Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Khamis, 24 Februari 2011

Datuk Ilani Isahak meninggal dunia

Feb 24, 11 11:05am


Ketua Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama, Datuk Ilani Dato' Isahak meninggal dunia di Kuala Lumpur, awal pagi ini akibat barah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon mengesahkan perkara itu melalui SMS dan berkata beliau akan memberikan penghormatan terakhir di rumah allahyarham.

NONEIlani, 57, meninggal dunia jam 6.05 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Jenazah allahyarham kemudiannya dibawa ke rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail tengah hari ini dan akan disembahyangkan di Masjid Taqwa di Taman Tun Dr Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen Kota Bharu, Kelantan selama dua penggal bermula 1990 hingga 1999 atas tiket Parti Semangat 46.

Ketua

Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama yang penuh kontroversi itu ditubuhkan tahun lalu dengan Ilani dilantik sebagai ketuanya.

Illani, yang merupakan kelahiran Kelantan, meninggalkan suami Adam Camille Rustum Mohd Ibrahim, serta tiga anak lelaki dan seorang perempuan.

Aktif dalam politik melalui Umno sama ada peringkat di negeri dan pusat serta pernah menjadi Pengerusi Biro Antarabangsa Wanita Umno Malaysia pada tahun 2004.

Sementara itu, Bernama melaporkan presiden Majlis Hindu Malaysia Datuk R Nadarajah menyifatkan pemergian Illani sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

"Kita akan memenuhi harapannya agar matlamat jawatankuasa persefahaman dan keharmonian antara agama ini tercapai," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

____

Nota: Allahyarham berketurunan Rao dan adinda kepada Hjh Alinton Dato' Isahak (Naib Yang DiPertua 2 Persatuan Jalinan Rao Malaysia [JARO]). Bagi pihak AJK dan ahli-ahli JARO saya mengucapkan takziah kepada Hjh Alinton dan keluarga serta berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya. Amin - Jari Basurek

2 ulasan:

  1. Alfatiah buat beliau...semoga beliau ditempatkan dikalangan org2 beriman...

    BalasPadam
  2. al-fatihah.. mudah-mudahan ditempatkn bersama orang yg soleh..

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao