Aidilfitri kau datang lagi tahun ini
amat perlahan menyimpuh teratak ibu
mengisi setiap sudut ruang kedukaan
yang kehilangan serak suara tadarus
ayahanda sepanjang Ramadan
yang kehilangan getar tahmid
ayahanda di pagi raya.
Dalam ucap puji kebesaran Tuhan
aku pasti ibu menitiskan airmata
mengenang ayahanda berpulang ke alam baqa
ibu, selepas subuh pagi raya ini
aku berziarah ke kubur ninda tetapi tidak
ke makam ayahanda. Aku tidak upaya ke Tanah Suci.
Ibu, jika kau terlalu sayu
aku pun teramat sendu. Aidilfitri tahun ini
bukan milik kita.
ZABIDIN HJ ISMAIL
(Al Islam, April 1993)
Salam pak Jari..
BalasPadamMata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon maaf zahir dan batin.
p/s : Jomput datang ke blog saya ambik kad raya..
RazakRao
BalasPadamUcapan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat Pak Jari sekeluarga ..
setiap baris ku baca dengan seribu sendu di hati..
BalasPadamTerima kasih semuanya kerana sudi membaca puisi pak jari.
BalasPadam