Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Jumaat, 27 Mac 2009

Meh siko, copek kilan..donga cerita aku ko ha!!!


Meh siko, copek kilan..donga cerita aku ko ha!!!

Kilan nak tau tak macom mane aku bulih termasuk dalam blog sekondak hati??

Ha!! Meh siko, donga cerita aku ko hah!! Sebolum tu aku nak cakap “Hidup Ghawa@Rawa”!!!

Asalnya aku mencari nama sebona Ubi. Sobabnya, cucu Wan Ubi (Rohana bt Abd. Manaf @ Ust Hj Abd Bar) nak buek kenduri tahlil untuk arwah ayah er. Ponek aku bertanya sana, siko, sinun.. Omak aku ndo ingek langsung. Kata Omak masa kawin dgn arwah abah, Wan Ubi dah meninggal. Wan Ubi meninggal masa umur 19. Tanya plak pada Acik aku (adik arwah abah yang bongsu), dia pun indo ingek lagi. Tanya lak pada Mak Ngah dokek Kg Kubu. Katanya Kamsiah. Aku pun bagitaula sepupu aku ko nama yg mak ngah bgtau aku. Dalam pada tu aku tepikir, ontah2 mana tau ada kisah tontang Raja Kemala kt internet.. Aku search aje, moh..keluar sekondak hati… camtu lah cerita er. Dari blog sekondakhati barula aku tau, nama Wan Ubi ni sebonar ar Hapipah.

Baguih botul blog ni ada. Akupun nak berkongsi dongan kilan semua cerita tontang keturunan Raja Kemala dan Rawa khususnya tontang susur galur keturunan Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop yg aku donga dari arwah Abah dan saudara-saudara tua yang telahpun menyahut panggilan Ilahi dan lain2 yg masih hidup dan tinggal disekitar Tg Malim, Ulu Bernam, Kalumpang dan kawasan2 yg sewaktu dongannya.

Nama aku, KHAIRIYAH HARUN - keturunan ke 6 dari Raja Kemala b Raja Yaakop. Arwah Abah, Harun b. Yahaya (dilahirkan pada 1919). Abah aku lobeh popular dongan gelaran Harun Merdeka (sobab ayah aku asik sobuit "MERDEKA" pada sape2 je yg dia terseghompak masa Malaya dah dokek nak merdeka!! Arwah Abah aku, dalam darah dia mengalir darah pejuang Ghawa bersungguh-sungguh berjuang menontang Jopun, Komunis dan juga British. Kawan2 seperjuangan Abah yang aku ingek sampai sekaghang - Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin Helmi.

Arwah abah aku adalah anak pada Tupat@Arbaayah. Kalau cakap Ghawa, nama uci aku ko Tupek!! Wan Tupek anak pada Saemah bt Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop. Abah aku mewarisi banyak rupa Raja Kemala yang fizikalnya mirip org India, kulit er golap, dagu lokuk (fewitt!! Macam John Travolta) dan hidung bosar!, Kalau kilan nak tau trade mark ughang Ghawa ko, hidong er bosa! Tak caya, kilan tengok la hidung kilan sendiri dokek ceghomin. Terlotak aje!! Selain tu kaki tongka. Kalau apa2 yang tak setuju, siap sedia je la tengok ughang Ghawa ko datang sighok (marah). Kilan nak tau, asal keturunan Raja Kemala adalah dari Adiputra yang berketurunan Hindu Muslim. Adiputra ko ada sebilah koghih (keris) kepahlawanan yang dipanggil Keris Adipati.Aku tak tau iye atau idak, tapi aku donga keris ni ghaib dan sampai la sekarang tak jumpa2 lagi. Makam Raja Kemala pulak lotak ar kat ateh Bukit Tanjung Pura, Sumatera Utara (SUMUT). Aku dah pogi ke Tg Pura sobab ramai lagi sedara mara ughang Ghawa yang ada dokek sana. Semua er hidong bosa!! Hahahah!! Masa aku datang, disambut macam puteri raja. Memang la aku Puteri Rawa. Menurut penduduk tempatan Tg Pura, kws bukit Tg Pura akan berasap pada waktu malam dan dari kws bukit tu selalu terdonga bunyi suara membaca Al-Quran. Bila pogi ke bukit tu, wangi aje… Kalau ikut sejarah, puak Raja Kemala adalah diantara ahli2 ulama dan kiyai2 yang tersohor. Wallahualam...mudah2an Allah s.w.t melotakkan ughang ni semua ditempat org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin.

Raja Kemala - cara berpakaian er ala orang India, berkulit hitam manis, perwatakannya togeh (tegas) tapi ndo la plak bongih (bengis). Trade mark lelaki Ghawa selain hidong bosa, konengnya lontek! Kilan togak dopan ceghomin, tengokla koneng kilan. Kalau tak de maknanye dah kacuk la tu! Antara ilmu persilatan Ghawa ni silat ghimau. Silat ni bila nak mempertahankan diri dari musuh. Aku ponah tengok. Begoga tanah!! Nak tepancuit konceng rasa er! Tak cukup tanah nak lari! Untuk istiadat pulak, kita guna Silat Gayung Patani. Arwah Abah - guru silat di Ulu Bernam, sekitar tahun 70an. Aku ingek lagi. Masa tu aku kocik je. Aku tengok, lopeh maghrib aje ramai ughang berkumpul bawah pokok manggis belakang rumah aku. Mulalah poncak silek!! Akupun tau gak sikit2… silek puluit!! Silek dopan pengantin!! Huah!Huah!Huah!

Koghih peninggalan Dato' Mustafa yang telah membunuh banyak komunis dan ontah sape2 lagi disimpan dek arwah Abah. Dijaga dek Abah sebagai satu warisan keturunan yang botul2 berharga. Koghih tu memang haluih soni er.. Lopeh abah meninggal dunia pada tahun 1994, koghih itu toghuih kami simpan sampai kinin.. Apapun tanggapan ughang pada koghih tu, bagi kami adik beradik, koghih tu sentimental value…. Jangan kilan ingek koghih tu ade kuasa apa2. Yang ada pada koghih tu sebonarnya satu semangat yg kuek!! Semangat pahlawan dan pendekar Ghawa satu masa dolu! Aku tak bulih tengok koghih tu..naik satu semangek!! Bulih mati Bush tu kubuek!!! Ontahlah..payah nak ditoghangkan. Tapi…ndo kami podah nak bagi koghih tu pada sape2!! Jangen la kilan berangan nak ondak!!

Sobuit tontang Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop, dia ko ada 14 ughang anak. Dilantik jadi Tok Penghulu Pertama Ulu Bernam dan bersara pada 16hb Oktober 1897 sobab dia dah uzur sangek. Surat persaraan dari Government Secretary's Office, Selangor ini ada dalam simpanan arwah abah. Abah memang cukup2 hargai keturunan… Kinin, surat ni kakak aku Khairul Lila bt Harun yang simpan. Menurut surat tu bayaran pencen untuk Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop adalah $124 setahun dan dibayar mulai tahun 1898 sampai la moyang aku ko meninggal dunia pada tahun 1905. Kilan nak tau, Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop ni abg sedara pada pahlawan Pahang Mat Kilau. Datok Maharajalela (Kg Gajah) dan Dato' Peramu Pahang, Datuk Gajah – ughang-ughang ko semua kawan baik dia... Fuh!!!

Ondek..ughang Ghawa ko kalau dibagi beghandai memang lama pasal banyak bonde nak dibughakkan.. Itu tak masuk lagi kaki tangan semua naik..sama2 berbughak!! Nenek2 aku kek Tg Pura tu pun..kalau dapat beghandai..ponuh aksi!! Padenla aku pun sama!!

Aku ko duduk dokek Tg Malim. Kat Lombah Beringin. Seronok aku dapek balik kampong. Ponek dah koje dan duduk kat Kolumpo. Ni lah tompek keroje pertama yang aku bulih bercucan Ghawa sobab kebanyakan cleaner ughang Ghawa. Tahun 1989 aku sambung belaja ke UK. Dokek Leeds. Kilan nak tau, pertama kali aku experience salji kat Leeds apa ku buek??? Bila salji dah tobal ateh kereta, dongan bangganye ake ukir atas salji tu, dokek ateh ceghomin dopan “RAWA”. Aku pun bergambar dan pos gambar tu dokek ayah aku!! Ondek!! Kombang kompeh hidong bosa ayah aku tengok gambar tu!! Nanti aku selungkar album lama, aku pos gambar tu kt sekondak hati dan gambar suku sakek Raja Kemala yang lain..yang dah membiak!

Jadi, aku nak posan pada kilan, banggalah sobab kita ada bahasa kita sendiri. Bila aku ada masa aku bughak lagi. Banyak lagi sebona er yang aku nak cerita tapi..aku kone buek koje. Kang kone buang koje lak aku! Jonuh la aku nak mencari duit kek mana plak!! Ok kilan…


Puteri Rawa,

KHAIRIYAH BINTI HARUN (keturunan6rajakemala@yahoo.com)

Kolej Yayasan Lembah Beringin

Mac 2009

Almari Rao?





Kepada anda urang Rao,
Saya baru-baru ini menerima maklumat daripada sdr Mior yang memiliki galeri menyimpan dan menjual barang antik di Tambun, Ipoh memberitahu bahawa urang Rao mempunyai reka bentuk almari kain sendiri. Dia menunjukkan almari itu kepada saya. Almari tersebut diperolehinya dari Gopeng, Perak kira-kira beberapa tahun yang lampau. Usia almari ini dianggarkan 60-70 tahun. Apakah maklumat ini sahih atau sebaliknya? Anda yang ada maklumat silalah beri pandangan untuk menambah pengetahuan bersama.

Selasa, 24 Mac 2009

Petuo Uci Tuo

"Grandmas hold our tiny hands for just a little while.....but our hearts forever"
Anonymous

Uci Mahani and I, photo taken during Eidul Fitri 2008 by Pak Long, in Batu Tiga (Temoh), Perak.

Mahani has endured so much pain and turbulence in her life. Now aged 94, she is greatful to Allah for gracing her the strenght and wisdom of a woman. She has endured the greatest fear of a mother when her son and daugther-in-law died in a car crash, less than 1km away from her home. It was very tragic. When the pain of the lost lingers in her mind, she would shed tears, for who could ever endure the death of your child. The bitter sweet memories of feeding your child, changing the diapers and holding his tiny hand when crossing the roads, stab your lonely hearts like a dagger. I know how it feels as I am a mother too.

Uci, as her grandchildren fondly call her, is a Ravanese. I have been told by a friend, who is also a Ravanese, that women of this race are perfectionists. They have also very strong will power and are excellent homemakers. Well, I do not know how far that is true, but it is fair to state here that my Uci possesses all of these qualities. Honestly, I have been so many times reprimanded by Uci for being unladylike, well..what to do, I am only a quarter Ravanese.

Indeed, lessons in life are best acquired through observation. Since young, I have seen Uci managing her family with intelligence and grace. She does not have to be a degree holder to have her children to be very successful in life. She believes in the wholesome goodness of home food and everything homemade. She demands precision in doing house chores as she believes, every virtue starts from home. A mother must sow, in the hearts of her children, the seeds of love and faith to Allah, for that would be the guiding light in life.

I have personally learnt a lot of things from her. Here I would like to share some of them. In order to make it more expressive (as she speaks Ravanese not English), I will try my best to write in Bahasa Melayu with hints of Ravanese.

1. Uci is blessed with beautiful skin, when asked about her secret for having such flawless skin, she replied, "Indo berasio, pakei la bodak sojuk Uci buek ke..". Translation: Mana ada berahsia, pakailah bedak sejuk yang Uci buat tu. Before she became immobile, she used to prepare homemade 'bedak sejuk' . This is done by soaking rice in a clay pot for three years. As she is very particular about cleanliness, she would regularly rinse the soaked rice. Uci's 'bedak sejuk' is perfumed with "Cologne Nyonya Kembar', pandanus leaves and jasmine. She would supply us with her bedak whenever we visit her, but we have to promise not to snack on them. (My mama loves to snack on her bedak sejuk).

2. Never to bathe after 5pm, as she believes it is bad to bathe when it is almost dusk or worst, after dark.

3. On tips to restore the freshness of your vegies in the fridge, she advises, "Kao keno rajen membaluit sayor dongen keroteh, lopeh tu dibungkuih dongen pelestik". Translation: To maintain the freshness of your vegies, you must wrap them up with papers and later wrap them in individual plastic bags. I have improvised this practice by labelling my vegies after wrapping them up.

4. Uci's green coloured syrup is the best in the world. It slates your thirst in so many a hot afternoons.

5. On our effort to reduce sugar and salt in our cookings (in the name of healthy life style), she commented, "Ondek, biya la laki kao maken yang sodop, jangen lah dikurangken gulo atau garom, indo beraso apo-apo teh kao masak..". Translation: You are a lousy cook as your food is tasteless..hahahha. Joking. (Ondek is an expression to indicate surprise).

6. When drying out clothes in the Sun, one must make sure that they are hung according to the types, that is all shirts must be in one line, whereas pants in another. Do not mix everything up. Personally, I do adhere to this. I just hate to see my clothesline unorganized.

7. Leftover rice or pulut must never be thrown away. One must dry it out in the Sun and fry it to become delicious snacks. She believes that it is "berdoso kao membuang nasik".

8. On my wedding day, Uci told me a secret, she said, "Kao Ida, keno bangun copek, toruih mandi, bebodak, jangen kao bagi Sazeli tengok kao bolum mandi rambuit indo bersikek. Potang kao besiop la copek, bilo pulang si Sazeli, jangen memarah..". Translation: Ida, you must wake up early and groom yourself, do not allow Suzalie (my hubby) to see you in a mess. In the evenings, get yourself ready before he is home. When he is home, don't you nag at him. Yea, I am a firm believer in this too.

9. When asked how she maintains such excellent memory despite of her age, she said by reciting the Qur'an daily.

10. Uci cooks the best "ayom masak lomak" in the world. She used to share the recipe, even demonstrated the whole process. But when I tried to cook it at home, it tasted really different..tak sodop..hahaha.

Those are some of the things I've learnt from my Uci, there are other more, but I guess I'd better keep them here in my heart. She has become quite frail now, due to her age. Her memory slips sometimes, but she never forgets me and my hubby. I never get to tell her that I love her so much, the last time I saw her she was down with high fever. Her internal organs are failling, one by one. She is not suffering any sickness or disease, she is holding on to her life like a fighter. This life, she has is a good one, and we are thankful, as she has sown within our hearts the seeds of love that will flourish for generations.

Isnin, 23 Mac 2009

Selamat bersidang UMNO: dilambong tak pocah! torompeh endo jamin!


Dipetik dari blog small talk

Pahang adalah negeri yang paling banyak loghat. Tiap-tiap daerah dalam negeri Pahang, loghat percakapannya berlainan. Malah ada juga kampung dalam daerah yang sama mempunyai loghat yang lain. Mungkin agaknya kerana asal usul penduduk awal kampung itu. Bagi mereka yang berasal dari Raub, kepelbagaian loghat adalah satu perkara yang amat biasa. Diantara orang Dong dengan orang Gali, loghat mereka pun sudah berbeza. Padahal Dong dengan Gali hanya 3 kilometer saja jarak diantara satu sama lain.

Berbagai loghat lagi apabila Dong dan Gali jadi Kuala dan Ulu yakni Kuala Dong dan Kuala Gali serta Ulu Dong dan Ulu Gali. Loghat itu bertambah unik bila Sega, Atuk, Batu Talam dan Batu Malim diambil kira. Itu pun belum lagi diambil kira orang dari keturunan Rao (Rawa), Kampar, Minangkabau dan lain-lain.
"Dilambong tak pocah, terompeh endo jamin", itu lah teriakan sipenjual pinggan mangkok di Pekan Rabu Dong zaman dulu-dulu. Memang si mamat itu lambong pinggan mangkuk tu keatas. Memang lah tak pecah. Mana ada pinggan mangkuk pecah kalau hanya dilambong. Kalau terhempas keatas tanah, tidak dijamin! Maksudnya pecah la tu!
Orang Minangkabau bila ditanya apa kerja dia, ada yang jawab "kerja guyang kaki". Jangan salah faham. Maksudnya dia si tukang jahit.
Orang Rao yang di zaman dulu menjadi askar upahan memang tergulung dalam kaum yang keras hati, cekal dan berani. Kalau orang Rao kata "inda ku podah". Jangan lah dipujuk lagi. Sampai mati pun dia dah tak nak! Tapi kalau setakat dia cakap "tak ku bahawa" atau "tak terliur", masih boleh lagi dipujuk.
Kata-kata loghat Raub ini lah yang akan diterima oleh UMNO kalau masih lagi tidak mahu berubah. Rasuah sudah menjadi-jadi. Jawatan dalam parti telah dijadikan harta mak bapak datuk nenek mereka punya. Tidak boleh dipertandingkan. Ketua tidak boleh dilawan. Incumbent tidak boleh dilawan. Orang yang cerdik pandai ditolak jauh-jauh. Pada mereka UMNO itu mesti dipegang oleh orang-orang dan kuncu-kuncu mereka sahaja. Kalau boleh mereka nak kata UMNO tu bapak aku punya!
Dilambong UMNO memang tak pocah, terompeh ke tanah endo jamin!
Orang UMNO tak payah buat kerja lain. Guyang kaki je lah! Satu hari nanti orang akan kata pada UMNO..."Inda ku podah!...Tak aku bahawa!...Tak aku terliur!..
Itu jam baru padan muka!

Jumaat, 13 Mac 2009

Pengasas Tanjong Malim




Dato’ Hj. Mustapha b Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tanjong Malim sekitar tahun 1870-1871. Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar ‘TUN’ yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Dato’ Hj. Mustapha terletak berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tanjong Malim, Perak.


sumber:http://sejarah-tanjong-malim.blogspot.com/

Jumaat, 6 Mac 2009

Sangai Rao



Koleksi Galeri Mior, Tambun, Ipoh Perak
Foto: Jari Basurek

Sangai atau tudung saji adalah alat menutup juadah supaya makanan tidak dihinggapi lalat atau langau atau tidak pula diceroboh oleh binatang peliharaan seperti kucing. Ukuran berasaskan dulang makanan. Sangai Rao lazimnya diperbuat daripada daun nipah dan dibalut dengan kain perca berwarna-warni. Jahitannya agak halus dan cermat kerana buatan tangan yang berbakat seni. Ada juga berunsurkan tekat benang emas tetapi, sangai jenis ini lazimnya digunakan untuk majlis menerima mempelai. Corak ukiran tekat pada sangai melambangkan jati diri etnik Rao yang mementingkan kesepakatan keluarga, keindahan serta berbudaya.

Khamis, 5 Mac 2009

Laporan Seminar Nasional Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Rao di Lubuk Sikaping, 17-18 Desimber 2008


Oleh:Dr. Saafroedin BAHAR (Staf Pengajar Ketahanan Nasional Pasca Sarjana UGM Yogyakarta)
  1. Pengantar

a. Seminar Nasional ini diselenggarakan oleh Kantor Arsip dan Perpustakaan Pemerintah Kabupaten Pasaman, Sumatera Barat, dalam rangka acara peringatan 63 tahun Kabupaten Pasaman dan 200 tahun Tuanku Imam Bonjol yang dilantik sebagai tuanku imam pada tahun 1808, bersamaan dengan perasmian benteng Paderi di Bonjol, Pasaman.

b. Di kalangan masyarakat Pasaman ada keinginan untuk mengusulkan Tuanku Rao sebagai pahlawan nasional oleh kerana dua dari ‘Tiga Serangkai Paderi’ sudah diangkat sebagai pahlawan nasional, yaitu Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Tambusai.

c.

Hadir sebagai nara sumber dalam seminar nasional ini, dengan urutan materi paparannya, adalah:

  1. Drs Sjafnir Aboe Nain Dt Kando Maradjo, dengan makalah “ Islam di. Minangkabau: Landasan Perjuangan Tuanku Imam Bonjol dalam Ikrar Hukum Adat Basandi Syarak”,
  2. Dr Haedar Nashir, dengan Makalah: “ Menyibak Purifikasi Islam Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Rao”.
  3. Prof Dr. Gusti Asnan, dengan makalah: “ Tuanku Imam Bonjol dan Penulisan Sejarah”.
  4. Prof Dr Mestika Zed, dengan makalah: “Tuanku Rao; Riwayat Hidup Tokoh Paderi di Kawasan Utara Minangkabau”.
  5. Dr Phil Ichwan Azhari, dengan makalah: “Tuanku Rao dalam Historiografi Tradisional Tapanuli”.
  6. Prof Dr Taufik Abdullah, dengan makalah :” Pahlawan dan Dendam Sejarah”.
  7. Dr. Saafroedin Bahar, mewakili Kepala Arsip Nasional RI, dengan makalah: “Peranan Arsip sebagai Memori Kolektif Bangsa” [dengan tambahan presentasi lisan tentang “ Relevansinya dengan Perjuangan Tuanku Imam Bonjol”. ].

d. Undangan kepada para peserta yang dikirim untuk 200 orang ternyata dihadiri oleh 240 orang.

  • Pokok –pokok Wacana dalam Seminar Nasional

a. Umum.

  1. Seminar nasional ini selain membahas sumber-sumber sejarah tertulis dan sejarah lisan mengenai perjuangan Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Rao, juga membahas makna perjuangan tersebut bagi bangsa Indonesia dan daerah Sumatera Barat serta kabupaten Pasaman.
  2. Berbeda dengan seminar-seminar terdahulu, seminar nasional yang diselenggarakan di daerah yang pernah menjadi daerah pangkalan gerakan Paderi ini telah menimbulkan inspirasi untuk menjadikannya sebagai sumber motivasi baru untuk pembangunan daerah Sumatera Barat, baik dalam bidang mental maupun dalam pembangunan ekonomi. Dalam bidang mental, hal ini terkait dengan kenyataan bahwa doktrin adat basandi syarak syarak basandi Kitabullah (ABS SBK) yang telah dinyatakan sebagai jatidiri Minangkabau ternyata adalah kebijakan Tuanku Imam Bonjol pada tahun 1832, setelah menyadari bahwa praktek kekerasan Paderi sebelum itu tidak sesuai dengan ajaran Islam yang benar . Dalam bidang ekonomi oleh karena gerakan Paderi bukan hanya sekedar gerakan puritanisme keagamaan, tetapi juga merupakan gerakan ekonomi.
  3. Belum terdapat bukti sejarah tentang Piagam Bukit Marapalam.
  4. Para pembicara sependapat bahwa walaupun ada beberapa kelemahan karena dalam hal-hal tertentu masih memakai sumber sejarah lisan Batak (turi-turian), namun buku Christine Dobbin yang mempergunakan sumber-sumber fihak Belanda sejarah dapat dipandang sebagai sumber yang komprehensif, mendalam, obyektif, dan dapat diandalkan sebagai rujukan.
  5. Suatu hal yang selama ini kurang difahami adalah kenyataan bahwa tidak ada suatu struktur komando terpusat dari para tuanku dalam gerakan Paderi. Oleh karena itu setiap tuanku dapat mempunyai kebijakan sendiri dalam daerah pengaruhnya, berbeda dengan kebijakan para tuanku lainnya. Dengan demikian, kekejaman yang dilakukan oleh pasukan Tuanku Rao di Tanah Batak – yang merupakan kampung halamannya sendiri – tidak dapat dipertanggungtawabkan kepada Tuanku Imam Bonjol.

b. Tuanku Imam Bonjol.

  1. Seminar sependapat bahwa Tuanku Imam Bonjol adalah seorang intelektual, yang tidak hanya sekedar melaksanakan doktrin-doktrin aliran keras yang pernah diterimanya dari gurunya Tuanku nan Renceh, tetapi juga memikirkan dan mempertanyakan apakah pelaksanaan doktrin beraliran keras tersebut sesuai dengan ajaran Islam yang benar, dan jika ternyata tidak benar, juga berani melakukan koreksi terhadap kesalahan yang terjadi.
  2. Setelah mengirimkan dan
  1. empat utusan yang dikirimkan beliau ke Mekkah – termasuk Tuanku Tambusai — untuk mengetahui perkembangan ajaran agama Islam, dalam tahun 1832 Tuanku Imam Bonjol selain menyatakan bahwa ‘hukum adat bersendikan syarak’, juga mengembalikan harta rampasan kepada pemiliknya yang syah dan menyerahkan kekuasaan kepada kaum adat. Setelah itu beliau memusatkan perhatian kegiatan hanya dalam bidang agama.
  2. Sehubungan dengan itu, maka hujatan Basyral Hamidy Harahap — dalam bukunya Greget Tuanku Rao (2007) — terhadap Tuanku Imam Bonjol karena telah melakukan perundingan dengan fihak Belanda, selain dinilai secara historis keliru karena pada tahun 1837 Tuanku Imam Bonjol bukan lagi merupakan panglima pasukan Paderi dan hanya menjadi seorang ulama, juga keliru oleh karena sebelum itu pihak Paderi sudah sering melakukan perundingan dengan fihak Belanda, yang sudah menyusup jauh ke pedalaman Minangkabau. Buku Basyral Hamidy Harahap selain dinilai tidak punya nilai ilmiah dan terkesan amatiristis, juga dipandang hanya merupakan pelampiasan dendam pribadi belaka karena nenek moyangnya Datu Bange diserang oleh pasukan Paderi.

c. Tuanku Rao.

  • Seminar menyimpulkan bahwa eksistensi Tuanku Rao masih memerlukan klarifikasi lebih lanjut, oleh karena selain sangat sedikit dokumentasi yang dapat ditemukan mengenai tokoh ini, juga karena buku-buku yang ada ditulis berdasar sejarah lisan di kalangan suku bangsa Batak (turi-turian), yang masih perlu diuji kebenarannya.
  • Buku tulisan Ir Mangaraja Onggang Parlindungan, 1964, Pongkinangolngolan Sinambela gelar Tuanku Rao: Teror Agama Islam Mazhab Hanbali di Tanah Batak 1826-1833, walau telah dibantah secara mendasar oleh Prof Dr Hamka dalam bukunya Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao, namun dipandang masih dapat dihargai secara tidak langsung, oleh karena telah merangsang kajian lebih lanjut mengenai sejarah Gerakan Paderi di Sumatera Barat.
  • Seminar secara khusus mencatat kenyataan bahwa buku karangan Ir Mangaraja Onggang Parlindungan tersebut telah menjadi semacam bacaan wajib di kalangan pendeta Kristen di Tanah Batak.
  • Dr. Bungaran Anthonius Simanjuntak pernah mengusulkan agar buku Ir Mangaradja Onggang Parlindungan tersebut tersebut dilarang, karena akan merupakan bom waktu bagi suku bangsa Batak, karena memuat kekejaman orang Batak terhadap orang Batak sendiri.

d. Secara pribadi Penulis menyarankan kepada Seminar Nasional:

  1. Baik untuk menetralisir persepsi keliru maupun untuk meyediakan literatur yang benar tentang Gerakan Paderi, Penulis menyarankan untuk disusunnya kembali buku Sejarah Gerakan Paderi dari perspektif Minangkabau, dengan memanfaatkan demikian banyak bahan-bahan baru yang telah terungkap.
  2. Mempelajari lebih mendalam hubungan antara suku bangsa Minangkabau dengan suku-suku bangsa tetangga yang mempunyai hubungan sejarah dengan Gerakan Paderi, khususnya dengan suku bangsa Batak Mandailing, Batak Toba, dan Melayu Riau.
  3. Temuan-temuan Baru.
  4. Seorang peserta seminar, Ismail Harahap, menginformasikan bahwa Asrul Sani – seorang budayawan kelahiran Rao — telah menulis sebuah naskah mengenai Tuanku Rao, yang dapat diterbitkan untuk mengimbangi buku Ir Mangaraja Onggang Parlindungan dan Basyral Hamidy Harahap.
  5. Tindak Lanjut.

e. Lembaga Kajian Gerakan Paderi, yang diresmikan pada tanggal 17 Oktober 2008, merencanakan untuk melakukan dua kegiatan sebagai tindak lanjut dari Seminar Nasional ini, yaitu:

  1. Memprakarsai rehabilitasi Benteng Paderi di Bukik Tajadi, Bonjol, baik untuk memelihara warisan sejarah, maupun sebagai sarana untuk membina mental kaum muda Minangkabau, dan sebagai obyek wisata sejarah domestic.
  2. Mementaskan kembali Sendratari Tuanku Imam Bonjol, yang pernah dipertunjukkan oleh Kodam III/17 Agustus sebgai sarana pembinaan tradisi corps (bintracor).

f. Secara berkebetulan, pada tanggal 20 Desember 2008 pasca seminar nasional ini Penulis bertemu dengan dua orang tokoh yang terlibat langsung dalam persiapan dan pertunjukan Sendratari Tuanku Imam Bonjol ini, yaitu Nazif Basyir sebagai pencipta dan Ny Syofiani Bustamam sebagai koreografer. Kedua beliau menjanjikan untuk mencari kembali naskah-naskah lama tersebut.

5. Kesimpulan dan Penutup.

  1. Seminar Nasional dinilai telah berhasil baik dalam mengungkap fakta sejarah Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Rao, dalam memberi inspirasi kepada masyarakat lokal, dan dalam mengkritisi literatur yang ada.
  2. Seminar Nasional ini mengukuhkan penghormatan terhadap Tuanku Imam Bonjol dan mendorong kajian lebih lanjut tentang Tuanku Rao.
  3. Tuanku Imam Bonjol tidak dapat dipersalahkan terhadap kekejaman pasukan Paderi di Tanah Batak, selain oleh karena tidak pernah memimpin penyerangan ke kawasan tersebut, juga oleh karena secara struktural setiap tuanku Paderi berdiri sendiri-sendiri dan tidak berada di bawah suatu komando yang terpusat.
  4. Serangan pasukan Paderi ke Tanah Batak dipimpin oleh para tuanku dari keturunan Batak sendiri.
  5. Buku Christine Dobbin yang pada dasarnya disusun dengan mempergunakan sumber-sumber fihak Belanda dipandang merupakan sumber yang andal untuk memahami Gerakan Paderi pada umumnya dan Perang Paderi pada khususnya.
  6. Baik buku Ir Mangaraja Onggang Parlindungan maupun buku Basyral Hamidy Harahap tidak dapat dijadikan rujukan sejarah, karena selain sangat subyektif juga karena tidak didukung oleh bukti-bukti sejarah.
  7. Temuan-temuan Seminar Nasional akan ditindaklanjuti antara lain oleh Lembaga Kajian Gerakan Paderi.
    sumber:
    http://reskihasan.multiply.com/journal/item/ Seminar_Tuanku_Rao




Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao