Kalau tiada aral melintang, tanggal 24 hingga 29 November 2010 Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) akan membawa seramai 40 anak-anak Rao Malaysia berkunjung ke ranah asal, Rao Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia. Ini merupakan lawatan balik kampung ke-2 selepas rombongan bulan Disember 2008. Lawatan 5 malam 6 hari ini akan juga melewati lokasi pelancongan tersohor, Bukittinggi, bermalam di Rao, semalam di Padang Maninjau (Kg. Halaman Prof Dr Buya HAMKA) dan Lubuk Sikaping.
Di samping itu, beberapa acara seperti persembahan kesenian dan sajian penganan Rao turut diadakan serta sesi pertemuan dengan kaum keluarga dan sahabat handai.
Tambang dikenakan sebanyak RM1250.00 (ringgit: Seribu Dua Ratus Lima Puluh Shj.) termasuk kos penerbangan (LCCT-Padang-LCCT), penginapan, makanan, pengkuatan di Sumatera serta cukai lapangan terbang. Tempah penyertaan sehingga 30 Julai 2010. Tempahan awal diutama. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sdr Tahirruddin Ahmad, Setiausaha Kerhormat JARO di Ipoh (0165200550).

Kanak2 boleh ikut? Berapa kos?
BalasPadam