Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Sabtu, 21 November 2009

Lawatan JARO ke Kg. Daching Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan


Tanggal 21 November 2009 tercatat satu lagi sejarah Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) kerana
berjaya mengadakan ziarah saudaro awak di Kg. Daching Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan. Hujan renyai-renyai sesudah subuh hari itu tidak mematahkan semangat kami untuk berkunjung ke Lenggeng. Sebuah bas persiaran muatan 43 orang dan sebuah MPV membawa kami ke destinasi. Rombongan ini dianjurkan oleh Kelumpuk Rao, Gopeng yang diketuai oleh Puan Mazidah dan Puan Normah. Bagi pihak Jawatankuasa Induk JARO diwakili Setiausahanya, Sdr Tahirruddin Ahmad dan Hj. Harith Zainal Abidin (Ketua Biro Keahlian). Walau bagimanapun, pesertanya tidak hanya dari Gopeng bahkan ada Rao Sg. Sumun (berhampiran Bagan Datoh) , Ipoh, Tambun, Rapat Setia serta Tanjong Malim. Lawatan ini turut disertai beberapa pemimpin Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) iaitu Hj Zabidin Hj Ismail (Presiden), Prof Dr HM Bukhari Lubis (Timbalan Presiden), Hj. Mohd Sabri Ibrahim (Timbalan Setiausaha Agung) dan Dr Hj. Talib Samat (AJK/Pensyarah UPSI).

Setiba kami di Beranang berhampiran Lenggeng, Negeri Sembilan rombongan kami disertai pula Rao dari Kuala Lumpur iaitu Dato' Aziz Shmasuddin (Mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Syawaluddin Md. Din (Naib Presiden 3, Persatuan Pedangan dan Pengusaha Melayu Malaysia-PERDASAMA) dan Afriadi Sanusi (pelajar Ph.D Universiti Malaya-warga Rao Sumatera Barat, Indonesia).

Sebaik saja turun dari kenderaan, kami disambut meriah dan ramah mesra penduduk-penduduk Kg Daching Hilir yang diketuai oleh Hj Baharum Alias (Imam), Sdr Maulud (Ketua Kampung) serta Dato Hj Baharudin Hj. Omar (Anjang Aki). Kelihatan mereka terharu kerana inilah rombongan silaturrahim julung kali bertandang ke kampung mereka, apatah lagi yang datang itu merupakan saudara-saudara Rao seketurunan dengan Tupin, gadis misteri dari Rao, Sumatera Barat, pembuka kampung itu.

Menurut Anjang Aki penduduk kampung ini kebanyakannya berketurunan Rao tetapi telah "diminangkan" mengikut adat perpatih termasuk loghat dan budaya. Namun demikian, identiti Rao masih kekal di sini. Misalnya, juadah tengah hari cukup menyelerakan dengan masakan Rao asli iaitu gulai lemak nangka campur ayam kampung salai, sambal tumis ikan keli, rendang pucuk ubi bersama ayam kampung salai serta rebus terung telunjuk dengan sambil bilis mentah perah asam limau.

Sesudah menjamu selera, kami menunaikan solat zuhur di Surau Solok. Sewaktu ketika dahulu, surau ini digunakan untuk bersuluk atau berkhalwat. Selesai zuhur diteruskan bertahlil kemudian ke majlis suai-kenal yang dimulakan oleh Dato' Aziz Shamsuddin dan diakhiri dengan penjualan buku Sekondakhati, Rao di sana-sini, Puisi Rao Nusantara dan pelekat kereta. Jam 4.00 petang kami bertolak pulang dengan membawa seribu kenangan. Terima kasih penduduk-penduduk Kg. Daching Hilir, Lenggeng. Kami menanti kunjungan anda di Gopeng, Perak.

7 ulasan:

  1. kami penduduk kampuang daching hilir...
    amat bagadang hati kerano warga jaro "amuah" datang ka kampuang kami yg indak sabarapo iko..
    tarimo kasih daun kaladi..
    ado maso awk basuo laie...

    kami manyusun sapuluah jari sakironyo ado layanan yg kurang di senangi samaso majlis iko balaku..
    arok di maaf an..

    BalasPadam
  2. aku memang berkonan bonar nak poie ari tu tapi apokan dayu ado program kek gemoncheh, tampin. dah aku tpon en tahiruddin. lain kali lah kito berjumpo laie. akan ku jongok kelian kesanun.
    sharin gemencheh, tampin, ns

    BalasPadam
  3. ondeik ramei lek warih Rao di sobolah sinon yo, kito ko elok te duduok dodokek bak ndo tingga kecek Rao to, paja ginarin ndo sang ondak cakop Rao, apo tang bak nontu kelaku ndo sang kokoh.

    BalasPadam
  4. waden paja kampung daching hilir..satu kampuang urang rao dan masiag bakecek ikuit adat awak..paie yo kama2..bahaso urang awak tatok di utamo an..

    BalasPadam
  5. aku indak akan lupo akan jaso2 nyo urang2 rao di kg daching sblum iko..apotah laie asa usuar ku..darah rao alah mengalier kadalam batang tubuah ku iko.. hiduik rao..

    BalasPadam
  6. Foto dan Berita Kunjungan JARO ko Dancing koluar dalom Majalah Milenia Edisi April 2010.

    BalasPadam
  7. buleh waden dapek an edisi majalah tu

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao