Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Isnin, 20 Julai 2009

Suatu Masa Dolu-dolu di Tg Malim




Hmm...ber'email' dgn Aa Aa buek aku terkonang semula zaman sekolah-sekolah dulu.. Sebolum tu ni ada gambar konang-konangan yang aku tangkap dokek dopan rumah aku di Kelsall Place, Leeds tahun 1990. Kilan tengok ateh kereta tu aku tulih "RAWA"! Main tu... punyelah bangganye aku jadi antara ughang Rawa yang dapek ke UK!!

Ini, wajah dua orang insan yang dipilih Allah swt untuk melahirkan aku ke dunia ini. Yang banyak mengajar aku erti kasih sayang, yang mengajar aku ketawa waktu duka dan menitiskan air mata di kala gembira. Mengajar aku tentang susah senang kehidupan, dan mengajar aku menjadi manusia yang matang dan mampu melalui setiap rintangan dengan tonang dan sabar. Terima kasih, Omak, Abah!

Back to 1981 - 1985 (Form 1 - Form 5)

Sepanjang masa ni, aku naik basikal Wrangler merah pogi sekolah. Basikal ni aku warisi dari abang aku, Emin (sekarang Nazir masjid-masjid/surau-surau di Ulu Bernam). Form 1 ke Form 2 aku sekolah potang. Form 3 sampai Form 5 aku sesi pagi. Kilan jangan tak caya, aku ko sekolah dokek luar negeri....negeri Perak!! heheeheh! Rumah kami di Ulu Bernam, Selangor. Sg Bernam adalah pemisah antara Perak dan Selangor.

Zaman sekolah aku adalah zaman yang paling enjoy. Pagi aku pogi sekolah, potang pun aku pogi sekolah. Ada jer aktiviti tapi aku tak ponah mengoluh cuma mengayuh basikal tongah hari, tongah paneh, memang la berair ateh kepala. Meghocek-ghocek poluh... Pagi-pagi bila gi sekolah, aku selalu donga suara Tok Nek menjoghet "SUNYIIIIIIII......" dari rumah Mak Ngah Salha. Kat mata aku toghuih terbayang wajah Tok Nik yang dah berkodoit seribu dimamah usia tua. Kelopak mata Tok Nek dah jatuh sampai matanya jadi bontuk 3 sogi. Tok Nek meninggal di usia 100+. Tok Su pulak, dengan lipstik merah, menyapu dokek luar rumah... Suasana pagi yang selalu aku tengok bertahun-tahun. Aku pun sambil kayuh basikal, bunyikan loceng "kringgg kringg" menogur Tok Su!!

Selalunya, balik sekolah potang, aku akan luangkan masa pogi rumah Mak Ngah dokek Kg Kubu.. bukan apa. Dokek rumah Mak Ngah ni aku rasa, apapun yang dorang masak, semuanya sodap. So, potang-potang aku singgah rumah Mak Ngah cari apa bonde nak makan. Ndo la pulak aku malu sobab aku dah biasa dengan semua orang dalam rumah ko sojak aku kocik lagi. Selalunya potang-potang, mesti dorang buek cekodok pisang. Memang sodap. Kone pulak dgn air kopi paneh Tok Su. Kalau cekodok tak der, aku tengok lauk dalam kuali atau periuk, kemudian aku buka periuk nasi. Sonduk nasi, akupun makan! Mak Ngah dan Tok Su memang layan aku punya. Pastu aku duduk-duduk borak-borak dengan Tok Tam dan Tok Tih sambil tengok dua beradik ni hisap curut! Ponek layan Tok Tam dan Tok Tih aku pogi naik ateh rumah, jumpa Tok Nek (omak Tok Tam, Tok Tih dan Tok Su). Tiap kali salam Tok Nek, dia akan tanya aku soalan standard "Sape ko? Anak siapa awak ko?" Akupun akan bagi jawapan yang standard jugak "Keyah ko.. anak Harun Merdeka. Anak Nahar.Tok Nek sihat ke?" Borak dengan Tok Nek dah tontu dalam bahasa Rawa. Dah jonuh bebughak, poghut pun dah konyang, akupun balik.

Kalau tak ke rumah Mak Ngah Salha , aku dan kawan-kawan akan lepak kat benteng. Gerai favorite "Gerai Intan" makan nasi ayam. Ataupun makan mee ghoboih kodai Mangga atau makan Gado-gado dokek kodai Pak Cik Harun. Masa tu semua murah. Atau..lepak dokek kodai Amat dan Minah (couple bangsa Cina), goghai kocik dopan panggung wayang Regal sebolah jambatan Sg Bernam! Fuhh!!! Masa tu ABC dan air tembikai Amat ko lah yang paling sodap dan laju ajer masuk ke tokak aku. Sikitpun aku tak jijik. Tapi sekarang, kalau orang belanja pun aku tak hingin! Ondek!Mengkalek toghuih porut aku.. Sampai hari ni Amat totap konal muka-muka kitorang yang selalu lepak dokek kodai dia.

Bila tak ke rumah Mak Ngah, tak ke kodai-kodai lain nak makan - aku dan kawan-kawan aku pogi Angsoka (sekarang Grand Union). Ontah la kilan..akupun tak tau apa yang aku cari. Tapi..macam enjoy ajer. Ponah bulan puasa balik sekolah potang aku dan Zainon ke Angsoka. Tiba-tiba aku teringek nak kacau Omak.. akupun telefon. "Mak cik, Keyah ada tak?" Omak akupun beriyelah dongan friendlynya jawab "Keyah tak de, dia pogi sekolah. Bolum balik lagi". Akupun pura-puralah tanya, "bila Keyah balik ye?" Omak aku masih tak soda sape yang talipon.. dia pun jawab "Tak tau bila dia balik. Ini kawan dia yang mana? Sape nama" Heheheheheh!! Aku pun jawab "Saya Keyah lah mak cik!!" Omak akupun apalagi, toghuih bertukar tune suara "Hei...kau balik copek. Bulih masak nak bukak puasa. Udah, cukup-cukup la melalak tu!!" Huah!Huah!Huah! Kesian Omak kone tipu dongan aku! Padan muka aku kone marah!

Aku melalak-lalakpun sebonanya, aku masih keep track of time. Cukup masa aku akan balik sobab banyak tanggungjawab aku kat rumah. Nak masak, hidang makan, mandikan beruang, bagi beruang makan, nak buek koje sekolah, nak belajar...pogi tusyen..ondek..ponek aku kilan. Tapi pada aku, sibuk macamanapun dengan aktiviti Pandu Puteri, melepak dengan kawan-kawan, aku tetap tak abaikan pelajaran. Aku tak penah tinggalkan Tg Malim dari aku pindah ke rumah Sri Pinang tahun 1974 santaklah ke 1985. Aku membosa dengan kawan-kawan yg sekelas dengan aku dari aku Darjah 3 lagi. Bayangkanlah... Tak kira raya apapun, aku jelajah satu Ulu Bernam - Tg Malim. Kg Berop, Ketoyong tu aku ghodah ajer. Aku kawan dengan semua - Melayu, Cina dan India. Jadi Hari Raya, Deepavali, Chinese new Year, Christmas semua aku celebrate dengan kawan-kawan. Beraya sana sini dengan basikal ajer. Best friend aku masa sekolah rendah nama dia Irene Chin Meng Lian. A very pretty Chinese girl! Sweet and soft. Tinggal kat Taman Golden Wood. Hari ni aku dah lost contact dgn ramai kawan-kawan sekolah dulu.Dokek sekolah, kami bercakap bahasa Rawa dongan selamba. Nama ajer Methodist English School (MES)! "Selamat potang cikgu"! heheheh! "Selamat tongah hari cikgu"! Heheheh!! Goli pulak hati aku. "Tg Malim tanah bertuah"......lirik lagu yang selalu didendangkan dek arwah Pak Moli.. Memang seronok tinggal kat TM. Walaupun pokannya kocik ajer tapi tonang. Bagi aku Ulu Bernam, Tg Malim ni ada aura tersendiri.

TO KNOW TG MALIM IS TO LOVE BAHASA RAWA!

Rata-rata kat Tg Malim ko semua sedara mara aku - sedara bolah Abah, bolah Omak, bolah Mak dan Bapak mertua aku. Kiranya, kat sekolah kebanyakannya bukan jer teman sekolah tapi sedara mara sama susur galur keturunan. Dulu, zaman aku sekolah-sekolah, landasan keretapi kat Tg Malim akan ditutup bila keretapi lalu. Jalan sebolah kiri ada pakcik yang jual apam balik.. Sementara tunggu keretapi lalu, akupun pekone apam balik dulu. Tangkap leleh... Pastu akupun sambung kayuh basikal sambil mengunyah kacang-kacang dan jagung yg tersolit kat colah-colah gigi. Selalunya aku gi sekolah ikut jalan belakang. Short-cut. Copek sikit sampai. Toghuih ke tompek parking basikal. Aku pulak Ketua Pengawas perempuan. Kalau terlambek, aku pura-pura jaga pintu belakang!!

Aku jadi Ketua Pandu Puteri lopeh Lila (kakak aku) dari Form 2 santak Form 5. Tiap kali nak buek camp-fire, aku dan Lila dan ahli-ahli Pengakap dan Pandu Puteri yang lain mesti sibuk pogi cari buluh kat Sg Bernam. Cari kayu nak buek kayu api dan macam-macam. Bila nak sukan pun macam tu jugak. Aku rasa aku memang botul-botul involved dalam semua aktiviti ni! Dalam kesibukan tu, kami totap tak lupa dan tak tinggalkan solat. Posan aku pada kilan semua - sibuk camner pun, adakanlah masa untuk sembahyang supaya apa bonde pun yang kita buek jadi lobeh sonang. Bila dah ponek..kami pun ramai-ramai singgah kodai Amat- minum. Tiba-tiba aku teringek, sodapnya makan noneh sapu garam guna cili! Hmmm, masin tokak aku tiba-tiba! Aku dan Lila, ponah panjek Bukit Changkat Asah dongan pengakap dan Pandu puteri yang lain. That was one of great moments in life..Masa zaman sekolah aku ni champion bercakap. Juara syarahan peringkat sekolah, Batang Padang, Negeri Perak, Zon Tengah (Perak, Selangor & Wilayah Persekutuan). Merata-rata aku pogi. Ramai orang yang aku konal. Aku pogi bertanding Pidato Piala DiRaja sampai ke peringkat kebangsaan. Tapi aku kantoi...sobab isi hujah aku tak kuek, tak selantang dan sekuek suara aku! Aku jugaklah Juara Deklamasi Sajak, mengarang cerpen, Pemidato Terbaik Perbahasan Sekolah-sekolah Daerah Johor Bharu (masa aku buek A Level dokek Sekolah Tun Fatimah, 1986-1988). Kiranya koje-koje bercakap ko memang aku bulih sapu beghosih! Voice projection aku ... fuyyo!! Sampai one of the judges commented "Next time awak tak payah pakai microphone because your voice is already very loud!" Hahahahah! Lantak la kilan. Dokek rumah aku, kami dah biasa cakap kuek-kuek. Kalau tak, tak syok. Bak kata arwah Abah “Buken ughang Rawa”!

Aku tak ponah pikir apa masalah pun. Alhmdulillah tak de masalah kesihatan. Tolak topi la mata aku yg sentiasa tumbuh macam ketumbit dan asyik kone operate. Dah jonuh aku. Lopeh kiri, kanan pastu kiri balik. Naik gotik aku. Seronok masa dulu-dulu ni camnerpun tak akan berulang lagikan? Semuanya tinggal kenangan.. tersimpan dalam sejarah. Aku tak boleh jadi budak sekolah semula... Aku dah jadi seorang ibu, dan insyaallah jadi nenek dan meniti usia tua. Tapi aku akan toghuih ingek dan konang saat-saat indah, suka duka dan pahit manis kehidupan ni sehingga ke hujung nyawa...


Untuk Omak dan Abah, aku sayang kilan berdua. Terima kasih sobab dah membosakan aku..



Walaupun Abah dah tinggalkan kami sojak 2 Nov 1994 tapi kenangan bersama abah sikitpun aku tak lupa. 26 tahun aku hidup dengan Abah, ndokan sama dengan 15 tahun Abah tinggalkan kami semua. Memang abah kaki tongka, tapi abah kelakar.







Dan Omak masih ambik boghek pasal aku santakla hari ko walaupun aku dah ada anak 7!

Hari ko 9hb Julai 2009, gonap umur Omak – 76 tahun. Semoga Omak dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik. Beroleh segala nikmat dan rahmat dari Allah di dunia dan di akhirat. Terimakasih Omak, sobab sentiasa ada dokek Keyah waktu susah dan sonang.

Oh ye…kalau kilan berminat nak donga macam-macam lagi cerita menarik, aku silakan kilan masuk blog aku http://khairiyah-harun.blogspot.com/. Kilan bulih email aku kat khairiyah_harun@yahoo.com.

Enjoy reading!

3 ulasan:

  1. Aa Aa,
    Jgn sodeh donga cerita aku...jadikan setiap pagi, pagi yg ceria. Kita sama-sama doa moga Allah bagi dokek kita nikmat iman dan kesihatan. Aku doakan Mak Ngah copek sombuh!

    BalasPadam
  2. Ondek sodopnyo cerito kau. iyolah terkonang zamen dulu maso mudo-mudo...maso remajo ...semuonya indah belako.tahniahlah hidup rao

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...kalau ughang terhibur donga cerita aku..akupun seronok. Setidak-tidaknya aku dapek buek kilan tersonyum-simpul atau ketawa masa membaca...Terimakasih bebanyak.

    bebotah tang kilan??????

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao