SHAH ALAM – Hampir 500 ahli Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) dikumpulkan dalam sambutan hari keluarga yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada 15 Oktober yang lalu. Yang Dipertuanya, Datuk Seri Mohamed Khalil Hussein berkata, program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan di samping mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga. “Ia dapat merapatkan silaturahim sesama kita terutama kalangan generasi muda yang akan mewarisi tampuk JARO dan pembangunan negara pada masa depan. “Selain itu, dapat mendedahkan mereka mengenai asal usul kaum Rao untuk mengenang kembali sejarah datuk nenek moyang yang mengharungi pelbagai cabaran berhijrah dan meneroka di Tanah Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan program itu. Beliau berkata, program itu bertujuan menarik generasi muda dan profesional Rao untuk menyumbang tenaga dan kepakaran untuk memajukan persatuan ini. “Sumbangan generasi muda penting supaya dapat menyumbangkan idea baru kepada persatuan di samping sebagai bakal pengganti kepimpinan sedia ada. “Ia juga dapat membentuk suatu gelombang yang boleh membantu kaum Rao khususnya kepada bangsa Melayu untuk menguasai bidang yang diperlukan seperti agama, pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan,” katanya. Katanya, kelab yang ditubuhkan pada 6 Disember 2007 itu kini memiliki hampir 1,000 ahli.
“Malah, sebahagian mereka yang hadir pada hari ini juga datang dari negeri lain,” katanya.
Majlis yang turut dihadiri Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Presiden Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno, Tan Sri Abd Aziz Shamsudin dan Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. Sementara itu, Hussamuddin berharap kemesraan dan pengukuhan tali silaturahim yang dijalinkan melalui program itu tidak berlalu begitu sahaja. . “Kebanyakan orang Rao sudah berjaya dalam bidang masing-masing sehingga menjadi lokomotif perubahan kepada Negara. . “Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang terdahulu berhijrah ke sini sekali gus berjaya melahirkan ramai anak Rao yang berjaya di negara ini,” katanya. Katanya, Karangkraf turut sedia beri kerjasama sekiranya Jaro ingin menganjurkan program sebegini setiap tahun. Petikan: Sinar Harian
|
selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-
BalasPadamhttp://bloglistmalaysia.blogspot.com
sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.
kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai
terima kasih