Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Rabu, 3 Mac 2010

Perarakan Maulidur Rasul Di Gopeng, Perak


Orang Rao tempatan dijemput menyertai Perarakan Maulidur Rasul di bawah sepanduk "Persatuan Jalinan Rao Malaysia- JARO" (Kelumpuk Gopeng). Ketua Biro Keahlian JARO , Hj Harith Zainal Abidin (foto) berkata, perarakan bermula dari Padang Bandaran Gopeng menuju ke Masjid Jame' Baru Gopeng sepejalan kira-kira 600 meter. Perarakan bermula 7.30 pagi pada Sabtu, 6 Mac 2010. Semua peserta hendaklah berpakaian Program sopan, kemas dan bersesuaian.

Di samping itu, Sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H anjuran J/Kuasa Kariah Masjid Jamek Baru Gopeng, satu pertandingan Azan (kategori umur 7-12 tahun) turut diadakan pada sebelah pagi. Manakala Ceramah Perdana mengenai Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Tan Sri Hj Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak selepas solat Mahgrib. Program ini bertemakan "Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah".




7 ulasan:

  1. Sebok sang berarak..nabi tak buek pun..Maksiat dikampung-kampung indo tecogah dek org tuo-tuo ko..cakop sang godang,setiop kali kawin ado sang pancaragom,ado bapok dan anak mudo mabuk..selosaiken bondo ko dolu..ito yang nabi suroh..buken berarak becampur leleki pempuan..!!

    BalasPadam
  2. kepada urang gopeng... usah melenting. berlapang dadalah... usah menghentam orang yang nak sambut maulidur rasul. Usaha ini murni... diharap dengan adanya maulidur rasul akan berkat hidup seterusnya akan menjadikan umat kita akan mudah menghindari maksiat. tegah maksiat adalah tanggungjawab semua, usah tuding jari menyalahkan orang itu orang ini akhirnya maksiat di dalam rumah tangga kita, kita buat-buat pejam sebelah mata... sekian.

    BalasPadam
  3. ey kao "urang Gopeng"!, kao jangen boyeyo mongoriek urang, borimpou anak bini sadung smondo kao dolu, bak lah longkok sgonok sang kuak sampei lah boyeyo bagei nak bocokak pulo disiko. kokoh tang kelaku kao bak nongko? me lah tocolo di kao ado urang buek maksiet di kampuong apo ti kao buek? ontok sang ndo monggariek kuak?

    boyeyo sang brandei, poii sang kao mololah urang pancaragom to bak tontu sikik andei godang kao ko, lah bobuek betu? me olun lek, sogen.... bak nongko la, bosuo sang kao ke urang rumah monikah to kok dapek kao pujuok nyo bak brontiken sang joget ndo kotuen to. kao ko lek...brandei bak tokluseh sang, jangen buek malu urang Rao Gopeng.

    smodang sang sorayo urang nyolosei masalah maksiet cek e, poii kao monggariek dolu nyolosei maksiet to, jangen kecek sang disiko, lah monggariek kao baru te diimbou urang sado, itu te.

    BalasPadam
  4. Salam ukhwah..maksiat berlaku di mana-mana, hanya iman & keimanan menjadi benteng. Tiang agama bermula di rumah, anak-anak melihat & mengikut rentak ibu dan bapa..kalau 'ondeik beronggeng'..beronggeng la anak-anak. Tepuk dada tanya iman..wallahualam

    BalasPadam
  5. iko lah kito, asik bercokak sang! tapi, tadak sapo yg botol, tadak yg salah. ako kurang setuju semuonyo bermulo dirumah, kekadang omak ayah nyo urang baik2, tapi anaknyo, ontahlah....pengaruh kekawen ado yo! macom ko lah, kito bercokak pun indo guno, samo2lah kito berusoho dongan doa sekali supayo maksiet ko tadak dalam kampung kito. Semuo orang ado peranen! indo iyo???? mintak maof yo!!

    BalasPadam
  6. iyo pa ei, ginari la ramei urang awak ko bak monajak borilmu amek, tapi lek, nyonyo pendo monggariek smodang sang botulak urang kodopen, apo keadok betu, ito tey, bughrak sang godang. ndo urang awak sang bak iko, sadoalah manusio soboben bak nongkeh klaku. diboburak sang awak, andei nyonyo sang tontu. urang Gopeng teh, jangen kecek kao sang tontu, ci buek ompon.

    BalasPadam
  7. Moop yo, mnumpang lalu..apo tang yg kelien kecek ke..somuonyo telotak pado niet..

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao