendiri tetapi mesti mengambil kira banyak aspek bukan dari satu sumber sahaja . Kalau beliau memberikan beberapa bukti akademik yang bukan Tambo mungkin peserta seminar masih boleh menerima ...tetapi malangnya beliau bersikap prejudis dan tidak professional pada hari itu !....

Sdr Jimmy ... disinilah kesilapan terbesarnya sehinggakan pengamal doktrin kolonial ' pagarruyung ' secara tidak bermoral berani melanggar batas , menuntut serta merampas sesuatu yang bukan haknya ... kerana mereka beranggapan TAP peninggalan sejarah !.. memang benar TAP adalah tinggalan turun temurun tetapi ianya hanya dongengan dan bukan sejarah .. antara elemen yang menjadikan sesuatu itu bahan sejarah ialah bukti tinggalan sejarah itu sendiri dan catatan2 yang mempunyai garis masa @ tarikh sebagai rujukan . Jadi jelas yg TAP bukannya sumber sejarah dan tidak ada kekuatan langsung untuk dijadikan rujukan utama . Sikap fanatik kerabat pagarruyung ini terhadap dongengan itu juga lah menjadi punca kecelaruan yang berlaku di Ranah Rao masa kini ....

Salam tuan ..
Kalau di lihat gambar dalam kotak disebelah nie .. adalah gambar kita ..RazakRao dengan Bapak Masdul Amri , beliau memegang jawatan Dato' Rajo Molintang ( bahasa bakunya Dato' Raja Melintang ) di Lubuk Layang , Rao . Beliaulah orang yang terakhir kita temubual untuk mengesahkan tentang kekusutan dalam hal lembaga adat di Rao .. beliau merupakan Pembesar Adat yang paling senior jawatannya iaitu merangkap ketua kepada semua Raja , Dato , Sutan & Tongku ( juga Pembesar Adat ) di Rao . Alhamdulillah .. setelah menemubual Bapak Dato' Rajo Molintang , Januari lalu , banyak hal2 disana yang tidak jelas dapat dijelaskan . Cuma untuk membetulkan kecelaruan yang telah di timbulkan oleh daulat raja pagarruyung mungkin perlu dilakukan dengan teliti dan berhikmah ....

Dalam isu waris keturunan Rao pula tuan... putar belit terhadap sejarah yg asli di mulakan oleh penjajah Belanda kerana di Sumatera khususnya , penentangan masyarakat tempatan sangat kuat dan ethnik2 ini sangat ditakuti oleh soldadu2 Belanda ..jadi latar belakang serta kerajaan2 lama seperti di Rao dan sekitarnya seolah - olah telah di padamkan dari lipatan sejarah . Dizaman pemerintahan Belanda lah yg sebenarnya di ujudkan kisah dongeng Tambo Alam Minangkabau / Pagarruyung mengikut cerita orang2 tua di Sumatera Barat . Tujuannya supaya masyarakat dan keturunan selepas perang Padri di khayal serta di dodoikan dengan cerita - cerita khayalan lantas menghilangkan semangat perjuangan keturunan mereka dahulu .. wilayah2 tertentu seperti Rao telah cuba diberikan identiti baru dengan nama baru iaitu Minang supaya identiti asal sebelum perang padri lupus begitu sahaja ! dan wilayah 2 ini juga dihadiahkan oleh Belanda melalui perjanjian2 bertulis sebagai imbalan kepada golongan tertentu yang bersekongkol dengan usaha mereka menjajah wilayah ini...

Sebenarnya nama kaum yg dikenali sebagai Minang itu bukannya Minang sebelum penjajahan Belanda .. mereka adalah juga orang Sriwijaya yang dari suku Lubu ( mangolite ) tetapi dilabelkan dengan nama Minang sesudah penjajahan Belanda.. Kita syak la ! ... Kaum Lubu ( Mongolite ) ini memang dari keturunan yg handal berperang dan payah berundur ketika berjuang .. jadi untuk Belanda menundukkannya secara bersenjata , tidak mudah . Jadi elemen 2 dalaman seperti talibarut2 dari kaum sendiri telah gunakan untuk menundukkan penentang2 ini .

Sebab itulah kata2 Prof Dr Puti Raudha pada seminar yg mendakwa Rao bukan ethnik @ kaum , sangat mirip dengan usaha penjajah Belanda untuk melenyapkan identiti suatu masa dahulu ... ini hakikatnya , walaupun ramai yang tak suka mendengarnya .. mengenai beliau tiada niat pula .... niat itu tidak penting lagi kerana Prof Dr Puti Raudha telah pun melakukan tindakan , berupa ucapan mengenai hasratnya untuk menghilangkan nama kaum Rao itu .. jadi tidak berbangkit lagi soal niat !

Minta maaf tuan kerana hal yg kita bangkitkan lebih berbentuk kelompok ramai @ kaum ... Setakat ini , kita dah pun berusaha apa yg terdaya , dengan menghantar usul-usul kepada Pembesar2 Adat di Rao untuk mencari jalan penyelesaian berkaitan dengan masaalah Jawatan Pembesar di dalam Lembaga Adat di Rao .. mudah mudahan dapat jalan keluarnya di dalam satu - dua tahun ini .


Jari Basurek- Aduhai Udo, kerantung telah dikotok!






















































19 ulasan:

  1. Salam. Saya rasa pengerusi seminar tidak salah menjemput Prof. Reno sebagai pembanding, krn itu akan memperkuat hujjahan. Namun saya agak kecewa sebab melihat perbezaan yang amat ketara sekali antara ceramah beliau (power point) dengan isi makalah beliau yang ada di dalam buku Rao Disana Sini. Mari kita Menjalin ukhuwah, mencari persamaan dan memperkecil perbezaan. Tkasih

    BalasPadam
  2. Mak oii kilan koh, panjang lebar indoh ku pahom!

    BalasPadam
  3. Aku antara golongan muda yang bangga berdarah keturunan Rao. Aku istilahkan darah Rao adalah darah Agung. Kerana darah yang mengalir ini adalah darah pejuang Agama dan Bangsa. Sejarah Rao aku hayati supaya anak2 aku mengenal jati diri. Walaupun aku bekerja di Syarikat Multinational dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, Bahasa Rao menjadi pilihanku di rumah dan ketika bersama2 orang2 Rao lain. Kami sekeluarga masih berhubung rapat dengan saudara2 kami di Rao dan sering balik kampung di Rao kadang2 2 - 3 kali setahun (Orang lain di Malaysia yang mengaku Rao sejati pun belum tentu pernah balik ke kampung bertanya khabar saudara2 di sana malahan mungkin tidak tahu pun saudara mereka disana).

    Tapi jangan disalah ertikan kebanggaan ku ini dengan taksub. Jangan sampai terlalu mempertahankan asal usul kita, Melayu bertelegah dan boleh berpecah. Ingat! Syarat utama menjadi Melayu adalah Islam. Selain Arab (itupun boleh dipertikaikan), hanya bangsa Melayu sahaja dalam dunia ini yang sinonim dengan Islam. Maka jika berpecah Melayu, berpecahlah Islam.

    Mencari mata air tidak terhenti
    Bertumitkan batu bersarungkan duri
    Lidah menyinggung terguris hati
    Jari membalas menyamakan diri

    Aku Rawa

    BalasPadam
  4. Jikalau tak bertulis inilah akibatnya. Perawi mula bercerita mengikut kefahamannya. Akibatnya banyak sudah mazhab. Yang ini tidak sesuai dengan yang itu dan begitulah seterusnya.
    Kata Datok saya dahulu, "Sesiapa yang boleh memerintah Rawa , boleh memerintah dunia!". Sebabnya orang Rawa hebat-hebat, bijak-bijak sebenarnya. Namun dari satu peperangan ke peperangan yang lain yang berkelahi bukan orang lain , tapi antara orang Rawa dengan orang Rawa juga. Cubalah orang Rawa bersatu...

    BalasPadam
  5. Salam

    Menarik apa yang telah ditulis Insyaallah, kalau masa mengizinkan, saya akan cuba menghadiri majlis-majlis akan datang.

    Rao Pahang

    BalasPadam
  6. RazakRao

    Salam kepada semua saudara2
    Harap semua pembaca membaca perbincangan diatas dengan teliti serta fikiran terbuka .. sekira sedikit perbahasan dan soal jawab lalu dianggap suatu perpecahan , maka tak perlulah diadakan seminar-seminar kerana jelas sekali , bangsa kita belum bersedia menerima perubahan apa lagi menerima kritikan-kritikan ..

    BalasPadam
  7. RazakRao

    Lihat pada respon Wan Maria pada bahagian BICARA 6 , beliau pada perenggan pertama ulasan mengatakan pukulan kata2 dikenakan kepada keturunan pagarruyung , tetapi pada perenggan ke dua pula menyatakan kerisauan sesama Rao berpecah . Apakah sebenarnya kerisauan Wan Maria ini Allah saja yg maha mengetahui . pagarruyung telah tidak wujud lagi maka sebab itulah usaha individu2 seperti Wan Maria yg cuba mengagung-agungkan pagarruyung dimasa kini telah ditempelak . Yang menerima tempias dari perbahasan ini adalah pagarruyung yang telah pupus dan tidak wujud lagi .. cuma Wan Maria yang telah melakukan sedikit silap mata dan mengapi-apikan , kononnya urang Rao berpecah kerana perbahasan mengenai keberadaan pagarruyung . Orang Rao tiada kena mengena dengan pagarruyung apatah lagi pagarruyung dari sudut sejarah telah pun runtuh / pupus !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan asal tau sejarah rao dari mulut kemulut orang tak bertanggung jawab ,kalau anda ingin tau sejarah rao sebenarnya tanyalah kepada orang tau sejarah rao kepada orang tua di rao (sumatera barat )

      Padam
  8. RazakRao

    Pendapat kita dalam isu ini jelas sdr Aku Rawa, pagarruyung adalah umpama roh (pagarruyung telah pun mati / runtuh) dan individu-individu tertentu ( Wan Maria salah satunya ) sepertinya sedang cuba melakukan usaha-usaha tertentu untuk menghidup kan atau membangkitkan roh ( pagarruyung ) ini menjadi HANTU iaitu HANTU pagarruyung ! Salah satu usaha ' ritual ' itu adalah dgn menganjur kan majlis tertentu untuk " waris pagarruyung " di lokasi tertentu di Raub , Pahang dan memberi gambaran kepada umum yg mereka disambut seperti Raja-Raja berdaulat .. Penipuan - penipuan sejarah seperti inilah yang sedang saudara - saudara Rao sedang cuba hentikan .. tak kan kita nak membiarkan generasi akan datang yg terdiri dari anak cucu kita menjadi mangsa penipuan sejarah seperti ini ! jangan bimbang sdr Aku Rawa .. orang Rao takkan ber pecah kerana isu pagarruyung kerana pagarruyung itu tidak ada kena mengenapun dengan etnis Rao... Lainlah kalau sebahagian dari etnis Rao itu percaya mereka itu Rao dan dalam masa yang sama juga Rao dibawah jajahan pagarruyung , sebagaimana yg diyakini kini oleh Wan Maria kini ...

    BalasPadam
  9. RazakRao

    Perbincangan didalam seminar-seminar dan juga di blog adalah sesuatu yang sihat jika niatnya untuk menegakkan kebenaran .. perbezaan pendapat itu adalah suatu rahmat untuk semua terus menyelidik fakta-fakta ataupun menggali lagi fakta yg kurang jelas .. cumanya luahan yang agak berlebihan dari pihak manapun dalam hal ini di luar seminar , adalah berpunca dari perasaan sedikit kecewa kerana tidak dapat meluahkan pandangan - pandangan yang sepatutnya pada sessi seminar tersebut . Semua peserta seminar pada hari tersebut tentunya lebih maklum bahawa masa yg cukup tidak dapat diberikan dalam sessi soal jawab !.. ini adalah satu kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak penganjur pada anjuran seminar-seminar dimasa akan datang . Sekian dan terima kasih !

    BalasPadam
  10. RazakRao

    Sebenar Sdr di dalam soal keturunan Rao / Rawa yang pertama berhijrah ke tanah melayu dulu .. perawinya ada dan usaha mencatat teromba salasilah telah dimulakan oleh salah seorang nya iaitu alahyarham unyang Imam Ishak di Raub , Pahang dan kini usaha melengkapkan lagi teromba itu sedang giat disambung usahanya oleh Pak Subari ( Arisel BA ) .. Dari kesimpulan ziarah diri kita ke kg Gali ulu pada hari Ahad yg telah lalu jelas sekali , maklumat dari seorang niniek yg lebih dikenali sebagai Adam Jepun ..( beliau juga ada menyimpan dan menunjukkan salinan teromba yg diasaskan Imam Isyak ) menegaskan yg pagarruyung sudah tiada lagi dan kini tidak jelas siapakah mereka sebenarnya dan Raja2 Rao sejak dulu bukan dibawah jajahan pagarruyung dan usaha menjemput kononnya ' waris pagarruyung ' adalah usaha pihak tertentu yang memandai-mandai !..
    Begitu juga dengan Pak Subari sendiri.. beliau telah menegaskan yg kawasan Rao sejak dulu bukan di bawah jajahan pagarruyung berdasarkan salasilah teromba yg ada !..
    Cuma ada usaha segolongan anak muda yang di kesan cuba untuk menghidupkan ' HANTU PAGARRUYUNG " ini !
    Mungkin Sdr Aku Rawa berasa agak hairan kenapa isu keberadaan pagarruyung ini menjadi begitu sensitif kini .. ' apa salahnya mereka di besar - besarkan oleh golongan ini ? ..(begitu lah agaknya yg sdr Aku Rawa fikir , bukan ?)
    RazakRao dan ayahanda telah ke Rao, Pasaman selama 10 hari pada bulan Muharram 1430 ( tahun hijrah )dan sepanjang masa 10 hari itu , masa kami telah diluangkan untuk :
    1. Menziarahi Saudara yg telah dikenali .
    2. Mengesan Sdr yg masih belum dijumpai . 3. Melengkapkan teromba keluarga.
    4. Menjalani bersuluk di tobek durian .
    5. Mempelajari sejarah asal Rao .
    6. Menemubual Pembesar2 Adat seperti raja2 & Dato'2 di jajahan tertentu untuk menyelami apa yang telah berlaku di Rao dan penduduknya selama ini .
    7. Sepanjang masa 10 hari itu , padat dgn aktiviti di tanah Rao sahaja .. hanya 10 jam masa di perjalanan pergi dan balik Rao - Padang .. dan 2 jam masa membeli cenderahati di bukit tinggi untuk dibawa pulang !

    Dari lawatan itulah timbul kesedaran untuk menegakkan kebenaran yg sepatutnya di tegakkan di tanah Rao ..bukan niat kita untuk sengaja membesar-besarkan sesuatu isu . Harap semua pembaca dan Sdr Aku Rawa dapat memahaminya !

    Sekiranya ada apa-apa soalan lanjut , boleh utarakan di sini atau hantar ke razakmohdnasir@yahoo.com.my .

    Wallahualam ..

    BalasPadam
  11. Silsilah Jang Dipertoean Pagaroejoeng
    Almarhum Radja Bogomo, Jang Dipertoean Pagaroejoeng;
    Sumber:- Catatan Dalam Simpanan Almarhum Raja Bot Ibni Raja Amirullah
    Simpanan :- Daeng Besar Ungku Abdullah


    Pada suatu masa, berkebulatan teguh Orang-Orang Besar Rawa pergi ke Pagar Ruyung Minangkabau mengambil Raja, maka dibagi orang Pagar Ruyung Minangkabau seorang yang cantik paras rupanya, maka di bawalah pulang ke Rawa.

    Sampai di Rawa, disembah ia pun sakit lalu mati. Kemudian dijemput lagi sekali, sampai di Rawa disembah ia pun sakit lalu mati juga. Oleh itu, berdukacitalah Orang-Orang Besar Rawa dengan menaruh ingatan yang mana kepada Raja-Raja Pagar Ruyung itu.

    Pada suatu hari, muafakatlah Orang-Orang Besar di dalam Rawa memilih orang-orang yang handal lagi perkasa, serta dengan alat angkatan yang beradat, menjemput Orang-Orang Besar Bergelar pergi ke Pagar Ruyung Minangkabau.

    Adalah perintah Orang-Orang Besar Rawa kepada utusan itu, “Sekali ini, jika tiada diberinya yang sebetulnya, jangan balik sehingga kita perangi Minangkabau itu”. Demikianlah perintah Orang-Orang Besar Rawa kepada utusan itu.

    Maka apabila sampai utusan itu ke Minangkabau, dengan tidak semena-mena bertemu dengan seorang tua, hendak dikatakan tua, tersangat tua, maka bertanyalah orang tua itu kepada utusan itu, “Hendak kemana tuan-tuan ini”, maka diceritakanlah oleh utusan itu kepada orang tua itu daripada mula hingga akhirnya.

    Maka kata orang tua itu, “Jika diberinya yang cantik-cantik pakaian, jangan diambil, minta sendiri memilihnya serta tunjuk tengok kepadanya tanda-tandanya, dan adapun anak Raja Pagar Ruyung itu, perempuan seorang sahaja dalam istana itu, buruk lokos sahaja pakaian nya, ambillah itu”.

    BalasPadam
  12. Setelah sekeliannya, balik utusan yang mencari akan jodoh anak Raja Pagar Ruyung itu, dengan membawa seorang anak Raja, lalu dikahwinkan dengan orang lain.

    Maka turun-temurun keturunan inilah yang dibagi pangkat gelaran oleh Orang-Orang Besar Rawa, gelaran Raja Perempuan memegang adat kebesaran sekeliannya didalam Istana Padang Unang Rawa itu, dan anak Raja yang diambil dari Pagar Ruyung itu, dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar Rawa, dan turun-temurun keturunan inilah sampai sekarang menjadi Yang Dipertuan Besar Rawa itu.

    Shahadan, adalah Raja yang asal didalam Rawa itu Raja Daulat Parit Batu, keturunan daripada Raja Pagar Ruyung Minangkabau juga adanya. Pecahan Raja Daulat Parit Batu itu turun ke Rawa duduk di Gobar, bergelar Yamtuan Gobar di Rawa. Pecahan daripada Yamtuan Gobar itu pergi ke kampung bernama Kubu Sultan, dipanggil-panggil orang, anak Raja-Raja Yang Berempat.

    Dari situlah anak Raja-Raja Rawa yang asal itu berselok menyeloknya dan semenda menyemendanya ke Padang Unang kepada pihak Yang Dipertuan Besar itu.

    Alkisah, sebab orang-orang Rawa tidak mahu menjadikan Raja, Yamtuan pecahan Raja Daulat Parit Batu itu, kerana Orang-Orang Besar Rawa bersinggit (bersengketa) dengan Orang-Orang Besar Parit Batu.

    Sebab itulah, Orang-Orang Besar Rawa mengambil Raja mereka dari Pagar Ruyung, betul akan halnya Raja Daulat Parit Batu itu kemanakan daripada Raja Pagar Ruyung.

    Sebab itu didalam perbilangan Rawa, “Daulat di Parit Batu, Sultan di Pagar Ruyung, Yamtuan di Rawa, Sangkar adat dari dalam Rawa”.

    BalasPadam
  13. Salam Sdr RazakRao

    Terima kasih atas penerangan yang diberikan. Sebenarnya apa yang saya cuba maksudkan adalah agar jangan sampai hal yang dibincangkan ini membawa perpecahan. Saya setuju sebenarnya perbezaan pendapat ini adalah sesuatu yang sihat. Tetapi untuk memastikan perbincangan ini terus sihat, adalah lebih baik jika serangan individu tidak berlaku. Elak gunakan nama.

    Sebenarnya melalui pengetahuan yang saya ada, kebanyakannya lebih mempersetujui hujah2 Sdr RazakRao. Malahan yang saya ketahui untuk menggambarkan betapa kecilnya kerajaan pagarruyung sehingga jajahannya hanya dalam kawasan pagar yang dibina setelah anaknya dibaham buaya.

    Walaubagaimanapun, saya juga ingin berfikiran terbuka dalam hal ini. Ini juga memandangkan Almarhum Imam Ishak bukanlah sebarangan individu dan saya agak mengenali hal beliau. Dikatakan bahawa terdapat teromba yang mempunyai nasab yang jelas. Wallahua'lam.

    Perselisihan antara Rao Pahang dan Perak (Gopeng secara khusus) juga saya faham asalnya.

    InsyaAllah jika berkesempatan saya akan berkirim email dengan Sdr RazakRao.

    Aku Rawa.

    BalasPadam
  14. RazakRao

    Sdr Aku Rawa..

    Tindakan yg telah kita ambil adalah keluar dari hati yg tidak mahu melihat sejarah Rao di putar belitkan oleh individu-individu yg berkepentingan & dahagakan kekuasaan ..

    Cara yg terbaik dan terpantas untuk membersih kan mitos2 pula adalah dengan cara 'direct approach' dan berterus terang .. kata2 berpantun ..berpuisi ..dan berlapik adalah lebih nampak bersopan cuma masa yg kita semua ada rasanya amat terhad dan sesuatu perlu dibuat segera demi keturunan dan generasi akan datang ..

    Kita berharap semua urang Rao dapat berkerja sama membersihkan segala kepercayaan yg tidak langsung berkaitan dengan Rao itu sendiri seperti halnya ' pagarruyung '.

    Demikian juga halnya dengan salah faham antara segelintir keturunan Rao , bilamana di dalam perjumpaan @ majlis tertentu , terdapatnya segelintir sedara yg meletakkan diri mereka diatas yg lain .. mereka dari Rao ' kerabat pagarruyung ' . Mungkin disebabkan sikap VIP mereka inilah juga telah menimbulkan buruk sangka antara sesama Rao dan ini boleh di perbetulkan dengan memisahkan sejauh-jauhnya antara nama Rao itu dengan pagarruyung !

    semoga seluruh Rao dapat bekerjasama menyatukan Rao dibawah panji Rao Islam kerana dalam Islam semuanya sama .. dan tiada lagi ' Rao pagarruyung ' @ ' Rao kerabat pagaruyung ', apatah lagi nama pagarruyung itu sendiri tiada kena mengena dengan Rao ...

    Email : razakmohdnasir@yahoo.com.my

    Sekian dulu ..Wassalam...

    BalasPadam
  15. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    BalasPadam
  16. Sesiapa mengenali Tengku / Raja Muda dari Sumatera yang ke Perak (memiliki tanah di sana) sebelum ke Selangor dan menjadi pembesar tempatan di sana ... Tq

    BalasPadam
  17. Dalam ranji yg saya pegang yaitu Daulat Yang Dipertuan parit Batu pasaman ada tertulis putri johor, artinya putri kami yg pergi dan menetap dikejohor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sahabat.. boleh beri no telefon.. aku ada info yang mungkin berguna utk kalian... terima kasih....

      Padam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao