Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Jumaat, 25 Februari 2011

Takziah kepada keluarga Hajjah Ilani

oleh
Subky Latif

TAKZIAH dan simpati yang tidak terhingga buat waris dan keluarga Datuk Ilani Ishak, anggota Exco Wanita Umno yang meninggal kerana penyakit kanser.

Ilani seorang peguam yang mudah didekati. Dia seorang anggota Umno yang ada peranannya dalam perkembangan Muslimat PAS terlibat secara langsung dalam politik pilihan raya.

Ilani seorang yang setia kepada partinya, tetapi seorang Umno mazhab Tengku Razaleigh. Dia bersama Tengku Razaleigh pernah terkeluar dari Umno dan bersamanya juga kembali dalam Umno.

Dia pernah menjadi anggota Parlimen Kota Bharu tetapi tidak pernah menjadi wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional. BN tidak pernah mencalonkannya. Ilanilah yang mengalahkan Tengku Ahmad Rithaudeen, seorang menteri kanan BN dengan majoriti undi yang besar dalam tahun 1990.

Tengku Rithaudeen adalah tokoh Umno yang dapat menembusi kubu PAS memenangi Pilihan Raya Umum 1969. Ilani baru kali pertama menjadi calon. Dia berjaya mengakhiri politik Ku Din.

Pemberontak Umno ini tidak disokong oleh orang Umno, tetapi dia disokong oleh pengundi PAS Kota Bharu. Apabila dia kembali ke pangkuan Umno, dia kekal sebagai orang kuat Wanita Umno saja.

Saya kenal rapat dengan Ilani semasa dia menjadi ketua Wanita Semangat 46 yang bekerjasama dengan PAS dalam gagasan Perduan Ummah. Dia seorang ahli politik yang bekerja keras untuk menjadi calon.

Politik PAS masa itu tidak menampilkan Muslimat sebagai calon. Paling akhir PAS meletakkan calon Muslimat ialah dalam PRU 1969, Ustazah Salmah Sheikh Hussein menentang Datin Fatimah Hashim di Kubang Pasu.

Bagaimana Ilani mahu menyertai pilihan raya kalau PAS tidak tertarik dengan calon wanita? Rata-rata pemimpin Semangat 46 berpandangan orang PAS tidak akan mengundi calon wanita.

Ilani mahu menjadi calon dan Wanita Semangat 46 bersemangat supaya ketuanya diberi tempat. Pada Tengku Razaleigh kalau wanita hendak menjadi calon mewakili Angkatan Perpaduan Ummah, maka tempatnya bukan di Kelantan tetapi di tempat PAS tidak kuat.

Ilani bertemu dengan Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu.

Dia mengemukakan pandangannya kepada Ustaz Fadzil bahawa Wanita Semangat 46 bekerja keras untuk memenangi pilihan raya. Mereka mahu dia bertanding, tempatnya ialah di Kelantan. Tetapi kalau PAS tidak bersetuju calon wanita, maka semangat wanita yang menyokongnya akan tawar. Mereka tidak akan bekerja kuat. Bagaimana hendak menang?

Ustaz Fadzil memahami masalah yang dihadapi oleh Ilani. Realiti politik yang ikut memenangkan calon masa itu ialah kuatnya Wanita Umno bekerja. Ustaz Fadzil simpati kepada Ilani dan boleh menerima pandangannya.

Tetapi masalahnya ialah apa pula pandangan ketua PAS Kota Bharu, Ustaz Mawardi Ahmad. Dia seorang ulama yang konservatif. Adakah dia boleh menerima calon wanita di kawasannya.

Kata Ustaz Fadzil kepada Ilani, dia tidak ada masalah untuk menerima Ilani menjadi calon tetapi adakah Ustaz Mawardi bersetuju.

Kata Ilani, dia sudah bertemu dengan Ustaz Mawardi. Ustaz Mawardi tidak ada masalah.

Ustaz Fadzil pun memberitahunya, kalau Ustaz Mawardi tidak bermasalah, maka dia pun tidak bermasalah lagi.

Dalam perbincangan bagi menentukan calon antara PAS dan Semangat 46, Tengku Razaleigh memberitahu Ilani, dia tidak boleh bertanding kerana PAS tidak mengundi calon wanita.

Kata Ustaz Fadzil pada Tengku Razaleigh, ‘Bagi dia bertanding.’

Maka Ilani pun bertanding menentang Ku Din. Penyokong PAS Kota Bharu termasuk tenaga Muslimatnya bekerja kuat memberi sokongan kepada Ilani dan mereka melupakan tentang Ilani pernah menjadi orang kuat Wanita Umno.

Semangat 46 meletakkan dua calon wanita di Kelantan. Kedua-duanya menang dan Barisan Nasional kalah semua kerusi di Kelantan. Tahun itu – 1990 – PAS merampas kembali Kelantan dari Umno dan Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

PAS tidak meletakkan calon Muslimat. Selepas perkembangan itu PAS mengambil langkah menampilkan semua calon Muslimat. Tidak ditolak bahawa penampilan Ilani membuka semula ruang bagi PAS dan Muslimatnya dan dia membantu PAS berkuasa semula di Kelantan. Tetapi dukacita Ilani tidak bersama seterusnya parti kerajaan Kelantan kerana dia kembali semula ke dalam Umno.

Setelah tamat penggalnya Ilani tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Moga-moga rohnya dicucuri rahmat.

Pemergian Ilani satu kehilangan besar


''SETAKAT apa yang dapat saya perhatikan, pemimpin dan penganut agama lain tidak begitu memahami dan mengenali agama Islam atau pentadbirannya di Malaysia.

''Bagaimanapun, mereka bukan takut kepada agama ini, meskipun di Barat sentimen Islamophobia itu dimainkan dengan begitu hebat sekali," kata Datuk Ilani Isahak dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 1 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama itu meninggal dunia pada usia 57 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada pukul 6.05 pagi semalam.

Jenazah beliau kemudian dibawa ke kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas zohor.

Allahyarham dirawat di hospital berkenaan kerana menghidap barah payu dara yang dialaminya sejak lima tahun lalu.

Ilani yang merupakan anak kelahiran Kelantan, meninggalkan suami, Adam Camille Rustum Mohd. Ibrahim, serta tiga anak lelaki dan seorang perempuan.

Dilahirkan pada 18 Mac 1953 di Kota Bharu, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Zainab 1 di Kelantan dan Kolej Tunku Khursiah di Negeri Sembilan.

Allahyarham kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan mendapat Ijazah dalam bidang undang-undang pada 1976 dan Diploma Kesusasteraan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1992.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam termasuk berkhidmat di firma guaman milik suaminya di Petaling Jaya, Adam & Company.

Selain itu, beliau pernah menjadi Pengarah Yayasan Dermajaya Wanita; Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Penglibatan aktif beliau dalam politik bermula apabila dipilih sebagai Exco Pergerakan Wanita UMNO (1980 -1988) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu (1986-1988).

Bagaimanapun, berikutan krisis dalaman UMNO pada 1988, Allahyarham bersama Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Gerakan Hidup Semula UMNO Asal. Pada 1989, gerakan itu telah ditukar nama kepada Parti Melayu Semangat 46 yang menyaksikan beliau dipilih sebagai Ketua Penerangan bagi sayap wanita parti itu.

Ketika pilihan raya umum 1990, beliau yang bertanding di Parlimen Kota Bharu atas tiket Semangat 46 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dengan majoriti 15,460 undi.

Beliau sekali lagi menang di kawasan sama pada pilihan raya umum 1995 dengan mengalahkan calon BN, Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher dengan perbezaan 6,268 undi.

Beliau menyertai semula UMNO pada 1997 dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Bharu. Allahyarham juga pernah bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya pada pilihan raya umum 1999 tetapi tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ramli Ibrahim dengan perbezaan 10,206 undi.

Pada 2000, beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pada 2001, kalah kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh dalam pertandingan merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Beliau juga bergiat aktif dalam persatuan belia dan pernah memegang jawatan Naib Presiden Kongres Belia Dunia (1985), Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia dan Ahli Lembaga Yayasan Belia Malaysia (1986-1990).

Allahyarham yang merupakan ahli seumur hidup Yayasan Belia Antarabangsa Malaysia juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Belia 4B Kelantan.

Di peringkat antarabangsa, Allahyarham pernah menjadi ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel ketika pilihan raya Ghana pada 1996. Beliau juga menjadi wakil tunggal Parlimen Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Wanita di Kyrgyzstan (1997) dan Finland (1998).

Allahyarham juga telah menerima Anugerah Belia Malaysia Paling Cemerlang - Jaycess Malaysia and New Straits Times (1986) dan Tokoh Belia Wanita Kelantan (2002). Pada 2009, beliau menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Kerajaan Persekutuan.

Sudah pasti pemergian Allahyarham yang dikenali sebagai seorang yang peramah dan sentiasa berfikiran positif itu satu kehilangan besar kepada rakyat yang berharap wujudnya suasana harmoni di negara berbilang kaum dan agama ini.

Oleh itu, sebagai menghargai sumbangan beliau khususnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, semua pihak seharusnya mengikut nasihat Presiden Majlis Hindu Malaysia, Datuk R. Nadarajah semalam yang mahukan segala harapan Allahyarham dipenuhi.

Harapan Allahyarham yang sering disebutnya adalah jawatankuasa itu harus bergerak di atas titik persefahaman antara penganut agama ke arah perpaduan dan keharmonian kaum.

Allahyarham juga mahukan Isu-isu yang membabitkan pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan tanah perkuburan diselesaikan secara bijak sesuai dengan konteks Malaysia.

Khamis, 24 Februari 2011

Datuk Ilani Isahak meninggal dunia

Feb 24, 11 11:05am


Ketua Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama, Datuk Ilani Dato' Isahak meninggal dunia di Kuala Lumpur, awal pagi ini akibat barah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon mengesahkan perkara itu melalui SMS dan berkata beliau akan memberikan penghormatan terakhir di rumah allahyarham.

NONEIlani, 57, meninggal dunia jam 6.05 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Jenazah allahyarham kemudiannya dibawa ke rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail tengah hari ini dan akan disembahyangkan di Masjid Taqwa di Taman Tun Dr Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen Kota Bharu, Kelantan selama dua penggal bermula 1990 hingga 1999 atas tiket Parti Semangat 46.

Ketua

Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama yang penuh kontroversi itu ditubuhkan tahun lalu dengan Ilani dilantik sebagai ketuanya.

Illani, yang merupakan kelahiran Kelantan, meninggalkan suami Adam Camille Rustum Mohd Ibrahim, serta tiga anak lelaki dan seorang perempuan.

Aktif dalam politik melalui Umno sama ada peringkat di negeri dan pusat serta pernah menjadi Pengerusi Biro Antarabangsa Wanita Umno Malaysia pada tahun 2004.

Sementara itu, Bernama melaporkan presiden Majlis Hindu Malaysia Datuk R Nadarajah menyifatkan pemergian Illani sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

"Kita akan memenuhi harapannya agar matlamat jawatankuasa persefahaman dan keharmonian antara agama ini tercapai," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

____

Nota: Allahyarham berketurunan Rao dan adinda kepada Hjh Alinton Dato' Isahak (Naib Yang DiPertua 2 Persatuan Jalinan Rao Malaysia [JARO]). Bagi pihak AJK dan ahli-ahli JARO saya mengucapkan takziah kepada Hjh Alinton dan keluarga serta berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya. Amin - Jari Basurek

Khamis, 17 Februari 2011

MEREBUT HATI RAKYAT RAO MELALUI TONSIL (PANGGUNG SANDIWARA) DI TAHUN 1940-1945












Sejarah Ninik


Almarhum Ninik Bustami bin Raja Adil gelar Raja Manuncang bin Sultan Adil Gelar Sutan Sulaiman, lahir di Rao pada tanggal 9 April 1909, Beragama Islam dan menyelesaikan H.I.S, Kweekschool di Bukit Tinggi. Menikah dengan Almarhumah Nurma Dahniar binti Aminullah gelar Sutan Kumalo, lahir di Rao pada tanggal 16 Mei 1919. Dari Perkawinan tersebut diperoleh 3 orang putri, yang pertama Hj. Gustina Emmy, lahir di Binjai, tanggal 16 Juni 1939, kedua Hj. Ashma Farida, lahir di Binjai, tanggal 29 Maret 1941, dan ketiga Hj. Ida Fathma, lahir di Binjai, tanggal 28 Maret 1943.

Ninik Bustami memulai kariernya di tahun 1930 sebagai Krani di United States Rubber Plantations, Inc. Bunut, Kisaran, kemudian sebagai kepala HIS Partikelir di Binjai tahun 1931 sampai 1939, selanjutnya bersama Almarhum Amir Hamzah selaku sahabatnya mereka membuka sekolah di Selesai Langkat (Schoolopzeiner/Volksschool No.2) pada tahun 1940 sampai dengan 1942. Dikala bersama Amir Hamzah yang juga seorang Pangeran dari Kerajaan Langkat, berdua mereka berjuang untuk menjadikan anak bumiputera untuk belajar dan tidak terbelakang dalam pendidikan dan pengetahuan. Namun cita-cita mulia mereka terhempas, dikala terjadi kerusuhan di Langkat, dan menewaskan Amir Hamzah. akhirnya Ninik kembali ke Rao.

Terjadinya perperangan di tanah air, tahun 1945 an, Ninik kembali ke Rao, dan menjadi Wali Negeri Rao di tahun 1945 sampai dengan tahun 1949, setelah melepaskan tanggungjawab sebagai Wali Negeri, Ninik melakoni hidup menjadi Intelligent merangkap Kepala Perbekalan Staff ke Sumatera yang berkedudukan di Rao, hal ini dilakoni Ninik sejak tahun 1949 sampai dengan 1950. Kemudian Ninik diangkat menjadi Anggota Executive Dewan Pemerintahan Wilayah (DPW) Rao, di tahun 1950-1951, kemudian hijrah ke Medan dan menjadi Komis pada Dinas Penyempurnaan Pengetahuan dan Keahlian (DPPU) TT-I di Medan, tahun 1951. Selanjutnya diangkat dan diberi kepangkatan oleh Tentara Republik Indonesia sebagai Pembantu Letnan, dan sebagai Kepala Biro Pendidikan DPPK TT-I Medan, tahun 1951-1952, kemudian menjadi Perwira DPPK-KMKB Medan, tahun 1952-1953. Selanjutnya sebagai kepala biro pendidikan LPPU-TT I Medan, tahun 1953-1956. Di tahun 1956 sampai 1959 kepangkatan Ninik dinaikkan menjadi Letnan II, kemudian tahun 1959 – 1960 menjadi Perwira DPPU-MKB Medan. Tahun 1966 pensiun dari TNI, dan sebelumnya sejak tahun 1962 sampai dengan 1970 bekerja di Ex N.V. Deli Spoorweg Maatschappij di Medan.

Ninik wafat pada tanggal 13 Januari 1990, di Medan, dimakamkan di perkuburan Muslim Sei Batugingging Medan. Dan Uci Nurma Dahniar, wafat di Bukit Tinggi pada tahun 1945, meninggal di Rumah Sakit Umum Bukit Tinggi. Dan dikebumikan di perkuburan Muslim Bukit Apik, Bukit Tinggi.
Sejarah Rao Yang Dikaburkan

Ninik menguasai dua bahasa secara baik, yaitu bahasa Inggris dan bahasa Belanda, bidang pengetahuan yang dikuasai ninik adalah bidang Geografi. Prestasi Ninik di tahun 1940 an mendirikan ‘Tonil’ (group panggung sandiwara), yang menampilkan cerita-cerita rakyat, terutama tentang perjuangan pasukan Paderi, dengan pimpinan panglima Tuanku Rao, Tuanku Tambusai, dan Baginda Suman, hal ini sengaja di kedepan ninik saat itu dalam upaya mengembalikan semangat dan kepercayaan masyarakat Rao terhadap kepribadiannya.

Panggung Sandiwara ini sekaligus menjadi media kapampanye Ninik dalam melawan segala bentuk penjajahan di tanah Rao. Kepada kami, beliau pernah menyampaikan kritikan dan ketidak setujuannya terhadap tulisan dan pandangan Buku karya MO Parlindungan terhadap Tuanku Rao. Menurut beliau banyak kesalahan didalamnya dan berbahaya bagi sejarah, tentunya bahaya bagi generasi penurus Rao kedepannya.

Karena ketidak puasan beliau maka, beliau berhasil membuat buku, dengan tulisan tangan ninik sendiri, namun naskah tersebut pernah dipinjam oleh kemanakannya yang dikenal di Indonesia sebagai Sastrawan Angkatan 66 dan juga sebagai Sutradara terkenal di Indonesia, yaitu, drh. H. Asrul Sani bin Sultan Syahir Alamsyah (ayah beliau Demang di Padang Unang). Oleh beliau dibawa ke Jakarta, dan sampai saat ini naskah asli ninik tidak pernah lagi ditemukan. Walau demikian Ninik kerap menjadikan mamak Yusni Tahmrin bin Chaidir, beliau inilah oleh ninik sudah dianggap anak sendiri. Dengan beliau ninik kerap melakukan diskusi terhadap perkembangan dan pertumbuhan rakyat Rao. Apa lagi Mamak Yus (Yusni Tahmrin bin Chaidir) ini seorang jurnalis senior di kota Medan. Banyak tulisan-tulisan kritis beliau terhadap demokrasi, politik dan budaya. Bagi kami mamak Yus ini merupakan naskah tidak tertulis tentang Tuanku Rao, tetapi sayang beliau telah tiada dan dimakamkan di Jakarta.
Gerakan Rakyat Rao di Medan

Awal tahun 1992, di inisiasi oleh Drs. H. Fauzy Ahmad Parinduri bin Ahmad (suami dari Hajjah Ida Fatmah binti Bustami bin Raja Adil), Rusman bin Hakim, Rahanum, SH, MKn. Binti Datuk Ginda, dan Hajjah Ashma Farida binti Bustami bin Raja Adil bin Sultan Adil, terbentuklah Perkumpulan Keluarga Raja Adil di Medan, dan terkumpulah keturunan Raja Adil di Kota Medan dan sekitarnya. Data terakhir diperoleh 35 kepala keluarga. Tetapi sayang gerakan perkumpulan ini terhenti di awal tahun 2000. Dan dari data tersebut diketahui bahwa keturunan Raja Adil tersebar di Kota Medan, kota Binjai, Kisaran, Air Batu, Tebing Tinggi, dan lainnya.

Alhamdullilah, walau berdiri sebentar, namun perkumpulan ini berhasil melengkapi silsilah keluarga yang lebih dahulu dibuat oleh ninik. Dan selanjutnya secara tidak langsung, terdata kembali generasi turunan keluarga Raja Adil di kota Medan.

Perempuan yang Tegar dan Beriman

Bagi ninik, sosok Uci Nurma Dahniar binti Aminullah gelar Sutan Kumalo begitu kuat dan berkesan baginya. Terhadap kami cucunya, beliau bercerita begitu kagum dan bangganya ninik terhadap sosok uci yang berjiwa social itu. Uci aktif dalam organisasi kemasyarakatan dan keagamaan di Rao, uci termasuk anggota PERTI (Persatuan Tarbiyah Islamiyah), uci selalu mendatangi rumah muridnya bila kedapatan tidak hadir di dalam kelas, dengan segala upaya, akhirnya Uci selalu berhasil membawa kembali muridnya ke dalam kelas untuk belajar. Begitulah uci melakoni dirinya sebagai seorang guru.

Bahkan anak-anak kandung uci, belajar bersama dengan anak-anak lainnya di dalam kelas, tanpa membeda-bedakan status social anak-anak. Saat itu uci tergolong masih muda, dan memiliki anak-anak yang masih kecil, namun uci selalu tegas terhadap para wali murid yang menentang anak-anak mereka untuk bersekolah. Uci tidak gentar dengan orang tua murid yang bisa jadi adalah bahagian dari mamak, ame, onne, mak tuo, angah, atau setalidarah dengan uci. Begitulah uci kalau sudah menyangkut sekolah tidak boleh tidak, harus sekolah. Menurut uci, semua harus belajar biar tidak menjadi bodoh dan tidak dijajah.

Akhirnya uci wafat dalam usia muda (32 tahun), saat penjajahan Jepang 1945 memasuki tanah Rao dan Sumatera Barat. Karena kekurangan fasilitas, sehingga uci yang mengindap penyakit appendixs (usus buntu) tidak dapat tertolong lagi. Uci meninggalkan ninik dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil (Tina; 9 tahun, Inong; 6 tahun, dan ida; 3 tahun). Akhirnya Ninik membawa anak-anak ke tanah Deli (kota Medan), sehingga akhir hayat ninik, di tetap membesarkan anak-anaknya sampai memiliki cucu (13 orang dan 23 cicit) yang kini menyebar di Medan, Kisaran, Jogja, Jakarta, Batam, Qatar, Padang, Singapore, Samarinda, dan Bandung.

Dibuat di Medan

16 Februari 2011

Oleh : Efrizal Adil Lubis, MA.


https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gifhttps://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif

Efrizal Adil

kepada sekondakhati,



Assalamualaikum

Terima kasih sebelumnya, dimana email saya ini terima dengan baik, jauh dihati ini saya sangat beryukur terhadap Allah SWT, Insya Allah seluruh keluarga berkeluarga dari Rao, khususnya di Tarung Tarung yang merantau baik di tanah deli maupun di tanah melayu atau di tanah jawa dan sebagainya tetap menjalin komunikasi dan berbagi informasi sehingga segala sesuatu dapat terkabarkan dengan baik.

Saya mohon izin untuk menambah kazanah di dalam blog Sekondak Hati dengan menulis sebuah cerita yang sesungguhnya merupakan otobiografi dari Ninik Saya (Bustami bin Raja Adil bin Sultan Adil) yang Insya Allah menjadi 'Lesson learn' bagi banyak orang, dan tulisan ini bukan hendak menonjolkan sosok ketokohan, tetapi lebih kepada semangat orang tua terdahulu yang sangat kuat, ikhlas, jujur, bijaksana, dan bernuansa keimanan.

dan bersama ini juga saya kirimkan beberapa silsilah keluarga, dan foto-foto sebagai bahan masukan bagi blog sekondak hati.

Tetapi maaf sebelumnya, kalau tidak salah pengertian 'sekondak hati' mestinya "sutan sendati"? menurut orang tua saya semestinya demikian.....

Nota: kutipan dari e-mel sekondakhati oleh Jari Basurek

Isnin, 14 Februari 2011

SILSILAH NINIK BUSTAMI BIN SULTAN ADIL BIN RAJA ADIL DARI TARUNG TARUNG RAO





Assalamualaikum

Alhamdullilah, saya sangat senang bisa menemui blog 'sekondakhati' dan yang lebih menggembirakan bagi saya adalah saya menemukan silsilah keluarga saya, dan bersama ini saya coba untuk memberikan beberapa foto-foto keluarga yang Insya Allah bisa menjadi masukan bagi kita semua.

Sebelumnya saya adalah cucu dari Almarhum Bustami bin Sultan Adil bin Raja Adil, saya lahir dari salah seorang anak beliau yang bernama Inong (Hajjah Ashma Farida) yang menikah dengan Dr. Haji Rustam Effendi Lubis. dan saat ini saya bekerja di bidang Kesehatan Lingkungan, dan saat ini saya sedang bekerjasama dengan United State Aids (USAID) untuk program Orangutan Sumatera Conservation Service Programme, dan Wildlife Conservation Society (WCS) dalam program green PNPM di Natal, Singkuang dan Muarasoma (Mandailing).

Bila menghubungi saya bisa mempergunakan email ini (
efrizal@yahoo.com) atau ke nombor mobile: 081361669280 dan 08126003744

Selasa, 1 Februari 2011

Lawatan urang Rao Kg Daching NS ke Gopeng, Perak


Kunjungan keluarga Rao Kg Daching, Mantin, Negeri Sembilan ke Gopeng, Perak pada Sabtu 5 Februari 2011 akan menjadi "mercu tanda" hubungan silaturrahim masyarakat berketurunan Rao (Rawa) di negara ini. Gopeng merupakan lokasi masyarakat Rao terbesar di Semananjong selain Raub, Pahang. Kunjungan ini diketuai oleh tokoh Rao tersohor, Dato' Baharuddin Omar @ Anjang Aki dengan 60 orang anggota rombongan menjadi tetamu istimewa masyarakat Rao Gopeng, Timoh, Tapah, Ipoh dan Batu Gajah.

Mereka akan menyambut tetamu Kg Daching di Masjid Al Rahman Kg. Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak bermula jam 9.00 pagi yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, tokoh Rao kelahiran Gopeng yang pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Sempena kunjungan ini tetamu serta masyarakat Rao tempatan akan dijamu dengan juadah Rao seperti Asam Daging, Ikan Koli Rondang Bercabai, bubur Anak Lobah, Kelamai dan sebagainya. Selain itu borang keahlian Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) serta penjualan buku Sekondakhati, Rao Di Sana-Sini dan Puisi Rao Nusantara di samping produk IKS buah tangan usahawan Rao tempatan akan diadakan sepanjang majlis berlangsung.

Selepas solat zuhur tetamu akan dibawa ke tebing Sungai Kampar di Kg Jahang untuk sesi taklimat sejarah penerokaan Kg Jahang oleh orang Rao kira-kira seabad yang lampau. Keunikan Gua Tempurung juga akan dikunjungi seandainya masa mengizinkan.

Kepada urang Rao di seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan program kekeluargaan tersebut bagi mengeratkan silaturrahim dan ukhwah dalam kalangan masyarakat Rao. JARO mengucapkan terima kasih sekiranya anda sudi singgah ke majlis ini.

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao