Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Jumaat, 2 Januari 2009

Legenda Siti Nurbaya


Legenda cerita rakyat yang mengisahkan tentang jalinan kasih yang tak kesampaian antara sepasang insan yang berakhir dengan kahwin paksa. Sang teruna bernama Syamsul Bahri, selain berwajah tampan juga berasal dari keturunan orang terpandang. Bapaknya adalah seorang Penghulu yang tersohor, yakni Sutan Mahmud. Si gadis bernama Siti Nurbaya, berparas jelita, berambut panjang bak mayang terurai serta santun budinya anak Baginda Sulaiman. Jalinan cinta Siti dan Syamsul sangat direstui oleh kedua orang tuanya yang masih punya hubungan kekerabatan. Sutan Mahmud ayah Syamsul Bahri adalah Mamak Siti Nurbaya.

Setelah menamatkan sekolah menengah atas, Syamsul Bahri melanjutkan pelajaran sebagai calon doktor di pulau Jawa untuk menetapkan masa depan yang lebih cerah. Tak terbayangkan betapa sedihnya Syamsul Bahri yang harus meninggalkan sang kekasih pujaan hati. Air mata Siti Nurbaya berlinang membasahi pipi di saat melepaskan kekasih hatinya di pelabuhan Teluk Bayur, Padang dan berharap cepat kembali. Saling berkiriman surat cinta adalah pengubat rindu mereka berdua.

Tahun berlalu musim berganti, musibah datang mendera keluarga Siti Nurbaya, usaha dagang ayahnya mengalami kemerosotan, hingga jatuh miskin dan Baginda Sulaiman akhirnya jatuh sakit. Beliau akhirnya terpaksa meminjam wang daripada seorang hartawan yang berbadan kurus dan suka beristeri banyak bernama Datuk Maringgih. Hutang Baginda Sulaiman akhirnya bertapuk-tapuk dan berbunga.

Suatu hari Datuk Maringgih pergi ke rumah Baginda Sulaiman yang sedang sakit untuk menagih piutangnya. Di sanalah Datuk Maringgih terpesona melihat kecantikan Siti Nurbaya. Datuk Maringgih memaksa Baginda Sulaiman membenarkan Siti Nurbaya menjadi isteri mudanya kalau ayah Siti Nurbaya tak sanggup untuk membayar hutang.

Siti Nurbaya menolaknya, kerana dia sudah punya kekasih yakni Syamsul Bahri. Tapi Siti Nurbaya tak berdaya dan akhirnya dipersunting oleh Datuk Maringgih yang berumur sebaya dengan ayahnya. Khabar tersebut sampai ke telinga Syamsul Bahri, hatinya sangat sedih dan cuba membunuh diri. Suatu hari Syamsul Bahri pulang ke Padang dan bertemu dengan Siti Nurbaya. Datuk Maringgih naik pitam dan meyebarkan fitnah terhadap Syamsul Bahri. Akhirnya ia diusir oleh ayahnya Sutan Mahmud. Syamsul Bahri kembali ke Jakarta, diam-diam ia menyamar menjadi tentera kompeni Belanda, dengan nama samaran Leftenan Mas.

Datuk Maringgih menjadi benci kepada Siti Nurbaya, puncaknya ia melampiaskan dendamnya dengan memberikan lemang beracun kepada pesuruhnya untuk diberikan kepada Siti Nurbaya. Siti Nurbaya menemui ajalnya setelah memakan lemang beracun kiriman Datuk Maringgih.

Pada saat tragedi Balesting (Saudagar-saudagar pribumi yang tidak mau membayar upeti/pajak dibawah pimpinan Datuk Mariggih), dikirimlah Leftenan Mas oleh Kompeni ke Padang untuk menumpas para penentang balesting.

Terjadilah peperangan satu lawan satu antara Leftenan Mas dengan Datuk Maringgih. Akhir cerita Leftenan Mas yang tak lain adalah Syamsul Bahri tewas di hujung pedang, manakala Datuk Maringgih juga maut terkena tembakan Leftenan Mas. (Cerita Roman Siti Nurbaya karangan Marah Rusli).


Nota:
Mamak (loghat Rao) bermaksud bapa saudara sebelah induk (ibu)
Di Kota Padang, Sumatera Barat nostalgik kisah ialah Jambatan Siti Nurbaya

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah kami sekeluarga ucapkan banyak terima kasih kepada MBAH SORE atas bantuan MBAH SORE kami sudah bisa membayar semua hutang hutang kami yang menumpuk setinggi gunung kami juga sudah bisah buka usaha MBAH SORE, dulunya si saya ragu ragu dan kurang percaya yang namanya pesugihan uang gaib tapi mencoba dan alhamdulillah ternyata MBAH SORE benar - benar bisa menbantu saya dengan pesugihan uang gaib sekali lagi terima kasih MBAH SORE salam sukkses selalu.
    kalau mau seperti saya hubungi MBAH SORE Tlp-085-256-133-981,

    INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL- 2D 3D 4D 5D 6D.....
    MBAH SORE Tlp : 085-256-133-981,

    >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
    >PESUGIHAN UANG GAIB
    >PESUGIHAN JIN KHODAM
    >PESUGIHAN UANG ASMA
    >PESUGIHAN UANG SEPASANG
    >PESUGIHAN UANG BALIK
    >TRANSFER JANIN
    >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
    >PESUGIHAN NIKAH JIN
    >PELARISAN DAGANG

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao