Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Rabu, 22 September 2010

Orang Rao Pahang kurang jadi ahli Persatuan JARO Malaysia. Kenapa ?


Seorang rakan dalam AJK Persatuan JARO (Jalinan Rao) Malaysia ada merungut kepada saya minta bantu dapatkan ahli-ahli baru dari kalangan orang-orang rao di Pahang terutama di Raub. Katanya bilangan ahli dari Pahang sangatlah sedikit berbanding keahlian orang-orang rao dari negeri lain terutamanya Perak yang lebih mendominasi persatuan ini.

Mengikut maklumat taburan daerah-daerah permukiman suku rao di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, majoriti suku rao ini terdapat di daerah Kampar, Perak iaitu di Pekan Gopeng, Kampung Pulai,Kampung Rao, Jelintoh, Sungai Itek, Pintu Padang, Lawan Kuda, Gunung Mesah Hulu, Gunung Mesah Hilir, Gunung Panjang, Chulek, Kampung Jahang, Jeram, Bandar Kampar dan Air Kuning. Selain itu di daerah Batang Padang, Perak seperti Kg. Batu Masjid, Pekan Temoh, Batu Melintang, Lubok Katak, Tapah Road, Kg. Rayo Tapah, Kampong Ampang Tapah, Kampong Dusun Mudo Tapah, Kampong Datok Tapah, Bandar Tapah, Batu Tiga, Jalan Paku Bidor, Bandar Tanjung Malim, Slim River dan Ulu Bernam.

Suku rao ini juga di kenalpasti ada terdapat di sekitar daerah Kinta iaitu di Kuang, Batu 9 Chemor, Bandaraya Ipoh, Gunung Rapat, Sengat, Sindu, Tekah dan Batu Gajah. Di kawasan Hilir Perak pula ada di Chikus, Bandar Teluk Intan dan Sungai Sumun, di Selama dan juga Semanggol, Perak.

Di negeri Selangor pula , penduduk yang ramai dari suku rawa ini bertaburan di serata tempat di Lembah Kelang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Bandar Petaling Jaya, Bandar Shah Alam, Kalumpang, Gombak, Subang, Bangi dan Semenyih..

Di Negeri Sembilan, suku rawa/rao ini terdapat di Kampung Dacing, Kuala Pilah, Lenggeng dan Kampung Rao, Mantin.

Di utara semenanjung, suku rao boleh di dapati di Sungai Petani dalam daerah Kuala Muda, di Serdang dan Padang Serai di daerah Kulim, Kedah.

Di Negeri Pulau Pinang pula di sekitar Kampung Rao Tanjung, Lebuh Acheh Tanjung, Gelugor, Bayan Baru, Butterworth dan serata tempat di negeri tersebut.

Di Negeri Kelantan suku rao banyak mendiami beberapa kampong di Pekan Pasir Mas dan di Negeri Terengganu pula suku ra0 boleh di dapati di Kampung Pasir Raja, Dungun. Terdapat juga minoriti suku rao di Kota Tinggi Johor.

Di Negeri Pahang, suku rao di kenalpasti ramai berada di daerah Raub terutamanya di Kampung Hulu Gali, Pintu Padang, Kampung Tanah Bercangkul, Kampung Gali Tengah, Kampung Gali dan Kampung Gali Hilir. Selain dari itu ada juga tinggal di kampung sekitarnya seperti Dong, Temau, Ajai, Sega, Sengkela, Gesing, Kampung Melayu Sempalit dan lain-lain.

Pada 31hb. Julai 2010 yang lalu, satu lawatan ke Raub, Pahang telah di anjurkan oleh JARO kelumpok Gopeng, kelumpuk Kalumpang dan kelumpok Ipoh bersama-sama Persatuan Jalinan Rao Malaysia. Rombongan seramai 40 orang ( 1 bas persiaran ) tersebut singgah ke Raub dalam perjalanan melawat keKuala Terengganu dan Kelantan. Lawatan selama 3 jam setengah itu bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dan menguatkan semangat kekeluargaan antara ahli-ahli dari kalangan Melayu berketurunan rao, menambah keahlian Persatuan di samping bertukar-tukar pandangan dan menjual buku-buku dan lain-lain penerbitan Persatuan.

Cuma dalam majlis itu, pihak tuan rumah dapat mengumpulkan seramai 20 orang sahaja dari kalangan penduduk rao setempat. Ramai yang tidak dapat menghadirinya kerana sibuk dengan program-program hujung minggu di kampung masing-masing.

Di sini inginlah saya mengajak kepada sekelian orang rao terutamanya di daerah saya sendiri di Raub dan di mana-mana juga di Pahang ini, jadilah ahli Persatuan JARO ini dengan mendapatkan borang keahlian daripada Setiausahanya, Encik Tahiruddin Ahmad (h/p : 016 5200550 - Ipoh ) Yuran ahli adalah sebanyak RM50 (seumur hidup); bayaran pendaftaran sebanyak RM5 atau email kepada chttsb@yahoo.com

sumber: http://marisma.multiply.com/journal/item/197/Orang_Rawa_Pahang_kurang_jadi_ahli_Persatuan_JARO_Malaysia._Kenapa
(cucu stialam's site)

2 ulasan:

  1. Cerito pasal RAO sana-sini, nampak gayonya tak ramai yang tau mengenai orrang RAO Kelantan. Jiko nak dikiro, dokek Kelantan ado lobih kurrang 4500 orrang RAO. Mereka adalah dari keturunan Sutan Amir Kaharudinn Budiman (SAKAB). ANtaro daerah yang ado orrang RAO ialah Kg Cetok (Pasir Mas), Lundang (Kota Bharu) dan Kg Labok (Machang). Tempoh hari kami ado menerimo kunjungan orrang2 RAO dari Gopeng, Selangor dan Penang. Perjumpaan diadokan di Kg Cabang ompet Cetok, P.Mas (Di kilang Minyak Mastika).

    BalasPadam
  2. JARO kurang aktif dan kurang ahli kerana tiada forum atau platform yang interactive yang dipantau atau di gerakkan on line. Webpage JRAO Pahang langsong tidak updated. Elok kalau ada satu tempat atau pusat secretariat..di Kuala Lumpur dimana orang Rao bulih berjumpa..

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao