Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Jumaat, 13 Ogos 2010

Misteri Etnik: Harimau jadian awasi pergerakan anak cucu


Oleh Mohd Azis Ngah
Berita Harian
2010/08/14

JIKA diikut orang tua-tua, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi orang muda pula semangat bercerita soal asal usul nenek moyang mereka dari seberang yang katanya mempunyai pelbagai ilmu atau lebih senang mereka sebenarnya ada ‘penjaga’.


Di sekitar Gopeng, Perak sendiri yang majoritinya dihuni orang Rao ilmu itu masih ada, dan masih ada penjaganya. Cuma bukan sembarangan orang yang boleh rapat atau berhubung dengannya.

Menurut cerita lisan turun temurun, lembaga yang dikatakan harimau jadian itu sebenarnya tidak pernah dilihat secara keseluruhan bentuk fizikalnya. Cuma beberapa penduduk pernah terserempak dengannya pada sebelah malam yang dikatakan mempunyai dua mata yang terang. Sekalipun cuma melihat dua mata yang terang dalam gelap, ia sudah cukup menggerunkan seolah-olah berdepan seekor harimau besar.

Saharudin Karim, 80, adalah antara individu yang pernah terserempak dengan ‘penjaga’ kawasan sekitar Gunung Mesah, tidak jauh daripada kediamannya sekarang. Dulu kawasan itu pernah menjadi tempat kediaman tetapi kini sudah lama ditinggalkan.

Beliau cukup keberatan untuk berkongsi pengalaman tetapi daripada penerangan ringkasnya, makhluk itu pernah menjelma sepintas lalu. Sepanjang ingatannya, penduduk kampung pernah terserempak dua kali dengan makhluk itu.

“Kalau musim durian, usahlah ada niat nak mencuri atau sengaja nak masuk ke kebun orang lain. Jika ada ‘rezeki’ mereka akan terserempak dengan penjaga di situ. Siaplah, mesti demam berminggu-minggu. Ini nak bercerita pun meremang bulu roma.

“Bukannya apa, dia cuma menjaga kawasan kerana orang yang berniat jahat saja akan disergah. Kalau anak cucu ternampak, itu cuma nak tunjukkan dia ada di situ jaga kawasan. Ia tak pernah kacau orang atau saja-saja nak takutkan,” katanya.

Difahamkan, ilmu pusaka itu diwarisi daripada sebelah ibu dan diperturunkan kepada warisnya yang layak memegang amanah. Ia tidak boleh diserahkan sembarangan kerana bimbang tidak mampu mengawalnya. Ilmu itu sebenarnya dibawa nenek moyang mereka dari tanah Rao di Sumatera dan setakat ini ditugaskan menjadi pelindung kepada tiga generasi keturunan mereka.

Bahkan, satu daripada petua amalan berdamping dengan ‘penjaga’ mereka ialah mesti ada satu sesi pertemuan. Bak kata orang tua-tua mesti bergomol dulu dengan harimau itu, baru boleh jadi kawan, maknanya ada wujud rasa serasi.

Kalau lulus bahagian itu, petanda seterusnya ialah bakal pewaris atau penerima akan menerima satu bekalan bahan untuk dijadikan air mandian. Mereka akan menerima daun dan akar kayu yang dihantar ke rumah mereka pada sebelah malam.

Jika ada sebarang kematian membabitkan ahli keluarga atau waris terdekat, pewaris ilmu itu akan menerima petanda ada harimau mencakar dinding rumah dan mengetuk pintu menandakan ada kematian orang terdekat.

Sepanjang upacara mengurus dan mengebumikan jenazah juga biasanya akan berlaku perkara luar dugaan. Kebiasaannya, akan ada antara ahli keluarga yang secara automatik akan bersilat ketika jenazah diusung dan dibawa keluar dari rumah. Biasanya, mereka akan beraksi silat harimau dan ahli keluarga akan membiarkan sehingga dia habis bersilat kerana mereka faham mengenai perkara itu yang dianggap kejadian biasa.

2 ulasan:

  1. Tang iko aku hondak cerito kan perihal arwah Uci aku dolu. Aku ingek lagi maso kocik dolu....uci aku selalu posan dokek Omak dengah Opah aku yang setiap kali ado kenduri kahwin doket rumah aku tu mesti diposan nyo lotak pulut kuning doket topi hutan dongan topi sungai. Turun temurun dari kahwin pak anjang aku, pak udo aku, pan dak aku sampai lah adik beradik aku yang lain itulah posan nyo.

    Ponah aku tanyo mengapo ondak di lotak pulut kuning tu?....mengikut katonya InsyaAllah kalau sosek dalam Hutan ado lah yang mengeluarkanyo. Dan kalau sungai dan laut pun ado lah yang akan menengoknyo......

    susah nak aku percayo bondo2 tu. tapi ado satu insiden sepupu aku ketiko tu umurnyo sekitar 5 tahun...Pak udo aku bawa ke gunong jerai....ontah macamano terjatuh dio dalam sekitar ketinggian 12 kaki kebawah . Panik pak udo aku. tapi yang heran nyo jatoh nyo elok terlotak kaki doket bumi....golak pulak dio.

    Ontahlah...itu lah salah satu insiden. Dan yang aku alami sendiri....semaso umur aku sekitar 17tahun.....setakat merodah sungai bernam tu dari Kerling torus turun ko Tg. Malim pukul 7malam sampai pukul 12 Tongah malam merodah cari katak indo takut pulak aku.

    Jadi itulah yang aku..lalui...

    BalasPadam
  2. Zaman kanak-kanak dulu, ada kematian seorang tua di kg aku. Masih jelas diingatan, semasa keranda di letakkan di halaman rumah sebelum dibawa ke tanah perkuburan, 2 org cucu lelaki si mati tiba-tiba bersilat dengan bunyi dengusan harimau. Muka merah dan jari merekot bersilat mengelilingi keranda. Tiba-tiba cucu perempuannya pula 'mengamuk' dan melompat masuk dan bersilat dengan cara yang sama...aku dengar cucu perempuan itulah yang 'terpilih' mewarisi 'penjaga'itu. Hingga hari ini aku peristiwa itu masih segar dalam ingatan.
    Saudara-mara aku, memang ada di kalangan uci/niniek, mamak / uwo sebelah emak yang ada 'penjaga'. Saudara-mara sebelah emak ramai yang jadi bidan kampung & bomoh. Walaupun menjadi bidan dan bomoh tetapi hebat ilmu agamanya. Keluarga aku berkecuali, mungkin kerana ayah aku bukan orang Rao. Ayah pernah diberi untuk memiliki 'penjaga' oleh pakcik sebelah emak...tetapi ayah menolak dengan sopan dan hemah. Ayah pernah mengingatkan kami supaya tidak terlibat dengan hal-hal berkaitan 'penjaga'. Benar pesan ayah kerana apabila pakcik mula sakit-sakit...aduhhh..lupakan saja..

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao