Keterangan foto: Adat Berjojak (atas kiri); Ahli-ahli Jawatankuasa bersama Kelumpuk JARO Chemor (atas kanan) Hj Harith (bersongkok); Tetamu JARO (bawah-tengah); Sdr Tahirruddin (bawah tepi). foto oleh Jari Basurek
JARO bertandang dengan diketuai Setiausaha Agungnya, Sdr Tahirruddin Ahmad serta tiga AJKnya, Hj Harith Zainal Abidin (Gopeng), sdr Zabidin Hj Ismail (Ipoh) dan Dr Dzulkhaini Hj Hussain (Kuala Lumpur). Majlis meriah dengan penerangan khas serta kempen mencari ahli daripada Hj Harith Zainal Abidin, kemudian diikuti alunan suara penyanyi Uan melalui CD Sekondak Hati, lagu Rao ciptaan Dr Dzulkhaini sambil menjamu selera dengan pulut kuning berserta rondang Rao. Kebetulan pula pagi itu, cucunda sdr Nadzran akan berjojak setelah genap 13 bulan berpantang tanah. Pepaja itu akan diubat oleh bomoh pantang tanah dari Sg Siput Utara bernama Hj Abdul Aziz bin Mohd Sohor, 63 tahun.
Majlis kami berakhir dengan perasmian papan tanda Kg Rao yang ditempah khas sempena pertemuan tersebut dan secara rasminya sdr Nadzran dilantik sebagai Ketua Kelumpuk JARO bagi kawasan Chemor dan sekitarnya.
Nota : Rondang = rendang; berjojak= berjejak ; pepaja = kanak-kanak; kelumpuk= kelompok
Semoga blog ini dpt merapatkan persaudaraan di antara anak2 Rao di M'sia dan memberi kesempatan bagi mereka yg bukan berketurunan Rao utk lebih mengenali budaya Rao.
BalasPadamInsyaAllah, terima kasih
BalasPadam