Oleh Zabidin Hj. Ismail
Allahyarham Haji Buyung Adil, sejarawan terkemuka tanah air yang menganggap bahawa menulis sejarah adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi kepentingan generasi akan datang supaya mereka tidak lupa kepada “akal budaya” dan asal-usul bangsa.
“Hapus sejarah hilanglah bangsa!” Demikianlah pengertian sejarah menurut Allahyarham. Betapa cintanya dia terhadap nusa dan bangsa dapat digambarkan dengan kegigihan serta semangat kental yang sukar ditandingi dalam usahanya menyiapkan buku-buku sejarah kerana proses penulisan sejarah agak rumit; memerlukan ketekuan, kesabaran, penyelidikan serta sanggup mengorbankan masa walaupun usianya ketika itu sudah dimamah zaman.
Nama ganjil inilah yang memasyhurkannya sebagai sejarawan dan pendidik terkemuka negara. Lazimnya, "Buyung" adalah nama timang-timangan anak kecil Rao. Di kalangan rakan seperjuangannya, dia cukup mesra dikenali sebagai Cikgu Buyung sahaja.
Cikgu Buyung dilahirkan pada bulan Januari 1907 di Teluk Intan, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Anson sebelum memasuki Sultan Idris Training College (SITC), Tanjong Malim pada tahun 1924.
Semasa menuntut di SITC dia pernah terpulih sebagai pelajar terbaik dan menggondol hadiah wang bernilai RM200. Namun begitu, sekitar tahun 1936 bibit-bibit anti penjajahan sudah mula berputik di SITC . Jiwa raga guru-guru pelatih di situ telah mula dibakar dengan luapan semangat kebangsaan oleh beberapa pensyarah seperti Ahmad Bakhtiar, Harun Aminur Rashid dan Pendeta Za’ba. Selanjutnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan