Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Jumaat, 27 Mac 2009

Meh siko, copek kilan..donga cerita aku ko ha!!!


Meh siko, copek kilan..donga cerita aku ko ha!!!

Kilan nak tau tak macom mane aku bulih termasuk dalam blog sekondak hati??

Ha!! Meh siko, donga cerita aku ko hah!! Sebolum tu aku nak cakap “Hidup Ghawa@Rawa”!!!

Asalnya aku mencari nama sebona Ubi. Sobabnya, cucu Wan Ubi (Rohana bt Abd. Manaf @ Ust Hj Abd Bar) nak buek kenduri tahlil untuk arwah ayah er. Ponek aku bertanya sana, siko, sinun.. Omak aku ndo ingek langsung. Kata Omak masa kawin dgn arwah abah, Wan Ubi dah meninggal. Wan Ubi meninggal masa umur 19. Tanya plak pada Acik aku (adik arwah abah yang bongsu), dia pun indo ingek lagi. Tanya lak pada Mak Ngah dokek Kg Kubu. Katanya Kamsiah. Aku pun bagitaula sepupu aku ko nama yg mak ngah bgtau aku. Dalam pada tu aku tepikir, ontah2 mana tau ada kisah tontang Raja Kemala kt internet.. Aku search aje, moh..keluar sekondak hati… camtu lah cerita er. Dari blog sekondakhati barula aku tau, nama Wan Ubi ni sebonar ar Hapipah.

Baguih botul blog ni ada. Akupun nak berkongsi dongan kilan semua cerita tontang keturunan Raja Kemala dan Rawa khususnya tontang susur galur keturunan Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop yg aku donga dari arwah Abah dan saudara-saudara tua yang telahpun menyahut panggilan Ilahi dan lain2 yg masih hidup dan tinggal disekitar Tg Malim, Ulu Bernam, Kalumpang dan kawasan2 yg sewaktu dongannya.

Nama aku, KHAIRIYAH HARUN - keturunan ke 6 dari Raja Kemala b Raja Yaakop. Arwah Abah, Harun b. Yahaya (dilahirkan pada 1919). Abah aku lobeh popular dongan gelaran Harun Merdeka (sobab ayah aku asik sobuit "MERDEKA" pada sape2 je yg dia terseghompak masa Malaya dah dokek nak merdeka!! Arwah Abah aku, dalam darah dia mengalir darah pejuang Ghawa bersungguh-sungguh berjuang menontang Jopun, Komunis dan juga British. Kawan2 seperjuangan Abah yang aku ingek sampai sekaghang - Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin Helmi.

Arwah abah aku adalah anak pada Tupat@Arbaayah. Kalau cakap Ghawa, nama uci aku ko Tupek!! Wan Tupek anak pada Saemah bt Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop. Abah aku mewarisi banyak rupa Raja Kemala yang fizikalnya mirip org India, kulit er golap, dagu lokuk (fewitt!! Macam John Travolta) dan hidung bosar!, Kalau kilan nak tau trade mark ughang Ghawa ko, hidong er bosa! Tak caya, kilan tengok la hidung kilan sendiri dokek ceghomin. Terlotak aje!! Selain tu kaki tongka. Kalau apa2 yang tak setuju, siap sedia je la tengok ughang Ghawa ko datang sighok (marah). Kilan nak tau, asal keturunan Raja Kemala adalah dari Adiputra yang berketurunan Hindu Muslim. Adiputra ko ada sebilah koghih (keris) kepahlawanan yang dipanggil Keris Adipati.Aku tak tau iye atau idak, tapi aku donga keris ni ghaib dan sampai la sekarang tak jumpa2 lagi. Makam Raja Kemala pulak lotak ar kat ateh Bukit Tanjung Pura, Sumatera Utara (SUMUT). Aku dah pogi ke Tg Pura sobab ramai lagi sedara mara ughang Ghawa yang ada dokek sana. Semua er hidong bosa!! Hahahah!! Masa aku datang, disambut macam puteri raja. Memang la aku Puteri Rawa. Menurut penduduk tempatan Tg Pura, kws bukit Tg Pura akan berasap pada waktu malam dan dari kws bukit tu selalu terdonga bunyi suara membaca Al-Quran. Bila pogi ke bukit tu, wangi aje… Kalau ikut sejarah, puak Raja Kemala adalah diantara ahli2 ulama dan kiyai2 yang tersohor. Wallahualam...mudah2an Allah s.w.t melotakkan ughang ni semua ditempat org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin.

Raja Kemala - cara berpakaian er ala orang India, berkulit hitam manis, perwatakannya togeh (tegas) tapi ndo la plak bongih (bengis). Trade mark lelaki Ghawa selain hidong bosa, konengnya lontek! Kilan togak dopan ceghomin, tengokla koneng kilan. Kalau tak de maknanye dah kacuk la tu! Antara ilmu persilatan Ghawa ni silat ghimau. Silat ni bila nak mempertahankan diri dari musuh. Aku ponah tengok. Begoga tanah!! Nak tepancuit konceng rasa er! Tak cukup tanah nak lari! Untuk istiadat pulak, kita guna Silat Gayung Patani. Arwah Abah - guru silat di Ulu Bernam, sekitar tahun 70an. Aku ingek lagi. Masa tu aku kocik je. Aku tengok, lopeh maghrib aje ramai ughang berkumpul bawah pokok manggis belakang rumah aku. Mulalah poncak silek!! Akupun tau gak sikit2… silek puluit!! Silek dopan pengantin!! Huah!Huah!Huah!

Koghih peninggalan Dato' Mustafa yang telah membunuh banyak komunis dan ontah sape2 lagi disimpan dek arwah Abah. Dijaga dek Abah sebagai satu warisan keturunan yang botul2 berharga. Koghih tu memang haluih soni er.. Lopeh abah meninggal dunia pada tahun 1994, koghih itu toghuih kami simpan sampai kinin.. Apapun tanggapan ughang pada koghih tu, bagi kami adik beradik, koghih tu sentimental value…. Jangan kilan ingek koghih tu ade kuasa apa2. Yang ada pada koghih tu sebonarnya satu semangat yg kuek!! Semangat pahlawan dan pendekar Ghawa satu masa dolu! Aku tak bulih tengok koghih tu..naik satu semangek!! Bulih mati Bush tu kubuek!!! Ontahlah..payah nak ditoghangkan. Tapi…ndo kami podah nak bagi koghih tu pada sape2!! Jangen la kilan berangan nak ondak!!

Sobuit tontang Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop, dia ko ada 14 ughang anak. Dilantik jadi Tok Penghulu Pertama Ulu Bernam dan bersara pada 16hb Oktober 1897 sobab dia dah uzur sangek. Surat persaraan dari Government Secretary's Office, Selangor ini ada dalam simpanan arwah abah. Abah memang cukup2 hargai keturunan… Kinin, surat ni kakak aku Khairul Lila bt Harun yang simpan. Menurut surat tu bayaran pencen untuk Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop adalah $124 setahun dan dibayar mulai tahun 1898 sampai la moyang aku ko meninggal dunia pada tahun 1905. Kilan nak tau, Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop ni abg sedara pada pahlawan Pahang Mat Kilau. Datok Maharajalela (Kg Gajah) dan Dato' Peramu Pahang, Datuk Gajah – ughang-ughang ko semua kawan baik dia... Fuh!!!

Ondek..ughang Ghawa ko kalau dibagi beghandai memang lama pasal banyak bonde nak dibughakkan.. Itu tak masuk lagi kaki tangan semua naik..sama2 berbughak!! Nenek2 aku kek Tg Pura tu pun..kalau dapat beghandai..ponuh aksi!! Padenla aku pun sama!!

Aku ko duduk dokek Tg Malim. Kat Lombah Beringin. Seronok aku dapek balik kampong. Ponek dah koje dan duduk kat Kolumpo. Ni lah tompek keroje pertama yang aku bulih bercucan Ghawa sobab kebanyakan cleaner ughang Ghawa. Tahun 1989 aku sambung belaja ke UK. Dokek Leeds. Kilan nak tau, pertama kali aku experience salji kat Leeds apa ku buek??? Bila salji dah tobal ateh kereta, dongan bangganye ake ukir atas salji tu, dokek ateh ceghomin dopan “RAWA”. Aku pun bergambar dan pos gambar tu dokek ayah aku!! Ondek!! Kombang kompeh hidong bosa ayah aku tengok gambar tu!! Nanti aku selungkar album lama, aku pos gambar tu kt sekondak hati dan gambar suku sakek Raja Kemala yang lain..yang dah membiak!

Jadi, aku nak posan pada kilan, banggalah sobab kita ada bahasa kita sendiri. Bila aku ada masa aku bughak lagi. Banyak lagi sebona er yang aku nak cerita tapi..aku kone buek koje. Kang kone buang koje lak aku! Jonuh la aku nak mencari duit kek mana plak!! Ok kilan…


Puteri Rawa,

KHAIRIYAH BINTI HARUN (keturunan6rajakemala@yahoo.com)

Kolej Yayasan Lembah Beringin

Mac 2009

9 ulasan:

  1. Seronok membaco cerito kau ko. Tapi tang urang rawo hidung godang tu tak sodop nak dibaco banyak kali. Hidung aku ku tengok indo godang doh.. sodang elok ajo. Hidung godang tu dek keturunan, bukan dek rawo indo rawa urang tu...

    BalasPadam
  2. Macam botol sang tontang idung tu. yo lah. Kalau dipeghatikan semuo kaum keluargo aku idung kombang bak jambu air. Apo nak dimaluken Nazeri ooiii, Allah taala dah bagi.
    tapi memang seronok kalau jumpo urang Rawo ko. tang bahaso dan makanen dio yg sodop sekali. Ponah tak kilen maken ikan koli bakar cicah dongen kuah santan mantah? Sekali nanti aku buek dan postkan kat blog aku.
    Urang awak ko basonyo macom kasar, aku, kao. tapi memang baknontu.

    BalasPadam
  3. Elok lah tu Keyah..Akhirnya ado suku sakat sakat aku dokat blog...cucu cit raja kemala....tapi tak sodap sikit awak buet aku teringat dekat Arwah pak Anjang aku tu dan Arwah udin...

    BalasPadam
  4. Wajah orang Rawa sebenar ? Adakah macam Akhil Hay Rawa atau Allahyarham Yusof Rawa ?

    BalasPadam
  5. Setiap kali ado urang tulih cerito, semua mengaku keturunan rajo. taka ado yang rakyat biaso.

    BalasPadam
  6. Razak Rao
    Secara am wajah urang Rao kalau X salah ada beberapa ciri :
    1. Iras2 Indo China , berbulu kening melentik sikit keatas macam watak cerita pembesar di zaman dinasti China zaman dulu .
    2. Kulit yang agak gelap pun ada tapi kebanyakannya berkulit cerah .

    BalasPadam
  7. salam ...
    tumpang lalu yer...semua bersemenda jer ni...adat tomonggung ler katakan...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum dan salam perkenalan
    info bermanfaat untuk pencinta sejarah.selama ini saya tak berapa faham tentang orang Rawa walaupun pensyarah dah jelaskan.TQ ya

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao