Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Rabu, 28 Julai 2010

Makan Malam JARO-himpun 350 anak Rao



Seramai 350 ahli Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) hadir memeriahkan Majlis Makan Malam yang diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya, Selangor pada 18 Julai 2010. Program sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 yang diadakan pada sebelah petang hari tersebut, turut melancarkan buletin khas JARO bertajuk Rao Berandai dan persembahan balada serta koir Sekondakhati.

Majlis tersebut diarsmikan bekas Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Sallehuddin Mohamed yang juga daripada keturunan anak Rao. Beliau yakin, dengan ahli melebih 500 orang, pelbagai aktiviti yang produktif dapat dilaksanakan untuk ahli dan masyarakat Rao.

"Untuk persatuan mencapai tahap yang lebih tinggi, banyak sumbangan dan pengorbanan yang perlu diberikan oleh ahli itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, satu pengiktirafan khidmat persatuan turut disampaikan Yang DiPertua JARO, Dato' Seri Mohamad Khalil Hussein, Naib Yang DiPertua I, Dato' Mohamad bin Hamzah, Setiausaha, Tahiruddin Ahmad dan Pengerusi Biro Sejarah, Hj Zabidin Hj Ismail @Jari Basurek.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, seorang Rao Kelantan telah menyumbangkan 350 pek hadiah untuk tetamu.

Isnin, 26 Julai 2010

Saudagar Rao Menjual Minyak Ajaib



SESOIL Fuel Booster dihasilkan daripada minyak kelapa sawit tulen

Kandungan SESOIL fuel booster :
70% minyak kelapa sawit
30% ramuan Hi-Tech


Keistimewaan SESOIL fuel booster : SESOIL Fuel Booster merupakan cecair pekat yang berwarna merah.

Hubungi:
Puan Zahurin Md. Zain (012-4913454)
e-mel: pedusi.rao@gmail.com


Apakah kebaikan SESOIL pada kenderaan anda?
• Meningkatkan kuasa & prestasi enjin
• Membersihkan struktur dalaman enjin & bilik pembakaran api.
• Meneutralkan keasidan bahan api,kikisan struktur enjin dikurangkan.
• Mengurangkan geseran,mengelakkan
kepanasan enjin yang keterlaluan
• Enjin lebih sejuk dan senyap.
• Kurangkan kos penyelenggaraan
• Memanjangkan jangka hayat enjin sehingga bertahun-tahun lamanya
• Membersihkan injector,spark
plug,kaburator,master pam dan sistem
penghantaran minyak kenderaan
• Melicinkan perjalanan piston kenderaan
• Membersihkan permukaan piston
• Melewatkan penukaran minyak hitam
sehingga 2000km
• Lebih senang menghidupkan enjin
diwaktu pagi
• Mengurangkan penghasilan asap toksid
sehingga 98% bagi kenderaan diesel.

BANTULAH URANG AWAK

Jumaat, 23 Julai 2010

LAWATAN KE RAUB PAHANG, KUALA TERENGGANU DAN KOTA BARU KELANTAN.




Anjuran Kelumpuk Gopeng, Kelumpuk Kalumpang dan Kelumpuk Ipoh dan Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO)

tarikh : 31hb Julai hingga 1hb Ogos 2010 ( Sabtu dan Ahad )@ 19 dan 20 Syaaban 1431.

Anggaran ahli rombongan : 40 orang dengan bas persiaran

OBJEKTIF :

1. Merapatkan silaturahim dan menguatkan semangat kekeluargaan antara ahli ahli
dan kalangan Melayu berketurunan Rao

2. Menambah keahlian Persatuan,

3. bertukar pandangan dan menjual buku buku dll penerbitan Persatuan.

PROGRAM :

31hb Julai.
Jam 0400 - Bertolak dari Masjid Gopeng menuju ke Raub Pahang.Solat Subuh dalam
perjalanan dan sarapan pagi sendirian berhad.
1100 - Anggaran sampai di Raub dan majlis sambutan di Dewan Kg Gali.
Majlis Rasmi dengan ucapan dan penerangan oleh Dato Zainal Abidin
Noordin ( Timb YDP 1 ) dan Tahirruddin Ahmad ( S/U ). Ucapan balas
oleh wakil Rao Raub Pahang.
1200 - Makan tengah hari dan perjumpaan kekeluargaan.
1430 - Bertolak ke Kuala Terengganu.
1700 - Anggaran sampai di Hotel Penginapan mengikut Senarai.
2000 - Makan Malam. Acara malam – free and easy.

1hb Ogos.
0700 - Sarapan Pagi di Hotel.
0800 - Bertolak ke Masjid Kristal, Pekan / Pasar Payang Kuala Terengganu,
Kedai / Kilang Batik dan Kg Losong untuk membeli keropok lekor.
1100 - Bertolak ke Kota Bharu Kelantan atau Kg Chetok Pasir Mas atau Kuala
Krai ( tertaklok kepada penganjur Kelantan ).
1200 - Majlis Rasmi dan Penerangan.
1300 - Makan tengah hari.
1400 - Bertolak balik melalui East West Highway via Pengkalan Kubur dan
Rantau Panjang untuk pembelian barangan sebelum puasa / hari raya.
2300 - Anggaran sampai di Masjid Gopeng.


KENANGAN MANIS DENGAN JALINAN RAO ANTARA NEGERI.
BAYARAN SEORANG RM 160.00

Ingin menyertai sila hubungi Setiausaha Agung JARO sdr Tahiruddin Ahmad (0165200550)

BALADA MELAYU RAO DARI DULU-KALO HINGGO BAKARIE



DI PERSEMBAHKAN PADA







MALAM MAKAN MALAM JARO






AHAD 18 JULAI 2010







DI KELAB DARUL IHSAN, AMPANG JAYA, SELANGOR












1

Pada satu ketiko, tigo tahun-dulu kuak,masa yang bersejarah, dan bermakno,


Di hati Pak Tahiruddin, Pak Harith dan NGO, dan Jalinan Anak Anak Rao


teringet kami juo Rao lamo di Sumatera, moh kito poi menziarah beramai2


untuk mengisi nostalgia bersamo2, terpendam di hati, yang sudah tertanyo2










2

Duo tahun-dulu, berangkat lah kami dengan Air Asia ke Padang




dan dengan bus godang dan kereta, kami diraikan, tidak terhinggo



Mogah raso nyo kedatangan kito disambut dengan baik dengan mesro



Mengapa lamo sungguh Rao Semenanjung baru datang kinin mengunjungi kami di Rao?










3

Dengan semangat yang di suntik dari pengelaman kami dari tanah Rao


Kito berkumpul semulo, beramai2 di Tanjung Malim, mengerak berito


Menyatukan tenaga bersamo Universiti Perguruan, dan jugo sanak saudaro Rao


duduk se dewan, mendongar berito-berito di bontang dan di kupas, tontang Rao










4

Soalan demi soalan demi pertanyaan, yang penuh makna, bertubi2 tibo



Mengaji semula siapo diri, dari mana kito tibo, dan mengapo pulo




dan pengenalan asal usul diri bersamo dan keluargo perlu di timbo



sebab masyarakat Rao yang bertanggung jawab, sudah risau dan gelisah juo










5

Mungkin Loghat Rao dan Rao sendiri, di ketepikan sebab tidak berguno


Balada ini adalah mengikatkan kito ikatan Rao yang kuat dengan Bahaso Melayu


dari asal lagi hingga sekarang, dan Balada yang ini mengingatkan kito


akan ikatan berdarah yang di tumpahkan Rao demi islam, Allahu Akhbar !










6

Insyallah, semangat Tuanku Rao, yang dibunuh, mati syahid, menjadi semangat kito


dan dengan penuh azam , pada malam yang baik ini, kito bersamo



mengulangi, menganalisa , mencari, menimba, berkongsi sejarah silam kito


yang bermulo tahun 12,000 dulu-kala, zaman ais berakhir dan musim panas bermulo,










7

Kekawasan nusantara, dimana itu? , kawasan tanah bosar yang rato, bukan berpulau


Di mana air laut? menjadi ais, bagitulah zaman ais, membeku sajo, kerjo nyo


ais menjadi air semulo, sungai2 godang mula mengalir, air laut mulai pasang


manusio yang kesejukkan di Tongah Asia, yang lamo, menderito, tibo2 dapat berhirah !










8

Penghijrahan ke Nusantara ado duo gelombang, pada tahun 12,000 dulu-kalo dan 3,500 dulu-kalo


Manusio, bakal penghuni Nusantara, berhijrah sedikit demi sedikit mengikut sungai, ke siko


Bebentuk pulau2 Nusantara yang ada sekarang, mulai menjolmo , dan air laut yang belum cukup


penuh lagi, membenar, dan menyenangkan penghijrahan yang tidak putus2 juo



















9

Pada tahun 2010 dulu-kala, semua suku dan bahasa di Nusantara, sudah ado


Sumatera pada masa itu, sudah ada penghuni, melainkan di tengah2, sebab berpayo


Payo yang di gelar Rawa-Rawa yang di dapati di pantai Barat Sumatera


Menunggu datang nyo orang Melayu, Rao, yang akan tibo pada tahun 1900 dulu-kalo




























10

Melayu lambat sedikit datang nyo ke Semenanjung dan Nusantara, , mungkin sebuk berniago kuak


Pada tahun 2300 dulu-kala baru orang yang akan di gelar "Melayu" sampai ke Champa


dan di sini mereka di gelar "Melayu Champa"





dari sini penghijrahan dua cabang menuju Nusantara bermula pulo pada tahun 1900 dulu-kala juo



















11

dimana aua kumpulan Melayu menjelma, yang satu menuju semenanjung ,


membeno kerajaan Langkasuka dan Gangga Negara yang gagah perkaso


Dan yang kedua, di barat Sumatera, mendarat di Paya Besar Rawa Rawa, membeno


Lima Puluh Kota, dimana sekarang pada zaman kito terlotak Payakumbuh










12

Dan dari tempat persinggahan "Paya,Rawa Rawa" namo "Rao' di abadikan



Rao bermula pada tahun 1900 tahun-hulu bagitulah kesah nyo




dengan kekuatan memperkembanganlah Bahasa Melayu, melalui Sungai Rokan, sampai ke Riau


Untuk perbandingan Bahaso, semasa ini tahun 2000 dulu-kala Bahasa Inggeris pun belum ado










13

Rao mengembang pesat , sebelah timur berbataskan Pantai Lautan Hindi


Sebelah barat berbataskan Lautan yang akan di panggil selat Melaka


Ke utara berbatas dengan negeri Panai lamo





dan di selatan berbatas dengan negeri Minangkabau juo

(mukasurat 193 RaoDiSanoSini)










14

Dengan keindahan Bahasa Melayu, dalam semua penjuru hidup, dizaman lamo


berkembang lah bahasa ini dalam suasana muhibbah di kawasan sungai2 besar di situ


Sungai2 Rokan, Indragiri, Siak dan Kampar , sungai2 gergasi mengalir ke arah Selat Melaka


Terciptalah Empire Melayu, berbahasa Melayu, asas kerajaan Srivijaya yang akan datang,










15

Penghijrahan Duo Mato atau "Pincer movements" menobatkan bahasa Melayu,


Dari Utara dari Langkasuka terus ke Gangga Negara, ke daerah Malaysia Utara


Dari Rao, ke Riau ,Siak, Brunei , Batam dan seterusnya ke Malaysia selatan


Dan dengan kerajaan Melaka di tengah2, pergerakkan ini bercantum menjadi Satu










16

Bahasa Rao mendukung Bahasa Melayu, tapi dipendekkan nyo. Hingga bahaso merano


Perkataan di pendekkan, mengikut kehendak maso, selero, nak ringkas demi ringkas kuak


Kuak dari " Aku dah Agak", bagitu nyo Kuak !





"Tiadakan aku peduli" menjad "indo ko podah"













17

Barang di golekkan atas tanah" menjadi "guro",





Sekiallah che pa lih ba po', ringkasan dari ayat doa yang bermaksud



"Semoga-Allah-membantu-kelian-dengan-mempaling-mengalih-arah, buat apo lagi "


"Beramah mesra dengan pandai' mungkin asal "berandai"












18

Ondeik dari perkataan Melayu "Emak den aku "





"Apa gerangan 'binatang' itu aku agak " , menjelma menjadi "apo tang tu kuak "


Perkataan " Bersiatar" mungkin "bekerja-pelahan2-dan-relax", asal usul tak dapat di analisa


yang tak dapat di analisa juga seperti 'are you well? " Kao Bo Botah ? "















































19

Tahun 1900 dulu-kala jua, berlaku dua perjalanan di era yang sama, Ptolemy dari Eropah


menziarah Sumatera Barat melalui jalan laut, yang sama di lalui orang Melayu Rao


Maka berhubungan diplomatik Srivijaya, yang akan datang, adalah Timur dan Barat


Termasuk jua mengantar utusan2 ke kerajaan Islam yang sudah ado di Timur Tengah !










20

Islam dalam penyebarannya merangkumi seluruh Nusantara bermula dengan kesabaran


Bermula dengan perhubungan perniagaan Islam mendekati orang Melayu yang masih bukan,


Tempat yang mula di Islamkan di Sumatera adalah Acheh dan kawasan sempadan nya, Rao


Pada tahun 1300 ke atas Islam mula bertapak putik Islam di Alam Nusantara Lamo



















21

Pada tahun 1300 hingga 1600 bermacam2 perbezaan agama berlaku di Nusantara Lamo


Srivijaya yang Melayu membena Borobodor di Jawo dan Angkor Wat di utaro


Empire Majapahit di Jawa, bukan Islam, menjaga Borobodor



Datang pula Portuguese, Belanda dan Inggeris, mengeruhkan suasano agamo










22

Orang Minangkabau yang tidak mahu berajakan keturunan Adityarwarman , pindah ke N Sembilan


di Jawa lahir nya Wali Sembilan, Wali Sonngo, pejuang pejuang Islam yang gagah perkaso


Di Acheh, Ternate, Mataram ,Pajang, Batam, Jailalo dan Melaka Islam bermulo


1803-1837 Perang Saudara menjadi Perang Paderi di Sumatera Barat bergema lamo










23

Imam Bonjol, Tuanku Rao, Tengku Tembusai ketuo2 ternamo



Menyerang dan melawan secara pedang anti Islam yang tak inginkan Islam yang mulio


Serang demi serang, Belanda menyebelahi yang anti Islam yang sudah ketaro


Seperti yang berlaku nya di Palestine, Iraq dan Afghanistan pado maso kito










24

Rakyat jelato Rao dan rakyat Mendailing menyebelahi Tuanku Rao



Benteng nya yang kuat ado di Rao






Tetapi sebab kekuatan Belando mengaturkan strateji yang di timbo



Dari Peperangan di Jawo dan peperangan Napoleon di negeri Belando











25

Tuanku Rao mati syahid bersama bala tentera Islam nyo




Tuanku Rao di buang ke laut, di pantai Rao





Rao pocah perando







Di jajah oleh Belando dan kuncu2 nyo














26

Dan yang tidak mahu tunduk dengan kuncu2 Belando





berhijrah terus ke Tanah Semenanjung Melayu di soborang Selat Melako



Di iringi tangisan tetapi dengan penuh semangat untuk Islam dan diri dan keluargo


Di sini lah mulo nyo, bilo di tanyo, nama mu siapo, engan memberito,











27

Untuk menyamar dari buruan, namo ku kinin "sekondah hati"



Meredah mengikut sungai2 di Perak ke Gopeng , Lenggong dan daerah nyo


Mengikut darat dan laut ke Kelantan, Trengganu, Raub dan Pahang



Berpindah ke Pulau Pinang, Johor dan Singapura dan juo di merato2




























28

Semangat berjuang Rao di warisi Mat Kilau, Bahaman, Imam Perang dan lain2 wiro


Melawan masalah tempatan, British dan Jopon





Banyak Rao kecundang demi kecundang dalam pergolakan dan peperangan



dan yang hilang dan mati, kubur tidak tahu di mano













29

Dengan ini wahai Rao yang masih ado






dan yang bersamodalam Jalinan Anak Anak Rao





Rao adalah satu2 negara lama yang menegakkan bahasa Melayu tercinto


Dan berperang untuk Islam, seperi Uhud sehingga Negara Rao ranap dan merano










30

Walau pun bagitu caro kehujung nyo, pada batin nyo





Kita rasa bango dalam perlibatan orang Rao dalam menegakkan Agamo dan Bahaso


Berniago bersungguh2 adalah amalan Rao, dari Jakarta ke Kuala Lumpo



Menjadi pakar diplomat , penasihat negara dan pentadbiran menjadi biaso




















31

Dalam bidang penulisan dan bidang artist music Orang Rao baik sungguh


Dalam bidang pelajaran banyak yang menjadi pendidik dan professional di merato2


Tetapi ada sifat rao yang agak pelik, ganjil dan ketaro




Mengapo anak cucu Tuanku Rao indo suko di panggil "RAO? "





















Jangan lah memencilkan diri seperti nasib Mat Soreh













Tidor mat soreh tidor berbuai
















Kepalo terjulur kaki terjuntai

















omak ke sawah ayah ke ladang
















tinggal mat soreh berbuai sorang
























































Karya









Dr Dzulkhaini Hj Husain Julai 2010
































Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao