Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Khamis, 19 November 2009

TOKOH ANAK KALUMPANG – ALMARHUM DATUK HJ. BUYONG (Ar-Rawi)

Almarhum Datuk Hj Buyong bin Abdullah JSM dilahirkan di Kg. Gumut Kalumpang pada 6 Oktober 1920. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kalumpang pada zamannya iaitu sebelum pemerintahan Jepun di Malaya.

Beliau melanjutkan pelajarannya di Batu Road School, Kuala Lumpur, kemudian ke Sekolah Maxwell dan akhir sekali di Victoria Institution. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Technical College Kuala Lumpur, di samping itu beliau bekerja di Jabatan Telekom sebagai Juruteknik. Pada 1949, beliau menerima biasiswa “ Queen’s Scholarship” untuk mengambil kursus kejuruteraan di Telecommunication College London. Beliau kembali ke Malaysia setelah menyempurnakan pelajarannya selama 3 tahun 8 bulan iaitu pada 1954.

Beliau bertugas di Jabatan Telekom Kuala Lumpur sebagai Assistant Controller. Beliau pernah berkhidmat di Bukit Mertajam, Seremban, Kuantan dan Ipoh. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Controller Telekom dan Pengarah Telekom. Sebelum bersara, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Telekom Malaysia dan antaranya telah melancarkan Stesen Satelit Telekom di Kuantan, Pahang untuk memudahkan perhubungan telefon Malaysia ke peringkat antarabangsa. Beliau merupakan anak Melayu pertama dilantik memegang jawatan tersebut. Sewaktu beliau menjadi Pengarah Perancangan Jabatan Telekom, beliau telah dianugerahkan bintang Johan Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Beliau bersara sebagai Ketua Pengarah Telekom pada 1976.

Setelah bersara, beliau dianugerahkan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah dengan gelaran Datuk Mangku Bumi Selangor yang membawa makna Datuk Diraja Selangor. Beliau kembali ke Rahmatullah pada 10 Ogos 1987. Datuk Diraja Hj. Buyong adalah salah seorang cucu Panglima Kanan yang membuka Kalumpang. Beliau merupakan anak pertama Kalumpang yang menjadi Jurutera dan merupakan salah seorang penaung Persatuan Anak Kalumpang. Jasa beliau semasa hayatnya sentiasa menjadi kenangan kepada penduduk Kalumpang, kerana ramai anak Kalumpang diambil bekerja di Jabatan Telekom Malaysia. Beliau merupakan seorang yang peramah, mudah mesra dan sentiasa bertegur sapa terutamanya dengan orang Kalumpang. Beliau juga seorang yang jujur, lemah lembut tutur bahasanya dan sangat dihormati oleh sesiapa sahaja. Datuk Diraja Hj Buyong juga merupakan anak Melayu pertama berjaya sebagai Electrical Engineer pada zaman sebelum merdeka. Beliau juga anak Kalumpang yang pertama menjadi jurutera. Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Dzulkifli Buyong (dengan isteri pertamanya Saadiah bte Mohd Amin- berpisah) dan tiga orang anak lagi iaitu Ezani Hamzah, Ahmad Zaini dan Aida Fitri (dengan isteri keduanya Datin Hjh Rahmah bte Hamzah).


Sumbangan:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

Jari Basurek: Terimaksih Dzulkifli, Indo ado gambar ko?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao