Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Ahad, 5 April 2009

Apa khabar anak Rao New Zealand?

Kamarul Rahim bin Kamarudin, Aisyah binti Mohamed Rehan dan Kamarul Azizi bin Kamarul Rahim (foto: http://physique481.googlepages.com/home)

Salam daripada Sekondakhati.blogspot.com. dengan ucapan Selamat sejahtera sekeluarga di perantauan dan semoga maju jaya dalam kerjaya.

5 ulasan:

  1. Askm

    Sdr sebenarnya bukan orang RAO tapi RAWO atau dalam bahasa moden RAWA. kite orang rawa dari aceh sumtra. lagi satus aya tengok cara penulisan sdr dalam bahasa rawo banyak yang salah.maaf menegur. saya bagi contoh.

    Meh siko, copek kilan..donga cerita aku ko ha!!!

    Meh siku kelian semuo.dongar cerito aku ko hhaa. rugi kelian kalau tak dongar.copek copek.

    BalasPadam
  2. Siapakah JAMILKUCING? Saya dah baca http://jamilkucingpondan.blogspot.com, terperanjat berok saya dibuatnya. Memang hebat JAMILKUCING itu..

    BalasPadam
  3. Jamilkucing, RAO ialah lokasi asal etnik Rao (Rawa-Malaysia) yang terletak di Sumatera Barat atau SUMUT. Rao tiada di Aceh saya sudah sampai ke sana pada tahun 1992 lagi.
    tk

    BalasPadam
  4. Assalmualaikum Sdr JAMILKUCING
    Sememangnya di Malaysia ethnik nie lebih dikenali dgn nama RAWA tetapi asal tanah leluhurnya adalah di RAO , PASAMAN , SUMATERA BARAT (SUMBAR) . Kebelakangan nie telah ada fakta statistik yg jumlah ethnik Rao ( Rawa ) di Malaysia adalah 3 kali lebih ramai berbanding di Rao , Pasaman sendiri .. oleh itu nama Rao lebih kerap di ucap untuk mengingatkan urang Rao pada tanah asal & jgn sampai ada yg berfikir bilangan ethnik itu menjadi ukuran kepada penting atau tidaknya tanah di Rao , Pasaman . Sekiranya nama Rao nie tidak disebut ulang ada kemungkinan generasi akan datang akan lupa pada sebidang tanah Rao , nun di seberang sana . Asal datangnya urang Rawa / Rawo / Rao adalah dari Rao Pasaman sejak abad ke 6 ( masa zaman Sriwijaya ) . Kehidupan ketika itu aman & tenteram tetapi mula terjejas & urang Rao berpecah kedudukan selepas kemasukan Belanda dan seterusnya dijajah ( sekitar abad 14-19 ) . ada yg berundur keTanah Melayu dan lain2 tempat d Sumatera ( Medan , Kampar , Riau dan Acheh ) . Jadi , kita tidak terkejut sekiranya ada urang Rao yg mengaku Rao Medan , Rao Kampar atau Rao Acheh .. tetapi itu adalah selepas penjajahan Belanda , sebelum penjajahan Belanda asal tanah urang Rao adalah di Rao , Pasaman , Sumatera Barat .
    Sekiranya susur galur sdr datang dari kawasan Acheh , ada kemungkinan datang ke Tanah Melayu melalui Pulau Pinang kerana paling hampir dgn Sumatera Utara dan mungkin ada cerita yg sgt menarik bagaimana boleh sampai ke Acheh .. itu sdr kena selidik sendiri . Selidiki lebih lanjut dari yg lebih senior mengenai latar belakang Encik Abd Karim Selama ( sekiranya benar sdr dari susur galur Rao Selama ) mungkin kuncinya ada disana . selamat berhasil !

    BalasPadam
  5. Terimakasih di atas penjelasan sdr razak. disebabkan saya dari jenerasi belakang mungkin banyak yg saya tidak tahu. mohon maaf jika musuh saya amsuk menggangud an mengotorkan ruangan komen sedaro. musuoih kito kadang-kadnag kawen kito sendiri.

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao