Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Isnin, 5 Januari 2009

Emel urang Rao dari Medan, Indonesia

Dari A. Rahim Qahhar


kepada En. Subari Ahmad,

Pertama kali saya memperkenalkan diri, nama saya A.Rahim Qahhar bermastautin di Medan Sumatera Utara Indonesia . Tertarik untuk menghantar emel kerana saya dapati tulisan saya “Pengabdi Republik Tak Mungkin Munafik” dalam blog En. Arisel itu saya muat dalam akhbar Medan Bisnis tempat saya bekerja, dan saya hantar ke milis Dato’ Kemala. Daripada mana En dapat artikel tersebut?
Bila En. Subari di Pahang, sila tanya Marsli NO dia amat kenal saya, juga Dato Kemala sahabat saya, nyaris papan atas sasterawan kat sini adalah kenalan saya. Kerana saya juga selalu ikut dalam kegiatan Gapena atau Pena.
Dan yang saya amat tertarik iaitu mengenai Teromba Rawi atau Rao. Kemudian saya baca sejarah oran g Rao di Tanah Semenanjung , wa h..saya terkagum-kagum kerana tak pernah tahu sejarah seperti itu. Kerana saya juga keturunan Rao, namun sekali pun tak pernah pulang atau menengok ke Bonjol, Rao. Sejak lahir hingga usia di atas usia Rasulullah sekarang ni, tetap bermastautin di Medan .
Pilihan raya Mac lepas saya berada di Gopeng kerana ada pesta kahwin anak saudara mara, iaitu anak daripada adik saya Badrul yang buka usaha Kolam Pancing udang di Gopeng. Atok kami adik beradik, dua di Gopeng lainnya di Indonesia . Ramai saudara mara di Gopeng, satu kampong hampir semua berfamili. Yang tertua saat ini boleh En Subari konteks dia, iaitu abang saya Hj Mohd Nasir bin Abdul Wahab di Gopeng Perak. Nombor talipon rumah 05- 359.6197 atau talp bimbit 012.5204.156 dan 012.5035.610.
En Subari boleh konteks dia dan mungkin nak ikut bergabung dalam Teromba Rao yang ada kat sini. Sekian sahaja.

Wassalam,

A.Rahim Qahhar

Jawaban emel dari Arisel BA

Sdra A.Rahim Qahhar
Medan, SUMUT

Saya memang Orang Rao, asal dari Kulawarga Pagar Ruyung/Padang Nunang/Rao-Mapattunggul. Kami melalui JARO sedang berusaha menerbitkan Teromba Keturunan Rao ke arah menjejak Jatidiri. Nanti saya ke Medan, akan cari sdra. Saya ada saudara di Gunung Mesah Hilir, Gopeng Perak - Datuk Aziz Shamsuddin tu berkait dengan saya sebagai anak saudara.
Tapi saya aslinya di Kg. Gali. Raub, Pahang, lubuk Orang Rao di Pahang.
Maklumat yang sdra berikan itu amat berguna untuk Projek Penerbitan Teromba Rao ini. Di Tanah Melayu, Orang dari Rao itu dikenali sebagai Orang Rawa, Orang Rawo atau ar-Rawi.
Saya mungkin ke Sumatera Barat pada April 2009, mungkin melalui Medan, lebih dekat, jika ikut Dumai, sedikit jauh.
Saya memang kenal sdra. Saya sejak 1983 - 1993 pernah aktif dalam Dewan Persuratan Melayu Pahang dan Gapena. Saya pernah jadi Skretaris DPMP selama 10 tahun. Nama pena saya ialah Arisel BA.
Jika sdra orang Rao, kita ada tali waris yang kental - ikut jalur saya ialah Ismail@ Subari bin Ahmad bin Jaafar bin Ibrahim bgin Tunku Ideris (kerabat dari Pagarruyung Saya adalah keturujan yang kelima.
Orang Rao di Sumbar hanya ada 60,000 plus, sedangkan di Tanah Melayu sudah membiak hingga 150,000 orang, itu sebab usaha menerbitkan Salasilah Kulawarga Rao di Tanah Melayu ini jadi semakin penting.
Kita berhubung lagi, jika sdra mahu kenal dengan peribadi saya, boleh tanya Pak Kemala atau Marsli NO. Rahsia saya ada dalam saku mereka daaa...
Artikel itu saya petik dari Forum Pak Kemala. Maaflah jika bersalahan, tetapi Adam Malek itu orang Rao, mesti dimartabatkan.

Sekian, terima kasih.

Ismail @ Subari Ahmad ar-Rawi

7 ulasan:

  1. kita dalam satu famili....dato aziz shamsuddin tu sepupu bapa saya. Bapa saya adik kepada pejuang abdul rashid maidin.

    BalasPadam
  2. Salam ziarah dan selamat tahun baru

    BalasPadam
  3. saya asal teluk intan.
    mak mentua org rawa..fuh,kalau cakap...mmg tak paham!!

    BalasPadam
  4. Salam... kalau nak ke Rao dalam april nanti jangan lupo war-warkan tarikh sebenar bila nak pegi...ramai org Rao Raub nak nie....

    BalasPadam
  5. Salam En. Subari...kalau nak pegi ke Rao lagi nanti jgn lupo war-warkan tarikhnya sebulan dua lebih awal...ramai yg nak mengikut nih...

    BalasPadam
  6. RazakRao
    "Bapa saya adik kepada pejuang Abd Rashid Maidin" Thats the spirit sdr.. kita patut berbangga dengan perjuangannya . Abd Rashid Maidin ni pun bukan calang-calang orangnya .
    Wassalam dan salam perkenalan

    BalasPadam
  7. Ass. Wr.wb.
    Bpk A.Rahim Qahhar merupakan seniman besar dari kota Medan. Baru ku tau beliau orang Rao. Bila berkenan, ingin aku bertemu dengannya.
    Dari Rizal dari Kedatukan Kampung Rawo Kabupaten Batu Bara SUMUT.

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao