Ini pantun mengenai pokok renek bernama senduduk. Pokok ini tumbuh meliar di merata hutan kecil katulistiwa. Lazimnya pada zaman dahulu, pokok senduduk cukup rasi tumbuh di pinggir kampung tradisional Melayu. Lantaran itulah intelektual Melayu kuno tergerak mencipta pantun empat kerat dengan menggunakan kuasa khayal dan hakikat bagi menggambarkan nasib si pokok senduduk yang tumbuh meliar di depan mata.
Jika anda melewati kampung tradisional Melayu di negara kita, acap kali kita terjumpa pokok senduduk tumbuh bersaingan di sekitar pokok langsat. Perhatikanlah jikalau pokok langsat tidak berbuah, senduduk bagai nak gila berbunga. Tetapi apabila pokok langsat menggila berbuah lebat, seduduk pula malu-malu alah hendak berbunga, kenapa?
Inilah resam alam ciptaan Allah s.w.t dan daripada keadaan itu terbitlah satu teori geografi bahawa di mana ada pokok langsat, di situ ada pokok senduduk. Teori ini juga boleh dikaitkan dengan etnik Rao dan Mandiling iaitu di mana ada Rao di situ ada Mandiling. Apakah etnik Rao dan Mandiling diibaratkan senasib dengan langsat dan senduduk? Renungkanlah semau-maunya, kemudian hayatilah pantun ini;
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Sayu benar mengenangkan nasib senduduk. Langsat jua dipandang orang! Kenapa begitu senduduk? Apakah bungamu tidak kekal di tampuk mewangi dan gugur ke bumi.
Apabila pokok langsat berbuah lebat, orang tak pandang langsung senduduk lantas senduduk pun berendam rasa langsung merajuk tidak mahu berbunga. Tapi, sebagaimana langsat, senduduk pun ada buah juga. Buah senduduk bersaiz rimbang dan berwarna unggu. Rasanya tidak selazat langsat cuma manis-manis kelat. Jilatlah buah senduduk itu, pasti lidah anda bertukar warna!

Salam utk anak Rao dan yg bukan anak Rao. Mana nak berbunga senduduk tu, habih ditobeh, nak mengambik / mengutik langset yang jatuh. Habih musim langset sompeklah senduduk rimbun semula dan berbunga sehingga langset berbuah semula musim berikutnya. Tak begitu kawan?
BalasPadam*Burung merbah yang suka makan buah senduduk masak.
* Bila urang Rao berandai Rao urang Medailing buluh join, tapi bila urang Mendailing baerandai Mendailing, tercongang urang Rao, tak berapa nak faham..
A very rational explanation, Sir! Solute!!
PadamDi selamo banyak penduduok
BalasPadamNaik bas kono menunggu
kalau makan buah senduduk
jago lidak menjadi unggu
Dulu kecik kecik di kampong medans elama jamil selalu gunakan pokok senmduruk untuk buat lastik terutamanya bahagian batang yang bercabang. buah die dulu kami selalu makan. lepas tu lidah jadi unggu.
tangkai lastik daripada pokok senduduk lazimnya bercabang itu dikenali sebagai CAKAH dalam bahasa Rao.
BalasPadamTeringek cerita dolu...
BalasPadamAwak urang paling kocik @ cida dalam keluargo. Abang kakak udah bosa bagak dan ado yang dah benikah.
Dek keturunan awak pantang tanah, bilo lahir ajo budak baru atau anak sedaro baru konalah bejojak.
Adat bejojak biasonyo pengholu tujuh bungo. Yang tak buleh tidak salah satunyo bungo sendudok ko.
Omak akan bagi list, bekayuoh la aku sepotang menyempurnokan list yang dibaginya tu.
Antaranyo; Bungo gelinggang, senduduk, tanjung, kemboja (iko abang yang kono cari sobab tumbuhnya kek sebolah KOBO CINO!).
Sekarang aku dah pencen dah... Dah tak cari bungo lagi tapi kumpul bungo jo - Bungo Utang!
Ini udah tontu ondeik nyonyo tak beranak laei. Udah pencen nyonyo...tapi jangan dikumpul bungo utang tu...nanti gombong poruit...kah..kah!
BalasPadamAlangkah indah bahasa orang dahulu kala tinggi falsafah penuh nilai mendidik jiwa bangsa.
BalasPadamBetul...moral the story nk tengok hikmahnya..bukan pasal pokok tu
Padam