Koleksi Galeri Mior, Tambun, Ipoh Perak
Foto: Jari Basurek
Sangai atau tudung saji adalah alat menutup juadah supaya makanan tidak dihinggapi lalat atau langau atau tidak pula diceroboh oleh binatang peliharaan seperti kucing. Ukuran berasaskan dulang makanan. Sangai Rao lazimnya diperbuat daripada daun nipah dan dibalut dengan kain perca berwarna-warni. Jahitannya agak halus dan cermat kerana buatan tangan yang berbakat seni. Ada juga berunsurkan tekat benang emas tetapi, sangai jenis ini lazimnya digunakan untuk majlis menerima mempelai. Corak ukiran tekat pada sangai melambangkan jati diri etnik Rao yang mementingkan kesepakatan keluarga, keindahan serta berbudaya.
Itu sangai org perak.
BalasPadamOrang Perak itu kebanyakannya berketurunan Rao
BalasPadam