Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Sabtu, 14 November 2009

Berjalan-jalan di "Sungai Sempit"




Dua tiga minggu lalu, sesudah membentangkan kertas kerja bertajuk Biografi dan Pemikiran Ramli Daud dalam seminar "Sasterawan Felda Ke-2" di UPSI anjuran Fakulti Bahasa dan Sastera serta Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] dalam perjalanan pulang ke Ipoh saya melintasi pekan kecil Slim River. Saya lalui jalan persekutuan ini dengan tepu kenangan lalu kerana laluan itu jarang benar saya gunakan setelah Perak direntangi Lebuh Raya Utara Selatan.
Slim River pekan patriotik. Sebuah pekan kecil terletak kira-kira 90km dari Bandar Raya Ipoh. Di sini ada Rao dan pastinya ada Mandailing. Ada juga Kampar, Batu Bara malah Natar pun ada. Pekan kelahiran Gemulah Dato' Ahmad Boestamam-Pejuang Kemerdekaan Negara dan Sasterawan ini kelihatan "bernyawa" dengan patriotisme! Lihat di jantung pekan ini ada sebatang jalan bernama Jalan Ahmad Boestamam. Dewannya bernama Dewan Tan Sri Ghazali Jawi (mantan Menteri Pusat / Menteri Besar Perak) malahan sekolah menengahnya pula bernama Sek.Men. Keb. Dato Dr Zulkifli Muhammad (Tokoh Politik).
Hebat sungguh Slim River namun kenapa pula namamu masih berbau penjajah? "Slim River "atau Sungai Sempit? Kenapa tidak dinamakan sahaja Pekan Sungai Slim ( Slim sudah diwartakan sebagai nama khas). Yang DiPertua Majlis Daerahnya dahulunya kenalan saya tetapi kini sudah berpindah.

1 ulasan:

  1. Salam...
    Mengikut cerita orang tua saya , perkataan "slim" bukan perkataan Inggeris...Slim adalah alat sukatan beras pada satu ketika dulu...Mengikut cerita emak saya yg berketurunan Rawa...Nama slim itu adalah sempena nama penyukat beras.."LIM".,,, Sewaktu peneroka asal membuka pernempatan baru disitu beras bekalan mereka tinggal SATU LIM sahaja lagi...Jadilah SLIM...Matsaleh tambah river...Sepatutnya Sungai Slim...Wallahulam...

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao