|
|
|
Rao merupakan nama sebuah tempat yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Menurut baginda, dalam tahun 1292, cicit dari Puti Jamilan, bernama Putri Dara Jingga yang pemangku Putri Mahkota dan Putri Dara Petak telah dipinang oleh Raja Kartanegara untuk dijadikan isterinya. Ketika itu kerajaan Dharmasraya menjadi taklukan Kerajaan Singhasari di era Raja Kertanegara. Namun setibanya di Pulau Jawa, Raja Kertanegara telah dibunuh. Akhirnya Putri Dara Petak dijodohkan dengan Raden Wijaya, raja Kerajaan Majapahit. Sementara Putri Dara Jingga dijadikan selir utama. Putri Dara Jingga telah melahirkan seorang anak putera yang dinamakan Aji Mantrolot yang kemudiannya dikenali sebagai Adityawarman.
Adityawarman telah dididik mengikut disiplin dan budaya istana Majapahit. Apabila dewasa Adityawarman telah mempunyai kedudukan yang tinggi, iaitu berkedudukan sebagai salah seorang menteri. Tahun 1332, beliau telah dikirim menjadi utusan ke negeri Cina sebagai duta. Pada tahun 1334, Adityawarman telah pulang kembali ke Majapahit. Memandang beliau tidak berpeluang menjadi pemerintah di Majapahit, beliau telah kembali ke Minangkabau dalam tahun 1342. Adityawarman telah diiringi oleh dua orang pembesar Majapahit iaitu Rakrian Rakuti iaitu Orang Besar Berempat di Majapahit dan Laksamana Rao; salah seorang laksamana yang handal dan gagah di Majapahit. Rombongan ini turut disertai oleh keluarga, sanak saudara dan pengikut-pengikut kedua-dua pembesar. Dalam tahun 1343, Adityawarman telah mendirikan kerajaan Pagaruyung.
Setelah puteranya Ananggawarman meningkat dewasa, Adityawarman telah melantik puteranya itu menjadi raja di Padang Nunang. Ananggawarman sekali lagi telah diiringi oleh Laksamana Rao berserta ahli keluarga dan pengikutnya. Nama ‘Rao’yang terletak di Kabupaten Pasaman itu diambil bersempena nama Laksamana Rao kerana tempat tersebut majoritinya diduduki oleh ahli keluarga dan pengikut-pengikut beliau.
sumber:http://anakrajadagang.multiply.com/journal/item/4/ASAL-USUL_NAMA_RAO_ADALAH_BERMULA_DI_KABUPATEN_PASAMAN_SUMATERA
RazakRao
BalasPadamAssalamualaikum saudara penulis ,
1. Saya tidak pasti mengenai kesahihan tokoh bernama Laksamana Rao tu kerana setelah beberapa bulan mentelaah sumber keujudan Rao ini lah kali pertama mendengar nama Laksamana Rao , nama Tuanku Rao memang selalu di dengar.
2. Saya juga kurang faham mengapa saudara penulis mengaitkan Rao dengan tokoh Adityawarman dari Majapahit pada abad ke 13 kerana keberadaan Kerajaan Rao dengan rajanya yang berdaulat itu sendiri telah ujud awal lagi sekitar abad yang ke 6 . Ketika itu Rao diperintah oleh Yang Dipertuan Rao , bersemayam di Koto Rao bertempat di Mapat Tunggul . Kawasan tersebut telah dikenal pasti dan sedang dikaji oleh pakar sejarah .
3. Keujudan Yang diPertuan Padang Nunang di Rao hanyalah pada abad yang ke 18 ketika campur tangan Belanda di dalam pentadbiran dan kedatangan Yang diPertuan Padang Nunang bukanlah dihantar oleh Raja Pagaruyung tetapi diminta oleh Raja dan Pembesar Rao untuk diangkat sebagai pemutus kata , sekiranya ada permasaalahan yang timbul di Rao.
Pemerintahan Pagaruyung dan Rao adalah dari entiti yang berasingan , cuma rasa hormat oleh kerajaan sekitar seperti Rao , Jambi , Palembang , aceh dan Melayu Deli ( Medan ) itu ada kerana sejarah lama menunjukkan asal Raja Pagaruyung dari sumber keinderaan / Raja Suran .
Wallahualam
sdr RazakRao,
BalasPadamsumber ini daripada Rao sendiri. Laksamana Rao itu barangkali personaliti yang sama iaitu Tuanku Rao. Versi asal Rao berbeza termasuk mengatakan datang daripada Kemboja menerusi kaum lubu. Walau bagaimanapun, kajian atau penyelidikan tidak pernah sempurna. JARO akan mengadakan Seminar Melayu Rao Julai ini di UPSI bagi merungkai pelbagai teori dan hepotesis mengenai Rao. InsyaAllah kita boleh berkerjasama. Apapun perbincangan dalam forum ini cukup baik dan adalah dialu-alukan.
Wallahualam.
RazakRao
BalasPadamPendedahan yang berbeza dari yang diwar-warkan oleh sumber dari Mandailing berkenaan tuanku Rao .... Bagaimana dengan sumber dari tulisan Prof. Hamka ? boleh kita pertimbangkan ?
Sdr RazakRao,
BalasPadamKita boleh mengambil langkah dari sekarang bagi membetulkan fakta kukuh berasaskan displin penyelidikan kemudian hasilnya WAJAR dibukukan. Seharusnya sejarah Tuanku Rao perlu ditangani anak-anak Rao di Rao sendiri kerana Indonesia masih belum lagi mengiktiraf Tuanku Rao sebagai tokoh nasionalis seperti Imam Bonjol walaupun mereka berjuang mempertahankan kedaulatan Sumtera Barat daripada penjajah bersama-sama.
RazakRao
BalasPadamSaya ingin berterus terang mengenai pendangan saya mengenai personaliti Tuanku Rao . Pertama kali saya hadir ke Mesyuarat Agong JARO di Tanjong Malim bulan Disember tahun lalu saya sudah dapat melihat dan merasa akan ada usaha untuk memartabatkan Tuanku Rao melalui artikel yang dipamerkan di dewan mesyuarat . Usaha ini tidak ada salahnya cuma yang menjadi persoalan ialah identiti Tuanku Rao itu sendiri kabur dari sudut sejarah samaada dari naskah lama Indonesia atau di pihak Belanda sekalipun , tidak seperti Imam Bonjol yang namanya ada disebut di dalam naskah lama Belanda . Inilah puncanya saya sendiri secara peribadi telah meminggir kan isu Tuanku Rao di dalam perbincangan di banyak forum seperti ini . Hati dan perasaan saya lebih hampir dengan sejarah Raja-Raja Rao serta peranan mereka sejak berkurun lamanya di dalam autonomi masing-masing .
Sehubungan dengan itu beberapa urang Rao dari Gopeng termasuk diri saya telah berpakat dan menyokong usaha sebilangan wakil di Rao untuk membukukan kisah asal Rao secara terperinci bagi setiap daerah /nagari dan kisah ini akan di perakui oleh pemimpin adat / Raja kawasan masing-masing akan kesahihannya . Saya merasa inilah cara nya untuk membina kembali sejarah Rao iaitu bermula dari dalaman Rao itu sendiri dan setakat ini saya diberitahu oleh pengumpul maklumat individu yang menjadi tulang belakang di Rao iaitu Saudara Haen Taib Ridun dari Simpang Tiga Air Hangat , Rao yang segmen Nagari Tanjuong Botuong telah siap dan segmen daerah lain akan diteruskan juga .
Cuma saya berharap pihak JARO dapat memberikan sokongan , bantuan dan sumbangan dalam apa bentuk pun untuk memasti kan proses ini terus berjalan , memandang kan usaha ini juga memerlukan modalnya .
Disini saya cuma khuatir yang usaha JARO untuk cuba memartabatkan personaliti Tuanku Rao akan menghadapi jalan buntu kerana fakta sejarah lalu yang tidak jelas dan akhirnya menyedari ianya hanyalah usaha yang sia-sia . Mengenai dakwaan etnik mandailing mengenai Tuanku Rao eloklah dibiarkan dan jangan sampai kita terikut dengan rentak mereka . Etnik mandailing tidak sama dengan Rao kerana dari sudut sejarah etnik mereka tidak punya apa - apa keistimewaan jadi mereka ini mencuba seboleh mungkin mengaitkan personaliti Tuanku Rao untuk meninggikan martabat . Tidak seperti etnik Rao yang sejak dari dahulu terkenal sebagai pendakwah Islam dan pengamal Tarikat Naqshabandiyah dari sebelum penjajahan Belanda lagi . Jadi keturunan Rao mempunyai tunjang dan kekuatan tersendiri . Tuanku Rao tidak mungkin dikatakan hebat sekiranya panglima - panglima nya dan pendekar - pendekarnya yang terdiri dari urang Rao juga Dato' / Raja Rao itu hebat - hebat belaka .
Wassalam