Jumaaat hari ini, 26 Februari 2010 aku melewati Pekan Lumut yang telah lama ditinggalkan. Lumut, suatu ketika dahulu termasuk dalam jajahan Dindings. Jajahan ini pula dibuka oleh Nakhoda Mohd. Taib, orang Batu Bara dari tanah seberang. Nakhoda Mohd Taib pernah memerintah sebuah kerajaan Melayu Kuala Sepit, kini terletak di pesisir Selat Dindings, menganjur jauh sedikit dari Jeti Lumut sekarang.
Nakhoda Taib terkenal sebagai ahli perniagaan dan pelayaran di samping seorang perwira yang memiliki sebilah keris sakti bernama helang menyambar yang ditakuti musuh. Dia juga mempunyai kenderaan air khas yang digelar lancang kuning lengkap dengan sebuah gong tetawak dan sebatang tongkat; semambu bangkut.
Jajahan Dindings kini dikenali sebagai daerah Manjung dan Lumut pula diistiharkan sebagai bandar pelancongan dan miritim pada tahun 2009 oleh Sultan Perak.
__________
nota: Loghat suku Batu Bara hampir serupa dengan Rao. Ada sebuah kampung di daerah Manjung bernama Kg. 40 Rantai, kira-kira 10 km dari Ayer Tawar, Perak sebilangan besar penduduknya berketurunan Batu Bara. Pergilah ke sana anda akan "terpedaya" lalu mengatakan bahawa bahasa pertuturan mereka adalah dialek Rao tetapi jika diamat-amati ia bukan Rao sebaliknya Batu Bara.

Assalamualikum wbkt Sdr Sekondakhati,
BalasPadamMohon izin singgah. Blog sdr amat informatif, khususnya mengenai Perak & suku kaum Rawa. Insya Allah melalui blog ini saya akan memperolehi banyak maklumat baru, berterusan. Terima kasih.
Terima kasih kembali Temuk. Sama-sama kita berkongsi maklumat.
BalasPadamTerima kasih kepada saudara yg menyediakan laman ini. banyak menafaat info keturunan Rawo buleh diikuti bagi keturuan Rawo yg berminat mengenainya.Saya tidak pasti dialeg Rawo yg sebenar kerana arwah ayah tidak menuturkannya dirumah kerana jiran sekitar (Gombak, S'ngor) berlainan dialeg minang. Hanya lah tahu mengenai dialeg ini setelah saya mengikuti rakan ke Kg.Sg.Itek Gopeng. Teringin juga untuk bertutur dialeg Rawo dan berkunjung ke Sumatra Barat asal usul Rawo.
BalasPadamOrg Batu bara ini orang keturunan apa?
BalasPadamBatu bara asalnya dr kepulauan jawa kalau x silap.Ada sangkut pqur keturunan minang. Sy org kg 40 rantai. Sume anak jati malaysia cm asal usul nenek moyang dr sana.
PadamUsah takut pergilah ke bb.di sana ramai org melayu.cuma kalau boleh cari sedikit info pada org tua2 di mana kampong asal di bb.
PadamOrg batu bara bukan dari kepulauan jawa org batu bara asal dari sumut.sumetera utara.org batu bara org melayu.bercampur bahasa minang.alhamdulilah saya dah sampai ke sana 4 kali menjejak asal keturunan.di tanjung tiram kacamata 50.
BalasPadamCam ne nk pegi ke sane? Kturunan saya di kmpong 40 rantai asal dari sna.
PadamAslmkum, cayolah sedaro aku pun asal urang sanan gak dikesompatan pagi ni sesajo jo aku tinjau blog sedaro ni ontah konal ontahkn tdk tp kalu disorehkn raso2nyo bkn urang lain hehehe.. golak jap apopun klu xdo aral melintang esuk potang sampailah aku kt kg tercinto ni iaitu kg 40 rantai apopun tahniah buat sedaro yg buat blog ni apopun rimau totap rimau xkn jd todong plak hahaha..
BalasPadam