Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Isnin, 28 Jun 2010

SIARAN AKHBAR YANG DIPERTUA JARO


MAJLIS MAKAN MALAM PERSATUAN JALINAN RAO MALAYSIA (JARO) PADA 18 JULAI 2010 [AHAD] JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN CEMPAKA, KELAB DARUL EHSAN, AMPANG JAYA, SELANGOR

Assalamualaikum w.t.h.,

Dengan segala hormatnya saya dan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Jalinan Rao Malaysia dengan sukacitanya menjemput Tan Sri / Puan Sri / Dato' Seri/ Datin Seri / Dato' / Datin dan Tuan-tuan dan Puan-puan menghadiri majlis yang tersebut di atas.

Majlis Makan Malam ini diadakan sempena mesyuarat agung JARO dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk kita semua ahli-ahli JARO ataupun anak-anak keturunan Rao (Rawa) bertemu dan berjumpa berkenalan dan merapatkan silaturahim di antara kita semua.

Majlis itu juga kami gunakan untuk mendapatkan sumbangan kepada punca kewangan persatuan. Kami telah memutuskan untuk menjual sebuah meja makan malam hidangan Melayu untuk 10 orang berharga RM700 (Ringgit: Tujuh Ratus Sahaja) dan cek berpalang bayaran meja tersebut ditulis atas nama PERSATUAN JALINAN RAO MALAYSIA dan dihantar ke alamat Dato' Haji Nadzam bin Haji Mohd Din, No. 8, Jalan 4M, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor. Tempahan boleh dibuat melalui: Cik Linda HP:012-2673374 Office: 03-40414201. Resit penerimaan akan dikeluarkan.

Saya sangat berharap Tan Sri/ Puan Sri / Dato' Seri / Datin Seri / Dato'/Datin/ Tuan-tuan dan Puan-puan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada majlis kita ini. Di atas sokongan dan kerjasama tersebut saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian.

Wassalam.

DATO' SERI MOHD KHALIL HAJI HUSEIN
Yang DiPertua
Persatuan Jalinan Rao Malaysia [JARO]

2 ulasan:

  1. Jangan jadikan JARO sperti suatu badan yang eksekutif, kerana rata-rata orang Rao diluar sana menjalani kehidupan yang agak sukar..

    BalasPadam
  2. Terima kasih TANPA NAMA pandangan ini akan disampaikan kepada sekretariat JARO untuk pertimbangan Jawatankuasa induk.

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao