Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa seorang usahawan gelamai @kelamai- sejenis penganan Rao iaitu sdr Sulaiman bin Hj Shaharudin, 53 tahun meninggal dunia di Hospital Kampar, Perak jam 10.00 malam tadi (29 Julai 2009) dan dipercayai serangan jantung. Arwah adalah pengusaha gelamai Rao semenjak 20 tahun lampau dan kali terakhir berjual penganan itu semasa Seminar Melayu Rao Malaysia di UPSI, 25 Julai yang lalu. Gelamai arwah dikenali sebagai Kelamai Bujang.
Jualan semasa seminar tersebut cukup laris kerana sebahagian besar peserta membeli gelamai Allahyarham. Saya difahamkan sekitar 350 batang gelamai berjaya dijual pada hari tersebut.
Kepada ahli-ahli JARO, rakan taulan dan sahabat-handai yang berkesempatan menziarahi jenazah arwah bolehlah ke Kg Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak kerana upacara pengebumian akan dilangsungkan sebelum solat zuhur pada 30 Julai 2009. al-Fatihah.
1. Orang Rao tidaklah berasal dari Pagaruyung atau Luhak Nan Tigo dengan beberapa alasan yang masih dianggap kukuh, belum dikira bahan dari ‘cerita rakyat’ Rao.
2. Orang Rao (Pasaman) berasal daripada suku bangsa Lubuk yang akhirnya berkembang menjadi orang Melayu.
3. Sejak dahulu hingga sekarang bahasa Rao tidak mengalami perubahan walaupun Daerah Rao selalu didatangi oleh pendatang dari negeri tetangga.
4. Berdasarkan budaya Rao, dapat pula dibezakan orang Rao daripada orang Minang ataupun orang Batak/Mandailing. Maka hal ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa orang Rao adalah suku bangsa tersendiri sebagai cekal bakal suku bangsa Melayu termasuklah orang Minang.
5. Dalam sejarah perkembangan masyarakat Rao di Sumatera, ternyata eratnya hubungan antara guru dengan murid dalam tradisi Islam. Kukuh jaringan antara surau dengan dimensi intelektual yang diperkenalkan. Antara lain senario ini memberi kesan dalam pemikiran dan perubahan baik dalam sistem sosial dan ekonomi.
6. Komunikasi puisi tradisional Rao yang menekankan bahasa yang menarik dan mengagumkan itu dapat menyelamatkan manusia dan membawa kepada suasana hidup yang harmonis. Komunikasi ini ada yang cenderung kepada unsur-unsur pengajaran, maksudnya mengajar dan mengingatkan anggota masyarakat tentang beberapa aspek penting dalam kehidupan. Malah ia boleh dijadikan pegangan dan amalan.
7. Tak kenal tak cinta. Begitulah yang berlaku kepada keturunan Rao yang menjadi tokoh penting dan tersohor dalam membangun tamadun Melayu di Malaysia. Rupa-rupanya banyak tokoh Rao yang menabur jasa dalam pembangunan Malaysia. Ketokohan ini dapat dikelompokkan dalam dimensi-dimesnsi berikuat: politik, agama, kedoktoran/perubatan, pentadbiran, penerbitan, keusahawanan, pertahanan, seni dan hiburan, kesusasteraan, dan pendidikan.
8. Ternyata sehingga Seminar ini dianjurkan, terlalu sedikit kajian dan bahan bacaan yang membicarakan kehebatan tokoh-tokoh dari masyarakat Rao di Malaysia. Maka Seminar yang bersejarah ini digesa agar menjadi pencetus gerak dan usaha ke arah menerbitkan buku yang memperkenalkan sumbangan dan jasa tokoh-tokoh Rao yang ada. Dengan kata-kata lain, kita menunggu buku atau ensiklopedia yang kira-kira tajuknya begini: Apa dan Siapa Orang Rawa. Dalam konteks ini, sumbangan tokoh Rao yang berjaya dalam sektor korporat dan keusahawanan, malah siapa sahaja yang berkemampuan, agar tampil menghulurkan derma bagi menjayakan gagasan ini.Jika tiada Rao yang mendahulukan, siapa lagi? Biarkan kain rawa yang dipakai orang Rawa itu menjadi kegemaran orang awam.
9. Kejayaan Melayu Raodalam pelbagai bidang patut dikongsi bersama dan wajib diketahui oleh seluruh bangsa Melayu sebagai sebahagian tamadun mereka yang sah dan besar.
10. Sebahagian budaya masyarakat Rao di Semenanjung Malaysia masih bertahan dan diamalkan oleh warga keturunan Rao sehingga hari ini. Diharapkan adat, budaya, dan jati diri Rao lainnya itu, selagi tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islami, sebaik-baiknya dipertahan dan dibudayakan, kerana itu akan menjadi identiti yang akan mendekatkan silaturahim antara sesama keturunan Rao.
11. Di Malaysia amalan pendidikan surau turut diamalkan oleh generasi awal keturunan Rao. Bagaimanapun, kerana perkembangan zaman, amalan ini berubah dan sedikit-sedikit ditinggalkan. Ada baiknya kita memikirkan semula, memartabatkan kembali fungsi surau dalam masyarakat Rao.
12. Masyarakat Rao Sumatera amat meminati Negeri Perak, selain Pahang sedikit, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Kelantan. Saksikanlah, sepanjang dari utara hingga ke selatan Negeri Perak, dari Selama membawa hingga ke Tanjong Malim, ada sahaja keturunan Rao.
13. Hal ini berlaku kerana kegemaran orang Rao mencari saudara mara. Akhirnya terdorong untuk tinggal bersama-sama sehingga membentuk sesebuah komuniti yang jitu.
14. Sehubungan dengan masyarakat Rao di Negeri Sembilan, jika dibandingkan dengan orang Minangkabau di negeriyang sama, orang Rao lebih mementingkan bidang perdagangan dan perkhidmatan sebagai tentera upahan. Barangkali ini disebabkan oleh sikap orang Rao yang berusaha mencari sumber, untuk dihantar ke Sumatera bagi digunakan untuk menentang orang kafir, iaitu penjajah Belanda.
15. Orang Rao sudah lama menghuni di Negeri Sembilan, sehingga dapat dirasakan loghat Negeri Sembilan itu lebih hampir dan mirip dengan loghat masyarakat Rao. Loghat Minangkabau dituturkan hanyalah di Lenggeng dan Broga sahaja.
16. Walaupun sesekali bertelagah, tiga etnik utama ini: Rao, Mandailing, dan Minangkabau telah pun serasi bergabung dalam menentang penjajah Belanda di Indonesia. Maka sikap dan hubungan yang baik ini haruslah diteruskan; yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, sama ada melalui perkahwinan dan sebagainya.
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sedang mengetuk kerantung tanda pelancaran seminar Melayu Rao Malaysia di UPSI,
25 Julai 2009
Kerantung sejenis alat komunikasi yang lazimnya digunakan oleh masyarakat Melayu Rao tradisional untuk memberitahu waktu solat, kematian, bencana, pengajian agama di surau/ masjid ataupun kenduri kendara. Ia digantung di surau atau masjid dan dipalu apabila perlu. Bilangan paluan akan menentukan peristiwa. Umpamanya tujuh kali paluan bererti ada kematian di kampung itu. Namun begitu zaman sudah banyak berubah. Alat ini sudah lama pula bersarang di muzium tetapi pelancaran Seminar Melayu Rao telah mengembalikan nostalgia lampau. Keheningan pagi di auditorium UPSI hari itu terusik jua apabila paluan Tun Ahmad Sarji memecah suasana. Udo, kotuklah kerantung tu!
Bila ughang Rawa berkumpul...indoken sama dongan ughang lain!
Sampai ajer dokek dopan Dewan Auditorium, aku tengok dah ramai ughang Rawa berkumpul. Hidup Rawa!!! Hati aku dah mula berbunga. Hidung aku kombang-kompeh. Seronok. Tak bulih disobuit! Akupun toghuih ke kaunter pendaftaran ahli baru. Elok-elok aku nak daftar, ada orang tua dokek sebolah aku tertunduk-tunduk mencari duit dalam purse. Satu dia mengangkek muka dan menoleh dokek aku, aku terkojut toghuih menjoghet "Tok Alangggggggggggggggg". Ughang lain lagi terkojut! "Ngapa-ngapa tang kuak????" Tok Alang ni pangkek Uci aku kalau sebolah Omak, tapi kalau sebolah arwah Abah, pangkeknya dah jadi mak cik. Tok Alang memang selalu ada di majlis-majlis perhimpunan tak kira kenduri begholek ke, meninggal ke, keraian..Tok Alang gerenti ada! Tapi aku tak sangka berjumpa Tok Alang dokek siko! Aku tabik spring pada Tok Alang. Bak kata Tok Alang "sughang-sughang dudok dokek rumah, bebayang badan. Tu sobab Tok Alang hangek eko. Nak melalak aje"! Heheheheh! Memang botul. Akupun dah mula rasa macam tu. Aku pun dah mula rasa 'hangek eko'! Favorite phrase Tok Alang yang aku dah donga dari aku kocik lagi...memang sinonim dongan Tok Alang. Tok Alang memang jaguh kayuh basikal dokek Kg Manjoi nun walaupun umurnya dah 80 lobeh. Ligek aje kakinye mengayuh basikal. Memorinya masih elok. Aku wish, bila aku tua nanti, aku sesihat & selincah Tok Alang! Bagi Tok Alang, menjaga penampilan tu ponteng. Di usia 80an, Tok Alang masih menggunakan macam-macam produk kecantikan- risau tengok mukanye makin berkodoit! Hahahahah! Aku cakap pada Tok Alang.."nak buek macam mana". Ponah Tok Alang tanya, "Kilan nampak tak kodoit kat muko Tok Alang ko?" Kakak aku si Lila jawab, "dalam golap pun bulih nampak kodoit Tok Alang"! Heeee...goli hati aku! Teh tarik Tok Alang always the best!!
Masuk ajer ke dalam bangunan auditorium, aku toghuih cari buku Sekondakhati. Aku boli buku & sticker! Buku Sekondahati dijual RM35 senaskah masa seminar tu. Memang bulih amek. Kulit buku pun dah nampak berkualiti. Bayangkanlah dek kilan, rumput dokek kulit bukupun timbul lukisannya! Tulisan Sekondakhati pun timbul. Ughang butapun bulih baca! Botul tak Mamak Jari? Kertas bukupun licin dari joneh berkualiti jugak. Rugi sape tak boli!
Satu melangkah masuk ke Dewan Auditorium, aku terkojut boghuk sobab..ondek...ramainya ughang Rawa. Dalam hati aku "Ikolah dia..RAWA UNITED"! Aku duduk dokek baris kerusi nombor dua paling belakang. Sengaja aku pilih sobab dapek tengok kemeriahan ughang Rawa bila berkumpul. Ramai veteran-veteran Rawa yang datang, sodeh & terharu aku. Kebanyakannya mesti dah ada masalah kesihatan tapi hari ko adalah hari yang istimewa. Mesti datang!! Hari ko hari bertomu sedare-mara yg dah lama tak berjumpa, hari menjojak kasih, hari yg gilang-gemilang. Hari yg dah tontu mencatat sejarah! Sakitpun tolak topi. Yang ponteng hari ko adalah hari masing-masing membuek terapi minda! Bukak balik sejarah silam, mengimbau balik kenangan dolu-dolu, ingek zaman muda-muda - lopeh tu masing-masing golak sampai berguyang bahu. Hilang darah tinggi, hilang konceng manis, hilang sakit jantung sekojap! Muka masing-masih coghah & mata pun bersinar-sinar dek gembira amek. Alhamdulillah... Memang kone buek selalu ko. Ada sedara-mare yg aku konal, ramai gak yg aku tak konal sobab datang dari Pahang, Perak, Kelantan..
Lopeh satu, satu hidangan menjamu kelumpok Rawa dari segonap pelusuk. Beghayun dagu masing-masing mengunyah makanan. Tak cukup bughak dalam dewan, dokek bawah kemah makan, lopeh tu sambung balik dalam dewan. Aku yg sibuk bebughak dokek luar, rupanya Tok Alang dah masuk. Alih-alih aku dapek call dari Tok Alang:
"oi! dokek mana tang kauu ko? Masuk copek. Ughang dah ramai masuk. Kang takde tompek nak duduk!" Wow!! Ini satu arahan. Akupun copek-copek masuk dalam semula. Kali ko aku duduk baris ke ompek dari dopan. Jadi dapek donga dongan joleh pembentangan topik-topik seminar. Kertas-kertas kerja yang dibontangkan dapek bagi sumber ilmiah pada generasi-generasi muda Rawa yang lopeh ko akan jadi pelapih untuk menoghuihkan aktiviti-aktiviti menjojak baka dan mengeratkan silaturahim. Yang jauh, kita dokekkan. Yang dokek, kita mesrakan. Yang dah mesra, kita serasikan. InsyaAllah... raya ko bertambahlah tetamu yang datang bertandang! Begholek kali ko alamat bertambahlah jemputan dalam senarai! Bajet raya, bajet begholek konelah lobeh dari selalu ye! Kih!Kih!Kih! Aku harap nombor talipon & alamat rumah kilan tak lupa ambik hari tu. Kalau dah diambek, jangan pulak dihilangkan.
Aku terpaksa tinggalkan majlis awal, dalam pukul dua boleh suku sobab nak ambik anak balik tusyen, nak kone pogi kenduri begholek dokek belakang Kg Baru B, nak ambik kete aku yg be'repair'..macom-macom. Aku pogi jumpa Tok Alang, salam, poluk & cium Tok Alang dulu baru aku tinggalkan dewan. Kot-kotlah tak sompek jumpa lagi kalau Tok Alang balik copek. Alhamdulillah...lopeh selosai je semua koje aku, aku sompek bekoja balik semula ke seminar! Bukan sonang dapat berkumpul macam ko. Abah ajar aku & adik-beradik lain dari kocik, "kalau sedara-mare datang, kilan layan botul-botul". Cara abah, dari saat sedara tu melangkah masuk rumah, santaklah dia melambai dalam kereta, santaklah ughang tu hilang dari pandangan, baru bulih masuk! Kalau sedara datang, anak-anak er tongah tido, dilibehnya dengan tuala sambil menjoghet "bangkit kilan, bangkit kataku. Sedara datang ko ha!! Esok kilan tak konal sedara. Berlanggar bahu, menyapapun tidak! Copek bangun!" Itulah statement abah yang selalu aku donga. Hari ni, aku terpikir, kalaulah abah tak ajar kami untuk konal sedara mara, harus kami tak konal sapepun. Jadi, aku berada dalam dewan yang sosak dongan ughang Rawa hari ko, bukan je sobab aku tapi aku mewakili abah yang aku rasa kalau dia masih hidup, dah tontu abah pun ada bersama-sama kita semua dalam dewan ko. Pasti abah menitiskan air mata gembira....
Yang unik tontang orang Rawa - bila berkumpul, macam payah nak berpisah. Dah ponek bersalam dari dalam dewan ke bawah kemah makan, lopeh tu sambung lagi bebughak. Salam lagi. Berpoluk-poluk. Berjalan sikit lagi, keluar dari bawah kemah, sambung balik bughak. Begoghak ke dopan tompek pendaftaran, tak abih-abih lagi berbughak. Sekali lagi salam tangan. Berpoluk-poluk. Posan memosan. Bergurau lagi. Sambung balik cerita tahun 1954, masuk tahun 1968, pogi tahun 1984, patah balik 1972 - golak lagi mengikik-ngikik. Sambung cerita tahun 1990an, patah balik..Betu lah... nilah sikap ughang Rawa! Tu sobab aku bangga jadi ughang Rawa.
Kalau keluarga aku, bila kami berkumpul masing-masing sihat. Anak tokak macam nak terpelanting keluar. Masing-masing nak beghandai tapi bila nak balik ke rumah masing-masing, muka dah mula berubah, ada jela bahagian-bahagian badan yang sakit! Akhirnya ramai-ramai menyanyi .."berjumpa dan berpisah adat manusia biasa, hilang dimata tapi dihati tidak lupa..." sambung pulak "geylang sipaku geylang, geylang si rama-rama, pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.." Bersalam naik nak nipih tapak tangan, balik bolum lagi. Sambil tu merancang, ke mana nak pogi minggu dopan, kat mana nak berkumpul minggu dopan.. macom-macom.
Lopeh mengiringi sorang-sorang ahli keluarga yang balik, sampai barang-barang pameran dah masuk dalam kereta, bas yang bawa ughang Rawa dari Sumatera pun dah beghangkek pogi - barulah aku balik dengan kawan aku Miah, asal Rawa Temoh tapi tinggal dokek Kg Cabang Lima, T.Malim. Dia kawan aku dari umur 12 tahun. Kami tak ponah beghandai bahasa lain selain dari bahasa Rawa.
Apa aku dapek dokek Seminar???? Aku dapek sijil!!
Satu hari, sijil ni akan jadi sentimental value. Bila ughang nak menyingkap sejarah Seminar Melayu Rao (MALAYSIA) / Mesyuarat Agung Persatuan JARO kali kedua, sijil ni akan jadi bahan sejarah! Tapi aku nak ucapkan terima kasih kepada Y.A Bhg Tun Dr Hj Ahmad Sarji Abdul Hamid sobab dia dah sampaikan bonde yang aku nak cakap ..aku harap ejaan RAO tu dapek ditukar kepada RAWA. Baru sodap nak disobuit! Ejaan RAO tu bulih tersalah soboit jadi "RAU".
Overall, perhimpunan Seminar Rawa ko berjaya. Dapat mencapai objektif. Majlis berjalan lancar. Dapat mengeratkan silaturahim dan enjoy! Terimakasih pada semua yang terlibat menjadikan seminar Rawa di UPSI satu kenyataan - JARO, Jawatankuasa Pelaksana Seminar Melayu Rao Malaysia, dan semua ughang-ughang Rawa yang sanggup meluangkan masa hujung minggu untuk hadir. WE ARE RAWA UNITED.
Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam
Author : Zabidin Haji Ismail ISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General
Price: 30.00
Content
Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.
Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.
Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523
Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.
Wacana Pemikiran Politik Dr Burhanuddin Al-Helmi
-
Para peminat pemikiran politik, politikus dan penulis adalah dijemput hadir
tanpa undangan protokal dan terbuka. Wacana ini akan mengupas beberapa
buah...
Selepas tiga dekad, Tamar Jalis terus popular
-
By Anis Remli on March 17, 2015 Personaliti
[image: "Saya amat bersyukur dan terharu dengan sambutan daripada peminat
juga pembaca setia SBDJ, tak sang...
ilmu
-
Yang perlu dipelajari itu adalah TUHAN, bukan agama.
Kerna ILMU KETUHANAN itu awalan beragama.
Tanpa ilmu yang awal ini nescaya menjadi si beragama tanpa ber...
-
*PERKISAHAN SEJARAH RAWA RAUB:KENAPA PERLU BELAJAR SEJARAH*
Sejarah itu penting, dan ada beberapa sebab mengapa kita perlu belajar dan
memahami sejarah...
-
*PERKISAHAN SEJARAH RAWA RAUB: KENAPA PERLU BELAJAR SEJARAH *
Sejarah itu penting, dan ada beberapa sebab mengapa kita perlu belajar dan
memahami sejar...
PANGLIMA AWANG @ ENRIQUE MELAKA PENAKLUK DUNIA
-
oleh Djazlam Zainal pada pada 20hb Januari 2012 pukul 9.05 ptg
Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap
ketamadunan Melayu. Beliau ...
Raja Perempuan Muzwin mangkat
-
BumiPerak, Friday, October 7, 2011
*Ipoh 7 Oktober 2011* Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada
Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-3...
Lumiglow
-
*PERHATIAN PARA PESAKIT & WANITA* : Jika anda mempunyai sebarang masalah
kecantikan atau kesihatan, maka anda bakal meneroka penyelesaian alternatif
yang *...
Berjalan-jalan di Pesta Buku
-
Pada 25 Mac 2010 saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC saya beli buku
sendiri dengan mendapat potongan 30% drp harga asal RM35. Penerbit
Universiti Mala...