Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. |
Askm lamo tak masuok siko. lopeh computer rosak link sekondakhati pun dah hilamg baliek. nasib baika do abang yang bagi tahu namo link ko. salam buek tuen punyo blog.
BalasPadamsdr jamil kita boleh jumpa di kg. rawa Pulau Pinang pada 24.4.2010 nanti...kunjungan JARO ke Pulau Pinang.
BalasPadamSalam sdr Jari Basurek
BalasPadamTahniah! Nampaknya memang popularlah karya sdra itu. Semoga terus berkarya. Semoga pertemuan keluarga besar di Pualu Pinang itu berjaya & diberkati Allah.